IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 13 JANUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 51/12/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 ARKITEK KEINDAHAN ALAM

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEREKA TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

2

 

3.

MERINYU METER

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab 

3

 

4.

PENYELENGGARA STOR TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

 PENOLONG PENGAJAR TEKNIK

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

 JURUTEKNIK FOTO TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

7

 

7.

PENOLONG PENGAWAS PEMELIHARAAN MESIN

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab 

3

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                      

 

 

 

 

1.

 

ARKITEK KEINDAHAN ALAM

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Landscape Architecture, Landscape Design, Landscape Management, Landscape Amenity Management, Hortikulture, Aboraculture, atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menyelaras dan mengurus perlaksanaan tugas-tugas yang berkaitan dalam perancangan dan perkembangan projek lanskap taman dan rekreasi dan/atau pemeliharaan dan pengurusan kawasan lanskap, taman dan rekreasi.
     

  2. Merancang dan menyediakan rekabentuk lanskap serta memberikan khidmat nasihat kepada Kementerian dan Jabatan Kerajaan dalam kerja-kerja berkaitan senibina taman & pengurusan lanskap.
     

  3. Menyelaras dan memantau kemajuan projek-projek lanskap, dan projek-projek Rancangan Kemajuan Negara.
     

  4. Memeriksa dan memantau kerja-kerja perlaksanaan dan perkembangan projek lanskap ditapak binaan.
     

  5. Melaksana pengurusan projek disepanjang tempoh pengendalian projek dari peringkat awal hingga selesai.
     

  6. Menyediakan anggaran harga dan dokumen kontrak projek lanskap bagi sebutharga dan tawaran serta membuat penyelarasan dan penilaiannya.

 

 << Atas

 

 

2.

 

PEREKA TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.    i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pereka Tingkat III atau jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai  pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Pereka Tingkat I dalam mengendalikan dan mengawas segala tugas yang bersangkutan dengan rekabentuk di semua bahagian rekabentuk.
     

  2. Memastikan lukisan-lukisan bagi rekabentuk set, kostum atau grafik seperti floor plan, construction plan, elevation plan, illustrasi, model, lukisan perspektif dan sebagainya disediakan bagi projek rekabentuk atau grafik.
     

  3. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

3.

 

MERINYU METER

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.      i.        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Elektrik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembaca Meter Tingkat I atau jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

Lulus kursus singkat di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal Peringkat Pertama dan Kedua atau/dan kursus-kursus pendawaian dan pemasangan adalah kelebihan.

  1. Kebolehan membaca berbagai-bagai Maximum Demand (M.D) dan Kilo Volt Amps (K.V.A) adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Memeriksa kad-kad Meter dari rumah ke rumah untuk mempastikan yang pembacaan dilakukan tepa pada masanya.
     

  2. Mengawasi Pembaca Meter Tingkat I, Pembaca Meter dan Kerani Lejar.
     

  3. Menghadapi aduan-aduan orang ramai mengenai dengan apa-apa yang berkaitan dengan Bahagian Pembacaan Meter.
     

  4. Membuat laporan kerja termasuk laporan mengenai meter-meter rosak, penyambungan harian kepada Pegawai Kanan.
     

  5. Membantu dalam menyelesaikan punggutan bagi tuntutan pembayaran bekalan api elektrik (Outstanding).
     

  6. Membuka, memasang semula dan mengunci (Sealing) meter-meter.

<< Atas

 

 

4.

 

PENYELENGGARA STOR TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.     i.      BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pembelian dan
                   Perbekalan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan,
                   atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Pegawai Waran II atau Anggota Polis Diraja Brunei berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

  1. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor / kakitangan dan/atau pembelian alat-alat adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
 

  1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
     

  2. Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger / buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar / peraturan / sistem yang berkuatkuasa masa kini.
     

  3. Menyelia / Mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan / paras stok diperlukan.
     

  4. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
     

  5. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.
     

  6. Menyediakan laporan / penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan / hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 << Atas

 

 

5.

 

PENOLONG PENGAJAR TEKNIK

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    a.    i.        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Fabrication and Welding Engineering atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Fabrication and Welding Engineering atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama SERTA telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji D.1 atau sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
     

  2. Mempunyai pengalaman atau kemahiran amali yang baik dalam bidang yang dikehendaki.
     

  3. Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengajar / membantu mengajar kelas amali.
     

  2. Menyediakan perkakas / peralatan mengajar.
     

  3. Membantu mengawas penuntut dalam kegiatan tambahan.
     

  4. Menyelenggara stor.
     

  5. Membantu mengendali lain-lain kursus / latihan disamping kursus / latihan yang formal.
     

  6. Menjalankan tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak pentadbiran institusi dari masa ke semasa.
     

  7. Lain-lain tugas yang ditetapkan oleh Pengarah Pendidikan Teknik atau Pengetua institusi dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

6.

 

JURUTEKNIK FOTO TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.   i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Fotografi atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

                                                           ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Foto Tingkat II / Jurugambar Tingkat II dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan ditetapkan dalam jawatan.

  1. Berpengalaman dalam bidang senifoto atau kerja-kerja teknik bilik gelap adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab bagi menentukan bahawa semua bahan keperluan untuk usaha penggambaran, mencuci dan memproses filem tidak berkurangan.
     

  2. Bertanggungjawab atas penyusunan dan pemeliharaan semua gambar-gambar serta slide yang sudah diproses dan memastikan semuanya dalam keadaan baik dan teratur.
     

  3. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan pemeliharaan alat-alat penggambar dan kamera-kamera yang digunakan.
     

  4. Membantu dalam kerja-kerja teknik yang berkaitan dengan bidang penggambaran.

<< Atas

 

7.

 

PENOLONG PENGAWAS PEMELIHARAAN MESIN

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.     i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Elektrik dan Elektronik
                    atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Percetakan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun.

  1. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja dalam bidang mekanikal dan pemeliharaan bangunan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan kerja-kerja baikpulih mesin-mesin serta peralatan-peralatan sokongan dan bangunan Jabatan.
     

  2. Melaksanakan semua kerja-kerja mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan.
     

  3. Memastikan kualiti kerja yang dihasilkan mencapai di tahap tinggi serta mengikut apa yang diperlukan.
     

  4. Memelihara dengan baik serta membersihkan mesin-mesin serta peralatan yang digunakan.
     

  5. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diberikan serta arahan-arahan dari Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas