IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 17 FEBRUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 05/02/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGUASA KANAN BOMBA DAN PENYELAMAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN) ATAU

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

2.

PEGAWAI LATIHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEGAWAI PAMERAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PEMERIKSA BANGUNAN KANAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450- $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

KERANI PENDAFTARAN

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Tugas dan Tanggungjawab

67

 

GH7.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

1

BILANGAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa             

 

 

 

 

1.

              

PENGUASA KANAN BOMBA DAN PENYELAMAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN) ATAU

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.        i.     Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian,  atau kelulusan
                     sebanding dalam bidang bersesuaian. Kelulusan dalam salah satu bidang berikut
                     adalah satu kelebihan:-

  • Civil Engineering

  • Communications and Computer Systems Engineering

  • Computing

  • Construction Engineering and Management

  • Electrical and Electronic Engineering

  • Forensic Science

  • Information Technology

  • Mechanical Engineering

  • Marine Engineering

  • Statistic

 ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan  Kerajaan  sebagai  Penguasa  Bomba  dan Penyelamat dalam tanggagaji P.8 tidak kurang dari 7 tahun dan lulus ujian ketahanan fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa.
     

  2. Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan    Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

  1. Pemohon-pemohon di para a) (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

 

i

Umur Diantara 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki/Wanita)
 
 

ii

Tinggi dan berat badan Bagi Lelaki Sekurang-kurang 5'4'' (1.63m)/tidak melebihi 60 kg
      Bagi Wanita Sekurang-kurang 5' (1.52m)/tidak melebihi 55 kg
 

iii

Dada Bagi Lelaki   Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
  1. Bagi pemohon perempuan hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

  1. Tiada masalah pendengaran.
     

  2. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens).
     

  3. Tidak buta warna (colour blind).
     

  4. Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan Bagi Ahli Bomba (Medical Guideline For Firefighter).

 


SYARAT-SYARAT LAIN
 

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

 

 

UJIAN

 

Pemohon-pemohon a (i) adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan, bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

 

KURSUS / LATIHAN 

  1. Pemohon-pemohon yang berjaya akan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat dan di seberang laut dari masa ke semasa.

 

 

TEMPOH PERCUBAAN 

  1. Pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun dan akan ditempatkan di Cawangan-Cawangan Operasi / Bahagian / Unit sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Penguasa Kanan yang telah berjaya menamatkan tempoh percubaan dan memenuhi syarat bagi penetapan jawatan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA KANAN BOMBA DAN PENYELAMAT: 

  1. Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Penggal 82 dari masa ke semasa.
     

  2. Jika ditugaskan di Bahagian Operasi berperanan selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:

  1. Bertanggungjawab ke atas Pentadbiran Operasi memadam kebakaran dan menyelamat di kawasan masing-masing, pengurusan keanggotaan, latihan-latihan, perhubungan awam dan aset kerajaan di cawangannya.
     

  2. Selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas kecemasan dan kesejahteraan awam mengikut kawasan bawah jagaannya.
     

  3. Mentadbir balai-balai di bawah jagaannya serta perjalanan aset kerajaan ke arah yang lebih berkesan dan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.
     

  4. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi serta kecekapan dalam bidang operasi dan menyelamat yang lebih berkesan.
     

  5. Menghadiri apa-apa jua kecemasan yang memerlukan keputusan yang cepat dan tepat terutama yang bersangkut paut dengan kejadian yang melibatkan nyawa dan harta benda awam.
     

  6. Berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan bagi apa-apa juga perkara yang berkaitan dengan kawasan di bawah jagaan masing-masing.
     

  7. Mengetahui plan kontingensi bagi apa-apa jua operasi memadam kebakaran atau menyelamat.
     

  8. Menyediakan Standard Operational Procedure (S.O.P) bagi operasi kecemasan di dalam kawasan jagaan masing-masing.
     

  9. Mengenal pasti ’station ground’ dan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi di kawasan bawah jagaannya.
     

  10. Menyediakan kertas kerja permohonan peruntukan bagi cawangannya.

 

  1. Jika ditugaskan di Bahagian Pentadbiran berperanan selaku Ketua Bahagian yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut: 

  1. Mentadbir perjalanan tugas yang telah dimandatkan ke arah yang lebih efisien dan produktif.
     

  2. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi serta kecekapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

  1. Berkuasa di dalam mengeluarkan Perintah-Perintah Am Cawangan atau bahagian yang berhubungkait dengan sistem pentadbiran keanggotaan dan pemberitahuan semasa.
     

  2. Bertanggungjawab di dalam menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan disepanjang tahun pentadbirannya.
     

  3. Merangka perkembangan projek serta aktiviti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.
     

  4. Menyediakan perangkaan peruntukan di bawah Cawangan / Bahagian masing-masing.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat dari masa ke semasa.

 

 

 << Atas

 

 

2.

 

PEGAWAI LATIHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:        

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri / Kejuruteraan Sivil / Mekanikal / Pengurusan / Pentadbiran Am / Sumber Tenaga Manusia / Komputer / Informasi Komunikasi Teknologi (ICT) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam bidang latihan teknikal, menjalankan analisis keperluan latihan, merancang kurikulum latihan dan memperolehi kemahiran atau pengetahuan dalam bidang Pengurusan Pembangunan, Jalan Raya, Air, Arkiterk dan Mekanikal adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN: 

  1. Mengurus dan mentadbir Pusat Ujian Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan.
     

  2. Mengenalpasti keperluan latihan untuk pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
     

  3. Merancangkan dan melaksanakan kursus-kursus mengikut keperluan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dalam bidang:

  1. Informasi Komunikasi Teknologi (ICT)

  2. Pengurusan dan Pentadbiran

  3. Professional dan Teknikal

  4. Kemahiran Ketukangan / Taklimat / Ceramah

  1. Mendapatkan pakar-pakar dari luar dan dalam negeri untuk menjalankan kursus-kursus tertentu.
     

  2. Meneliti cadangan kursus daripada pakar-pakar konsultan latihan.
     

  3. Menyediakan anggaran peruntukan latihan bagi latihan luar negeri dan dalam negeri bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
     

  4. Meneliti dan memproses permohonan pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi mengikuti Skim Latihan Dalam Perkhidmatan seberang laut (LDPSL) jangka panjang.
     

  5. Meneliti dan memproses permohonan pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi mengikuti Skim Dalam Perkhidmatan dalam negeri.
     

  6. Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk latihan in-house di MODTC dan mengawasi program-program latihan yang dilaksanakan.
     

  7. Mengawasi program latihan yang dijalankan oleh Jabatan-Jabatan di bawahnya.
     

  8. Meneliti dan memproses permohonan Pegawai-Pegawai Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi mengikuti mesyuarat / persidangan / program-program latihan di luar negeri dan jangka pendek.
     

  9. Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Ketua Unit. 

 << Atas
 

 

3.

 

PEGAWAI PAMERAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pameran dan Reka Bentuk Muzium atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berkebolehan membaca tulisan jawi adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PAMERAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
     

  2. Merancang dan melaksanakan pameran sementara dan tetap di Jabatan Muzium-Muzium.
     

  3. Mengawas dan bertanggungjawab akan perihal bahan pameran di bangunan di bawah kawalan jabatan.
     

  4. Membimbing dan menunjuk ajar dalam melaksanakan kerja-kerja dari aspek teknikal di Bahagian Pameran.
     

  5. Membahagi-bahagikan serta menentukan kerja-kerja yang dibuat oleh pegawai-pegawai bertugas di bawah kawalannya.
     

  6. Menguruskan dan mengawas pemasangan dan pembukaan pameran-pameran.
     

  7. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.
     

  8. Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Ketua Bahagian dan Ketua Jabatan apabila dikehendaki.

 << Atas
 

 

4.

 

PEMERIKSA BANGUNAN KANAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450- $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.     i.        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Bangunan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sebagai Pemeriksa Bangunan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam mengendalikan komputer adalah kelebihan.
     

  2. Hendaklah tahu dan mempunyai kebolehan dalam membaca peta bangunan serta boleh menyediakan laporan-laporan mengenai hal bangunan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA BANGUNAN KANAN:

  1. Menyemak peta-peta bangunan yang berhubung dengan permohonan pembinaan rumah-rumah dalam kawasan Lembaga Bandaran, Penyemakan peta-peta bangunan ini termasuklah permohonan-permohonan untuk membuat perubahan (alteration dan renovations) dan tambahan (extension) ke atas bangunan-bangunan yang sedia ada dalam kawasan bandaran.
     

  2. Memeriksa dan mengawal bangunan-bangunan serta tapak-tapak bina (foundation, site) sepertimana yang dihadapkan dalam permohonan.
     

  3. Memeriksa kesiapan bangunan.
     

  4. Memeriksa pemasangan papan tanda bagi makluman orang ramai papan-papan tanda isyarat keselamatan awam (public safety sign boards).
     

  5. Memeriksa tanah bagi pembinaan rumah / bangunan yang dipohonkan termasuk pengawalan atas pemborong-pemborong yang dibenarkan merata dan menimbuk tanah yang berkenaan.
     

  6. Bertindak sebagai pendakwa (Prosecutor) untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlanggaran ke atas Undang-Undang Lembaga Bandaran jika perkara ini dihadapkan ke Mahkamah.

 

 << Atas
 

 

5.

 

KERANI PENDAFTARAN

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.      BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI PENDAFTARAN: 

  1. Untuk ditempatkan di kaunter Mahkamah Syariah bagi menerima permohonan kes-kes Mal, Jenayah, Anak Angkat dan Pembahagian Waris.
     

  2. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.

 << Atas
 

 

6.

 

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

 

 

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA.

 

Pemohon-pemohon adalah dipelawa terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong sebagai AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI / WANITA) di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

GAJI/TANGGAGAJI:

 

Gaji sebanyak $500 sebulan. Selepas berkhidmat selama 6 bulan dan lulus menjalani Latihan Asas Kebombaan dengan memuaskan, calon-calon diberi gaji sebanyak $605.00 sebulan dalam tanggagaji P1 / P2 ($605.00 - $885.00), beserta dengan elaun-elaun tertentu.

 

KELAYAKAN AKADEMIK:

 

Lulusan Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

KELAYAKAN FIZIKAL:

 

a

Umur Diantara 18 tahun hingga 26 tahun (Lelaki/Wanita)
 

b

Tinggi dan berat badan Bagi Lelaki Sekurang-kurang 5'4'' (1.63m)/tidak melebihi 60 kg
      Bagi Wanita Sekurang-kurang 5' (1.52m)/tidak melebihi 55 kg

c

Dada Bagi Lelaki Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
  1. Bagi pemohon perempuan hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
     

  2. Tiada masalah pendengaran.
     

  3. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens).
     

  4. Tidak buta warna (colour blind).
     

  5. Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan pemeriksaan doktor yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan Bagi Ahli Bomba (Medical Guideline For Firefighter).

 


SYARAT-SYARAT LAIN:
 

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

                                               

UJIAN:

 

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan, Bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

 

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN: 

  1. Ahli Bomba Pelatih yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Ahli Bomba Pelatih yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.


 

KURSUS / LATIHAN: 

  1. Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat.
     

  2. Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.

 

 

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA: 

  1. Patuh pada Perintah dan Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2002) di bawah Bab 83 dari masa ke semasa.
     

  2. Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garis pandu pada Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2002) di bawah Bab 83, Bahagian II Pertubuhan, Tugas-Tugas dan Kuasa-Kuasa dalam Bab 7.
     

  3. Melaksanakan tugas-tugas operasi dan menyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat di Negara ini.

 

 << Atas

 

 

GH7.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:        

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
     

  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  3. Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     

  4. Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
     

  5. Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     

  6. Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan. 



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM: 

  1. Menyertai lawatan kerja / majlis-majlis yang melibatkan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Mulia Setiausaha Tetap dan Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (jika perlu).
     

  2. Menyedia dan menyampaikan taklimat kepada pelawat dalam Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu semasa lawatan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama.
     

  3. Menjadi jurucakap Kementerian Hal Ehwal Ugama (Spokesperson) dalam perkara berhubung dengan tugas dan tanggungjawab Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
     

  4. Mempastikan laman web Kementerian sentiasa dikemaskini dengan maklumat dan info.
     

  5. Wakil Kementerian ke Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Awam Kemetnerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negara Brunei Darussalam (dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri) dan menyediakan laporan untuk dihadapkan kepada Ketua Bahagian.
     

  6. Wakil tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa ‘Ad-Hoc’ yang ditubuhkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Awam Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
     

  7. Pegawai penghubung kepada pihak Media samada Media Cetak atau Media Elektronik di bawah kawalan Kerajaan dan Swasta.
     

  8. Menyediakan Kenyataan Akhbar / Media serta mempastikan kesahihan faktanya bagi aktiviti-aktiviti Kementerian Hal Ehwal Ugama.
     

  9. Memantau dan meneliti siaran media tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan keugamaan.
     

  10. Membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan fakta yang disiarkan di media tempatan.
     

  11. Lain-lain tugas yang diarahkan Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 7

 

UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,

TINGKAT 3

BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

JALAN MENTERI BESAR, BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas