IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 09 JUN 2010)

BILANGAN IKLAN: 21/05/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

JURUTERA / JURUUKUR BAHAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 17

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

JURUTERA / ARKITEK / JURUUKUR BAHAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

3.

 

JURUTERA

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

19

 

4.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

BAHAGIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

PENOLONG KAUNSELOR PENJARA

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

6.

 

PENGAJAR TINGKAT I

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

7.

 

PEGAWAI PENERBITAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

8.

 

PENOLONG PENAKSIR KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

9.

 

PENGAJAR TINGKAT II

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

10.

 

PEMBANTU JURURAWAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

11.

 

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT I

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

6

 

12.

 

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

13.

 

PENGAJAR TINGKAT III

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.2 EB.3-4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

14.

 

PEGAWAI LUAR

PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

15.

 

PENYELAMAT

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

10

 

16.

 

PENJUAL / PEMUNGUT TIKET

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

17.

 

PENJAGA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

1.

JURUTERA / JURUUKUR BAHAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

2.

JURUTERA / ARKITEK / JURUUKUR BAHAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

3.

JURUTERA

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN 1 HINGGA 3:

 

a) i) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan Professional dalam bidang bersesuaian.
     
    Mempunyai keahlian Badan Professional yang bersesuaian dengan bidang-bidang tugas di Jabatan Kerja Raya yang diiktiraf adalah kelebihan.
     

                  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN:

 

Bahagian Pengurusan Bangunan (SBM)

 

  1. Bertanggungjawab kepada Jurutera Kerja dan Jurutera Kerja Kanan.
     

  2. Membuat perancangan tahunan projek-projek pemeliharaan asset serta perlaksanaan mengikut peruntukan dan masa yang diberikan.
     

  3. Mengurus, mentadbir dan memantau perlaksanaan projek pemeliharaan asset menggunakan sistem I-MMS ‘Intergrated Maintenance Management System’.
     

  4. Membuat kerja-kerja rekabentuk, Spesifikasi dan Schedules dan Bill of Quantities bagi kerja-kerja pembaikan dan ubahsuai bangunan.
     

  5. Melawat projek di tapak bina kerja dan menyediakan laporan perkembangan projek.
     

  6. Memantau perkembangan dan permasalahan perlaksanaan projek-projek.
     

  7. Menyelaras dengan Jabatan-Jabatan, Kementerian-Kementerian pengguna dan kontraktor bagi mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar dan baik.

 

Bahagian Bangunan (SEB)

 

  1. Selaku Pegawai Perancangan.
    Penyediaan anggaran kos.
    Pengendalian proses-proses rekabentuk skimatik.
    Pengendalian proses-proses tawaran.
    Pengendalian penilaian tawaran.
    Pengendalian proses-proses post-tendar / precontract.
    Penyediaan laporan.
    Penyediaan sebutharga.
     

  2. Pengurusan Projek (Project Management). 
    Pengawasan dan penyelenggaraan kerja-kerja pembinaan.
    Pengendalian pentadbiran kontrak (contract administration) seperti pembayaran projek, pesanan perubahan,
       lanjutan masa dan sebagainya.

    Perhubungan dengan pihak klien / jabatan / kementerian bagi urusan-urusan perlaksanaan projek.
    Memangku dan menjalankan tugas Jurutera Kerja dari masa ke semasa (ketika ketiadaan Jurutera Kerja).
    Menjadi ahli jawatankuasa dalam bidang ECA / kegiatan-kegiatan Jabatan seperti jerayawara, aktiviti
       perayaan, acara-acara rasmi Jabatan / Kementerian dan sebagainya.
    Menghadiri mesyuarat-mesyuarat selaku wakil ‘ad-hoc’ Penolong Pegarah / Ketua Bahagian dari masa ke
       semasa.

 

JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT (SKB):

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah, Ketua Jabatan dan Kementerian.
     

  2. Mengetuai, memantau, menyelia di dalam pengurusan Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan Teknikal di Unit masing-masing.
     

  3. Mentadbir dan mengawas, mengurus, mengawal-atur, pengurusan, perlaksanaan dan penyediaan perbelanjaan bagi projek-projek [RKN, Departmental dan OCSE] yang dikendalikan oleh Jabatan mengikut kawalan masing-masing seperti perkhidmatan Bangunan, Air dan Gas, Jalan Raya, Saliran dan Pembentungan.
     

  4. Memantau perlaksanaan dan pengurusan projek operasi dan pemeliharaan serta perkembangan ke atas kerja-kerja Bangunan, Jalan Raya, Air dan Gas, Saliran dan Pembentungan diperingkat Daerah Belait yang melibatkan Perkhidmatan Jabatan Kerja Raya.
     

  5. Menyediakan reka-bentuk [design], jadual [schedule], dan ‘Bill of Quantities’ bagi projek-projek berancang [planned].
     

  6. Memastikan taraf pengendalian, pemeliharaan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan menepati garis pandu dan perancangan tahunan [year planner].
     

  7. Memeriksa, melawat dan mengawal kerja-kerja di tapak bina, meneliti dan menilai laporan kerja-kerja dan sentiasa memastikan keselamatan di tapak bina ‘Environment, Health & Safety’.
     

  8. Menyediakan garispandu-garispandu dan prosedur teknikal bagi tujuan kemajuan industri pembinaan.
     

  9. Menyelaras kerja-kerja yang berkaitan dengan Pendaftaran Orang Yang Layak [qualified person] dibidang kejuruteraan bagi kebenaran pembinaan.
     

  10. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

JABATAN PERKHIDMATAN AIR

 

Bahagian Air (SWE)

 

  1. Melaksanakan dan mengurus projek.
     

  2. Menyelaras mesyuarat dengan consultant dan pemborong.
     

  3. Memberi nasihat dan bantuan teknikal.
     

  4. Memberi bantuan teknikal dalam menyelesaikan  masalah bekalan air.
     

  5. Menyemak dan meneliti cadangan-cadangan daripada consultant.
     

  6. Memohon peruntukkan, memantau perbelanjaan kesemua projek dalam tanggungan dan membuat laporan dan pembayaran serta perkara-perkara yang bersangkutan dengan projek.
     

  7. Menerima arahan dan melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

 

Bahagian Struktur (STE)

 

  1. Mengendalikan dan mengurus projek-projek dari peringkat awal hingga ke peringkat selepas siap pembinaan (Projek Implementation).
     

  2. Menghadapkan laporan bulanan bagi kedudukan projek yang dikendalikan termasuk perbelanjaan.
     

  3. Membuat reka bentuk struktur serta teoriesnya dan memahami cara membuat penganalisaan (Structural Design dan Analysis).
     

  4. Membuat laporan yang comprehensive terhadap struktur yang diperiksa terutama sekali pada bangunan-bangunan yang mendapat masalah struktur dan memberikan pendapat serta perancangan bagi kerja-kerja baik pulih (Sturctural Assessment and Remedial Works).
     

  5. Mempunyai pengetahuan terhadap ‘component-component’ atau barang binaan dari segi kekukuhan (stability), campuran (properties), kelakuan (behaviour) dan tujuan ianya digunapakai.
     

  6. Membezakan jenis-jenis kerosakan yang terdapat pada bangunan atau sebahagian struktur, sama ada ianya merbahaya atau tidak (Structural or Non-Structural Failure).
     

  7. Bertanggungjawab ke atas pengurusan kakitangan yang di bawah kumpulan masing-masing.
     

  8. Menyediakan dan memberikan latihan / tunjuk ajar kepada kakitangan Bahagian ini (knowledge Sharing).
     

  9. Menyediakan dan memberikan latihan / tunjuk ajar kepada kakitangan dari Jabatan-Jabatan lain di bawah Jabatan Kerja Raya yang memerlukannya dan kepada kumpulan pelajar yang dalam penempatan sambil belajar ke Bahagian ini.
     

  10. Memantau perkembangan kakitangan di bawah kumpulan masing-masing dari masa ke semasa.

 

Bahagian Kaji Selidik dan Ujian Bahan Binaan [BKS / UBB]

 

  1. Merancang perkembangan makmal, mengurus, memelihara dan pelaksanaan ujian-ujian bahan-bahan pembinaan.
     

  2. Menyediakan pelan induk bagi perlaksanaan makmal yang efisyen, kerja-kerja ‘R&D’ dalam bidang pembinaan dan melaksanakan semua perancangan di bawah projek berkenaan.
     

  3. Membantu Jurutera Kerja dalam menganalisa, memantau dan memelihara keberkesanan piawaian pembinaan, prosedur-prosedur ujian, spesifikasi bahan-bahan binaan serta sistem pengurusan dan proses pengiktirafan akreditasi makmal.
     

  4. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Jurutera Kerja dari masa ke semasa.

 

JABATAN KEMAJUAN

 

Bahagian Perlaksanaan Projek [BPP]

 

  1. Mengurus dan memantau projek-projek di bawah pengendalian Konsultan.
     

  2. Mengurus dan melaksanakan projek-projek yang ditugaskan kepada Pejabat Pengarah Kemajuan [projek ‘in-house’]
     

  3. Mengharapkan laporan bulanan kemajuan fizikal dan kewangan projek kepada Pengarah Kemajuan.
     

  4. Bertanggungjawab kepada orang bawahan.
     

  5. Menangani apa-apa permintaan / arahan daripada pihak atasan.
     

  6. Memberi maklum balas dan memberikan cadangan penyelesaian teknikal ke atas isu-isu yang berhubungkait dengan kontrak / pembinaan.

 

JABATAN JALAN RAYA [DOR]

 

Bahagian Pembinaan Jalanraya [SRC]

 

  1. Bertanggungjawab kepada Jurutera Kerja.
     

  2. Menerima dan melaksanakan arahan-arahan dari pihak atasan dari masa ke semasa.
     

  3. Membuat reka bentuk yang baik, tepat, selamat dan ekonomikal.
     

  4. Membuat konsep reka bentuk memenuhi keperluan jabatan.
     

  5. Mempastikan reka bentuk mengikut piawaian, garis pandu, syarat-syarat yang ditetapkan.
     

  6. Menyelaras perkara-perkara yang berkenaan mengenai dengan kerja-kerja yang terlibat dengan perkhidmatan talian letrik, talian telepon, paip air dan sebagainya dengan pihak yang berkenaan.
     

  7. Membuat harga anggaran bagi kerja-kerja yang diperlukan.
     

  8. Menyediakan permohonan bagi harga rancangan dan peruntukan bagi perlaksanaan projek.
     

  9. Menyediakan dokumen-dokumen bagi membuka sebutharga dan tawaran.
     

  10. Menilai dan memberi sokongan bagi sebutharga dan tawaran yang diterima.
     

  11. Menguruskan dan mentadbir kontrak.
     

  12. Mengeluarkan sibaran akhbar mengenai projek.
     

  13. Memberi cadangan bagi menyelesai masalah yang ditimbul dalam perlaksanaan projek.
     

  14. Menyediakan permohonan pesanan perubatan apabila ada perubahan skop kerja.
     

  15. Menyediakan permohonan tambahan masa mengikut fasal-fasal kontrak.
     

  16. Mengadakan mesyuarat projek bulanan.
     

  17. Membuat laporan kedudukan projek bagi pemantauan dan rujukan atasan.
     

  18. Menilai kerja-kerja yang dilaksanakan dan menyediakan pembayaran.
     

  19. Menyediakan laporan siap kerja selepas kesiapan projek.
     

  20. Menghadiri mesyuarat bagi pihak pegawai kanan di jabatan.
     

  21. Membimbing dan memimpim pegawai kakitangan bawahan dalam perlaksanaan kerja harian.

 

JABATAN SALIRAN DAN PEMBETUNGAN

 

Bahagian Pembetungan [SEW]

 

 

  1. Mencadangkan projek-projek dalaman Jabatan yang baru termasuk membuat penyiasatan, merekabentuk dan anggaran kos bagi melaksanakan projek pembetungan.
     

  2. Menyediakan dokumen kontrak dan lukisan untuk tawaran dan sebutharga termasuk membuat penilaian / sokongan.
     

  3. Mengurus dan mentadbir projek-projek dalaman Jabatan yang ditugaskan termasuk mengadakan pemeriksaan atau ujian tapak binaan.
     

  4. Menyelaras perlaksanaan projek-projek infrastruktur atau bangunan berkaitan pembetungan yang dikendalikan oleh konsultan-konsultan Jabatan / Kementerian lain.
     

  5. Memberi nasihat teknik berkaitan dengan pembentungan semasa projek dalam pembinaan kepada agensi-agensi kerajaan.
     

  6. Bertanggungjawab kepada pegawai-pegawai teknikal yang di bawah pengawasan.

 

Bahagian Saliran [CDE]

 

  1. Mentadbir dan memantau perancangan, perkembangan dan perlaksanaan projek-projek dibawah jagaannya, termasuk menyediakan dokumen tawaran, spesifikasi dan sebutharga.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas pengendalian, pemeliharaan dan penyelenggaraan projek yang dilaksanakan menepati, mengikut garis-pandu dan perancangan tahunan [year planner].
     

  3. Bertanggungjawab sebagai Asset Manager, memastikan pengurusan penggumpulan asset saliran seperti bilangan sistem rangkaian saliran, asset kawalan hakisan pantai, stesen turunan hujan dibawah kawalan Bahagian Saliran serta bilangan jumlah sistem kawalan hakisan dikemaskinikan, terancang, berfungsi dan terurus.
     

  4. Merancang, mengurus, mengawal atur, perlaksanaan, pemantauan, penyediaan terhadap perbelanjaan bagi projek-projek Rancangan Kemajuan Negara [RKN], projek-projek Jabatan [Departmental] dan perbelanjaan khas [OCSE] yang dibawah kawalannya.
     

  5. Mengetahui tatacara merancang sistem rangkaian saliran bagi melaksanakan projek saliran bermula dari peringkat rekabentuk, termasuklah menyediakan dan mengira keluasan tadahan, pengiraan runoff serta menyediakan saiz ukuran saliran berpandukan keluasan serta keadaan tadahan.
     

  6. Berperanan sebagai focal point terhadap organisasi atau agensi kumpulan kerja [task force] seperti agensi Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan [NDMC].
     

  7. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


 

JABATAN KERJA RAYA, DAERAH TUTONG

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
     

  2. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran kakitangan di dalam organisasi Bahagian Pengurusan Bangunan terdiri daripada Unit Pemeliharaan, Unit Perabot, Unit Pemeriksaan dan Unit Kerani.
     

  3. Mengendalikan tindakbalas persuratan berhubungkait dengan permohonan pihak Klien [pengguna] yang diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Bangunan Jabatan Kerja Raya Tutong untuk pengendalian seperti:
     
    Pemeriksaan dan Anggaran Kerja
    Kerja-kerja Pemeliharaan
     

  4. Mengendalikan dalam hal ehwal pengurusan perlaksanaan pemeliharaan Bangunan-Bangunan Kerajaan termasuk Pejabat, Perumahan dan Perumahan Sewa Kerajaan di Daerah Tutong melalui ad-hoc dan pemeliharaan berperancangan yang termasuk:
     
    Pekerja Dalaman
    Sebutharga
    Tawaran
    Sebutharga Penggal
    Kontrak Penggal
     

  5. Pengurusan dalam hal ehwal pentadbiran dan perlaksanaan projek sehingga selesai yang termasuk:
     
    Pemeriksaan
    Anggaran
    Penyediaan Dokumen
    Penilaian dan Sokongan
    Pengawasan
    Pembayaran
     

  6. Pengurusan dalam perlaksanaan kerja-kerja Protokol seperti Hari Keputeraan KDYMM dan Majlis seumpama yang dikendalikan di Daerah Tutong.
     

  7. Pengendalian urusan permohonan pembekalan perabot ke Rumah-Rumah Kerajaan bagi Daerah Tutong.
     

  8. Penyediaan Peruntukkan Tahunan, Perancangan dan perlaksanaan projek.
     

  9. Menghadiri mesyuarat.
     

  10. Menjalankan tugas / memangku Jurutera Kerja sewaktu bercuti.

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

 

Bahagian Perkhidmatan Bangunan [BPB]

 

  1. Membuat reka bentuk sistem hawa dingin atau lif dan ‘escalator’, menyediakan dokumen tawaran serta anggaran bagi projek-projek pembinaan bangunan.
     

  2. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan kontrak pemasangan sistem hawa dingin atau pemasangan sistem lif dan ‘escalator’.
     

  3. Melaksanakan ‘testing and commissioning’ selepas pemasangan sistem hawa dingin atau pemasangan lif dan ‘escalator’ disiapkan.
     

  4. Mempunyai pengetahuan terhadap jenis-jenis sistem hawa dingin atau sistem lif dan ‘escalator’ yang dapat dicadangkan termasuk peralatan yang lebih effisien bagi setiap reka bentuk sistem hawa dingin atau sistem lif dan ‘escalator’ berdasarkan penjimatan tenaga elektrik.
     

  5. Bagi jurutera sistem hawa dingin, mempunyai pengetahuan terhadap bahan-bahan yang menghapuskan lapisan ozon (‘Ozon Depleting Substances’) dan melaksanakan pengauditan tenaga (‘energy audit’) dan membuat laporan terhadap prestasi tenaga (‘energy performance’) bagi bangunan-bangunan.
     

  6. Menyediakan dan memberikan latihan kepada kakitangan dari Jabatan-Jabatan lain dan pelajar-pelajar yang dalam penempatan ke bahagian ini.
     

  7. Meneliti reka bentuk sistem hawa dingin atau sistem lif dan ‘escalator’ yang dicadangkan oleh pihak konsultan.
     

  8. Meneliti alat-alat hawa dingin dan alat-alat lif dan ‘escalator’ bagi tujuan pengiktirafan.
     

<< Atas

 

 

 

4.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

BAHAGIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

 

  1. Menyediakan laporan lawatan bagi memantau keadaan kebersihan kawasan, bangunan tambahan tanpa kebenaran, memelihara binatang / menternak binatang, kebun / tanaman yang tidak bersesuaian bagi setiap bangunan / rumah dalam kawalan Kementerian Pendidikan.
     

  2. Menghadapkan laporan di atas ke majlis mesyuarat untuk tindakan Jabatan dan menyediakan surat arahan, amaran dan tindakan Jabatan.
     

  3. Mensahkan tindakan dilaksanakan / dipatuhi mengikut arahan Jabatan atau mengikut peraturan Perumahan Jabatan Perdana Menteri.
     

  4. Mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet bagi pemantauan pembaikan ke atas setiap kerosakan yang dilaporkan bagi mengetahui perkara tersebut sentiasa dalam pemedulian serta sentiasa mengemaskinikan laporan berkenaan pada setiap tahun.
     

  5. Mengemaskinikan dan mengumpulkan data maklumat bangunan / rumah dari masa ke semasa seperti membuat atau menyimpan ‘inventory’ bangunan /  rumah dalam kawalan Kementerian Pendidikan, mengemaskinikan jumlah bangunan / rumah / unit yang dalam pembaikan, berkeadaan baik, yang kosong dan lain-lain.
     

  6. Menyediakan laporan terkini bagi kedudukan bangunan rumah, flat, barek dibawah kawasan yang ditetapkan jika dikehendaki di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Hal-Ehwal Perumahan.
     

  7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan, Bahagian, Unit dan pihak atasan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan.

 

<< Atas

 

 

 

5.

PENOLONG KAUNSELOR PENJARA

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Psikologi / Kaunseling atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang 5 tahun dan telah di tetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KAUNSELOR PENJARA:

 

  1. Merancang dan melaksanakan program rundingcara bagi penghuni.
     

  2. Menjalankan rundingcara terapi secara individu dan kelompok.
     

  3. Mengendalikan urusan suaikenal penghuni baru.
     

  4. Mengurus ‘crisis intervention’ penghuni apabila perlu.
     

  5. Menyediakan laporan kemajuan penghuni.
     

  6. Membantu menyediakan laporan bulanan dan tahunan.
     

  7. Menyertai dalam penilaian kemajuan dan gred penghuni.
     

  8. Membantu mengurus latihan sambil bekerja untuk pegawai dan kakitangan.
     

  9. Membantu membuat hubungan susulan dengan bekas penghuni apabila perlu.
     

  10. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Yang Menjaga ataupun pegawai-pegawai atasan yang lain.

 

<< Atas

 

 

6.

PENGAJAR TINGKAT I

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pendidikan / Kraftangan / Teknikal atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Penjara sebagai Pengajar Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan dan berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b)   Mempunyai pengalaman mengajar dalam berbagai-bagai jenis mata pelajaran pertukangan atau teknikal atau vokasional adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAJAR TINGKAT I:

 

  1. Mengajar penghuni dalam bengkel dan kelas.
     

  2. Menyusun dan merancang program vokasional dan pendidikan penghuni.
     

  3. Menentukan keperluan dan perlaksanaan akademik, program latihan vokasional dan lain-lain.
     

  4. Menyediakan laporan kerajinan kerja penghuni.
     

  5. Menyertai dalam penilaian kemajuan dan gred penghuni.
     

  6. Menyimpan inventori bekalan, kelengkapan dan barang.
     

  7. Menyediakan pesanan kelengkapan dan bekalan bahan mentah.
     

  8. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Yang Menjaga atau pegawai-pegawai atasan yang lain.

 

 << Atas

 

 

7.

PEGAWAI PENERBITAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Publishing and Printing atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
b)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Berkebolehan membaca tulisan jawi adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENERBITAN:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian.
     

  2. Mengetuai Unit Penerbitan.
     

  3. Menerima dan mengesahkan secara rasmi artikel-artikel yang dihantar ke Unit Penerbitan.
     

  4. Menyemak setiap artikel yang telah siap ditaip set.
     

  5. Menyediakan dami buku-buku program, booklet dan sebagainya bagi persediaan penerbitan Jabatan.
     

  6. Menyediakan tawaran sebut harga bagi terbitan.
     

  7. Menguruskan pencetakan terbitan-terbitan Jabatan di Jabatan Percetakan Kerajaan atau pihak swasta.
     

  8. Menguruskan penghantaran terbitan-terbitan Jabatan kepada pelanggan dalam dan luar negara.
     

  9. Memohon sumbangan artikel-artikel kepada penulis-penulis tempatan dan luar negara.
     

  10. Bersedia untuk bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.
     

  11. Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan ketua Bahagian dan Ketua Jabatan apabila dikehendaki.

 

<< Atas

 

 

8.

PENOLONG PENAKSIR KANAN

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Tanah sebagai Penolong Penaksir dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b)   Mahir dan berkebolehan dalam perkara-perkara berikut:-
     
   

i)   Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan.

ii)  Menyukat dan menilai bangunan-bangunan dan tanah.

iii) Mengira keluasan-keluasan dan memahami peta / pelan.

iv) Menyediakan taksiran dan menulis laporan-laporan.

  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENAKSIR KANAN:

 

  1. Membantu Pegawai Penaksir Tanah dan Ketua Penolong Penaksir dalam kerja-kerja pemeriksaan dan membuat penilaian bagi permohonan-permohonan pengambilan balik tanah, harga khas tanah (premium), menyediakan taksiran bagi memudahkan pinjaman Kerajaan untuk membina rumah, ‘wayleave agreement’ dan membuat taksiran bagi cukai setem dan cukai pesaka.
     

  2. Membantu Ketua Penolong Penaksir dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kakitangan unit penaksiran Jabatan Tanah.

 

 << Atas

 

 

9.

PENGAJAR TINGKAT II

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Kraftangan / Teknikal atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Penjara sebagai Pengajar Tingkat III dalam tanggagaji D.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan dan telah berkhidmat dengan Kerajaan serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Kraftangan / Teknikal atau bidang bersesuaian tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
b)   Mempunyai pengalaman mengajar dalam berbagai-bagai jenis mata pelajaran pertukangan atau teknikal atau vokasional adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAJAR TINGKAT II:

 

  1. Mengajar penghuni dalam woksyop dan kelas.
     

  2. Membantu dalam menyusun dan merancang program vokasional dan pendidikan penghuni.
     

  3. Menyediakan laporan kerajinan kerja penghuni.
     

  4. Menyertai dalam penilaian kemajuan dan gred penghuni.
     

  5. Menyimpan catatan mengenai prestasi kerja penghuni.
     

  6. Membantu dalam kerja-kerja membeli dan memesan alat-alat kelengkapan dan keperluan bahan-bahan mentah bagi latihan vokasional.
     

  7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Yang Menjaga atau pegawai-pegawai atasan yang lain.


<< Atas

 

 

10.

PEMBANTU JURURAWAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Sijil Pembantu Jururawat dan mestilah berdaftar dengan Lembaga Jururawat (BNA) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
     
b)   Mempunyai kebolehan dan pengalaman berikut adalah kelebihan:
     
   

i)   Berkebolehan berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang sejauh
     200 meter.

ii)  Berpengalaman sebagai Jurulatih Pertolongan Kecemasan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU JURURAWAT:

 

  1. Melaksanakan tugas-tugas kejururawatan yang diaturkan berpandukan dengan dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan.
     

  2. Memberikan penjagaan dan rawatan bagi keselesaan dan kesejahteraan pesakit dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  3. Menasihatkan dan menunjuk ajar kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit tentang rawatan dan pelajaran kesihatan dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  4. Melaporkan masalah kerja yang dihadapi kepada jururawat yang lebih kanan.
     

  5. Membantu mencatat laporan / pemerhatian pesakit ke dalam dokumen-dokumen yang tertentu dengan jelas dan betul.

 

 << Atas

 

 

 

11.

PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT I

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan sebagai Pekerja Belia dan Sukan Tingkat II atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii)

 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.

     
b)   Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mahir dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA BELIA DAN SUKAN TINGKAT I:

 

  1. Membantu Ketua Bahagian / Unit dalam hal-hal berikut:
     
    i)   Penyelarasan dan Perlaksanaan Projek dan program Belia dan Sukan.
    ii)  Menjadi Pegawai Teknikal Sukan (Hakim, Linesman, Referee, Juri dan sebagainya) apabila diperlukan.
    iii) Sebagai Penyelaras Perhubungan antara Jabatan dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan (Liaison Officer).
    iv) Membantu dalam pengendalian latihan dan kursus pengurusan dan kemahiran termasuk latihan-latihan
         sukan.

    v)  Menyelaras permohonan daripada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan termasuk proses menyediakan
         persuratan-persuratan ke pihak-pihak yang berkenaan.

    vi) Mengadakan lawatan-lawatan kepada Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan pada bila-bila masa sahaja dan
         menyediakan laporan yang berkenaan dengannya.

    vii) Menyediakan dan mengumpul data maklumat bagi keperluan bulanan dan tahunan.
     

  2. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan dari Pegawai atasan.
     

  4. Bertugas tidak terkecuali pada waktu hari kelepasan awam dan luar waktu-waktu masa bekerja.

 

<< Atas

 

 

12.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat II atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan sebagainya tidak kurang dari 8 tahun.
     
    Berkebolehan dan berpengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah keutamaan.
     
b)   Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 degree.
     
c)   Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai Rekod Perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan 2 Referees yang dikenali lebih 5 tahun.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN:

 

  1. Bertugas mengawasi keselamatan Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Kebangsaan.
     

  2. Bertanggungjawab mengawasi Pegawai dan Kakitangan yang bertugas serta tetamu dan pelawat-pelawat ke Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Kebangsaan.
     

  3. Bertanggungjawab mengenai keselamatan bagi penghantaran dan pengendalian beg-beg serta kargo Diplomatik.
     

<< Atas

 

 

13.

PENGAJAR TINGKAT III

JABATAN PENJARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.2 EB.3-4-5 ($650 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 1 (NTC1) / PND / First Certificate atau Sijil City and Guilds Avanced Craft dalam bidang ‘Furniture Making’ atau ‘ Carpentary and Joinery’ / Kraftangan / Teknikal atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau Sijil City and Guilds Craft Level dalam bidang ‘Furniture Making’ atau ‘ Carpentary and Joinery’ / Kraftangan / Teknikal atau bidang bersesuaian dan mempunyai pengalaman praktikal tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Mempunyai pengalaman mengajar dalam berbagai-bagai jenis mata pelajaran pertukangan atau teknikal atau vokasional adalah kelebihan.
     
c)   Fasih dan mahir bercakap serta menulis dalam Bahasa Melayu.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAJAR TINGKAT III:

 

  1. Bertanggungjawab pada menjaga dan memelihara dengan sempurna segala harta benda Kerajaan yang bersangkutan dengan pertukangan atau perusahaan penjara.
     

  2. Menjaga dan mengawal keselamatan banduan-banduan yang bekerja di bengkel pertukangan tangan.
     

  3. Melatih dan mengajar banduan-banduan dalam pertukangan tangan.
     

  4. Memungut hasil pendapatan perusahaan, mengeluarkan surat tuntutan (bill) atau resit kepada pihak berkenaan dan menyerahkan segala hasil pendapatan Jabatan kepada Kerani Kewangan bagi tindakan selanjutnya.
     

  5. Membeli dan memesan (dengan kebenaran Pengarah Penjara) barang-barang atau alat-alat perkakas yang diperlukan bagi perusahaan.
     

  6. Menjalankan kerja-kerja atau tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Penjara atau pegawai-pegawai atasan yang lain dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

14.

PEGAWAI LUAR

PEJABAT DAERAH BRUNEI DAN MUARA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Berkebolehan membuat / membaca pelan kedudukan tanah, rumah dan lain-lain serta boleh membuat laporan mengenainya adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LUAR:

 

Menjalankan kerja-kerja penyiasatan, pemeriksaan dan menyediakan laporan iaitu bagi permohonan-permohonan seperti pemecahan tanah, permohonan tanah tumpang sementara (TOL), permohonan memotong / menimbuk dan meratakan tanah, permohonan membina bangunan / rumah kediaman, permohonan tukar milik rumah (kampong ayer) dan lain-lain.

 

<< Atas 

 

 

 

15.

PENYELAMAT

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Mempunya kelulusan dan pengiktirafan yang bersesuaian yang lebih tinggi seperti Bronze Medallion RLSS UK atau sebanding adalah kelebihan.

 

         

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELAMAT:

 

  1. Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:
     
    i)    Menjaga dan mempastikan keselamatan pengguna-pengguna kolam renang.
    ii)   Berkebolehan memberi pertolongan kecemasan yang diakui betul dan selamat.
    iii)   Memberi khidmat nasihat dan teguran yang positif kepada pengguna-pengguna kolam renang dalam hal
          ehwal keselamatan, penggunaan, tataterbit dan peraturan.

    iv)  Sentiasa berada ditempat kerja dan mengawasi pengguna-pengguna kolam renang.
    v)   Membuat rekod sebarang kejadian dan menyediakan laporan lengkap kepada Ketua.
    vi)  Sentiasa mempastikan peralatan menyelamat sedia dan teratur.
    vii) Mempastikan kakitangan kolam renang telah bersedia dan kolam renang selamat untuk digunakan.
     

  2. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan dari Pegawai atasan.
     

  4. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas

 

 

16.

PENJUAL / PEMUNGUT TIKET

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJUAL / PEMUNGUT TIKET:

 

  1. Mempastikan terlebih dahulu sama ada Penyelamat dan Pengawas-Pengawas dan Petugas-Petugas bersedia digelanggang sukan dan gelanggang-gelanggang sukan selamat untuk digunakan.
     

  2. Memeriksa buku, tiket dan mempastikan nombor siri tiket adalah betul sebelum digunakan untuk dijual.
     

  3. Mempastikan pengguna-pengguna gelanggang sukan masuk dengan membeli tiket.
     

  4. Menjual tiket masuk kepada pengguna gelanggang-gelanggang sukan.
     

  5. Memeriksa tiket-tiket yang telah dijual.
     

  6. Mengira pendapatan hasil jualan tiket harian dan menyerahkan kepada Ketua / Pengawas.
     

  7. Menggantikan wang hasil jualan tiket yang berkurangan atau hilang.
     

  8. Menjaga / mempastikan keselamatan bilik penjualan dan penyimpanan wang dan tiket selamat daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
     

  9. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  10. Menerima arahan dari pegawai atasan.
     

  11. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 << Atas

 

 

17.

PENJAGA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Mempunya kelulusan dan pengiktirafan yang bersesuaian yang lebih tinggi seperti Bronze Medallion RLSS UK atau sebanding adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJAGA KOLAM RENANG:

 

  1. Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:
     
    i)    Mempastikan Kakitangan Kolam Renang telah bersedia dan kolam renang selamat untuk digunakan.
    ii)   Menjaga dan mempastikan keselamatan penggunaan kolam renang.
    iii)  Memerhati keselamatan struktur kolam renang dan menyediakan laporan bagi sebarang kerosakan.
    iv)  Sentiasa membersih dan mempastikan air kolam renang tidak tercemar.
    v)   Bekerjasama dengan penyelamat dari segi menyelamat nyawa dan bantuan kecemasan.
    vi)  Membuat laporan lengkap sebarang kejadian kecemasan kepada ketua.
    vii) Mempastikan semua pengguna mempunyai tiket kebenaran masuk kolam renang yang sah.
     

  2. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan dari Pegawai atasan.
     

  4. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 17

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas