IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 10 FEBRUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 04/01/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

BAHAGIAN SEMBOYAN, JABATAN LOGISTIK

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

2.

 

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

3.

 

PENERBIT TINGKAT I

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 

4.

 

JURUMESIN TINGKAT II

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III TERLATIH / PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2  EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

5

 

6.

 

JURUMESIN TINGKAT III

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2  EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

7.

 

TUKANG PANCUT

BAHAGIAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

9

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

BAHAGIAN SEMBOYAN, JABATAN LOGISTIK

JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

        

a)         i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan / Elektrikal dan Elektronik Kejuruteraan Telekom atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ATAU

ii)             Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

Mempunyai pengalaman dalam salah satu bidang berikut adalah kelebihan.

i)                  Pemeliharaan Radio Perhubungan seperti: HF/VHF/UHF Base Stations, Repeater Station, Control Consoles, Mobile Radio, Handheld Radio dan Pagers.

 

ii)                Peralatan keselamatan elektronik seperti Closed Circuit Television, Luggage X Rays, Fibre Optic Transmission Cables Digital Electronic dan Controls.

iii)             Pengalaman praktikal dalam gelombang radio dan juga litaran elektrik (electrical circuits) bagi bangunan-bangunan dan rumah-rumah.

b)         Mempunyai pengalaman dalam membaiki Radio atau berpengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

  1. Memelihara peralatan perhubungan Pasukan Polis Diraja Brunei.
     

  2. Membuat tugas-tugas pemeliharaan di luar waktu bertugas jika dikehendaki.
     

  3. Merangka, mengatur dan menyusun kerja-kerja mengikut jadual kerja pemeliharaan yang dirancangkan.
     

  4. Menyelia dan mengawas kakitangan bawahan dan mengawas perlaksanaan kerja-kerja.

                  << Atas

 

 

2.

 

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:   

     

a)                i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan  sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)                Berkhidmat di Jabatan Penerangan sebagai Pegawai Luar Penerangan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii)             Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN:

 

Memberikan penerangan atau ceramah-ceramah kepada orang ramai mengenai dasar-dasar dan maklumat berhubung dengan rancangan-rancangan Kerajaan, mengatur rancangan dan mengendalikan kursus-kursus sivik, majlis-majlis penerangan di seluruh Negara.  Dalam menjalankan tugasnya hendaklah mempunyai inisiatif sendiri di samping usaha dan bekerja secara berpasukan.

<< Atas

 

 

3.

 

PENERBIT TINGKAT I

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Ehwal Semasa / Multimedia / Penyiaran Kommunikasi Massa / Public Affairs / Seni Kreatif / Brunei Studies atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ATAU

 

ii)                Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penterjemah Kanan / Penyunting / Ketua Pemberita / Penerbit Tingkat II / Penolong Penerbit / Penyiar Berita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

iii)             Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun. 

 

b)                            Kelayakan tambahan berikut adalah kelebihan:

 

·              Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

·              Memahami ciri-ciri adat istiadat dan protokol Negara Brunei Darussalam.

·              Berkebolehan menulis skrip televisyen/radio.

·              Mempunyai minat/pengetahuan dalam hal ehwal awam/semasa.

·              Mempunyai daya usaha dan kreativiti tinggi bagi memenuhi citarasa penonton/pendengar.

·              Mempunyai kreativiti yang tinggi ke arah menghasilkan penerbitan yang berkualiti.

·              Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai  
     pengetahuan
asas menggunakan perisian Microsoft Office.

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENERBIT TINGKAT I:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Penerbit Kanan di Seksyen masing-masing dalam memenuhi misi seksyen berkenaan.
     
  2. Merancang dan menyelenggara kerja-kerja penyelidikan, membuat skrip, memilih dan menentukan penyumbang rancangan, menempah kemudahan teknikal dan set, dan tugas-tugas penerbitan lainnya.
     
  3. Menjalankan tugas penerbitan bagi siaran tv / radio di studio, Unit Siaran Luar dan lokasi rakaman luar.
     
  4. Mengawal perbelanjaan rancangan yang diterbitkan.
     
  5. Memenuhi dan menepati kehendak kualiti dan kuantiti perancangan seksyen berkenaan.
     
  6. Mempunyai kreativiti yang tinggi ke arah menghasilkan penerbitan yang berkualiti.
     
  7. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

                    << Atas

 

 

4.

 

JURUMESIN TINGKAT II

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

        

a)         i)     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains Komputer / Elektrik / Kejuruteraan Elektronik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ATAU

 

ii)                Berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara sebagai Jurumesin Tingkat III dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

 

iii)             Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 / D.2 tidak kurang dari 4 tahun.

b)         Pengetahuan dan pengalaman kerja menggunakan komputer atau kerja-kerja pemeliharaan alat komputer dan peralatan pejabat serta pernah mengikuti kursus asas penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUMESIN TINGKAT II:

 

1.                Am
Bertanggungjawab kepada Ketua Kumpulan teknikal atau pegawai yang berkenaan dalam pelaksanaan perkhidmatan bantuan Teknikal peringkat kedua (second level support) serta membantu dalam menyelaras kerja dan tugas Jurumesin Tingkat III.

 

2.                Operasi Sistem (System Operation)
Menjalankan operasi harian yang meliputi memasang (setting), menjadual (scheduling) serta mengawal (controlling) dan seterusnya memelihara dan mengoptimakan operasi perkhidmatan sistem-sistem maklumat termasuk alat-alat Audio-Visual kepada pengguna.

 

3.                Pembekalan Alat Komputer dan Peralatan Pejabat
Membuat penilaian pembekalan dan seterusnya mengendalikan aktiviti-aktiviti pembekalan termasuk inventori bagi komputer dan peralatan pejabat.

<< Atas

 

 

5.

 

PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III TERLATIH / PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2  EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

        

a)      4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik / Simpan Kira / Ekonomi / Perdagangan (Commerce) / Principle of Accounts dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding. 

 

Kelulusan yang lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam kerja-kerja pengauditan dan/atau kewangan dan/atau perakaunan dan/atau pernah mengikuti kursus simpan kira adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III TERLATIH / PENOLONG JURUAUDIT TINGKAT III:

 

  1. Memperolehi dan menyediakan dokumentasi untuk pengauditan.
     

  2. Menjalankan pemeriksaan ke atas pelbagai Kira-Kira Kerajaan.
     
  3. Mengumpulkan pemerhatian-pemerhatian audit/kesimpulan-kesimpulan.
     
  4. Membantu di dalam mengesahkan dan menyusuli semula laporan-laporan/ pertanyaan-pertanyaan audit.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diberikan oleh pegawai atasan.
     

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:                 

 

1.    Penolong Juruaudit Tingkat III Terlatih (Trained Assistant Auditor Grade III)/ Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun.

 

2.    Penolong Juruaudit Tingkat III Terlatih (Trained Assistant Auditor Grade III)/ Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang telah berjaya menamatkan tempoh percubaan dan memenuhi syarat bagi penetapan jawatan serta mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 

3.    Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) dikehendaki menduduki dan lulus peperiksaan yang dikehendaki oleh Jabatan Audit yang mengandungi subjek-subjek berikut:-

Matematik
Ilmu Jurukira
Pengauditan
Pentadbiran Kewangan
Pengetahuan Am

Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang dilantik dengan menerima gaji melebihi daripada gaji minimum pada tanggagaji D.3 adalah dikecualikan daripada peperiksaan tersebut.

 

4. Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang lulus peperiksaan tersebut akan ditetapkan/dinaikkan sebagai Penolong Juruaudit Tingkat III Terlatih (Trained Assistan Auditor Grade III) setelah berkhidmat selama 3 tahun dan akan diberikan kenaikan gaji setimpal dengan gaji minimum pada tanggagaji D.3 tanpa mengubah tanggagaji asal.  Penolong Juruaudit Tingkat III (Assistant Auditor Grade III) yang belum lulus peperiksaan tersebut dan telah mencapai gaji maksimum dalam tanggagaji D.2 tidak akan diberikan kenaikan gaji sehingga mereka lulus peperiksaan berkenaan.

<< Atas

 

 

6.

 

JURUMESIN TINGKAT III

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2  EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

  

a)         i)      4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding. 

 

ATAU

 

ii)                BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

iii)             Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUMESIN TINGKAT III:

 

1.                Mengendali perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam perkhidmatan berkenaan.

2.                Memantau / memastikan kualiti dan prestasi pelaksanaan pengendalian perkhidmatan berkenaan dijalankan dengan amanah, sempurna dan selaras dengan peraturan, dasar, kaedah dan kehendak Jabatan dan Kerajaan termasuk pelaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber perkhidmatan yang berkaitan.

3.                Menganalisa masalah dan keperluan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan-tindakan yang diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan. Jika perlu mengemukakan sokongan kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) untuk kebenaran.

 

4.                Bergantung kepada tahap Teknologi Maklumat dan perlu dikendalikan, tugas dan tanggungjawab dalam pengendalian perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) meliputi antara perkara-perkara berikut:

a)    Pengendalian perbekalan, inventori dan pemeliharaan alat komputer, peralatan dan perkakas  pejabat.

b)   
Pengendalian operasi memenuhi perkhidmatan-perkhidmatan dan jadual-jadual kerja yang dipersetujui.

<< Atas

 

 

7.

 

TUKANG PANCUT

BAHAGIAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:        

 

a)                 i)       Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)                Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawtan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG PANCUT:

 

1.    Menjalankan kerja-kerja harian pada sebelah pagi iaitu membuat kerja penyemburan racun serangga dan membuat pemeriksaan perangkap tikus di dalam perkhemahan TLDB.

2. Menjalankan kerja-kerja harian pada sebelah petang iaitu membuat pemantauan di tempat-tempat pembiakan nyamuk serta membubuh racun atau memusnahkannya, membuat kerja-kerja aduan serangga memasang perangkap tikus dan kempen lipas.

3.    Menjalankan kerja-kerja lebih masa pada sebelah malam iaitu membuat kerja pengasapan racun serangga di dalam perkhemahan.

4. Sentiasa menjaga kebersihan pejabat, mengikut arahan ketua pasukan dan pegawai atasan yang bersangkut paut dengan hal ehwal pajabat dari masa ke semasa.

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas