IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 20 JANUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 52/12/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PENGAWAL POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB3 ($2,270 - $4,240 ) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

KERANI PENERANGAN PENERBANGAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

 PEGAWAI LUAR

JABATAN DAERAH TUTONG

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

3

 

GH6.

 PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

1

BILANGAN GH6 DAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH7.

PEGAWAI EKONOMI (POLICY)

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                             

 

 

 

 

1.

 PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    1.    a.     TANGGAGAJI B.2 EB.3: 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian; atau  kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

  1. Mempunyai pengalaman dalam tugas-tugas dan pengendalian projek-projek pembangunan dan Kampong Ayer adalah kelebihan

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

  1. Ketua Bahagian Kampong Ayer yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Kampong Ayer dan Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Kampong Ayer.
     

  2. Memantau dan membuat pemeliharaan ke atas kemudahan-kemudahan seperti jambatan dan jeti yang disediakan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
     

  3. Mengawal perlaksanaan Akta Lesen Rampaian Penggal 127 dan Perintah Darurat kesalahan-kesalahan kecil Penggal 30 (kesalahan-kesalahan berhubung dengan bangunan-bangunan Kampong Ayer – Bahagian VIIII).
     

  4. Menyelaras kegiatan-kegiatan Majlis Perunding Mukim dan Kampong Ayer dari masa ke semasa.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

  << Atas

 

2.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM 

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perpustakaan atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
 

  1. TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Perpustakaan atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERPUSTAKAAN: 

  1. Sebagai Ketua Bahagian mentadbir dan mengurus hal ehwal perpustakaan.
     

  2. Melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-buku 1967.
     

  3. Merancang aktiviti/ projek perpustakaan dan keperluan latihan/kursus bagi pegawai dan kakitangan perpustakaan.
     

  4. Bertanggungjawab dalam pemilihan dan pemesanan bahan perpustakaan.
     

  5. Mengatur pembeliaan buku dan jurnal serta peralatan perpustakaan.
     

  6. Menetapkan pembahagian kerja kakitangan perpustakaan.
     

  7. Mengawasi, membimbing serta membetulkan kerja yang diberikan kepada Pegawai bawahannya.
     

  8. Bertanggungjawab dalam penyuntingan Bibliografi Negara Brunei Darussalam.
     

  9. Memastikan peraturan perpustakaan dan jabatan dipatuhi.
     

  10. Bertanggungjawab atas kebersihan dan keselamatan bilik perpustakaan.
     

  11. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.
     

  12. Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Pengarah apabila dikehendaki.

 << Atas

 

3.

 

PENGAWAL POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB3 ($2,270 - $4,240 ) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perdagangan / Dasar Awam / Teknologi Maklumat / Perhubungan / Pemasaran / Perancangan atau  bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
 

  1. TANGGAGAJI B.2: 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Perdagangan / Dasar Awam / Teknologi Maklumat / Perhubungan / Pemasaran / Perancangan atau bidang bersesuaian;  atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.                                                          ATAU
     

  1. Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Ketua Penguasa Pos dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL POS:

 

Mentadbir dan mengendalikan kerja-kerja salah satu dari (5) bahagian besar iaitu Kewangan Operasi, Pentadbiran, Kemajuan Perancangan dan Keselamatan dan Pemasaran dan Kemajuan Produk.

 << Atas

 

4.

 

KERANI PENERANGAN PENERBANGAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    a.      i.       Lulus satu (1) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) / BDTVEC National Trade Certificate Grade 1 dalam bidang bersesuaian / BDTVEC Pre National Diploma dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     

  1. Pemohon adalah terdiri dari perempuan yang berumur diantara 18 hingga 26 tahun.
     

  2. Berpengalaman dalam bidang perkhidmatan pengumuman atau menyambut tetamu di Lapangan Terbang adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai suara microphone yang baik. (Calon-calon akan diuji untuk menentukan kesesuaian mereka).


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI PENERANGAN PENERBANGAN: 

  1. Melapor kepada Kerani Kanan Penerangan Penerbangan.
     

  2. Memberi maklumat penerbangan melalui saluran sistem pengumuman ( Public Announcement ) dan “Flight Information Display System” dan Perkhidmatan Kaunter Penerbangan dan juga memberi maklumat kepada media.
     

  3. Membantu bagi menyambut di Lapangan Terbang bagi orang-orang kenamaan.
     

  4. Bersedia menerima arahan yang diarahkan oleh Penyelia dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

5.

PEGAWAI LUAR

JABATAN DAERAH TUTONG

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.       i.        4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 serta pengalaman kerja-kerja luar tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.
     

  2. Mempunyai kebolehan dalam membuat laporan bertulis DAN/ATAU melukis/membaca pelan kedudukan tanah, rumah dan seumpamanya adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LUAR: 

  1. Mengatur dan mengawas buruh/pekerja jagaan masing-masing, seterusnya membuat laporan tentang prestasi kerja mereka.
     

  2. Membuat pemeriksaan dan penyiasatan mengenai dengan kemajuan hal ehwal tanah.
     

  3. Membuat penilaian dan laporan perkembangan projek yang dijalankan oleh Jabatan dan lain-lain tugas yang diarahkan.

 

 << Atas

 

GH6.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik / Ekonomi atau sebanding dan sekurang-kurangnya menghadiri kursus khas dalam bidang perangkaan selama satu tahun.

 

ATAU

  1. Mempunyai kelayakan iktisas dalam bidang perangkaan misalnya sebagai ahli AMIS (Associate Member of Institute of Statistician).

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERANGKAAN:

  1. Mengetuai satu Seksyen atau Unit di Jabatan Perangkaan.
     

  2. Melaksanakan pelan kerja Seksyen/Unit mengikut jadual yang dirancangkan.
     

  3. Membuat pembahagian tugas kepada kakitangan bawahan.
     

  4. Mengawasi perlaksanaan tugas/aktiviti dan memastikan kerja yang dirancangkan siap mengikut tarikh sasaran.
     

  5. Menyediakan data, membuat penganalisaan dan menyediakan laporan bagi bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan.
     

  6. Memantau perkembangan terkini dalam bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan diperingkat serantau dan antarabangsa.
     

  7. Menghadiri program latihan yang diaturkan dalm dan luar negeri.
     

  8. Menyediakan laporan perkembangan kerja bagi bidang yang dipertanggungjawabkan dari semasa ke semasa.
     

  9. Memberikan taklimat atau mengadakan jerayawara kepada para pengguna mengenai bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan.
     

  10. Menyelaraskan pertanyaan dan permohonan data mengenai bidang yang dipertanggungjawabkan dari para pengguna.
     

  11. Mengendalikan tugas tertentu secara ‘ad-hoc’ mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai atasan. 

 << Atas

 

GH7.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEGAWAI EKONOMI (POLICY)

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek / Pentadbiran / Pengurusan Perniagaan / Sain Kemasyarakat; atau kelulusan professional yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan berpengalaman kerja dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek atau Pengurusan Perniagaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI EKONOMI (POLICY): 

  1. Menjalankan penyelidikan dengan matlamat untuk memajukan dan mencadangkan strategi perancangan dan dasar-dasar ekonomi yang optima.
     

  2. Membantu dalam hal-hal yang berhubungan dengan persediaan, penyelarasan, perlaksanaan dan pengubahan dasar-dasar ekonomi Negara.
     

  3. Mengikuti perlaksanaan dan perkembangan dasar-dasar social-ekonomi selaras dengan matlamat dan sasaran jangka pendek dan jangka panjang serta menyediakan laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Pegawai Kanan.
     

  4. Membuat penyelidikan-penyelidik yang berkaitan dengan dasar-dasar perancangan dan kemajuan social-ekonomi.

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH6 DAN GH 7

 

SETIAUSAHA,

JAWATAN PENGAMBILAN KAKITANGAN JPKE,

JABATAN PENTADBIRAN & ICT

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN, BA1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas