IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 27 JANUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 01/01/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

2.

PENYELENGGARA STOR TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

3.

PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3   ( $1,450 -  $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

4.

PENOLONG PENGELOLA TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.3 EB.4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

5.

PEMBANTU PEREKA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

PENJAGA KESELAMATAN

SEKOLAH VOKASIONAL WASAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

D.1 EB.2 ($530 - $820 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

7.

 PENJAGA MALAM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

F.1-2-3 EB. 4 ($445 - $650 SEBULAN)

F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

10

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                    

 

 

 

 

1.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan [HND] dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK: 

  1. Bertanggungjawab ke atas Pengurusan Dewan-Dewan Kemasyarakatan di bawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
     

  2. Mengawasi kakitangan Dewan-Dewan Kemasyarakatan.
     

  3. Menyediakan anggaran belanjawan projek serta menyediakan kertas kerja tender dan sebutharga bagi keperluan Dewan-Dewan Kemasyarakatan.
     

  4. Membuat ulasan laporan dan pandangan mengenai pengurusan dan penggunaan Dewan-Dewan Kemasyarakatan.
     

  5. Menghadiri mesyuarat yang ada kaitan dengan Dewan-Dewan Kemasyarakatan yang diarahkan oleh Pegawai Daerah.

 << Atas

 

2.

 

PENYELENGGARA STOR TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.     i.       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat I tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Pegawai Waran I atau Anggota Polis Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

  1. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELENGGARA STOR TINGKAT KHAS: 

  1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
     

  2. Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger dan buku stor sentiasa dikemaskinikan/teratur mengikut dasar dan peraturan/sistem yang berkuatkuasa masa kini.
     

  3. Menyelia / membuat perancangan pembelian barang-barang mengikut permintaan / paras stok diperlukan.
     

  4. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
     

  5. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan mencukupi dan terkawal.
     

  6. Menyediakan laporan / penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan / hapus kira terhadap barang-barang stor.

 << Atas

 

3.

PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3   ( $1,450 -  $2,270 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

  a.   i.      BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang penulisan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan yang berkenaan sebagai Penolong Pengarang atau jawatan berkaitan dengan bidang penulisan / penyuntingan / penerbitan dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pengarang atau jawatan berkaitan dengan bidang penulisan / penyuntingan / penerbitan dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Mempunyai pengalaman dan /atau kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah kelebihan.

  1. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berkebolehan membaca dan menulis jawi dengan baik.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam penulisan kreatif sastera serta esei sastera dan kebudayaan serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGARANG:

 

SECARA AMNYA 

  1. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang projek Bahagian & Cawangan dan menyediakan bahan/data untuk kertas kerja mengenainya.
     

  2. Membantu Ketua Cawangan mengatur dan mengawasi tugas harian kakitangan Cawangan, termasuk disiplin dan prestasi kerja.
     

  3. Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
     

  4. Membantu Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan menyediakan Laporan tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.
     

  5. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang kerja Cawangan seperti mendapatkan dan mengumpul bahan – seperti menghubungi penulis-penulis dan membuat wawancara atau memilih dan menilai bahan-bahan penulisan kreatif untuk diterbitkan (dijadikan buku atau artikel dalam majalah Jabatan).
     

  6. Terlibat dalam penelitian/pemilihan bahan-bahan untuk diterbitkan dan menyediakan bahan-bahan berkenaan untuk ditaip dan mengedit sebelum dihantar ke Bahagian Penerbitan.
     

  7. Menyumbangkan (menulis) artikel kreatif dan non-kreatif untuk sumbangan ke dalam majalah/jurnal Jabatan.
     

  8. Kerja-kerja lain yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.


DI PUSAT SEJARAH BRUNEI 

  1. Menghasilkan penulisan yang berkaitan dengan sejarah untuk maksud penerbitan dan dokumentasi.
     

  2. Melakukan pembaikan dari segi fakta, keilmiahan dan teknik penulisan terhadap manuskrip-manuskrip yang akan diterbitkan.
     

  3. Mendapatkan dan mengumpul rencana-rencana sejarah untuk dijadikan bahan terbitan di  Jabatan ini.
     

  4. Menjadi penyelaras Pusaka atau Jurnal Darussalam atau terbitan-terbitan lain Jabatan yang diaturkan.
     

  5. Membantu Ketua Pengarang atau Pengarang Kanan dan bekerjasama dengan unit-unit dalam Bahagian Penerbitan dalam kerja-kerja penerbitan.  Membantu Pegawai Penerbitan dalam hal ehwal perekaan atur huruf dan reka letak.

 << Atas

 

4.

 

PENOLONG PENGELOLA TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.3 EB.4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    a.   i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Pengawas Tanah-Tanah Perkuburan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI) Sekolah Ugama adalah kelebihan.
     

  2. Pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan urusan tanah-tanah perkuburan Islam adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGELOLA TANAH-TANAH PERKUBURAN ISLAM: 

  1. Mengetuai pentadbiran Unit Tanah Perkuburan Islam.
     

  2. Bertanggungjawab mengawasi pemeliharaan dan kebersihan kawasan kubur.
     

  3. Membuat perancangan mengenai pemeliharaan dan kemudahan.
     

  4. Membuat lawatan ke Tanah Perkuburan Islam, pemeriksaan dan mengesahkan projek-projek yang dibuat oleh Pemborong.
     

  5. Menyediakan kedatangan gaji hari.
     

  6. Membuat laporan bulanan dan lain-lain persuratan.
     

  7. Menyediakan dan memeriksa tuntutan lebih masa.
     

  8. Membuat sokongan sebarang permohonan kakitangan.
     

  9. Membuat penilaian prestasi.
     

  10. Menguruskan kelengkapan dan peralatan.
     

  11. Lain-lain tugas mengikut arahan.

 << Atas

 

5.

 

PEMBANTU PEREKA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:        

  1. 4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Lukisan dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PEREKA: 

  1. Membantu Pereka Tingkat III dalam semua peringkat pekerjaannya.
     

  2. Menjalankan penyelidikan asas untuk rekabentuk.
     

  3. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  4. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

  << Atas

 

 

6.

PENJAGA KESELAMATAN

SEKOLAH VOKASIONAL WASAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

D.1 EB.2 ($530 - $820 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.     i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding. 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat III atau jawatan berkaitan dalam Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam pasukan keselamatan seperti ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei atau jawatan bersesuaian tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata / kanta lekap lebih 100 Degree.
     

  2. Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun. (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJAGA KESELAMATAN:

  1. Mengawal keselamatan dan kesejahteraan Pelajar, Ibubapa, Tenaga Pengajar, Kakitangan Sekolah, Pelawat, Peralatan, Kemudahan, Ternakan, Tanaman dan Harta Benda Kerajaaan yang terdapat di dalam kawasan Sekolah.
     

  2. Memelihara dan mengekalkan tahap keselamatan Sekolah / Asrama yang tinggi dengan melaksanakan tugas di pos-pos keselamatan sekolah.
     

  3. Membuat rekod catitan keselamatan yang lengkap, terang dan jelas pada setiap hari.
     

  4. Melaksanakan semua polisi operasi keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Sekolah secara konsisten.
     

  5. Membantu kakitangan Sekolah didalam memelihara dan menjaga persekitaran pembelajaran yang selamat.
     

  6. Memelihara keselamatan fizikal dengan melaksanakan sistem pengawasan keluar / masuk, mengawalan letak kereta, pengawalan trafik, pengesanan pencerobohan, rondaan, pengawalan inventori dan kunci, respon kecemasan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
     

  7. Berkerjasama dengan Pegawai Atasan dan rakan sekerja lain di dalam memberikan perkhidmatan keselamatan cemerlang untuk semua warga Sekolah.
     

  8. Mmbantu mengwujudkan kerjasama yang rapat dengan pihak polis, bomba dan agensi perkhidmatan kecemasan yang lain.
     

  9. Hadir bekerja tepat pada masanya dan menggunakan pakaian seragam lengkap.
     

  10. Memastikan pintu pagar dibuka dan dikunci pada masa-masa yang ditetapkan oleh pihak Sekolah.
     

  11. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengetua.

 << Atas

 

 

7.

 

PENJAGA MALAM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

F.1-2-3 EB. 4 ($445 - $650 SEBULAN)

F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Berkebolehan menulis dan membaca.
     

  2. Berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan adalah keutamaan.
     

  3. Tinggal di kawasan yang berdekatan adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJAGA MALAM:

 

Secara Am

  1. Bertanggungjawab untuk memastikan semua pintu/pagar bangunan telah ditutup dan dikunci rapi.
     

  2. Bertanggungjawab memeriksa bangunan dan kawasan sekelilingnya dan memastikan kawasan berkenaan tidak dimasuki oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
     

  3. Bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kejadian yang menjejaskan keselamatan bangunan dan kawasan sekelilingnya.

 

Di Kementerian Pendidikan 

  1. Memastikan semua pintu-pintu / pagar-pagar Jabatan / Maktab / Sekolah ditutup dan dikunci rapi.
     

  2. Membuat pemeriksaan Jabatan / Maktab / Sekolah dan kawasan sekelilingnya dan memastikan kawasan berkenaan tidak dimasuki / dicerobohi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
     

  3. Membuat laporan sebarang kerosakan atau apa-apa jua kejadian yang menjejaskan keselamatan Jabatan / Maktab / Sekolah, harta benda Kerajaan dan kawasan sekelilingnya.
     

  4. Tugas-tugas lain yang diaturkan oleh Ketua Jabatan atau Pengetua-Pengetua.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas