IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 25 OGOS 2010)

BILANGAN IKLAN: 32/08/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PEGAWAI PROJEK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 

3.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

22

 

4.

 

PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7

 

5.

 

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

JURUTEKNIK PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAAN (PERGIGIAN)

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNOLOGI PENJAGAAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN )

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

GH7.

 

PEKERJA TINGKAT II

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

$25.80 - $27.20 SEHARI

Tugas dan Tanggungjawab

 

6

BILANGAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1 a) TANGGAGAJI B.2 EB.3
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian.
     
  b) TANGGAGAJI B.2:
    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat I atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
2.   asih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     
3.   Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     
4.   Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
     
5.   Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     
6.   Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM:

 

  1. Menjadi jurucakap rasmi/sanggamara.
     

  2. Meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi.
     

  3. Menyalur maklumat kepada pihak awam.
     

  4. Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.
     

  5. Menangani masalah dan konflik.
     

  6. Mewujudkan perhubungan rapat di antara media dalam dan luar organisasi.
     

  7. Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan.
     

  8. Menjadi sumber maklumat dan rujukan.
     

  9. Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.
     

  10. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

2.

 

PEGAWAI PROJEK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3:
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengajian Perniagaan / Kejuruteraan / Arkitektur / Pengurusan Projek atau bidang bersesuaian.
     
  b) TANGGAGAJI B.2:
     
    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Projek Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PROJEK:

 

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA:

 

  1. Membantu Ketua Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat menyediakan kertas-kertas cadangan bagi Projek-Projek perumahan Asnaf Zakat.
     

  2. Menjadi Urusetia bagi Jawatankuasa bantuan bagi Orang Dhaif dan Miskin (Quick Win) kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri.
     

  3. Menguruskan pembinaan rumah-rumah bagi Asnaf Zakat.
     

  4. Menguruskan pembelian rumah-rumah bagi Asnaf Zakat.
     

  5. Menguruskan pembaikan rumah-rumah bagi Asnaf Zakat.
     

  6. Menguruskan rumah sewa bagi Asnaf.
     

  7. Mengadakan perundingan dengan Jabatan-Jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya dan lain-lain.
     

  8. Hubungan dengan syarikat-syarikat kontraktor yang terpilih untuk membangun rumah Asnaf Zakat.

 

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

 

Unit Pembangunan Keusahawanan Belia:

 

  1. Meneliti dan menilai “viability” cadangan perusahaan yang dihadapkan oleh koperasi untuk dimasukkan ke dalam PPKB.
     

  2. Meneliti dan menilai permohonan peruntukkan kewangan setiap koperasi bagi menjalankan perusahaan yang dicadangkan.
     

  3. Membantu dalam membuat perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan khususnya pihak Kerajaan dalam mendapatkan sebarang peluang pekerjaan dan perniagaan bagi PPKB seperti mendapatkan tapak, kewangan dan tawaran.
     

  4. Membuat “environment scanning” bagi memperoleh peluang-peluang kerjaya dan perniagaan untuk diterokai oleh pengendali-pengendali PPKB.
     

  5. Memberi bimbingan kepada pengendali-pengendali PPKB, khususnya koperasi kampong dan koperasi belia, dalam semua aspek yang berkaitan dengan pengendalian projek-projek PPKB.

 

 

KEMENTERIAN PERTAHANAN

 

Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja:

 

  1. Mengumpul data / maklumat dan menyediakan perangkaan (statistic) berkaitan dengan projek.
     

  2. Menyediakan laporan / kertas kerja yang berkaitan dengan projek.
     

  3. Menyelaraskan dan menyediakan cadangan-cadangan projek Jabatan dan yang melibatkan Jabatan.
     

  4. Menyemak bayaran-bayaran kemajuan kerja.
     

  5. Menilai kedudukan-kedudukan projek dan membuat laporan.

  

<< Atas 

 

 

3.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Mekanik / Elektrikal / Ukur Bahan atau Arkitektur; atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan berkaitan dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Mekanik / Elektrikal / Ukur Bahan atau Arkitektur atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.
     
    Mempunyai buku-buku catatan harian kerja yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengawas Pekerja adalah diberi keutamaan dan dikehendaki dibawa bersama-sama temuduga.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

 

JABATAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL [DME]

 

Bahagian Perkhidmatan Bangunan:

 

  1. Mengendalikan kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal bagi projek-projek Bangunan Kerajaan.
     

  2. Mengendalikan dokumen-dokumen tawaran dan reka-bentuk elektrikal dan mekanikal.
     

  3. Menghadiri mesyuarat projek-projek.
     

  4. Memproses tuntutan-tuntutan bayaran dari pihak Pemborong bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
     

  5. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan pengawasan keseluruhan projek diamanahkan.

 

 

Bahagian Struktur [STE]:

 

  1. Membantu Jurutera dalam mengendalikan dan menguruskan projek-projek.
     

  2. Membantu Jurutera dalam pengurusan kakitangan yang di bawah kumpulan masing-masing.
     

  3. Menyediakan dan memberikan latihan / tunjuk ajar kepada kakitangan Bahagian ini.
     

  4. Jabatan-Jabatan lain di bawah Jabatan Kerja Raya yang memerlukannya dan kumpulan pelajar yang dalam penempatan sambil belajar ke Bahagian ini.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas Jurutera semasa Jurutera bercuti atau keluar negeri.

 

BAHAGIAN UKUR BAHAN [CQS]

 

Pada Peringkat Pre-Kontrak:

 

  1. Menyediakan anggaran peruntukan dan anggaran pembangunan termasuk ‘cost plan’, ‘cost anaylsis’, dan sebagaimana yang diperlukan oleh pengguna.
     

  2. Menyediakan notis tawaran bagi tawaran terbuka dan surat jemputan bagi tawaran secara jemputan.
     

  3. Membuat ‘taking-off’ dan ‘measurement’.
     

  4. Menyediakan dokumen tawaran.
     

  5. Menyemak pengiraan jumlah harga tawaran yang dihadapkan oleh penender dan seterusnya menyediakan segala lampiran bagi laporan sokongan tawaran.
     

  6. Menyediakan laporan penilaian dan sokongan tawaran.


 

Pada Peringkat Post-Kontrak:

 

  1. Menghadiri mesyuarat di tapak bina.
     

  2. Melawat kemajuan di tapak bina bagi penilaian kemajuan dan pesanan perubahan.
     

  3. Menyediakan sijil bayaran kemajuan, sijil bayaran sebelum terakhir dan sijil bayaran terakhir serta mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  4. Membuat penilaian serta menyediakan pesanan perubahan dan mana-mana dokumen yang berkaitan termasuk berunding dan mempersetujui kuantiti serta harga dengan pihak kontraktor.
     

  5. Melawat dan menilai kerja-kerja tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran pesanan perubahan.
     

  6. Menilai kerja-kerja asal dan tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran sebelum terakhir [“Final Account”].
     

  7. Menyediakan ‘financial statement / cost report’ bulanan di sepanjang tempoh masa pembinaan projek.

 

Tugas dan Tanggungjawab Lain:

 

  1. Meneliti dan menyemak tuntutan yuran perunding bagi tujuan untuk menyokong jumlah yang dicadangkan untuk dibayar.
     

  2. Mengikut dan melaksanakan arahan pegawai kanan [Juruukur Bahan dan mana-mana pihak atasan].
     

  3. Bertanggungjawab kepada pegawai kanan [Juruukur Bahan dan mana-mana pihak atasan].
     

  4. Menjalankan peralihan tugas Juruukur Bahan yang bercuti.
     

  5. Membantu, menyusun dan mengurus kegiatan kebajikan Bahagian Ukur Bahan.


 

BAHAGIAN MEKANIKAL [SME]

 

  1. Mengetuai Unit-Unit.
     

  2. Memastikan segala polisi, objektif dan tujuan Jabatan difahami dan diimplementasikan dengan effektif oleh semua pekerja.
     

  3. Merancang dan menjadual kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh Unit-Unit bagi mencapai objektif Bahagian.
     

  4. Memantau status kerja-kerja yang diselenggarajab dengan membuat perjumpaan harian dengan kakitangan di bawah jagaan.
     

  5. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
     

  6. Memantau permohonan-permohonan kakitangan dalam Unit di bawah jagaan seperti permohonan keluar negeri, cuti dan keluar meninggalkan tempat kerja sebelum diserahkan kepada Ketua Bahagian.
     

  7. Mengesahkan kerja siap, punch kad, tuntutan kerja lebih masa dan elaun perjalanan sebelum diserahkan kepada Ketua Bahagian.
     

  8. Memantau perkembangan Unit dari masa ke semasa.

 

BAHAGIAN BANGUNAN [SEB]

 

1.   Membuat perjumpaan dengan klien bagi memastikan maklumat-maklumat yang diperlukan diperingkat awal sebelum mengeluarkan tawaran seperti berikut:
     
    i) Tapak bina yang bergazet [berwarna].
    ii)

Peruntukan ada [telah diluluskan].

    iii) Jenis bangunan yang diperlukan [scope of tender].
       
    Menyediakan minit ke Bahagian Kaji Tanah untuk mendapatkan nasihat [foundation Advise].
     
2.   Menyediakan Tender Dokumen [Projek di bawah $1 juta]:
     
    i) Specification rumusan tawaran [Summary of Tender].
    ii) Lukisan.
    iii) Tender Notice.
       
3.  

Membantu membuat kerja-kerja penilaian tawaran [TA].

     
4.   Seterusnya menyediakan memo ke DES.
     
5.   Mengawasi dan mengurus perlaksanaan projek-projek pembinaan.
     
6.   Possession of site mengambil alih tapak bina.
     
    i)  Memastikan tapak kedudukan bangunan betul.
    ii)  Mengawal kerja-kerja piling termasuk test pile dan loat test.
    iii)  Memeriksa besi sebelum kerja-kerja konkrit diluluskan.
    iv)   Memastikan keselamatan di tapak bina diutamakan [site safety].
    v)  Membantu Jurutera mempengerusikan perjumpaan di tapak bina [site meeting] seterusnya membuat minute of site meeting.
    vi)  Menyediakan pembayaran dari peringkat awal hingga projek siap.
    vii) Menyediakan laporan bulanan ke atas kemajuan projek-projek di bawah pengawasannya.

 

 

JABATAN KEMAJUAN

 

  1. Membantu Jurutera / Arkitek / Juruukur Bahan dalam pengurusan projek-projek di bawah konsaltan dan penyelarasan serta pengawasan projek-projek Perumahan dan projek khas.
     

  2. Membantu Jurutera / Arkitek / Juruukur Bahan dalam membahagikan kerja kepada Pengawas-Pengawas tapak bina.
     

  3. Bertindak sebagai wakil Jurutera / Arkitek / Juruukur Bahan di tapak bina [site agent].
     

  4. Menyediakan laporan harian dan mempastikan semua laporan tapak bina dalam keadaan teratur.
     

  5. Menyediakan dan menghadapkan laporan kemajuan bulanan dan laporan kewangan kepada Jurutera / Arkitek / Juruukur Bahan.
     

  6. Bertanggungjawab kepada orang bawahan.
     

  7. Menangani apa-apa permintaan / arahan daripada orang atasan.
     

  8. Mengambil alih tugas-tugas Jurutera / Arkitek / Juruukur Bahan semasa beliau bercuti.
     

  9. Membuat keputusan dan laporan fakta kepada Jurutera / Arkitek / Juruukur Bahan.

 

 

PEJABAT PENGARAH PERKHIDMATAN BANGUNAN [DBSO]

 

  1. Membuat pemeriksaan dan anggaran bagi kerja-kerja pemeliharaan / pembinaan.
     

  2. Menyediakan dokumen tawaran / sebutharga.
     

  3. Mengawasi dan mengurus pelaksanaan projek-projek dan pemeliharaan / pembinaan.
     

  4. Menyediakan laporan bulanan ke atas kemajuan projek-projek di bawah pengawasannya.
     

  5. Menyediakan segala pembayaran.
     

  6. Memeriksa dan menilai kesempurnaan sesuatu projek untuk diluluskan sebelum penyerahan rasmi dilakukan.
     

  7. Membantu menyediakan belanjawan tahunan bagi projek-projek yang akan dirancang.
     

  8. Membuat perjumpaan dengan klien untuk memastikan:-


 

  i)

Tapak bina yang bergazet [berwarna].

  ii)

Peruntukan ada [telah diluluskan].

  iii)

Jenis Bangunan yang diperlukan [Scope of Tender].

  iv)

Mendapat nasihat [Foundation advise] dari Bahagian Kaji Tanah.

  v)

Mengawasi kakitangan bawahannya termasuk pengawasan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor.

 

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL [DTS]

 

Bahagian Kaji Selidik dan Ujian Bahan Binaan [BKS/UBB]:

 

  1. Membuat pemeriksaan, mengenal-pasti punca dan menilai tahap kerosakan bangunan-bangunan, struktur dan bahan-bahan binaan yang bermasalah.
     

  2. Membantu Jurutera dalam mengendalikan kerja-kerja penyiasatan awal di tapak binaan seterusnya mengambil contoh-contoh bahan binaan dari tapak-tapak projek untuk diuji di makmal dan menyediakan laporan-laporan teknikal dalam kerja-kerja tersebut.
     

  3. Memantau dan memeriksa mutu kerja pembinaan seperti kerja-kerja konkriting dan ujian-ujian di tapak binaan.
     

  4. Mengawasi kerja-kerja ujian ke atas bahan-bahan binaan menurut piawaian tertentu yang dijalankan oleh kakitangan bawahan samada yang dilakukan di dalam makmal mahu pun di luar makmal [tapak projek].
     

  5. Menganalisa, mengkaji dan menilai data-data ujian yang terkumpul diperingkat awal.
     

  6. Mengetuai, mengawas dan melatih Pembantu Teknik Kanan dan kakitangan teknikal dalam bidang kerja-kerja yang tersebut di atas.

 

 

 

Tugas-Tugas Sampingan:

 

  1. Mempastikan Jabatan sentiasa peka akan piawai, prosedur dan pengurusan makmal yang terkini seperti ISO EN 17025:2005.
     

  2. Merancang dan menyelaras keperluan kerja-kerja teknikal untuk kakitangan yang dipertanggungjawabkan bagi mempastikan pembahagian kerja yang teratur dan seimbang.
     

  3. Boleh mengendalikan kerja-kerja sulit yang membabitkan pengurusan belanjawan pejabat dan kakitangan.
     

  4. Sifat-sifat yang dikehendaki:-

 

  i) Berkebolehan dalam menyediakan dan menulis laporan teknikal dengan baik.
  ii) Berkebolehan bekerja dengan bimbingan yang minima.
  iii) Memiliki sifat kepimpinan, jujur dan amanah.

  

JABATAN KERJA RAYA, DAERAH TUTONG

 

  1. Bertanggungjawab bagi Ketua Unit dan Ketua Bahagian.
     

  2. Membantu Ketua Unit dalam pengurusan kerja di Bahagian Pengurusan Bangunan, JKR, Tutong.
     

  3. Memantau dan menyediakan memo, minit dan lain-lain persuratan.
     

  4. Membantu Jurutera dalam membuat pemantauan projek-projek yang dikendalikan oleh Pengawas Projek.
     

  5. Memeriksa dan menyediakan anggaran, dokumen pembayaran, kerja-kerja tambahan “V.O”, membuat pemeriksaan ke tapak binaan dan lain-lain.
     

  6. Memeriksa dan mengawasi kerja-kerja pemborng yang sedang dalam perlaksanaan bagi memastikan kerja-kerja tersebut dibuat mengikut peraturan yang telah ditentukan di dalam perjanjian Dokumen Kontrak dan dalam tempoh yang dibenarkan.
     

  7. Sentiasa bekerjasama dengan Ketua Unit, Pembantu Teknik dan Pengawas Bangunan bagi menyelesaikan sesuatu masalah jika terdapat sebarang kesilapan pada dokumen dan sebagainya.
     

  8. Menghadiri mesyuarat Jabatan lain apabila diperlukan.
     

  9. Menandatangani dalam chop “Work satisfactorily Completed dalam Invoice pemborong.

 

 

JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT [SKB]

 

  1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian / Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description) samada bagi tugas-tugas bahagian Jalanraya, Bangunan, air dan Gas, Pembetungan, Mekanikal, Saliran, Elektrikal.
     

  2. Menyelaras projek-projek Kerajaan di bawah kawalan Jabatan.
     

  3. Membantu Ketua Bahagian dan Pegawai Kanan dalam urusan teknikal seperti projek-projek Rancangan Kemajuan Negara dan Projek Tahunan.
     

  4. Membuat pemantauan dan pemeliharaan ke atas harta benda Kerajaan / asset Jabatan / bangunan-bangunan Kerajaan atau yang berkaitan dengannya samada bagi Jalanraya / Bangunan / Air dan Gas / Pembetungan / Saliran / Mekanikal dan Elektrikal.
     

  5. Menyediakan tawaran dan sebutharga bagi kerja-kerja projek yang diperlukan oleh Jabatan.
     

  6. Membuat perancangan dalam merancang projek-projek baru secara tahunan.
     

  7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

4.

 

PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)  Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dengan bidang Perakaunan dan/atau Kewangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dala

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT I:

 

  1. Memproses, menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal perakaunan, kewangan dan mengendalikan pertanyaan-pertanyaan Audit.
     

  2. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan.
     

  3. Bersama-sama dengan Pegawai Kewangan bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja, disiplin dan kesejahteraan bekerja Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II dan Kerani Kewangan.
     

  4. Tugas-tugas adalah mengikut arahan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

5.

 

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b)   Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     
c)   Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     
d)    Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     
e)    Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
     
f)    Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT II:

 

SECARA AM:

 

  1. Mewujudkan perhubungan rapat di antara media dalam dan luar organisasi.
     

  2. Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan.
     

  3. Menjadi sumber maklumat dan rujukan.
     

  4. Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.
     

  5. Membuat urusan-urusan penempahan bilik-bilik hotel, tiket-tiket dan kenderaan-kenderaan, urusan-urusan ketibaan / pemergian pegawai-pegawai, urusan-urusan jamuan seperti tempahan bilik-bilik makan di restaurant serta urusan-urusan pembelian barang-barang dan stor.
     

  6. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

JABATAN KERJA RAYA:

 

  1. Bertanggungjawab dan menyelaras kepada hal ehwal perhubungan Awam, Jabatan Kerja Raya.
     

  2. Menerima dan bertindak kepada aduan-aduan awam, seperti aduan mengenai Jalan Raya, Air, Parit dan Tali air, Pembentungan dan lain-lain.
     

  3. Menyediakan laporan berita bagi perkembangan dan kegiatan-kegiatan Jabatan ini untuk siaran Radio / Televisyen dan Akhbar.
     

  4. Menyediakan laporan Hal Ehwal semasa dan laporan Tahunan termasuk terbitan Jabatan.

 

<< Atas 
 

 

6.

 

JURUTEKNIK PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAAN (PERGIGIAN)

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNOLOGI PENJAGAAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN )

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Elektrikal / Elektronik atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Kementerian Kesihatan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
  ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam bidang pemeliharaan alat-alat Elektronik / Elektro Mekanikal dalam tanggagaji D.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 6 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAAN (PERGIGIAN):

 

  1. Memelihara dan membaiki peralatan perubatan yang berupa elektro Perubatan dan Elektronik.
     

  2. Dikehendaki bekerja secara panggilan (On Call) selepas waktu bekerja apabila diperlukan.

 

<< Atas 

 

 

GH7.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEKERJA TINGKAT II

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

$25.80 - $27.20 SEHARI

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a)   4 Kepujian / Kredit mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
     
b)   Mempunyai Sijil Peperiksaan Ugama Darjah Enam (IV) atau kelulusan sebanding adalah kelebihan.
     
c)   Berkebolehan dalam menggunakan komputer.
     
d)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA TINGKAT II:

 

  1. Memasukkan “Data Entry”.
     

  2. Menaip persuratan termasuk penyemakan (Proof reading), system failing dan susulan.
     

  3. Tertakluk kepada fungsi Jabatan / Bahagian / Unit tanggungjawab juga termasuk menguruskan kewangan, memproses permohonan dan pentadbiran pejabat.
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA GH7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas