IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 26 MEI 2010)

BILANGAN IKLAN: 19/05/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT I

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PENYELIA KURSUS-KURSUS

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

FOMEN PENJALAN MESIN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.4 EB.5 ( $1,225 -  $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

 

KERANI PELABUHAN

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

PEGAWAI IMIGRESEN

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

14

 

6.

 

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT II

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

7.

 

KETUA TUKANG MASAK

JABATAN – JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($ 515 - $ 875 SEBULAN)

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT I

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a. i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Lembaga Bandaran sebagai Penolong Pegawai Bandaran Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b.   Mengetahui Undang-Undang Bandaran dan yang berkaitan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT I:

 

Secara Am:

 

  1. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran, Pegawai Bandaran Kanan dan Pegawai Bandaran dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan operatif dan penyeliaan di unit yang diaturkan kepadanya.
     

  2. Menjalankan arahan dan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  3. Bersama-sama dengan Pegawai Bandaran di dalam membantu Pengerusi Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran Kanan bagi semua aspek teknikal.
     

  4. Bertanggungjawab bagi penyelarasan di dalam hal ehwal kawalan perancangan pembangunan, pelaksanaan projek-projek, perlesenen, penyelenggaraan alam sekitar dan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.
     

  5. Bersama-bersama Pegawai Bandaran membantu Pengerusi/Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran Kanan bagi Mereka Bentuk Rancangan Kemajuan Bagi Bandaran.
     

  6. Menjalankan tugas-tugas yang dikehendaki oleh Pegawai Bandaran.
     

  7. Bertanggungjawab bagi hal-hal kewangan dan pembayaran-pembayaran bagi satu-satu projek Kemajuan Bandaran dari awal sehingga tamat tempoh perlaksanaannya.
     

  8. Memeriksa dan membuat laporan seperti yang diminta oleh Jabatan-Jabatan berkenaan berhubung dengan hal-hal Teknikal, Perancangan dan Pembangunan.
     

  9. Mengurus dan memastikan persediaan dan keperluan yang mencukupi bagi pembelian barang-barang dan alat-alat perkakas/ganti seperti yang dikehendaki.

 

Di Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria:

 

  1. Mengawas hal ehwal pengurusan, perancangan, kemajuan, pelaksanaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Hal Ehwal Cukai Rumah / Bangunan.
     

  2. Tugas-tugas khusus menghadiri Mesyuarat Bulanan Pengurusan Atasan (Top Management) dan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan kutipan Hasil dan Tunggakan.|
     

  3. Menyediakan laporan Kutipan Hasil dan Tunggakan bagi Cukai Rumah / Bangunan di bawah kawalan jabatan ini.
     

  4. Penambahbaikan dan pembaharuan apa jua yang berkaitan dan percukaian dan penaksiran dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

2.

PENYELIA KURSUS-KURSUS

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Buruh dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.
     
b)   Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelia kursus.
     
c)   Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA KURSUS-KURSUS:

 

  1. Membantu dalam membuat jadual kursus-kursus yang akan dikendalikan oleh Pusat Pekerjaan dari masa ke semasa.
     

  2. MenyediakanSlide Presentation’ dan mengemaskinikan ‘Database System’ bagi Pusat Pekerjaan.
     

  3. Memastikan penyediaan bilik-bilik, peralatan/perkakas dan keperluan bagi latihan/kursus yang akan diadakan.
     

  4. Menguruskan jamuan bagi kursus-kursus yang dikendalikan oleh Pusat Pekerjaan.
     

  5. Mengawas peserta-peserta kursus dalam kegiatan tambahan.
     

  6. Membantu mengendalikan kursus-kursus yang dikendalikan oleh Pusat Pekerjaan dari masa ke semasa.
     

  7. Menyediakan laporan mengenai dengan kursus-kursus yang dikendalikan dari masa ke semasa untuk dihadapkan kepada Ketua Jabatan.
     

  8. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Buruh atau Timbalan Pesuruhjaya Buruh dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

FOMEN PENJALAN MESIN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.4 EB.5 ( $1,225 -  $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Kemeterian Pertahanan sebagai Pengawas Penjalan Mesin atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan pengendalian Jentera Berat dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     
b)   Berumur di antara 30 hingga 45 tahun.
     
c)   Mempunyai Lesen Memandu Kelas 3, 5 dan 12 yang sah dan tidak pernah didakwa di mana-mana mahkahmah.
     
d)   Mempunyai kebolehan dan berpengalaman seperti berikut adalah kelebihan:-
     
  i) Pengendalian Jentera Berat (kren) sehingga 30 ton dan lain-lain peralatan Jentera Kecil
     
  ii) Dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan bengkel
     
  iii) Mengawas dan mengatur kerja-kerja bagi pekerja bawahan

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB FOMEN PENJALAN MESIN:

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal pentadbiran dan urusan Bengkel Plant TLDB.
     

  2. Bertanggungjawab selaku Ketua Penjalan Mesin (FOMEN).
     

  3. Bertanggungjawab bagi mengawasi semua Jentera Berat TLDB.
     

  4. Bertanggungjawab ke atas pemeliharaan baik pulih jentera berat.
     

  5. Bertanggungjawab ke atas setiap permohonan penggunaan Jentera Berat TLDB.
     

  6. Membuat status Jentera Berat setiap bulan untuk Laporan Bulanan (KPI).
     

  7. Sentiasa berhubung dengan Pegawai Jurutera Pangkalan dan Pegawai Kenderaan TLDB dalam urusan pentadbiran pejabat dan pengurusan pemeliharaan Jentera Berat.
     

  8. Berkordinasi bersama Bengkel LAD TLDB dengan bengkel  Bolkiah.
     

  9. Sentiasa patuh segala arahan pihak atasan dan ketua bahagian jika diperlukan kerja lebih masa.

 

 << Atas

 

 

4.

KERANI PELABUHAN

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)

BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani dan telah lulus Peperiksaan Kerani-Kerani Rendah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b)   Mempunyai Sijil Trengkas / Simpan Kira / Menaip Tertinggi dan boleh menggunakan komputer adalah kelebihan.
     
c)   Mempunyai pengalaman mengenai tugas-tugas pelabuhan dan perkapalan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI PELABUHAN:

 

  1. Mencatit kargo yang datang/ keluar, termasuk membuat perangkaan dan pengasingan jenis kargo dan kegunaan.
     

  2. Membuat pengutipan pendapatan hasil daripada perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan yang diberikan setiap hari.
     

  3. Memproses kertas-kertas dokumen pelabuhan yang dikeluarkan setiap hari.
     

  4. Layanan bagi penerima / pengedar kontena.
     

  5. Membuat penerimaan dan pelepasan kapal.
     

  6. Layanan bagi permohonan perkhidmatan kenderaan.

 

<< Atas

 

 

5.

PEGAWAI IMIGRESEN

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
     
b)   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI IMIGRESEN:

 

Pemohon-pemohon yang layak dikehendaki memakai Pakaian Seragam Pegawai-Pegawai Imigresen yang lengkap. Mereka hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana tempat di negara ini. Mereka juga hendaklah bersedia bekerja pada bila-bila waktu diperlukan, termasuk di luar waktu pekerjaan biasa. Hari-Hari Kelepasan Awam atau bekerja secara bergilir (‘shift’).

 

 << Atas

 

 

6.

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT II

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT II:

 

  1. Membantu Ketua Bahagian / Unit dalam hal-hal berikut:
     
    i)       Penyelarasan dan perlaksanaan projek dan program Belia dan Sukan.
    ii)      Menjadi Pegawai Teknikal Sukan (Hakim-Hakim, Linesman, Referee, Juri dan sebagainya) apabila
             diperlukan
    .

    iii)     Sebagai penyelaras perhubungan antara Jabatan dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan (Liasion
             Officer
    ).

    iv)     Membantu dalam pengendalian latihan dan kursus pengurusan dan kemahiran termasuk latihan-latihan
             sukan
    .

    v)      Menyelaras permohonan-permohonan daripada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan termasuk proses
             menyediakan
    persuratan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

    vi)     Mengadakan lawatan-lawatan kepada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan pada bila-bila masa sahaja
             dan
    menyediakan laporan-laporan yang berkenaan.

    vii)     Menyediakan dan mengumpul maklumat bagi keperluan laporan bulanan dan tahunan.
     

  2. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan Ketua Bahagian dan Unit.
     

  4. Bertugas tidak terkecuali pada waktu hari kelepasan awam dan luar waktu-waktu masa bekerja.

 

<< Atas 

 

 

7.

KETUA TUKANG MASAK

JABATAN – JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($ 515 - $ 875 SEBULAN)

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1. a) TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4:
     
    i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau sebanding dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services.
     
   

ATAU

     
    ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Tukang Masak dalam tanggagaji F.4 tidak kurang dari 2 tahun atau sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
  b) TANGGAGAJI F.4-5 EB.6 :
     
    i) BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau sebanding dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services.
     
   

ATAU

     
    ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 2 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

     
2.   Kelayakan tambahan dalam bidang masak-memasak dan kebolehan memasak pelbagai jenis hidangan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA TUKANG MASAK:

 

  1. Tugas-tugas Ketua Tukang Masak ialah mengetuai Tukang-Tukang Masak di bawah jagaannya.
     

  2. Mengawasi tatatertib dan kedatangan Tukang Masak.
     

  3. Mempastikan Tukang-Tukang Masak mematuhi peraturan bekerja apabila berada di dapur dan di dewan makan.
     

  4. Mempastikan waktu makan dan minum adalah seperti yang dijadualkan.
     

  5. Membuat tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas