IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 14 JULAI 2010)

BILANGAN IKLAN: 26/06/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 BILANGAN 1 HINGGA 10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

129

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

PUSAT KERJASAMA SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

 

5.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PENYELARAS

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

7.

TUKANG WANG

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

8.

PENOLONG PENGUASA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

9.

PENOLONG PENGARANG

PUSAT SEJARAH SEJARAH

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

10.

WARDEN BAS

KEMENTERIAN PERTAHANAN

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa       

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Promosi  dan/atau  Pendidikan Kesihatan / Public Health / Nutrition / Sport Science / Exercise Physiology / Epidemiology / Research Methodology / Statistik  atau bidang bersesuaian.
     

  2. Mempunyai keahlian Badan-Badan Profesional Antarabangsa adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELAJARAN KESIHATAN:

  1. Membantu Pegawai Kanan / Ketua Pusat Promosi Kesihatan di dalam menjalankan tugas-tugas mempromosikan kesihatan termasuk merancang, membentuk, menimplementasi, memantau dan menilai satu-satu program promosi kesihatan.
     

  2. Membantu / menasihat Ketua Pusat Promosi Kesihatan dalam membentuk dasar-dasar dan strategi-strategi kesihatan yang berkaitan dengan promosi kesihatan.
     

  3. Membantu Ketua Pusat Promosi Kesihatan dalam berperanan sebagai penggerak utama / penyelaras / pemudahcara / pemantau / penganalisa program atau aktiviti mempromosikan kesihatan yang berskala besar.
     

  4. Bertanggungjawab dalam membentuk, melaksanakan, menganalisa dan membuat laporan dapatan bagi sebarang pemantauan dan penilaian sebelum, semasa dan sesudah setiap program promosi kesihatan.
     

  5. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan cara hidup sihat atau pencegahan penyakit-penyakit kronik dari masa ke semasa.
     

  6. Berdasarkan dari laporan dapatan tersebut, memberikan cadangan dan nasihat kepada Ketua Pusat Promosi Kesihatan, sebarang tindakan susulan yang difikirkan perlu diambil bagi pembaikan program dan impaknya.
     

  7. Jika berkenaan, mewakili Negara dalam menghadiri persidangan antarabangsa, mesyuarat antarabangsa, kursus atau bengkel meningkatkan profesionalisme dan sebagainya.
     

  8. Melibatkan diri sebagai tenaga pengajar atau sebagai pendidik akademik (visiting Academic Lecturer) di Institut Perubatan, Universiti Brunei Darussalam dan juga termasuk institusi-institusi luar Negara jika diperlukan.
     

  9. Bertanggungjawab dalam membentuk dan menyelaras program kegiatan fizikal khususnya bagi klinik Badan Sihat, dimana tugas-tugasnya termasuklah membuat ‘fitness assessment’ bagi klien-klien yang ingin mengurangkan berat badan, memberi tunjuk ajar akan tatacara bersenam dengan selamat dan memberi nasihat mengenai senaman dan kegiatan fizikal.
     

  10. Menyelaras, melaksanakan dan memantau program dan aktiviti-aktiviti kegiatan fizikal di peringkat kebangsaan seperti dalam perlaksanaan Garispandu Kegiatan Fizikal atau dasar yang berkaitan dengan kegiatan fizikal.
     

  11. Bertindak mewakili Pusat Promosi Kesihatan selaku Pakar rujuk dalam hal ehwal yang bersangkutpaut dengan kegiatan fizikal.

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajian Islam / Accounting / Geography / Physics / History / Economic / Bahasa Inggeris / Mathematics / Additional Maths / Science / Social Studies / Principle of Account / komputer.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELAJARAN:

  1. Mengajar mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam / Accounting / Geography / Physics / Chemistry / Biology / History / Economic / Bahasa Inggeris / Mathematics / Additional Maths / Science / Social Studies / Principle of Account / Komputer di sekolah-sekolah Menengah Arab dan Sekolah Persediaan Arab.
     

  2. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

PUSAT KERJASAMA SAINS,

TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kejuruteraan atau bidang bersesuaian.
 

  1. TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kejuruteraan atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 
 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

  1. Membantu Ketua Pusat STEP dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Kejuruteraan termasuklah membuat pemeriksaan ke atas semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer dan membuat laporan.
     

  2. Membantu melaksanakan misi dan objektif Pusat STEP dalam meningkatkan minat para pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik khususnya dengan mengaplikasikan perkembangan teknologi.
     

  3. Mencadangkan dengan menyediakan kertas kerja, menyelaras dan menyelia projek / program / aktiviti Pusat STEP dan seterusnya membuat laporan perkembangan projek / program / aktiviti kepada Ketua Pusat STEP / Pegawai Kanan untuk penilaian selanjutnya.
     

  4. Membantu menilai, merancang, menyelaras dan mengendalikan projek / program / aktiviti bagi penyertaan Negara ke arena serantau dan antarabangsa.
     

  5. Merancang pelan tindakan Pusat STEP dan membuat laporan dan penilaian ke atas projek / program / aktiviti yang disertai atau melibatkan Pusat STEP.
     

  6. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Ketua Pusat STEP / Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Teknologi Maklumat / Hubungan Antarabangsa / Perhubungan Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian.

 

  1. TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Teknologi Maklumat / Hubungan Antarabangsa / Perhubungan Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

Di Bahagian Perjawatan

 

  1. Membantu Ketua Bahagian Perjawatan dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I di Bahagian Perjawatan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan dalam perkara berikut:

  1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab unit-unit berkaitan di Bahagian Perjawatan.

  2. Hal Ehwal pentadbiran am dan hal ehwal pengurusan sumber tenaga manusia di unit-unit berkenaan di Bahagian Perjawatan.

  3. Merancang keperluan jangka pendek dan jangka panjang pegawai dan kakitangan di Bahagian Perjawatan dan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
     

  1. Membantu Ketua Bahagian Perjawatan dan Pegawai Tugas-Tugas Khas TIngkat I di Bahagian Perjawatan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmata, Kementerian Pendidikan dalam perkara berikut:

  1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan masalah disiplin dan tatatertib pegawai / kakitangan bantu di bawah pengawasan Bahagian Perjawatan.
     

  2. Membantu dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan masalah disiplin, tatatertib dan jenayah bagi pegawai / kakitangan bantu di bawah pengawasan Bahagian Perjawatan termasuk ‘support staff’ yang ditempatkan di mana-mana bahagian / unit / jabatan / sekolah / maktab.
     

  3. Pegawai penghubung dengan pihak berkenaan samada di sekolah / maktab atau jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan atau jabatan-jabatan lain yang berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Polis Diraja Brunei, Peguam Negara, Biro Kawalan Narkotik, Biro Pencegah Rasuah, Jabatan Audit, Kementerian Kewangan yang mana ada hubungkait dengan masalah disiplin, tatatertib dan kes-kes jenayah yang melibatkan pegawai / kakitangan termasuk kakitangan bantu di bawah pengawasan Bahagian Perjawatan.
     

  4. Mencadangkan tindakan tatatertib yang perlu dikenakan kepada pegawai / kakitangan yang berkaitan dengan kes-kes disiplin, tatatertib dan jenayah.
     

  1. Membantu Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I di Bahagian Perjawatan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan dalam perkara berikut:

  1. Menyediakan Rancangan Kerja Tahunan unit-unit berkenaan di Bahagian Perjawatan.

  2. Merancang keperluan peralatan dan perkakasan di unit-unit berkenaan di Bahagian Perjawatan.

  3. Menyediakan Laporan Penggal Rancangan Kerja Tahunan di unit-unit berkenaan di Bahagian Perjawatan.

  4. Menyediakan dan megemaskini Manual Prosedur Kerja [MPK] di unit-unit berkenaan di Bahagian Perjawatan.

  5. Menyediakan dan mengemaskini Dokumen Tekad Pemedulian Orang Ramai [TPOR] di unit-unit berkenaan di Bahagian Perjawatan.
     

  1. Selaku wakil Bahagian Perjawatan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan dalam mengungkayahkan aktiviti kebajikan, keugamaan dan sukan yang diamanahkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan atau pihak berkenaan di Kementerian Pendidikan.
     

  2. Lain-lain tugas yang diarah oleh Ketua Bahagian Perjawatan, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.

 

Di Bahagian Perkhidmatan Permakanan dan Asrama

  1. Bertanggungjawab keatas aspek kesihatan di dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Perkhidmatan Permakanan dan Asrama.
     

  2. Memantau kualiti permakanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah melalui rancangan permakanan sekolah, kantin dan asrama dan memastikan ianya mencapai hasrat serta selaras dengan panduan permakanan kebangsaan.
     

  3. Mempromosikan kesihatan dan permakanan sihat kepada pelajar-pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti hari bertema seperti ‘School Milk Day’, kempen memakan buah-buahan di Sekolah, peraduan kantin terbaik, peraduan asrama sihat dan sebagainya.
     

  4. Memantau tahap kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan di Sekolah-Sekolah dan Asrama.
     

  5. Memastikan kesemua tukang-tukang masak rancangan permakanan sekolah dan asrama, pemborong-pemborong dan pengusaha-pengusaha kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan serta mempunyai sijil kesihatan yang sahih sebagaimana yang dikehendaki.
     

  6. Bekerjsama dan bertindak sebagai ‘liason officer’ dengan pihak-pihak dari Kementerian Kesihatan (Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Bahagian Permakanan Masyarakat, Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Vektor dll) dan Kementerian Pendidikan (Unit Mempromosi Kesihatan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pengurusan dan Perancangan Estet dll) dalam hal yang berhubungkait dengan kesihatan pelajar-pelajar sekolah dan asrama.
     

  7. Bertindak sebagai ‘focal point’ di Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan Permakanan dan Asrama jika terjadi kejadian keracunan makanan di Sekolah-Sekolah.

<< Atas
 

 

5.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Teknologi Maklumat / Hubungan Antarabangsa / Perhubungan Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian.

  1. TANGGAGAJI B.2: 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Teknologi Maklumat / Hubungan Antarabangsa / Perhubungan Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

Di Media Pendidikan

  1. Menguruskan kerja-kerja pengedaran buku-buku, bahan-bahan terbitan ke pusat-pusat pengagihan dan ke maktab-maktab / sekolah-sekolah penelitian penggunaan buku-buku dan bahan-bahan cetak yang lain serta menyediakan ‘matrix’ proses perkembangan [status] setiap pembelian bahan-bahan kurikulum yang dikendalikan pembeliannya oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum untuk kegunaan sekolah-sekolah seluruh Negara.
     

  2. Menjalankan tugas pemantauan ke maktab-maktab / sekolah-sekolah bagi mendapatkan data terkini mengenai keperluan buku-buku.
     

  3. Menjalankan tugas pemantauan dan pengawasan ke kedai-kedai buku atau pengedar buku-buku tempatan.
     

  4. Bertanggungjawab dalam pembinaan multimedia / IT dan mengendalikan bengkel / taklimat multimedia dan penerbitan.
     

  5. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Ketua Unit.

 


Di Pentadbiran

  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja yang berhubungkait dengan audit dalaman jabatan.
     

  2. Memberikan khidmat nasihat, membimbing dan seterusnya menjadi penyampai dalam bengkel / kursus yang berhubungkait dengan peraturan pejabat, peraturan kewangan dan peraturan dari masa ke semasa kepada warga Jabatan Perkembangan Kurikulum secara berperingkat.
     

  3. Membuat penyemakan dan penelitian ke atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh pegawai / kakitangan.
     

  4. Membuat dalam penyediaan dan menyelaraskan bagi pengiklanan dan memangku jawatan-jawatan kosong yang terdapat di Jabatan Perkembangan Kurikulum.
     

  5. Membuat sokongan-sokongan seperti permohonan jawatan-jawatan kosong di Jabatan-Jabatan Kerajaan, kenaikkan gaji tahunan, pengurniaan pingat dan lain-lain.
     

  6. Menyediakan dan menyelaras rang anggaran belanjawan Jabatan Perkembangan Kurikulum.
     

  7. Menyediakan dan menyelaraskan sebutharga / tawaran jabatan seterusnya menjadi urusetia ‘Task Force’ sebutharga / tawaran jabatan.
     

  8. Menyediakan dan menyelaras rancangan kerja, laporan-laporan penggal dan tahunan.
     

  9. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah.

 

 << Atas

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PENYELARAS

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.      BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

                  

ATAU 

  1. Berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.

  1. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai:

  1. Kebolehan dalam menggunakan alat komputer.

  2. Kebolehan dibidang penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  3. Pengalaman membuat kajian dan rujukan.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PENYELARAS:

  1. Menerima permohonan dari Jabatan-Jabatan, Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah untuk diproses dan disokong untuk dihadapkan kepada Ahli Jawatankuasa Menyokong Penghapusan dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan.
     

  2. Mengadakan lawatan ke Jabatan-Jabatan, Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah dibawah kawalan Kementerian Pendidikan untuk memeriksa buku-buku simpanan, stor serta tempat penyimpanan harta benda Kerajaan.
     

  3. Mengadakan lawatan dan membuat laporan jika berlaku kes kecurian.
     

  4. Memberikan taklumat kepada Jabatan-Jabatan, Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah bagi mendedahkan prosedur yang berhubungkait dengan hal ehwal penghapusan.

 

 << Atas

 

 

7.

TUKANG WANG

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.         i.    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Perniagaan atau bidang bersesuaian.
 

 

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Perniagaan atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kewangan / perakaunan atau bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Kewangan atau dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang kewangan / perakaunan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang kewangan / perakaunan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG WANG:

  1. Menyelia dan mengawas pegawai / kakitangan di bawah jagaannya.
     

  2. Membuat penghantaran wang kutipan harian ke bank.
     

  3. Menghantar laporan pendapatan (cash book) ke Jabatan Kewangan.
     

  4. Membuat laporan pendapatan bulanan.

 

 << Atas

 

 

8.

PENOLONG PENGUASA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

           

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.       i.     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     

  1. Mempunyai kelulusan atau sijil bersesuaian seperti Bronze Medallion Royal Life Saving, U.K atau sebanding adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGUASA KOLAM RENANG:

  1. Membantu Penguasa Kolam Renang dalam hal-hal berikut:

  1. Pentadbiran Kakitangan dan pengurusan kompleks kolam renang.

  2. Merancang, melaksanakan dan memberi maklumat tentang rancangan-rancangan kemajuan sukan renang, kompleks dan kemudahannya.

  3. Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan kemajuan kompleks sukan renang.

  4. Menyediakan jadual penggunaan dan peminjaman.

  5. Bertanggungjawab memastikan ke atas kutipan hasil pendapatan melalui penyewaan kemudahan-kemudahan sukan dan penjual tiket dengan betul dan teratur.

  6. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kompleks sukan renang termasuk penggunaan dan hasil pendapatan.

  7. Menyediakan daftar peralatan dan perkakas sukan (inventory) dan tindak balas pengauditan.

  8. Merancang dan memelihara kesempurnaan dan keselamatan kompleks termasuk alat-alat kemudahan serta melaporkan segala kerosakan.

  9. Memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada pengguna tentang kefahaman keselamatan.

  10. Memberikan latihan dan tunjuk ajar dalam cara-cara menyelamat kepada kakitangan dan pihak-pihak yang berkenaan.

  11. Terlibat dalam rancangan perkembangan latihan sukan renang.

  1. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 << Atas
 

 

9.

PENOLONG PENGARANG

PUSAT SEJARAH SEJARAH

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.        i.    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang penulisan atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Berkhidmat di Pejabat Pusat Sejarah sebagai Pembantu Pengarang atau dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Penulisan / Penyuntingan / Penerbitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pengarang atau dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Penulisan / Penyuntingan / Penerbitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam Bahagian IV tidak kurang 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang penulisan secara kreatif dan ‘non-kreatif’ serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan.
     

  2. Boleh menguasai dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARANG:

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan.
     

  2. Membantu mengumpul dan mencari bahan seperti menghubungi penulis dan membuat wawancara.
     

  3. Membantu dalam kerja-kerja pemilihan dan penyuntingan bahan dan seterusnya menaip atau mengedit / menyemak pruf bagi penerbitan majalah bulanan.
     

  4. Menulis karya-karya kreatif dan non kreatif untuk disumbangkan dalam majalah / jurnal terbitan Jabatan.
     

  5. Kerja-kerja lain yang diaturkan dari masa ke semasa.

  << Atas

 

 

10.

WARDEN BAS

KEMENTERIAN PERTAHANAN

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

    a.       i.      Lulus tingkatan III.
 

                                                           ATAU 

  1. Mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Berpengalaman sebagai Warden Bas adalah kelebihan.
     

  2. Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB WARDEN BAS:

  1. Bertanggungjawab bagi Ketua Pengawas dan Ketua Unit.
     

  2. Membuat laporan siap kerja kepada Ketua Pengawas.
     

  3. Bertanggungjawab ke atas semua murid, menjaga keselamatan mereka yang diiringi oleh mereka.
     

  4. Memantau murid-murid sekolah turun dan naik bas dan pengiring mestilah turun dari bas dan berada di hadapan pintu bas menentukan keselamatan murid.
     

  5. Murid-murid tidak dibenarkan bergerak sewaktu bas berjalan dan pengiring hendaklah mengawal murid-murid sewaktu mereka berada dalam bas, mengelakkan supaya murid-murid tidak merosakkan kusyen, barang-barang komponen bas dan mengawal supaya tidak buat bising yang mengganggu konsentrasi pemandu.
     

  6. Pengiring dimestikan mengiring murid-murid sekolah semasa murid-murid hendak menyeberang jalanraya.
     

  7. Pengiring berhak menasihati mana-mana murid yang berkelakuan nakal dan tidak senonoh dalam bas dan membuat catitan nama-nama murid dan memaklumkan kepada Ketua Pengawas.
     

  8. Pengiring bertanggungjawab membersihkan bahagian dalam bas seperti menyapu, mengelap kotoran, membuang sampah, memastikan jendela kenderaan ditutup dengan rapat apabila pengangkutan selesai.
     

  9. Pengiring hendaklah berada awal 15 minit sebelum pengangkutan bermula.
     

  10. Sekiranya Pengiring sakit dan tidak dapat membuat tugas, mereka ini hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas seberapa segera bagi membolehkan Pengiring yang lain menggantikan tempatnya.
     

  11. Apabila ada berlaku sebarang kerosakkan tidak dibenarkan Pengiring meninggalkan bas dan hendaklah mengawal murid-murid berkeliaran dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
     

  12. Pengiring mestilah berada di bilik rehat apabila selesai bertugas.

  << Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 10

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas