IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 18 OGOS 2010)

BILANGAN IKLAN: 31/08/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6

 BILANGAN 1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab 

 

3

 

3.

 

PEMBANTU PENYELIDIK

JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

 

PEMUNGUT SERANGGA

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

PEMANDU TANKER AIR

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

1.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Design & Technology / Information Technology (IT)  atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

 

 

Pengurusan dalam bidang Pendidikan Design & Technology:
 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan-pengurusan makmal-makmal,  peralatan dan perkakas Design & Technology di sekolah.
     

  2. Memastikan makmal-makmal, peralatan dan perkakas Design & Technology sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan selamat digunakan oleh pengajar dan pelajar-pelajar bagi sesi teori dan amali.
     

  3. Membantu dalam membuat persediaan mengajar (teaching preparation).
     

  4. Menyediakan peralatan dan perkakas yang diperlukan oleh tenaga pengajar.
     

  5. Membantu tenaga pengajar dalam kerja-kerja amali.
     

  6. Mengetuai kerja-kerja pemeliharaan, pembaikan, kebersihan dan keselamatan makmal serta peralatan, perkakas dan mesin-mesin Design & Technology.
     

  7. Memantau keadaan peralatan, perkakas dan mesin di makmal Design & Technology dalam keadaan bersih, teratur dan selamat untuk digunakan.
     

  8. Mengurus bagi proses pembelian peralatan, perkakas dan mesin-mesin Design & Technology.
     

  9. Membantu menyediakan peruntukan tahunan bagi keperluan-keperluan peralatan, perkakas dan mesin Design & Technology.
     

  10. Membuat semakkan terhadap buku-buku inventori dan buku-buku stok dari masa ke semasa.
     

  11. Menyediakan laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi pelupusan peralatan, perkakas dan mesin Design & Technology.
     

  12. Bertanggungjawab memastikan peralatan, perkakas dan mesin serta penggunaan peralatan (Manual Procedure) tersusun dan dikemaskini.
     

  13. Mengetuai penguatkuasaan Peraturan Keselamatan Makmal kepada semua kakitangan, guru dan penuntut yang menggunakan makmal Design & Technology.
     

  14. Membuat kerja-kerja yang diaturkan oleh Pengetua, pihak pentadbiran sekolah atau ketua jabatan / bahagian dari masa ke semasa.

 

Pengurusan dalam bidang Pendidikan Information Technology (I.T):
 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan serta pengawasan makmal, bilik, peralatan dan perkakas IT di sekolah.
     

  2. Memastikan makmal, bilik, peralatan dan perkakas IT di sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan selamat digunakan oleh pengajar dan pelajar-pelajar bagi sesi teori dan amali.
     

  3. Membantu menyediakan peralatan dan perkakas IT yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam pembelajaran termasuk memuat perisian (Software Installation) ke dalam komputer-komputer.
     

  4. Mengetuai kerja-kerja pembaikan terhadap semua peralatan dan perkakas IT yang terdapat di sekolah.
     

  5. Mengetuai kerja-kerja pemeliharaa (maintenance) terhadap semua peralatan dan perkakas IT yang terdapat di sekolah.
     

  6. Mengetuai kerja-kerja pengawasan terhadap operasi “Networking System” (LAN) sekolah.
     

  7. Menyediakan peralatan IT di tempat-tempat yang dikehendaki untuk digunakan mengikut keperluan.
     

  8. Membantu pihak pentadbiran sekolah atau ketua jabatan / bahagian dalam membuat perancangan bagi mendapatkan peralatan dan perkakas IT yang diperlukan bagi memenuhi kehendak sekolah.
     

  9. Mengawas stok bagi peralatan-peralatan IT kepunyaan sekolah.
     

  10. Mengurus bagi proses pembelian peralatan dan perkakas IT sekolah.
     

  11. Menyediakan peruntukan tahunan bagi keperluan-keperluan peralatan dan perkakas IT sekolah.
     

  12. Membuat semakkan terhadap buku-buku inventori dan buku-buku stok dari masa ke semasa.
     

  13. Menyediakan laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi pelupusan peralatan, perkakas atau mesin-mesin IT.
     

  14. Bertanggungjawab memastikan peralatan, perkakas dan mesin serta penggunaan peralatan (Manual Procedure) tersusun dan dikemaskini.
     

  15. Mengetuai penguatkuasaan Peraturan Keselamatan Makmal kepada semua kakitangan, guru dan penuntut yang menggunakan makmal, bilik dan peralatan IT.
     

  16. Membuat kerja-kerja yang diaturkan oleh Pengetua, pihak pentadbiran sekolah atau ketua jabatan / bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 
 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT I:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perpustakaan.
     

  2. Membantu kerja Perpustakaan dalam cawangan tertentu.
     

  3. Menyusun dan menyebarkan maklumat dengan penggunaan Sistem Teknologi Maklumat.
     

  4. Terlibat secara langsung dalam perkembangan koleksi.
     

  5. Mengkatalog, mengkelas dan mengindeks bahan-bahan perpustakaan.
     

  6. Memilih bahan-bahan perpustakaan untuk dipesan.

 

<< Atas 

 

 

3.

PEMBANTU PENYELIDIK

JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)

4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

     
   

ATAU

     
  ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.

     
b)   Mempunyai bakat dan pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dalam Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam dan kebudayaan tempatan.
     
c)   Boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik.
     
d)   Pernah menulis rencana Sejarah, Adat Istiadat dan Kebudayaan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENYELIDIK:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Pemberigaan, Pegawai Adat Istiadat (Ketua Unit Penyelidikan dan Arkib), Pegawai Penyelidik Kanan dan Pegawai Penyelidik.
     

  2. Membuat penyelidikan dari masa ke semasa mengenai hal yang berhubungkait dengan Adat Istiadat Kebruneian dan Adat Istiadat Diraja.
     

  3. Bersedia bertugas di luar waktu bekerja untuk membuat penyelidikan mengenai Adat Istiadat orang-orang Brunei di daerah-daerah di negara ini.
     

  4. Membuat penyelidikan dan mengemaskinikan senarai orang-orang kenamaan dan Pengiran-Pengiran dari masa ke semasa.
     

  5. Bertugas di majlis-majlis beristiadat untuk membuat liputan dan laporan mengenai perjalanan majlis-majlis tersebut sebagai tugas sampingan.

 

<< Atas 

 

 

4.

PEMUNGUT SERANGGA

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
b)   Mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa tempatan seperti Dusun, Iban dan lain-lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMUNGUT SERANGGA:

 

  1. Tugas-tugas Pemungut Serangga adalah termasuk:-
     

    i)   Membuat pemantauan vektor dan tempat pembiakan vektor yang penting kepada kesihatan awam, seperti nyamuk dan tikus dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan seperti membubuh racun jentik-jentik.
         
    ii)   Mengumpul dan memungut contoh-contoh serangga dan vektor seperti nyamuk dewasa, jentik-jentik, tikus untuk analisa dan kajian makmal.

     

  2. Calon-calon yang terpilih dan dilantik mestilah bersedia bertugas di kawasan-kawasan pendalaman dan bermalam di tempat-tempat yang ditugaskan.
     

  3. Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa diperlukan dan diarahkan oleh Ketua Unit atau Bahagian terutama sekali apabila terjadinya sebarang kes jangkitan.

 

<< Atas 

 

 

5.

PEMANDU TANKER AIR

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 3 tahun.
     
b)   Mempunyai lesen memandu kelas 3 dan 5 yang sah dan tidak pernah didakwa kerana kesalahan memandu.
     
c)   Berpengalaman memandu berbagai jenis kenderaan adalah kelebihan.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU TANKER AIR:

 

Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait:

 

  1. Melapor kepada Ketua Bahagian / Pengawas Bahagian.
     

  2. Bertanggungjawab bagi membawa Tanker dan membekalkan air kepada pelanggan pada masa-masa tertentu.
     

  3. Boleh mengendalikan mesin / peralatan Tanker dengan baik dan cermat.
     

  4. Menjaga kebersihan kenderaan dan boleh membaikpulih masalah teknikal yang sederhana.
     

  5. Bersedia bekerja di luar waktu bertugas pada masa-masa kecemasan bila dikehendaki.
     

  6. Mempunyai disiplin kerja yang baik dan sentiasa bersopan santun semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
     

  7. Menjalankan apa jua arahan yang berkaitan yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

Jabatan Perkhidmatan Air, Bahagian Air [SWE]

 

  1. Menerima arahan kerja dank ad kerja dari Pusat Aduan.
     

  2. Mengisi air ke dalam tanker bergerak ke tempat pelanggan dan mengisi air ke dalam tanki air pelanggan.

 

<< Atas 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas