IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 11 OGOS 2010)

BILANGAN IKLAN: 30/07/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEGAWAI KAUNSELOR

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UB.1 EB.2 ($2,450- $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

JURUTERA

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

PENGETUA (PENGAJAR KHAS)

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

 

KETUA PENGUASA POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

PEMBANTU PEGAWAI BILIK GERAKAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3-4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

7.

 

MEKANIK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN) ATAU

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN) ATAU

E.2 EB.3-4 ($590 - $875SEBULAN) ATAU

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN) ATAU

F.3-4 EB.5($550 - $700 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

GH8.

 

ARKITEK

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

BILANGAN GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI KAUNSELOR

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UB.1 EB.2 ($2,450- $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kaunseling (Runding Cara) atau bidang bersuaian.
     
b)   Mempunyai kebolehan menulis dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELOR:

 

 

Bertanggungjawab kepada Dekan Pelajar dalam perkara-perkara berikut:

  1. Melaksanakan kerja-kerja kaunseling pelajar termasuk merancang dan melaksanakan program-program tersebut melalui ceramah, seminar, bengkel, kursus kaunseling, teknik belajar, lawatan kerjaya dan sebagainya yang boleh membantu perkembangan pelajar dalam berbagai aspek.
     

  2. Melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Dekan Pelajar dari masa ke semasa.

 

<< Atas 

 

 

2.

 

JURUTERA

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Building Services Engineering atau bidang bersesuaian.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Estet bagi penyelenggaraan kerja-kerja ke atas pemeliharaan Estet seluruhnya yang terdapat di Institut Teknologi Brunei.
     

  2. Membantu Ketua Estet dalam kerja-kerja berikut:
     

    a)   Merancang dan menyusun pengurusan dan perjalanan Bahagian Estet.
    b)   Mengatur rancangan (planning) pemeliharaan meknik, hawa dingin dan elektrik.
    c)   Menyediakan anggaran belanjawan dan membuat perancangan dalam pengambilan Pegawai Teknikal.

     

  3. Membuat peraturan pemeliharaan (Maintenance Procedure) dan pemeliharaan berjadual dalam kerja pemeliharaan meknik, hawa dingin dan elektrik.
     

  4. Bertanggungjawab dalam projek yang bersangkut paut dengan meknik, hawa dingin dan elektrik.
     

  5. Membuat penyelarasan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dengan kerja yang bersangkutan dengan Institut.
     

  6. Lain-lain tugas diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas  

 

 

3.

 

PENGETUA (PENGAJAR KHAS)

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa / Pendidikan Khas atau bidang yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.

 

b)      TANGGAGAJI B.2:
 

  i)

BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pendidikan atau bidang yang berkaitan dengan hal ehwal psikologi / kemasyarakatan atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Pengajar Kanan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.

  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA (PENGAJAR KHAS):

 

  1. Membantu tugas-tugas am Penolong Pengarah II dari masa ke semasa.
     

  2. Mengetuai perkhidmatan bagi orang-orang cacat seluruh Negara (Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat dan Pusat Pekerjaan Orang-Orang Cacat).
     

  3. Bertanggungjawab terhadap perkembangan, rancangan dan pentadbiran pendidikan khas dan latihan bagi orang-orang cacat seperti:
     
     

    i)   Menyediakan rancangan dan cadangan anggaran perbelanjaan tahunan Bahagian Pendidikan Khas dan latihan pekerjaan.
         
    ii)   Merancang kemasukan murid-murid baru ke Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat dan Pusat Pekerjaan Orang Orang Cacat (dua kali setahun).
         
    iv)   Menyediakan rancangan Sukan bagi Orang-Orang Cacat samada diperingkat nasional atau serantau lain lain.
         
    v)   Dan mana-mana yang berkaitan dengan pentadbiran pendidikan khas dan Pusat Pekerjaan Orang-Orang  Cacat.

     

  4. Bertanggungjawab bagi latihan lanjutan orang-orang cacat di dalam atau di luar negeri.
     

  5. Mengadakan lawatan ke Kelas Bimbingan Kanak-Kanak Cacat (KBKKC) dan Pusat Pekerjaan Orang-Orang Cacat (PPOOC) di semua Daerah tidak kurang sekali sebulan.
     

  6. Bekerjasama dengan Jabatan Sekolah-Sekolah dan pihak Rumah Sakit di semua Daerah.
     

  7. Bertanggungjawab bagi program pemulihaan orang-orang cacat diperingkat komuniti (PDK).
     

  8. Tugas-tugas yang diberikan dari masa ke semasa.

 

<< Atas  

 

 

4.

 

KETUA PENGUASA POS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Penguasa Pos dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penolong Penguasa Pos dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGUASA POS:

 

 

Menjadi Ketua Penyelia Bahagian Operasi, Kewangan, Pentadbiran, Filatelik dan lain-lain lagi.

 

<< Atas  

 

 

5.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

INSTITUT TEKNOLOGI BRUNEI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)

BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Bangunan  atau bidang bersesuaian.

     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.
     
b)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:
 

  1. Bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikpulih bangunan dan alat-alat kemudahan.
     

  2. Membantu Pegawai di bahagian Estet dalam menyelia, menyelaras dan mengurus perlaksanaan tugas-tugas yang berkaitan dengan perancangan, pengurusan, perlaksanaan, pemantauan dan pengawalan projek-projek yang berhubungkait dengan pengurusan estet.
     

  3. Membantu Pegawai di bahagian Estet dalam menyediakan dokumen-dokumen kontrek termasuk menyediakan spesifikasi, lukisan teknikal, anggaran harga projek, Bill of Quantities dan sebagainya, untuk projek-projek yang bersangkut paut dengan pengurusan estet.
     

  4. Membuat pemantauan dan laporan teknikal mengenai dengan masalah-masalah atau aduan-aduan atau isu-isu yang berhubungkait dengan keadaan keselamatan bangunan dan alat-alat kemudahan.
     

  5. Menyelia kakitangan teknikal yang dibawah tanggungannya.
     

  6. Melaksanakan arahan dan tugas-tugas yang diberikan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas  

 

 

6.

 

PEMBANTU PEGAWAI BILIK GERAKAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3-4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang berkaitan dengan Perhubungan Awam / Komunikasi.
       
     

ATAU

       
  b) i) 4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.
       
    ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan, dalam mengendalikan tugas-tugas gerakan penerbangan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
  c)   Berkhidmat di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai kakitangan Jabatan Gerakan di Cawangan Gerakan atau Skuadron-Skuadron Penerbangan di Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman di dalam mengendalikan tugas-tugas gerakan penerbangan tidak kurang dari 10 tahun.
       
     

ATAU

       
  d)   Berkhidmat di Syarikat Penerbangan Diraja Brunei sebagai kakitangan di Bahagian Gerakan Penerbangan dan Pusat Kawalan Gerakan tidak kurang dari 10 tahun.
       
     

ATAU

       
  e)   Berkhidmat di Bahagian Perkhidmatan Lalulintas Udara, Jabatan Penerbangan Awam serta mempunyai pengalaman didalam mengendalikan tugas-tugas gerakan penerbangan tidak kurang dari 10 tahun.
       
2. Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
   
3. Lulus ujian pemilihan yang dikendalikan oleh Bahagian Gerakan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PEGAWAI BILIK GERAKAN:
 

  1. Mengendalikan tugas-tugas menyeluruh Pusat Kawalan Gerakan serta menjadi operator telefon, radio dan pengawal lalulintas udara secara bergilir-gilir.
     

  2. Menyediakan carta, maklumat penerbangan (NOTAMS’s) dan buku-buku manual penerbangan sebagai rujukan dan menghantar perancangan penerbangan (flight plans) kepada pihak yang berkenaan bagi setiap penerbangan.

 

<< Atas  

 

 

7.

 

MEKANIK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN) ATAU

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN) ATAU

E.2 EB.3-4 ($590 - $875SEBULAN) ATAU

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN) ATAU

F.3-4 EB.5($550 - $700 SEBULAN)

 

 

 

 

NOTA: PENGIKLANAN JAWATAN DI BILANGAN 1 ADALAH MERANGKUMI KESEMUA JAWATAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:-

  • MEKANIK TINGKAT I

  • MEKANIK TINGKAT II

  • MEKANIK

  • MEKANIK (KENDERAAN)

  • MEKANIK KENDERAAN

 

KELAYAKAN MINIMUM:
 

a) i)

Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang Mekanik Kenderaan Bermotor / Kejuruteraan Badan Kenderaan atau bidang bersesuaian.

     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam bidang kerja mekanik membaiki kenderaan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Berkebolehan membaikpulih kerosakan semua jenis kenderaan adalah keutamaan.
     
c)   Boleh membuat laporan kerosakan dan mendapatkan alat ganti.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEKANIK:

 

 

Bahagian Kenderaan dan Bengkel, Kementerian Pertahanan:

 

  1. Mengikut arahan dari Ketua Seksyen Tentera dan Pengawas Mekanik.
     

  2. Mengikut keutamaan terhadap kenderaan yang mana harus diperbaiki dahulu.
     

  3. Membantu kerja yang belum selesai atau yang belum siap.
     

  4. Bertanggungjawab membuat pemeliharaan, pembaikan injin, gear box (overhaul) dan lain-lain.
     

  5. Menentukan kenderaan dalam keadaan selamat dan boleh dipandu dalam keadaan baik.
     

  6. Menjaga keselamatan diri sendiri semasa menjalankan tugas.
     

  7. Menjaga kebersihan kawasan disekeliling, harta benda dan kawasan masing-masing.
     

  8. Memberi bantuan kepada seksyen-seksyen yang perlu dibantu.

 

Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan, Kementerian Pendidikan:

  1. Bertanggungjawab dan melapor kepada Ketua Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan.
     

  2. Membaiki segala kerosakan kenderaan di Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan.
     

  3. Memberi apa jua cadangan dalam meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pegawai kanan atasan.
     

  4. Menjalankan apa jua arahan tugas dari pegawai kanan atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas  

 

 

GH8.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

ARKITEK

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Arkitektur yang diiktiraf dan oleh Kerajaan dari Royal Institute of British Architect.
     
  ii) Keutamaan untuk pemohon-pemohon yang menjadi ahli badan Arkitek berdaftar seperti R.I.B.A Part 1 atau institusi sebanding.
     
   

ATAU

     
  iii) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian,  serta mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja Arkitek iaitu membuat reka bentuk bangunan, mengendalikan pentadbiran kontrak, mengendalikan pengawasan dan penyeliaan projek di tapak bina, menjadi ketua kumpulan projek dan menyelaras perlaksanaan projek dari rekabentuk hingga penyerahan bangunan kepada klien dan pemeliharaan tidak kurang dari 3 tahun.
     
b)   Berkebolehan menggunakan IT seperti Graphic, Words dan Internet.
     
c)   Berpengalaman dalam kerja-kerja pengendalian projek-projek Rancangan Kemajuan Negara dan lain jabatan adalah kelebihan.
     
d)   Mengetahui dan mahir dalam penggunaan autocad 2D dan 3D Modelling sekurang-kurangnya 3 tahun adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ARKITEK:

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL [DTS]

 

Bahagian Arkitek [SAR]:

  1. Melaksanakan projek-projek Kerajaan dari peringkat kajian kemungkinan, rekabentuk, tawaran, pembinaan sehingga penyiapan mengikut keperluan klien, tidak melebihi peruntukan dalam waktu yang ditetapkan dan kualiti yang bersesuaian.
     

  2. Sebagai Pegawai pengawas dalam melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti yang diarahkan.
     

  3. Melaksanakan projek mengikut peraturan yang ditetapkan seperti piawaian sistem ISO 9001:2000, Panduan Pentadbiran Kontrak JKR, Peraturan Kewangan, Peraturan AM 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.
     

  4. Mengawas, memantau dan menyelaras kerja-kerja penyediaan lukisan yang dibuat oleh kakitangan di bawah jagaannya.
     

  5. Menyediakan cadangan rekabentuk preliminary dan lanjutan untuk pengesahan klien.
     

  6. Memberi taklimat kepada klien dan mendapatkan pengesahan mengenai cadangan rekabentuk untuk pengesahan awal dan terakhir sebelum projek ditawarkan.
     

  7. Mengawas dan mengadakan pemeriksaan projek di tapak bina semasa peringkat pembinaan.
     

  8. Menyediakan maklum balas dan menjawab semua persuratan projek bila / jika diperlukan.
     

  9. Menilai, memantau dan melaporkan kemajuan projek kepada Arkitek Kerja.
     

  10. Mengadakan mesyuarat kemajuan projek setiap bulan, mesyuarat teknikal dan mesyuarat penyelarasan bila dan jika diperlukan.
     

  11. Melakukan audit dalaman ke atas projek dan proses-proses di dalam sistem pengurusan kualiti ISO 9001-2000.
     

  12. Melaksanakan apa jua tugas lain seperti yang diarahkan oleh Arkitek Kanan.

 

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN [DBS]

 

Bahagian Pengurusan Bangunan [SBM]:

 

  1. Membantu Ketua-Ketua Unit dalam mereka bentuk dan melukis pelan bagi pengubahsuaian bangunan / bilik mengikut kehendak arahan.
     

  2. Melukis dan mereka bentuk kelengkapan bagi kerja-kerja protokol seperti menyediakan reka-bentuk pentas di Raja, Hiasan-Hiasan Adat Istiadat di Raja, mereka-bentuk pintu gerbang, Hiasan bagi lawatan dan keberangkatan KDYMM dan lain-lain dan masa ke semasa terutama sekali Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Hari Kebangsaan.
     

  3. Mengadakan mesyuarat bersama dengan Jabatan-Jabatan yang berkehendak kerja-kerja ubahsuai dan membuat cadangan yang berpatutan sebelum kerja-kerja dilakukan.
     

  4. Memantau dan membuat lawatan bersama dengan Ketua-Ketua Unit bagi proses kemajuan sesuatu projek yang sedang dibuat.
     

  5. Menyediakan model 3D dan lukisan-lukisan projek ‘presentation drawing’ untuk keterangan di tapak bina.
     

  6. Menyediakan reka-bentuk dalaman ‘interior design’ bagi sesuatu projek serta mencadangkan bahan-bahan bangunan yang akan digunakan.
     

  7. Memberikan kerjasama kepada Ketua-Ketua Unit dalam pengurusan proses mengubahsuaian lukisan atau masalah yang timbul daripada kehendak satu-satu projek.
     

  8. Mempunyai pengetahuan mengenai keupayaan bahan binaan dan teknologi terkini.
     

  9. Membuat pemantauan atau pengkajian atau projek-projek yang telah dibuat oleh Bahagian Pengurusan Bangunan mahupun bahagian-bahagian yang lain dalam usaha sentiasa memperbaiki reka-bentuk bangunan dan ‘standard details’.
     

  10. Memberikan pandangan dalam penyesuaian warna (Colour Scheme) bagi satu-satu projek melalui perbincangan dengan Ketua Unit.
     

  11. Mentadbir, menyusun dan membuat perangkaan kasar dengan Ketua-Ketua Unit mengenai jadual penyiapan lukisan-lukisan yang perlu disiapkan, terutama pada awal tahun.
     

  12. Mempastikan lukisan-lukisan yang dibuat oleh semua Tukang Pelan / Tukang Lukis dalam Unit Lukisan siap mengikut jadual atau jangka waktu yang telah ditetapkan supaya jadual mengeluarkan tawaran-tawaran tidak tergendala.
     

  13. Menerima arahan dari pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas  

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH8

 

 

KETUA PENGARAH KERJA RAYA

BAHAGIAN PENTADBIRAN

IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 


<< Atas