IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 14 APRIL 2010)

BILANGAN IKLAN: 13/03/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

JURUTERA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270- $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270- $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1

 

3.

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

44

 

4.

MERINYU BANDARAN

JABATAN LEMBAGA BANDARAN TUTONG

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

3

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.

JURUTERA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270- $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrikal / Bangunan atau bidang bersesuaian.
     

  2. Pemohon-pemohon yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja kejuruteraan adalah keutamaan.
     

  3. Calon yang menjadi ahli kepada Pertubuhan Professional yang diiktiraf seperti ICE (UK), IMECHE (UK), IEE (UK) atau mempunyai kelulusan yang bersesuaian adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

  1. Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk, pengawas, pengurusan dan penyelarasan projek-projek jabatan.
     

  2. Membuat penyelarasan ke atas projek yang dikendalikan oleh consultant.
     

  3. Memberikan khidmat nasihat terhadap perkara yang berhubungkaitan dengan kejuruteraan awam dan struktur.
     

  4. Membantu dan menunjuk ajar pegawai teknik tempatan.

 

<< Atas 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270- $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Undang-Undang atau bidang bersesuaian.
     
    b)       TANGGAGAJI B.2:
     
    i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam  bidang Pengurusan /
              Pentadbiran
    Awam / Undang-Undang atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam
              bidang-bidang
    yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam
              tanggagaji
    C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7
              tahun
    dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     

  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

  1. Membantu menyediakan / meneliti draf Memorandum Persefahaman (MOU) dan hubungan kerjasama dengan Negara-Negara dan Organisasi di luar Negara.
     

  2. Menyelaras urusan-urusan kerjasama dua-hala dan hal ehwal antarabangsa yang membabitkan pihak Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi yang menetap di Negara Brunei Darussalam.
     

  3. Meneliti kertas-kertas / laporan yang berkaitan dengan hal ehwal serantau dan antarabangsa dan penglibatan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang tertentu seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), Komanwel, OIC, ASEM, UNESCO, ISESCO dan seumpamanya.
     

  4. Membantu dalam kerja-kerja penelitian Akta dan Peraturan yang berkaitan.
     

  5. Memantau program-program Kementerian / Jabatan-Jabatan dalam perlaksanaan dasar-dasar dan MOU serta kerjasama yang berkaitan dengan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.
     

  6. Menyelaras dan meneliti Laporan Tahunan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk dihadapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.
     

  7. Melaksanakan lain-lain tugas yang diaturkan oleh pihak atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.
     
    ATAU
     

  2. i)        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil
              Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah
              keutamaan
    .

     
    ii)       Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m 
              atau
    mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga
              Peperiksaan
    Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

     
    ATAU
     

  3. i)        1 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran  Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan
              sebanding
    ;

     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 3
              tahun
    .

     
    iii)       Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m
              atau
    mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga
              Peperiksaan
    Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

     

  4. Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KERANI SULIT:

 

  1. Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertarafsulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).
     

  2. Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.
     

  3. Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua

 

<< Atas

 

 

4.

MERINYU BANDARAN

JABATAN LEMBAGA BANDARAN TUTONG

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan
              sebanding
    .

     
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat di Lembaga Bandaran Tutong dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak
              kurang
    dari 5 tahun.


    ATAU
     
    iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6
              tahun
    .

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU BANDARAN:

 

  1. Membantu Merinyu Bandaran Kanan dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan penyediaan.
     

  2. Bertanggungjawab kepada aspek penguatkuasaan Undang-Undang dan hal-hal yang berkaitan dengan pemeliharaan kebersihan kedai-kedai, kawasan lapang, jalan-jalan raya. taman-taman dan longkang-longkang yang dianggap sebagai tempat awam.
     

  3. Menyediakan laporan yang berkaitan dengan pelanggaran Undang-Undang peraturan-peraturan dan tatacara kebersihan secara terperinci dan menyediakan sokongan mengenainya.
     

  4. Menjalankan arahan dan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas