IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 28 APRIL 2010)

BILANGAN IKLAN: 15/04/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

PEGAWAI OPERESEN

(FLIGHT OPERATIONS)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PENYELIA SIMPANAN DARAH

JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.7-8 EB.9 ($1,310 - $2,315)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

BIDAN

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

44

 

4.

PEMBANTU JURURAWAT

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

5.

ATENDAN ALATAN PEMBANTU

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB. ($650 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 8

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

  

 

 

 

 

 

1.

PEGAWAI OPERESEN (FLIGHT OPERATIONS)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM

 

  1. a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:       

    i)        Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Aeronautical Engineering atau bidang bersesuaian.

    ATAU
     
    ii)       Pemegang Lesen Juruterbang Perdagangan (Commercial Pilot Licence - CPL) dari United Kingdom atau negeri yang
              diiktiraf
    oleh Negara Brunei Darussalam dan mempunyai pengkhususan jenis pesawat terbang (aircraft type rating)
              bagi
    kapal terbang jet perdagangan dua jentera. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai jenis
              pesawat
    terbang (aircraft type) yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.


    b)                 TANGGAGAJI B.2:
     
    i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Aeronautical Engineering atau
              bidang
    bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3
              tidak
    kurang dari 5 tahun.
     

    ATAU

    ii)        Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pembantu Operesen dalam jurusan Flight Operations dalam
               tanggagaji
    C.2 tidak kurang dari 8 tahun.


    ATAU

    iii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan Flight Operations dalam
    tanggagaji
    C.3 tidak kurang dari 9 tahun.

     

  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  3. Mengetahui Undang-Undang Negara Brunei Darussalam yang berhubungkait dengan penerbangan awam dan kehendak-kehendak yang disarankan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization - ICAO melalui Annexes dan Documents adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Antara tugas-tugas yang akan dilaksanakan oleh jawatan ini:-

  1. Memastikan keselamatan penerbangan dan apa jua perkara yang berhubungkait dengan pergerakkan penerbangan.
     

  2. Meneliti dan mengemaskini peruntukan yang terkandung di dalam Undang-Undang Negara Brunei Darussalam yang berkaitan dengan Civil Aviation Order, 2006 dan Civil Aviation Regulations, 2006.
     

  3.  Membuat pemeriksaan penerbangan dan pergerakkan penerbangan.
     

  4.  Menyediakan perancangan, perkembangan dan pemeriksaan infrastruktur peralatan pendaratan.
     

  5. Mengeluarkan Lesen Penerbangan dan membuat daftar Pesawat Terbang.
     

  6.  memastikan Syarikat Penerbangan tempatan mematuhi undang-undang penerbangan negara dan antarabangsa.
     

  7.  Memeriksa rekod-rekod operasi Syarikat Penerbangan.
     

  8.  Membuat persediaan bagi pengesahan dan pengeluaran Lesen Juruterbang.
     

  9.  Memeriksa stesyen luar yang digunakan oleh Syarikat Penerbangan tempatan.
     

  10.  Lain-lain tugas yang ditanggung bersama Pegawai-Pegawai Operesen lain termasuk penyiasatan kemalangan udara.

 

<< Atas

 

 

2.

PENYELIA SIMPANAN DARAH

JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.7-8 EB.9 ($1,310 - $2,315)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1.  i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Teknologi Sains Makmal Perubatan atau bidang bersesuaian.


ATAU
 
ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Makmal atau jawatan sebanding dalam tanggagaji M.4 tidak
            kurang
dari 3 tahun.

 

  1. Bagi jawatan-jawatan yang sebanding dan bersesuaian, mempunyai Sijil Kejururawatan / Sijil Pembantu Jururawat / Sijil dalam bidang makmal adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan tugas menyelia tabung darah dan apa-apa saja tugas yang diarahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Ketua Bahagian Tabung Darah.
     

  2. Bertanggungjawab mempastikan kesempurnaan pengutipan darah dengan mengawasi pengawalan mutu kutipan yang dikendalikan.
     

  3. Bertanggungjawab membantu dalam menyediakan statistik yang berkenaan.
     

  4. Bertanggungjawab menyediakan jadual bulanan kempen tabung darah.
     

  5. Bertugas ‘On-Call’ atau panggilan kecemasan diluar waktu-waktu pejabat dan pada hari-hari kelepasan awam, menurut jadual yang ditetapkan oleh bahagian makmal.
     

  6. Bertanggungjawab membantu mengendalikan latihan kakitangan makmal, Jururawat, Merinyu Kesihatan serta penuntut-penuntut yang sedang menjalani latihan penempatan dibahagian makmal-makmal berkenaan.
     

  7. Bersedia untuk ditempatkan dan bertugas di mana-mana makmal hospital daerah atau klinik kesihatan.

 

<< Atas

 

 

3.

BIDAN

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. Lulus Sijil Perbidanan Bahagian II dan berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board).


    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

    1.       Melaksanakan tugas-tugas yang diaturkan mengikut dasar-dasar perbidanan dan tatacara perawatan.

    2.       Menjalankan pemeriksaan, pemerhatian dan penjagaan kepada ibu-ibu yang mengandung dan seterusnya
              membantu
    semasa kelahiran (conduct delivery) dengan diawasi oleh jururawat/bidan yang lebih kanan.


    3.       Menasihat dan menunjuk ajar kepada ibu-ibu dan keluarga tentang rawatan, pendidikan kesihatan dan penjagaan
              anak-anak
    damit yang baru lahir dengan diawasi oleh jururawat/bidan yang lebih kanan

    4.       Mencatat laporan-laporan / pemerhatian ibu-ibu dan anak-anak damit yang baru lahir ke dalam dokumen-dokumen
              yang tertentu dengan jelas dan betul.


    5.       Melaporkan masalah kerja yang dihadapinya kepada jururawat/bidan yang lebih kanan.

    6.       Bekerjasama dan membantu kerja-kerja rakan sejawat.

 

<< Atas

 

 

4.

PEMBANTU JURURAWAT

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Sijil Pembantu Jururawat dan mestilah berdaftar dengan Lembaga Jururawat (BNB) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Melaksanakan tugas-tugas kejururawatan yang diaturkan berpandukan dengan dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan.
     

  2. Memberikan penjagaan dan rawatan bagi keselesaan dan kesejahteraan pesakit dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  3. Bekerjasama membantu kerja-kerja rakan sejawat.
     

  4. Menasihatkan dan menunjuk ajar kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit tentang rawatan dan pelajaran kesihatan dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  5. Melaporkan masalah kerja yang dihadapi kepada jururawat yang lebih kanan.
     

  6. Membantu mencatat laporan / pemerhatian pesakit ke dalam dokumen-dokumen yang tertentu dengan jelas dan betul.
     

  7. Bertugas dengan secara bergilir-gilir, waktu pejabat dan panggilan kecemasan.
     

<< Atas

 

 

5.

ATENDAN ALATAN PEMBANTU

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB. ($650 - $1,125 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1.  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

    ATAU

    BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

    ATAU
     
    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang operasi pemeliharaan Gas Turbine atau Engine Disel.
     

  2. Pernah mengikuti kursus dan lulus kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal peringkat pertama atau pernah mengikuti Kursus jangka pendek operasi / pemeliharaan Gas Turbine / Disel Engine yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dengan mendapat laporan / keputusan yang memuaskan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Pemohon-pemohon yang berjaya akan mengawasi dan mengendalikan Alatan Pembantu Janakuasa atau alatan Penjanaan yang lainnya.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan, pemeliharaan operasi atau alatan-alatan ganti Gas Turbine atau Disel Engine berkenaan.
     

  3. Calon-calon yang berjaya hendaklah bersedia berkhidmat secara shift duty di Janakuasa Cawangan Gadong, Lumut atau Belingus, Temburong. Keutamaan akan diberikan kepada pekerja-pekerja shift.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas