IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 10 MAC 2010)

BILANGAN IKLAN: 08/02/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

 

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,279 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

3.

 

JURUTEKNIK PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

 

PEGAWAI PENCEN-PENCEN TINGKAT II

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

TUKANG TEROPONG / PERCUBAAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

TUKANG PANCUT

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

7.

 

MERINYU HAL EHWAL UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

BILANGAN 7

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam dan Diploma Pentadbiran Undang-Undang / LLB (Syariah) / LLB atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Bertanggungjawab memproses kes-kes Mal yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah.
     

  2. Bertanggungjawab memproses kes-kes jenayah yang dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah termasuk dalam hal mengeluarkan saman dan waran.
     

  3. Bertanggungjawab memproses kes-kes rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
     

  4. Bertanggungjawab kepada permohonan Perintah Pengangkatan Anak.
     

  5. Bertanggungjawab kepada pentadbiran am Mahkamah Rendah Syariah.
     

  6. Menyelaras tugas-tugas pegawai-pegawai dan pembantu-pembantu Mahkamah yang berhubung dengan hal ehwal Mahkamah.
     

  7. Bertanggungjawab kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal ehwal Mahkamah dan Pentadbiran.
     

  8. Bertanggungjawab kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Timbalan Ketua Pendaftar dalam hal berhubung dengan Mahkamah dan Pentadbiran Am. 
     

  9. Melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang Islam dibawah Perintah Undang-Undang Keluarga Islam 1999.
     

  10. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

2.

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,279 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a)          TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

   b)          TANGGAGAJI B.2:

 

i)          BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

PENTADBIRAN/HAL EHWAL  ANTARABANGSA DAN PENYELIDIKAN

 

  1. Mengendalikan penyelidikan yang berhubung dengan hal ehwal kemasyarakatan di negara ini.
     

  2. Pegawai Penghubung (coordinator) Jabatan dengan agensi-agensi tertentu sama ada dari dalam atau luar negeri.
     

  3. Menyediakan dan mengaturkan sebarang program, latihan atau kursus yang diperlukan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan mengikuti keperluan semasa.
     

  4. Membuat penyelidikan berhubung dengan undang-undang dan dasar yang berkaitan dengan Jabatan.
     

  5. Membantu Pengarah/Timbalan Pengarah dalam hal ehwal penyelidikan, penyediaan kertas kerja, penyemak terhadap sebarang persuratan/kertas kerja dari luar negeri.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KELUARGA

 

Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita.
     

  2. Bertanggungjawab dalam bidang penyelidikan, perkembangan dan penerbitan perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dan pembangunan keluarga serta klien kebajikan yang lain.
     

  3. Mengumpulkan dan menyibarkan maklumat mengenai wanita dan pembangunan serta klien kebajikan yang lain.
     

  4. Menyediakan / mengendalikan kursus-kursus, program latihan, kempen, seminar dan simposium mengenai wanita dan pembangunan keluarga seta klien kebajikan yang lain.
     

  5. Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan keganasan dalam rumah, terutamanya ke atas wanita, termasuklah memberi khidmat:
     
    i.          Kaunseling
    ii.         Bantuan Guaman
    iii.        Salah seorang ahli Urusetia “Task Force on Child Abuse dan Domestic Violence”.
     

  6. Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan Undang-Undang Perlindungan Perempuan-Perempuan dan Gadis-Gadis 1972.
     

  7. Salah seorang pegawai yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.
     

  8. Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
     

  9. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian di dalam Jabatan Pembangunan Masyarakat.
     

  10. Menerima arahan dari Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari semasa ke semasa.

 

Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak.
     

  2. Bertanggungjawab dalam kes-kes yang berkaitan dengan permohonan anak angkat dari dalam dan luar negeri, kanak-kanak dibuang (“abandoned babies”) dan kanak-kanak yang diseksa.
     

  3. Mengumpulkan maklumat mengenai kes-kes yang disebutkan dalam para (b) bagi tujuan kajian/penyelidikan.
     

  4. Menjadi salah sorang ahli Urusetia dalam “Task Force on Chil Abuse and Domestic Violence”.
     

  5. Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
     

  6. Salah seorang pegawai yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.
     

  7. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian di Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.
     

  8. Menerima arahan dari Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari masa ke semasa.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN ORANG-ORANG CACAT, PEMULIHAN AKHLAK DAN PENEMPATAN KERJA

 

Perkhidmatan Orang-Orang Cacat

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Orang-Orang Cacat, yang meliputi seluruh negara, iaitu:-
     
    i.          Pusat-Pusat Bahagian di semua daerah iaitu Kelas Bimbingan bagi Kanak-Kanak Cacat.
    ii.         Pusat Pekerjaan Orang-Orang Cacat.
    iii.        Skim Berdikari Orang-Orang Cacat.
    iv.        Pemulihan dalam komuniti bagi Oang-Orang Cacat.
    v.         Mengawasi semua guru-guru dan pengajar-pengajar yang bertugas di (i) dan (ii).          
     

  2. Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
     

  3. Salah seorang Pengawai yang boleh dilantik untuk menjalankan tugas Penolong Pengarah.
     

  4. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian /unit-unit di dalam Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.
     

  5. Menerima arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong Pengarah dari masa ke semasa.

 

Perkhidmatan Pemulihan Akhlak

 

  1. Bertanggungjawab dalam Bahagian Perkhidmatan Pemulihan Akhlak, yang meliputi seluruh negara, iaitu:-
     
    i.           Rumah Pemulihan Akhlak Kanak-Kanak Nakal.
    ii.          Rumah Perlindungan Wanita Taman Noorhidayah.
    iii.         Perkhidmatan Asuhan dan Bimbingan (Probation and Aftercare).
    iv.         Mengawasi semua kakitangan, guru-guru dan pengajar di Rumah-Rumah (i) dan (ii).
     

  2. Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
     

  3. Salah seorang Pegawai yang boleh dilantik menjalankan tugas Penolong Pengarah.
     

  4. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian/unit-unit di dalam Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.
     

  5. Menerima arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong dari semasa ke semasa.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN PENCEN-PENCEN

Perkhidmatan Kebajikan Am

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Bahagian Perkhidmatan Kebajikan Am iaitu:-
     
    i.           Bantuan Bulanan.
    ii.          Bantuan Perumahan
    iii.         Bantuan Bencana Alam
    iv.         Bantuan Sekaligus
    v.          Bantuan Orang-Orang Terdampar
    vi.         Pengurusan Tabung-Tabung Amal
    vii.        Skim Berdikari bagi Janda, Balu dan Orang-Orang Susah.
     

  2. Bertugas di luar daerah sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bergilir-gilir.
     

  3. Salah seorang Pegawai yang boleh dilantik menjalankan tugas Penolong Pengarah.
     

  4. Pegawai ini akan dipindahkan secara “horizontal mobility” ke bahagian-bahagian/unit-unit di dalam Jabatan Pembangunan Masyarakat setiap dua tahun.
     

  5. Menerima arahan Pengarah/Timbalan Pengarah/Penolong dari masa ke semasa.
     

<< Atas

 

3.

JURUTEKNIK PELAJARAN KESIHATAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Komputer / Business Studies / Laboratory Sains atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji D.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

   b)                 Berkebolehan dan berkemahiran dalam penggunaan komputer khususnya dalam bidang grafik

                       adalah keutamaan.

 

   c)                  Mempunyai lesen memandu Kelas 3 yang sah.

 

   d)                 Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Merekabentuk dan menghasilkan bahan-bahan grafik bagi kegunaan promosi dan pendidikan kesihatan seperti poster, risalah dan transparencies.
     

  2. Membantu melakukan kerja-kerja persediaan bahan-bahan pendidikan kesihatan bagi aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan seperti:-
     
          Menyediakan alat pandang dengar yang diperlukan semasa pameran, bengkel atau seminar
          Membantu menyelanggarakan pameran-pameran promosi dan pendidikan kesihatan.
          Membuat pengambaran video dan srill foto.
     

  3. Kerja-kerja lain yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

4.

PEGAWAI PENCEN-PENCEN TINGKAT II

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)       i)      4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran mata pelajaran Akaun / Matematik dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Menerima pemohon-pemohon bagi permohonan kurnia pencen-pencen.
     

  2. Membayar, melawat dan menyiasat penerima-penerima yang berkenaan pada waktu-waktu dan jadual yang telah ditetapkan dan ke kampung-kampung pedalaman.
     

  3. Memastikan pembayaran-pembayaran pencen-pencen dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan pencen-pencen dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan Kewangan dan selesai dibayar pada waktu-waktu yang dijadualkan kepada penerima-penerima yang berkenaan dan setelah itu membuat penyata bulanan.

    Melawat ke rumah-rumah orang tua yang menerima kurnia pencen-pencen dan membantu untuk mengembangkan kegiatan-kegiatan kraftangan mereka.

 

<< Atas

 

5.

TUKANG TEROPONG / PERCUBAAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)      4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Merekod, menstain dan memeriksa contoh-contoh darah dan melaporkan keputusannya kepada Ketua Makmal.
     

  2. Membuat dan seterusnya menyimpan rekod pemeriksaan seharian.
     

  3. Memelihara alat-alat yang digunakan dan mempastikan keadaannya bersih dan sempurna.
     

  4. Kerja-kerja lain di makmal yang bersangkut paut dengan Kesihatan Awam yang diaturkan oleh Ketua Makmal.
     

  5. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa diperlukan, termasuk diluar masa bekerja biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  6. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit dan Pegawai yang lebih kanan.

 

<< Atas

 

6.

TUKANG PANCUT

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)       i)        Lulus Penilaian Menengah Bawah, atau kelulusan sebanding

 

ATAU

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 / M.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

b)         Berminat dalam kerja-kerja perkembangan kesihatan serta sanggup mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Mestilah bersedia bekerja (termasuk kerja malam) bila-bila masa dikehendaki dan di mana-mana saja daerah di Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Sanggup bekerja di dalam dan luar Bandar termasuk kampong-kampong terpencil.
     

  3. Dikehendaki menjalankan tugas mengikut arahan pengawas dari unit pengawal vektor.  Di antara tugas-tugas yang akan dipertanggungjawapkan termasuk kerja-kerja penyempuran dan pengasapan racun-racun serangga di tempat pembiakan, nyamuk, lalat, lipas dan lain-lain lagi yang boleh membawa penyakit.

 

<< Atas

 

7.

MERINYU HAL EHWAL UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a)       i)        Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei atau lulus dengan Kepujian Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Lanjutan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 4 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang 6 tahun dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Menjalankan siasatan dan tangkapan kesalahan di bawah Akta Penggal 77.
     

  2. Membuat Laporan siasatan dan tangkapan. Laporan kepada Ketua Penyiasatan.
     

  3. Mengambil pernyataan (statement) tertuduh.
     

  4. Menerima arahan mahkamah seperti Waran / Bon / Saman dan sebagainya.
     

  5. Menerima arahan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1/2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 7

 

 

UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,

TINGKAT 3,

BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,

JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas