IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 21 JULAI 2010)

BILANGAN IKLAN: 27/07/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEKERJA KANAN BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3-4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PENGENDALI MESIN PENYUSUN TAIP GAMBAR TINGKAT KHAS

PEJABAT PEGUAM NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

PENYELAMAT KANAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

4.

 

PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

PEGAWAI LUAR

PEJABAT DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

MANDUR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

ATAU

F.2-3-4 EB.5 ($495 – $700 SEBULAN)

ATAU

F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)

ATAU

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 

GH7.

 

PEGAWAI STAF

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

BILANGAN GH7 DAN GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

GH8.

 

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

PEKERJA KANAN BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3-4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan sebagai Penolong Pekerja Kanan Belia dan Sukan / Pekerja Belia dan Sukan Tingkat I / Pekerja Belia dan Sukan Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEKERJA KANAN BELIA DAN SUKAN: 

  1. Membantu Ketua Bahagian/Unit dalam hal-hal berikut:-
     
    i)     Penyelidikan, perkembangan dan penerangan dalam hal ehwal belia dan sukan.
     
    ii)    Mengumpulkan maklumat mengenai dengan perkembangan, peraturan dan undang-undang Persatuan-
           Persatuan Belia dan Sukan.
     
    iii)    Menyusun dan melaksanakan aktiviti tahunan belia dan sukan di peringkat Jabatan, Daerah dan Kebangsaan.
     
    iv)    Menyediakan, mengumpulkan dan menyelaras rekod dan maklumat tentang kegiatan Jabatan dan Persatuan-
            Persatuan Belia dan Sukan secara sistematik bagi keperluan laporan.

     
    v)     Terlibat dalam promosi kegiatan-kegiatan belia dan sukan.
     
    vi)    Urusan-urusan pentadbiran dan perhubungan dengan agensi / pihak yang berkenaan di dalam dan di luar
            negeri.

     
    vii)    Menyusun dan menyelaras kursus-kursus dan latihan bagi Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan serta
            menyediakan dan menyampaikan kertas kerja yang berkaitan.

     
    viii)   Membuat lawatan ke Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan dan menyediakan laporan.      
     

  2. Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.
     

  4. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari–hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

2.

PENGENDALI MESIN PENYUSUN TAIP GAMBAR TINGKAT KHAS

PEJABAT PEGUAM NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Teknologi Maklumat [IT] atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Teknologi Maklumat [IT] atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan pemeliharaan mesin-mesin taipgambar atau yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat di Pejabat Peguam Negara sebagai Pengendali Mesin Penyusun Taip Gambar Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     
b)   Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja penerbitan undang-undang dan telah berkhidmat di Unit Teknologi Maklumat dan Penerbitan Undang-Undang adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MESIN PENYUSUN TAIP GAMBAR TINGKAT KHAS: 

  1. Melaporkan sebarang kerosakan atau keperluan bagi baikpulih dan pemeliharaan mesin-mesin dan peralatan kepada Ketua Unit.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diberikan serta arahan-arahan dari Ketua Pejabat.

 

<< Atas

 

 

3.

PENYELAMAT KANAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan sebagai Penyelamat dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun atau dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
     
  Mempunyai kelulusan dan pengiktirafan yang lebih tinggi seperti Bronze Medallion, Royal Life Saving Society United Kingdom adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELAMAT KANAN: 

  1. Membantu ketua dalam hal-hal berikut:
     
    i)     Mengawasi dan mengatur jadual kerja harian penyelamat di kolam renang.
    ii)     Mempastikan penyelamat-penyelamat telah bersedia dan sentiasa berada ditempat menjalankan tugas.
    iii)    Menjaga dan mempastikan keselamatan pengguna-pengguna kolam renang dan membuat rondaan di kawasan
            kolam renang.

    iv)    Memberikan nasihat kepada pengguna-pengguna kolam renang dalam hal ehwal keselamatan dan tatatertib
            pengguna kolam.

    v)     Membuat rekod dan menyediakan laporan lengkap bagi sebarang kejadian di kolam renang.
    vi)    Memberikan kursus, latihan dan ujian atau peperiksaan teknikal, menyelamat serta pertolongan cemas kepada
            pihak yang memerlukan.

    vii)    Membuat kajian sokongan keperluan peralatan-peralatan renang dan menyelamat nyawa.
    viii)   Sentiasa mempastikan peralatan-peralatan menyelamat nyawa berfungsi dengan baik.
     

  2. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan tugas dari pegawai atasan.
     

  4. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

4.

PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.2-3 EB.4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) Lulus satu (1) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) / BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 1 (NTC 1) / BDTVEC/BTEC Pre National Diploma atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
       
   

ATAU

       
  b) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Pelatih atau Penolong Kerja Luar  dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
       
    ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Pelatih atau Penolong Kerja Luar  dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
       
   

ATAU

       
  c) i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Kerja atau Pengawas Kecil dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
       
    ii) Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang telah tamat mengikuti Program Perkembangan Teknikal Peringkat I anjuran Jabatan Kerja Raya.
       
2. Mempunyai lesen memandu Kelas 3 adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA KAWALAN KEMAJUAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pembantu Teknik / Pemeriksa Kawalan Kemajuan Kanan / Pembantu Teknik Kanan.
     

  2. Memproses permohonan-permohonan yang diterima bagi kemajuan tanah, bangunan dan permohonan-permohonan yang berkaitan dengan tanah-tanah persendirian, tapak TOL dan tanah Kerajaan.
     

  3. Membantu Ketua Pembantu Teknik / Pemeriksa Kawalan Kemajuan Kanan / Pembantu Teknik Kanan dalam hal-hal proses permohonan.
     

  4. Memeriksa tapak kemajuan bagi setiap permohonan dan aduan yang diterima dan seterusnya membuat laporan pemeriksaan.
     

  5. Menghadiri bersama dengan Pegawai / Ketua Pembantu Teknik / Pemeriksa Kawalan Kemajuan Kanan / Pembantu Teknik Kanan semasa pemeriksaan bersama dengan Jabatan-Jabatan Ahli Jawatankuasa untuk kesiapan bangunan dan kerja-kerja tanah [tertakluk keperluan] sebelum Pengerusi Jawatankuasa mengeluarkan ‘Occupancy Permit’ [OP] kepada pemohon.
     

  6. Berurusan dengan ‘Qualified Persons’ / orang ramai / pemohon bagi menyelesaikan masalah-masalah berbangkit bagi permohonan / kemajuan yang dihadapkan.
     

  7. Menyelaras permohonan / aduan yang diterima kepada Jabatan-Jabatan berkenaan di bawah JKR.
     

  8. Memastikan permohonan yang diproses mematuhi dasar JKR dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

 

 << Atas

 

 

5.

PEGAWAI LUAR

PEJABAT DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 serta pengalaman kerja-kerja berkaitan dengan pengkuatkuasaan tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.
     
c)   Mempunyai kebolehan dalam membuat laporan bertulis dan seumpamanya adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LUAR: 

  1. Membantu Pegawai Penguatkuasa menjalankan rondaan dan penyiasatan ke atas kawasan-kawasan atau tempat-tempat yang dikenalpasti menjalankan kegiatan yang menyalahi syarat-syarat dan peraturan-peraturan dibawah Akta yang dipertanggungjawabkan dibawah kawalan Pejabat Daerah Belait.
     

  2. Menyediakan laporan semasa penyiasatan, rondaan atau operasi-operasi bersama agensi-agensi Kerajaan serta hal-hal yang berkaitan dari masa ke semasa sebagai persediaan untuk dihadapkan kepada Jawatankuasa Pengkuatkuasaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
     

  3. Membuat / menyediakan / menghadapkan laporan bulanan hasil-hasil pemeriksaan keatas syarat-syarat kegiatan premis perniagaan kepada Pegawai Penguatkuasa.
     

  4. Menerima aduan-aduan dari pihak orang ramai berhubung dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang untuk dihadapkan kepada Pegawai Pengkuatkuasa bagi tindakan selanjutnya.
     

  5. Menerima arahan daripada Pegawai atasan dari masa ke semasa.
     

<< Atas
 

 

6.

MANDUR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

ATAU

F.2-3-4 EB.5 ($495 – $700 SEBULAN)

ATAU

F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)

ATAU

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) Tamat Tingkatan III.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Buruh atau jawatan bersesuaian dan mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang luas dalam kerja-kerja mandur dan pengawasan buruh tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MANDUR:

 

Secara amnya tugas-tugas Mandur adalah seperti berikut:-

 

  1. Mengatur penempatan bertugas dan mengawasi buruh-buruh.
     

  2. Memastikan kerja-kerja pemerliharaan yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan segera.
     

  3. Melawat ke tapak kerja serta memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan sempurna.
     

  4. Memberi laporan kepada pegawai atasan.

 

 

Pejabat Penerbangan KDYMM:

 

  1. Mengatur penempatan bertugas dan mengawasi tugas-tugas Pembersih.
     

  2. Menyelaraskan tugas-tugas Pembersih seperti yang diarahkan oleh Pengawas Kecil.
     

  3. Menjadi penghubung kepada Pengawas Kecil.
     

  4. Menjaga kebersihan di semua tempat berpandukan kepada senarai semak (Check List).
     

  5. Membuat / menyediakan / memberikan laporan mengenai hal ehwal kakitangan Pembersih di bawah kawalannya kepada Pengawas Kecil.
     

  6. Menjalankan tugas-tugas Pengawas Kecil semasa ketiadaannya.
     

  7. Mempastikn supaya kerja-kerja dilaksanakan dengan lancar / teratur dan sempurna.
     

  8. Mengikut arahan dari pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

Kementerian Pertahanan:

 

  1. Menentukan kedatangan pekerja-pekerja buruh di bawah jagaannya.
     

  2. Menentukan dan memberikan arahan-arahan kepada pekerja-pekerja buruh di tempat masing-masing.
     

  3. Mengawasi dan menentukan kebersihan dan kawasan dalam dan luar perkhemahan.
     

  4. Mestilah sentiasa berada di tempat pekerja-pekerjanya.
     

  5. Membuat Time Sheet pekerja-pekerja buruh yang bergaji hari.
     

  6. Membuat laporan dan lain-lain.
     

  7. Menerima arahan daripada pegawai dan kakitangan.

 

<< Atas

 

 

GH7.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEGAWAI STAF

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Undang-Undang (Law) atau Psikologi (Psychology).
     
b)   Berumur tidak lebih dari 30 TAHUN.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI STAF:

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi keseluruhan pengurusan yang efisien dan prestasi Jabatan mengikut objektif yang sedia ada.
     

  2. Menjalankan tugas mengenai hal ehwal dan isu-isu yang berkaitan dengan peranan dan fungsi Jabatan.
     

  3. Bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja, disiplin dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.
     

  4. Menyediakan laporan dan analisis yang berkaitan dengan bidang tugas.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diaturkan dan diarahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dari masa ke semasa.

 


 

NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan satu keping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan.

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH7 ADALAH PADA 31 JULAI 2010.

 

<< Atas

 

 

GH8.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik / Statistics atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN: 

  1. Bertanggungjawab bagi pembentukan / kemaskini sistem-sistem JPKE.
     

  2. Bertanggungjawab bagi pembentukan / kemaskini laman web JPKE.
     

  3. Memantau dan mengurus pengendali-pengendali sistem.
     

  4. Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengumpulan data-data tertentu yang diperlukan bagi perangkaan social atau ekonomi.
     

  5. Meneliti dan menyunting data-data yang dikumpulkan dan menyusun data-data mengikut format perangkaan yang disediakan.
     

  6. Membantu Pegawai Perangkaan dalam menyediakan maklumat bagi laporan-laporan perangkaan social atau ekonomi.
     

  7. Menjalankan kerja luar berkaitan dengan pengumpulan maklumat perangkaan, seperti dalam banci atau kajian, apabila diperlukan.
     

  8. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH7:

 

 

YANG MULIA:

PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

BANGUNAN TUMASEK PLAZA

JALAN TUTONG, BA 1910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH8:

 

 

SETIAUSAHA, JAWATANKUASA PENGAMBILAN

KAKITANGAN JPKE

JABATAN PENTADBIRAN & ICT

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN, BA 1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas