IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 24 NOVEMBER 2010)

BILANGAN IKLAN: 45/11/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

PEGAWAI ISTILAH

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

4.

 

PEGAWAI PENAKSIR RUMAH

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

POSMEN TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5 ($900- $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

7.

 

PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

8.

 

PENGAWAS TANAH-TANAH PERKUBURAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

9.

 

MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  TANGGAGAJI B.2 EB.3 :
   
  Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.
   

 

b)  TANGGAGAJI B.2 :
 
  i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perbekalan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERBEKALAN:

 

1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
   
2. Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger / buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar / peraturan / sistem yang berkuatkuasa masakini.
   
3. Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.
   
4. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
   
5. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.
   
6. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 

 << Atas

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:  

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penyemak Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan.
     
c) Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

    

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT I:

 

Secara Am:

 

1. Menyelaras dan mengaturkan tugas-tugas penyemakan kepada pegawai-pegawai bawahan.
   
2. Melakukan kerja-kerja penyemakan ke atas rencana dan manuskrip agar segala fakta, ejaan dan teknik sesebuah rencana dan manuskrip itu betul dan sahih.
   
3. Menyelaras dan mengendalikan bersama bahan-bahan penerbitan yang akan dicetak.
   
4. Menyemak dan memastikan bahan-bahan penerbitan sudah bersih sebelum dicetak.
   
5. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

JABATAN PEGUAM NEGARA:

 

1. Menyemak teks undang-undang agar segala perkataan dalam peruntukan termasuk ejaan dan format undang-undang itu betul.
   
2. Membuat penyelidikan dan mengumpul maklumat terhadap undang-undang yang disemak untuk memastikan ke semua pindaan bagi undang-undang tersebut telah dimasukkan ke dalam teks semakan untuk menjadikannya undang-undang yang terkini.
   
3. Menyemak dan memastikan teks undang-undang sudah bersih sebelum dicetak.
   
4. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

                                                              

 

3.

 

PEGAWAI ISTILAH

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Pengajian Bahasa atau bidang bersesuaian.
     

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Pegawai Istilah atau jawatan bersesuaian tidak kurang dari 7 tahun.
     
b) Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.
   
c) Mempunyai daya inisiatif untuk merancang kerja-kerja untuk kemajuan dan perkembangan bahasa adalah kelebihan.
   
d) Menguasai Bahasa Inggeris dan bahasa lain selain Bahasa Melayu adalah kelebihan.
   
e) Pengalaman dalam penyelidikan serta pengetahuan luas dalam perbendaharaan kata Melayu Brunei dan Kesusasteraan Melayu adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI ISTILAH:

 

1. Membantu Ketua Cawangan dalam merancang projek Bahagian & Cawangan dan menyediakan bahan/data untuk kertas kerja mengenainya.
   
2. Membantu Ketua Cawangan mengatur dan mengawasi tugas harian kakitangan Cawangan, termasuk disiplin dan prestasi kerja.
   
3. Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
   
4. Membantu Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan menyediakan Laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.
   
5. Menjadi Setiausaha atau Penolong Setiausaha Jawatankuasa Istilah
   
6. Membantu menyediakan daftar peristilahan.
   
7. Membantu tugas-tugas Setiausaha Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
   
8. Menjadi penceramah dalam taklimat/kursus/penerangan tentang istilah sama ada di dalam atau pun di luar jabatan, jika dikehendaki.

 

<< Atas

 

 

4.

PEGAWAI PENAKSIR RUMAH

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :     

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penaksiran / Percukaian atau bidang bersesuaian.
     
   ATAU
     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Penolong Penaksir Rumah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENAKSIR RUMAH:

 

1. Menaksir mana-mana bangunan-bangunan yang berada di bawah kawasan kawalan Lembaga Bandaran yang layak ditaksir menurut peruntukan Akta Lembaga Bandaran Penggal 57.
   
2. Menuntut cukai bangunan ke atas bangunan-bangunan yang telah dikenakan cukai ke atasnya dari semasa ke semasa.
   
3. Memastikan tuntutan cukai dilaksanakan dengan sewajarnya dan menyelaraskan cukai bangunan jika perlu dari semasa ke semasa.
   
4. Mengawal serta mengaturkan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas bangunan-bangunan yang diragui dan membuat laporan bagi bangunan-bangunan yang tidak dikenakan cukai kepada pihak atasan.
 
  • Menuntut cukai bangunan dari semasa ke semasa.
 
  • Menyelaraskan cukai bangunan dan perubahan-perubahan yang diperolehi dari pemilik.
 
  • Selaku penasihat kepada Penolong Setiausaha Bandaran jika berbangkit sesuatu kemuskilan.
 
  • Melaporkan dan memeriksa bangunan yang dikenakan cukai jika diperlukan.
 
  • Menerima arahan dari Ketua dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

                                                                          

 

5.

POSMEN TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5 ($900- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)

BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
ATAU
     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Posmen Tingkat I atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengawasan pemerosesan atau penyerahan mel.
     
b)   Lulus Peperiksaan Khas Jabatan Perkhidmatan Pos adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB POSMEN TINGKAT KHAS:

 

 

1. Menjadi pembantu kanan kepada Penyelia dan Ketua Pos di unit penyerahan dan mel.
   
2. Bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi pemerosesan dan penyerahan mel atau bungkusan.
   
3. Mengawasi Posmen dan memastikan tugas penyerahan surat dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) Jabatan.
   
4. Menyediakan laporan yang berkaitan dengan tugas.

 

<< Atas

 

 

6.

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Mekanikal atau bidang bersesuaian.
     

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
     
ATAU
     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TRADESMAN TINGKAT KHAS:

 

JABATAN DAERAH BELAIT:

 

1. Membuat kerja pemeliharaan injin motorsangkut dan injin kenderaan darat, kepunyaan Jabatan Daerah Belait.
   
2. Mengetuai Tradesman Tingkat I dan kebawah membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pengimpalan (welding) ke atas kenderaan darat, kepunyaan Jabatan Daerah Belait.
   
3. Perlaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan melalui tawaran kontrak (tawaran dan sebutharga).

   

JABATAN LAUT:

 

1. Membuat laporan kerja pemeliharaan injin-injin kapal, injin motorsangkut, injin kenderaan darat dan alat-alat membasmi tumpahan minyak kepunyaan Jabatan Laut.
   
2. Mengetuai Tradesman Tingkat I & II membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pengimpalan (welding) ke atas kenderaan darat, kenderaan laut dan kapal-kapal alat-alat tumpahan minyak kepunyaan Jabatan Laut.

 << Atas

 

 

7.

PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding.
     
ATAU
     
  ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
     

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA SUKATAN DAN TIMBANGAN:

 

1. Mengendalikan pendaftaran / pencapan alat-alat sukatan dan timbangan orang ramai dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.
   
2. Membuat pemeriksaan mengejut (spot check) ke premis-premis perniagaan untuk memastikan alat-alat sukatan dan timbangan adalah sah untuk digunakan dalam urusan perniagaan.
   
3. Lain-lain tugas yang berhubung dengan penyibaran dan penyelarasan sistem metrik.
   
4. Membantu Merinyu Sukatan dan Timbangan.
   
5. Lain-lain tugas yang diarahkan dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.

<< Atas

 

 

8.

PENGAWAS TANAH-TANAH PERKUBURAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding.
     

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.
     
b) Tahu membaca dan menulis jawi.
     
c) Mempunyai pengalaman dalam mengatur, mengawas dan mengawal pekerja-pekerja bawahan adalah kelebihan.

  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS TANAH-TANAH PERKUBURAN:

 

1. Mengawasi dan mengaur Buruh-Buruh di Daerah Brunei dan Muara membersihkan kawasan Tanah-Tanah Perkuburan Islam.
   
2. Menjaga dan mengawal kebersihan Bangunan Kubah Makam Di Raja, Makam Sultan Bolkiah V, Makam Sultan Sharif Ali dan Makam di Luba.
   
3. Mengawasi pembaca-pembaca Al-Quran di Kubah Makam Di Raja, Makam Sultan Sharif Ali, Makam Sultan Bolkiah V dan Makam Di Luba.
   
4. Mengawasi dan membuat lawatan ke bahagian Penggapai Daerah Brunei dan Muara.
   
5. Menerima arahan-arahan dari masa ke semasa dari Ketua Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam.

 

<< Atas

 

 

9.

MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding.
     

ATAU

     
  ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian.
     
ATAU
     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEKANIK SUKATAN DAN TIMBANGAN:

 

1. Mengendalikan pendaftaran / pencapan alat-alat sukatan dan timbangan orang ramai dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.
   
2. Membuat pemeliharaan, pembaikan dan pengujian ke atas alat-alat sukatan dan timbangan yang dihantar ke Pejabat.
   
3. Mengadakan lawatan (out station) ke Jabatan-Jabatan Kerajaan yang mempunyai alat-alat sukatan dan timbangan.
   
4. Menerima laporan-laporan kerosakan daripada orang ramai / Jabatan-Jabatan Kerajaan.
   
5. Membantu Mekanik Kanan.
   
6. Lain-lain tugas yang diarahkan dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

                                             

 

 

 

 

 

 

 


 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA9

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas