IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 28 JULAI 2010)

BILANGAN IKLAN: 28/07/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

ARKITEK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PEGAWAI PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

3.

 

PENYELIA KURSUS

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

 

PENYELIA LANDASAN LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

KERANI POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

PEMBANTU PEGAWAI LUAR PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

GH7.

 

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

BILANGAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

ARKITEK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Arkitektur dan diiktiraf oleh Kerajaan atau ‘R.I.B.A Part I Exemption’.
     
b)   Berkebolehan menggunakan IT seperti Graphic, Words dan Internet.
     
c)   Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan autocad 2D dan 3D Modelling tidak kurang dari 3 tahun adalah kelebihan.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ARKITEK:
 

  1. Menyediakan pelan dan rekabentuk bagi keperluan projek-projek dibawah Rancangan Perumahan Negara.
     

  2. Melaksanakan kerja koordinasi dan implementasi projek serta memantau kerja-kerja di tapak-tapak pembinaan.
     

  3. Koordinasi dengan jabatan-jabatan dan konsultan yang terlibat dalam rekabentuk perancangan serta perlaksanaan mahupun penyelarasan lain.
     

  4. Menyediakan dan membuat kajian serta laporan perancangan bagi Rancangan Perumahan Negara.

 

<< Atas 

 

 

2.

PEGAWAI PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   TANGGAGAJI B.2 EB.3:
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kewartawanan / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian.
     
b)    TANGGAGAJI B.2:
     
    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Kewartawanan / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    ii) Berkhidmat di Jabatan Penerangan sebagai Penolong Pegawai Penerangan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENERANGAN:

 

  1. Memberikan ceramah taklimat dan kerja-kerja perhubungan awam.
     

  2. Menulis rencana untuk siaran akhbar.
     

  3. Berupaya merancang kegiatan-kegiatan penerangan dan kemasyarakatan Jabatan.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua atau pegawai-pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

3.

PENYELIA KURSUS

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Kementerian Pembangunan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.
     
b)   Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang latihan adalah kelebihan.
     
c)   Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA KURSUS
:

  1. Mengawasi semua kursus yang dikendalikan di Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan.
     

  2. Menyediakan senarai peserta dan mengawasi kehadiran peserta bagi kursus yang akan dijalankan.
     

  3. Mengaturkan Bilik / Dewan / Bengkel bagi kursus yang akan dijalankan.
     

  4. Bertanggungjawab untuk menyelenggara alat-alat elektronik yang digunakan di Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan.
     

  5. Menyediakan segala keperluan seperti “teaching aids” dan bahan-bahan sebelum kursus diadakan.
     

  6. Bertanggungjawab untuk menyelaras jamuan di Pusat Latihan / Jabatan / Kementerian Pembangunan dan Pembekal.
     

  7. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Ketua dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

4.

PENYELIA LANDASAN LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Mekanikal / Pertanian / Infrastruktur atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Mekanikal / Pertanian / Infrastruktur atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam kerja yang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam tangagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
  iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     
b)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA LANDASAN LAPANGAN TERBANG:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengurus Landasan dalam hal kerja infrastruktur dan pemeliharaan landskap.
     

  2. Membantu Pengurus Landasan dalam kerja-kerja berikut:-
     
    i)   Mengawasi kakitangan di bawah kawalan masing-masing.
    ii)  Merancang serta menyusun kerja-kerja dan projek yang dimandatkan untuk dilaksanakan.
    iii) Menyediakan dokumen tawaran / sebutharga dan membuat sokongan pernilaian terhadap tawaran / sebutharga
         berkenaan.

     

  3. Mengawasi perjalanan dan kemajuan projek-projek Jabatan yang dimandatkan di Bahagian ini.
     

  4. Sentiasa berhubung rapat dengan Penyelenggara Stor di Jabatan ini dalam menentukan stok maksima dan minima bagi setiap keperluan di unit masing-masing.
     

  5. Menyediakan laporan teknikal dan laporan projek.
     

  6. Bertanggungjawab kepada Pengawas Tingkat II di unit masing-masing.

 

<< Atas 

 

 

5.

KERANI POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Posmen Tingkat I / Posmen Tingkat II / Kerani atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
     
b)   Mempunyai Sijil Komputer serta pengalaman dalam bidang yang berkaitan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI POS:

 

Menjalankan kerja-kerja perkeranian pos di bahagian-bahagian kaunter, bungkusan, mel kewangan, perkhidmatan khas filatelik, Pejabat-Pejabat Pos cawangan dan lain-lain.

 

<< Atas 

 

 

6.

PEMBANTU PEGAWAI LUAR PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     
b)   Mempunyai pengalaman dengan kerja-kerja luar penerangan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PEGAWAI LUAR PENERANGAN :

 

Mengatur dan membuat rancangan wayang gambar serta laporannya. Memberi syarahan ke kampong-kampong dan bersedia untuk bertugas di pendalaman pada bila-bila masa dikehendaki.

 

<< Atas 

 

 

GH7.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam /  Ekonomi atau bidang bersesuaian.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

  1. Membantu Ketua Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat menyediakan kertas kerja cadangan bagi Projek-Projek Mengupayakan Fakir Misikin.
     

  2. Merangka dan merancangkan bantuan-bantuan yang bersifat ‘enrichment’ dan ‘knowledge-based’ bagi asnaf fakir dan miskin.
     

  3. Memantau terhadap perjalanan dan kemajuan yang dicapai oleh Asnaf Fakir dan Miskin yang diberikan bantuan-bantuan yang berupa usaha yang menggalakkan mereka yang berdikari dan berusaha membaiki status ekonomi keluarga mereka seperti bantuan modal untuk perniagaan kecil-kecilan, bantuan mesin rumput, peralatan pertanian, perahu dan enjin dan lain-lain.
     

  4. Membuat penilaian terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh asnaf fakir dan miskin untuk berusaha sendiri seperti yang disebutkan di para(2) di atas.
     

  5. Membuat hubungan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain yang boleh membantu dan menyokong usaha perniagaan atau perusahaan kecil-kecilan golongan asnaf.
     

  6. Menerima dan melaksanakan arahan dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH7

 

 

UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,

TINGKAT 3

BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR, BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas