IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 30 JUN 2010)

BILANGAN IKLAN: 24/06/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

JURUTERA

JABATAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ESTET

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3  ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

2

 BILANGAN 1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

JURUAUDIT (KOMPUTER)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($ 2,270 - $ 4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan tanggungjawab

 

1

 

3.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan tanggungjawab

 

1

 

4.

 

PENOLONG PEGAWAI SEJARAH TINGKAT II

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

2

 

5.

 

PEMBANTU ARKIB TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan tanggungjawab

 

2

 

6.

 

PEMBANTU PELUKIS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5-6 ($530 - $1,785 SEBULAN)

 Tugas dan tanggungjawab

 

2

 

7.

 

KERANI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan tanggungjawab

 

3

 

8.

 

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT III

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 Tugas dan tanggungjawab

 

35

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

JURUTERA

JABATAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ESTET

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3  ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Teknikal atau kelulusan Professional dalam bidang bersesuaian.
     
    Berkelayakan Chartered Engineer atau Ahli Institusi Professional yang diiktiraf serta mempunyai pengalaman di dalam bidang pengurusan Kejuruteraan Awam / Bangunan / Struktur / Elektrikal adalah kelebihan.
     
b)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
     

  2. Membantu Jurutera Kerja Kanan dalam mengawasi, menyelaras dan menilai kerja-kerja pemulihan, pemeliharaan dan pembaikan bangunan-bangunan di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.
     

  3. Mengendalikan projek-projek tawaran dan sebutharga dari peringkat awal sehingga peringkat pembayaran.
     

  4. Mempastikan projek-projek yang di bawah jagaan berjalan dengan teratur dari segi kontrek dan pentadbiran seperti:-
     
    ·     Memproses pesanan perubahan ( variation order )
    ·     Lanjutan masa ( extension of time )
    ·     Menyediakan pembayaran kemajuan dan sijil pembayaran
     

  5. Mengendalikan mesyuarat di tapak bina dengan kontraktor-kontraktor.
     

  6. Memeriksa dan menyerahkan bangunan selepas jangka masa projek tamat dan tempoh kecacatan pemulihan, pemeliharaan dan pembaikan berakhir.

 

<< Atas

 

 

2.

JURUAUDIT (KOMPUTER)

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($ 2,270 - $ 4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)    TANGGAGAJI B.2 EB.3:
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sains Komputer atau bidang bersesuaian.
     
b)   TANGGAGAJI B.2: 
    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains Komputer atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Komputer dan/atau pengauditan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    ii) Berkhidmat di Jabatan Audit sebagai Penolong Juruaudit Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang Komputer dan/atau pengauditan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUAUDIT (KOMPUTER):

 

  1. Merancang dan menyediakan program pengauditan.
     

  2. Menjalankan pengauditan komputer ke atas sistem berkomputer di Kementerian dan Jabatan Kerajaan.
     

  3. Membuat draf / menyediakan laporan-laporan audit.
     

  4. Mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / memo-memo susulan.
     

  5. Menyusuli laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan.

 

 

<< Atas

 

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertingi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Building Studies / Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik / Ukurbahan / Arkitek atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak  kurang dari 3 tahun.
     
b)   Boleh membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     
c)   Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.
     
d)   Mempunyai pengetahuan dalam kerja-kerja pengurusan dan bangunan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

 

  1. Membantu kerja-kerja pengurusan asset, pengawalan dan kemajuan bangunan dibawah Cawangan Teknikal.
     

  2. Menyediakan kertas dan data-data maklumat (data base) bagi pemeliharaan bangunan, kerosakan kepada struktur bangunan dan kemudahan-kemudahan yang lain.
     

  3. Menyediakan garis panduan perancangan dalam kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan bangunan, kerosakan kepada struktur bangunan dan kemudahan-kemudahan yang lain.
     

  4. Menyediakan Scope of Work bagi tender kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan bangunan.
     

  5. Menyediakan Kontrak Dokumen bagi tender kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan bangunan.

 

<< Atas

 

 

4.

PENOLONG PEGAWAI SEJARAH TINGKAT II

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang yang berkaitan dengan Sejarah atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Pusat Sejarah sebagai Pembantu Penyelidik Sejarah atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iv)  Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang istimewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kawalan keselamatan.
     
b)   Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     
c)  

Boleh menulis dan membaca jawi dengan baik.

     
d)   Pernah menulis rencana-rencana dalam penyelidikan Sejarah, Adat Istiadat dan Kebudayaan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI SEJARAH TINGKAT II:

 

  1. Menyelidik dan mengumpul bahan-bahan sejarah untuk dijadikan bahan-bahan rujukan.
     

  2. Menyusun, menulis dan mengemaskinikan kerja-kerja penyelidikan yang telah dilakukan.
     

  3. Memberikan bantuan dan kerjasama dengan pegawai-pegawai di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.

 

 

<< Atas

 

 

5.

PEMBANTU ARKIB TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Arkib Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar.

  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU ARKIB TINGKAT I:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Jabatan dalam memastikan kelicinan perjalanan Bahagian Failing dan Rekod.
     

  2. Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pemeliharaan indeks dan sistem failing.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

6.

PEMBANTU PELUKIS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5-6 ($530 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk matapelajaran Lukisan.
     
b)   Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang Seni Lukis/Grafik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PELUKIS:

 

Secara Am:

 

  1. Membantu Pelukis Tingkat III dalam semua peringkat pekerjaannya.
     

  2. Menyediakan lukisan grafik, illustrasi dan layout yang kreatif untuk buku, majalah, jurnal dan lain-lain bahan penerbitan.
     

  3. Menyediakan keperluan-keperluan pameran Seni Lukis.
     

  4. Membantu memelihara mesin-mesin dan semua peralatan Seni Lukis.
     

  5. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

Kementerian Pendidikan:

 

  1. Menyediakan lukisan untuk bahan-bahan terbitan kurikulum seperti kulit luar dan ilustrasi dalam.
     

  2. Membuat grafik bagi penerbitan rancangan-rancangan media.
     

  3. Menyediakan hiasan-hiasan bagi pameran-pameran Jabatan Perkembangan Kurikulum.
     

  4. Membantu mengawasi keselamatan alatan-alatan yang terdapat di Sub Unit Grafik dan Ilustrasi.
     

  5. Tugas-tugas lain yang diaturkan oleh Ketua Unit dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

7.

KERANI PERANGKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Mempunyai pengalaman dalam bidang perangkaan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI PERANGKAAN:

 

Di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi:

 

Bertugas di bawah arahan Kerani Penelitian dan Pegawai-Pegawai di atasnya dalam Pemunggutan, Pengumpulan dan penyusunan data-data Perangkaan samada dari rekod-rekod pentadbiran atau borang-borang pengkajian.

 

Di Jabatan Kemajuan Pelancongan:

 

Bertugas di bawah arahan Penolong Perangkaan Rendah dan Pegawai-Pegawai di atasnya dalam pemungutan, pengumpulan dan penyusunan data-data kemasukkan pelancong.

 


 

Di Jabatan Buruh:

 

  1. Mengira dan menjumlahkan catatan perangkaan Bahagian / Unit, Jabatan Buruh yang dijalankan setiap hari dan bulan untuk menyediakan laporan perangkaan bulanan keseluruhan Jabatan Buruh terutama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Tenaga Pekerja Asing, Bahagian Piawaian Perburuhan dan Agensi Pekerjaan dan Bahagian Pusat Pekerjaan termasuk 3 Cawangan Jabatan Buruh.
     

  2. Menyediakan jadual-jadual jumlah perangkaan bulanan keseluruhan Jabatan Buruh.
     

  3. Mengemaskinikan ‘data entry’ maklumat mengenai majikan yang diberikan kebenaran surat / lesen untuk mengambil dan menggaji kakitangan / pekerja asing ke dalam pangkalan data ‘Filemaker-pro’ dan ‘Excel’.
     

  4. Menyediakan dan membantu Penolong Pegawai Perangkaan merancang persediaan awal bagi perlaksanaan Banci Tahunan Majikan / Pekerja, Jabatan Buruh.
     

  5. Menyediakan dan mengedarkan surat maklumat kepada semua majikan yang diberikan kebenaran di negara ini pada setiap awal bulan September.
     

  6. Mengedarkan Borang Banci di kaunter kepada majikan atau wakil pada setiap awal bulan Oktober.
     

  7. Menerima dan meneliti setiap Borang Banci yang dikembalikan pada setiap awal bulan November.
     

  8. Mengagihkan semua Borang Banci yang telah diterima mengikut rujukan jenis kumpulan industri (PJB) dan susunan bilangan secara berlari (running number) pada setiap bulan Disember.
     

  9. Mencatat kod jawatan masing-masing secara ‘manual’ setiap jawatan yang dilaporkan di setiap Borang Banci dan menyediakan data sementera jumlah pekerja (asing dan tempatan) mengikut industri, jantina dan tarap penduduk pada setiap awal bulan Februari.
     

  10. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Buruh atau Timbalan Pesuruhjaya Buruh dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

8.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT III

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) Tamat Tingkatan 4 atau sebanding serta pernah menyertai Pasukan Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atau Kadet Pasukan Polis Diraja Brunei.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sebagai Pengawal Keselamatan Rendah tidak kurang dari 3 tahun dan telahpun lulus peperiksaan Jabatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei dan sebagainya tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iv) Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang istimewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kawalan keselamatan.
     
b)   Berumur di antara 18 hingga 35 tahun.
     
c)   Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata / kanta lekap lebih 100 Degree.
     
d)   Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun. (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata)

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT III:

 

  1. Melakukan tugas-tugas Kawalan Keselamatan yang melibatkan:
     
    i)     Rondaan
    ii)    Pemeriksaan
    iii)   Kawalan
    iv)   Pengawasan
    v)    Perhubungan
    vi)   Catatan
     

  2. Mengawal dan menjaga mana-mana orang atau benda yang diarahkan dan menyelamatkan sewaktu kejadian kecemasan.
     

  3. Menahan mana-mana orang dan benda yang melanggar atau cuba melanggar peraturan keselamatan yang berkuatkuasa.
     

  4. Membantu mengendalikan Security Pass.
     

  5. Membantu tugas-tugas kawalan trafik di kawasan yang dikawal.
     

  6. Membantu Pengawal-Pengawal Keselamatan lain menjalankan tugas-tugas mereka apabila dikehendaki.
     

  7. Menjalankan sebarang tugas-tugas yang lain yang berkaitan dengan keselamatan dan safety.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas