IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 08 SEPTEMBER 2010)

BILANGAN IKLAN: 34/08/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUTERA SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURUTERA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($1,990 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($1,990 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

SETIAUSAHA KETIGA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

7

 

4.

PEMERIKSA HARGA KANAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280- $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PEMERIKSA HARGA

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900- $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

6.

TUKANG PELAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

 

7.

PEMBANTU PEJABAT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)  ATAU

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

43

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

 

JURUTERA SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer.

                
 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA SISTEM:

 

  1. Mengendalikan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh Ketua dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam projek dan perkhidmatan berkenaan.
     

  2. Mengurus perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan.
     

  3. Mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan teknikal yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian / Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektifnya.
     

  4. Menganalisa masalah teknikal dan keperluan projek dan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan dan membuat laporan / sokongan kepada Ketua bila diperlukan.
     

  5. Mentadbir dan memastikan keselamatan, tahap konsistensi dan integriti prasarana, sistem hardware dan software.
     

  6. Membantu menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut ‘best practices’.
     

  7. Mengurus pemasangan peralatan ICT dan yang berkaitan dengan pengurusan facilities (facilities management) seperti Air, Aircon, Sprinkler Sistem, Uninterrupted Power Supply.
     

  8. Mengurus pemasangan peralatan rangkaian dan yang berkaitan termasuk mengendali high bandwidth, wireless, switching dan routing of network processors.
     

  9. Mengurus pengoperasian dan pemeliharaan peralatan ICT dan yang berkaitan untuk memastikan kesinambungan operasi termasuk pelan capacity dan availability.
     

  10. Mentadbir dan memastikan keselamatan pengoperasi dan prasarana rangkaian termasuk pengurusan insiden (incident management).
     

  11. Mereka-bentuk (architecting and designing) dan memastikan pelaksanaan platform digital yang terkini.
     

  12. Mengurus dan merancang tugas-tugas pegawai dan kakitangan teknikal ICT di bawah tanggungjawabnya.
     

  13. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari semasa ke semasa.

 

 

 << Atas

 

 

2.

 

JURUTERA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($1,990 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($1,990 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan Professional dalam bidang bersesuaian.

 

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Jurutera Kerja dan Jurutera Kerja Kanan
     

  2. Mengurus pentadbiran sebutharga dan kontrak projek.
     

  3. Membuat Anggaran Kerja dan Permohonan Peruntukan.
     

  4. Membuat kerja-kerja rekabentuk, spesifikasi dan schedules dan Bill of Quantities bagi kerja-kerja pembinaan dan pemeliharaan bangunan dan prasarana sukan.
     

  5. Membuat jadual kerja dan perbelanjaan projek.
     

  6. Melawat projek di tapak binaan dan menyediakan laporan perkembangan projek.
     

  7. Memantau perkembangan projek-projek yang dilaksanakan.
     

  8. Menyelaras dengan Jabatan-Jabatan atau konsultan bagi mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar dan baik.

 

 

 << Atas

                                          

 

3.

 

SETIAUSAHA KETIGA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
b)   Mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam bidang Teknologi Maklumat adalah kelebihan.
     
c)  

Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berkebolehan menulis dan bertutur dalam bahasa asing yang lain adalah kelebihan.

 

         

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KETIGA:

 

  1. Mengendalikan Kerja-Kerja hal ehwal Pentadbiran dan Kewangan.
     

  2. Mengendalikan Kerja-Kerja Protokol dan Konsular.
     

  3. Menyediakan laporan hal ehwal Politik, Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.
     

  4. Membuat kertas kerja, penilaian prestasi, laporan tahunan dan lain-lain laporan yang diarahkan.
     

  5. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diperlukan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

4.

 

PEMERIKSA HARGA KANAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280- $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)

BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

     
   

ATAU

     
  iii)

Berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
   

ATAU

     
  iv)

Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

     
b)    Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
     
c)   Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.

        

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA HARGA KANAN:

 

  1. Melaksanakan dari masa ke semasa arahan-arahan daripada pegawai-pegawai kanan yang berkenaan.
     

  2. Menerima dan menyediakan laporan daripada Pemeriksa Harga hasil pemeriksaan / sokongan kepada Ketua Bahagian dari masa ke semasa.
     

  3. Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Penggal 142 untuk memastikan semua barangan yang dijual hendaklah dibubuh tanda harga dengan jelas dan teratur selaras dengan peruntukan Bab 5.
     

  4. Penetapan harga barang-barang yang dikawal harga dan penguatkuasaan / pemantauan harga yang ditetapkan secara berterusan.
     

  5. Menangani aduan pengguna dengan membuat penyiasatan dan menyelaras dengan pihak-pihak terlibat.
     

  6. Mengumpul maklumat harga barang-barang keperluan asas secara berterusan di pasaran tempatan dan luar negeri.
     

  7. Memproses keperluan bagi kebenaran aktiviti-aktiviti jualan dan promosi.
     

  8. Memantau aktiviti jualan dan promosi.
     

  9. Memantau untuk memastikan kenaikan harga barang-barang asas pada kadar yang munasabah.

 

 

 << Atas

                        

 

5.

 

PEMERIKSA HARGA

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii)

Berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
     
b)   Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA HARGA:

 

  1. Melaksanakan dari masa ke semasa arahan-arahan daripada pegawai-pegawai kanan yang berkenaan.
     

  2. Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Penggal 142 untuk memastikan semua barangan yang dijual hendaklah dibubuh tanda harga dengan jelas dan teratur selaras dengan peruntukan Bab 5. Menyediakan laporan pemeriksaan / sokongan untuk tindakan susulan.
     

  3. Penetapan harga barang-barang yang dikawal harga dan penguatkuasaan / pemantauan harga yang ditetapkan secara berterusan. Menyediakan laporan pemeriksaan / sokongan untuk tindakan susulan.
     

  4. Menangani aduan pengguna dengan membuat penyiasatan dan menyelaras dengan pihak-pihak terlibat. Menyediakan laporan / sokongan untuk penyelasaian aduan.
     

  5. Mengumpul maklumat harga barang-barang keperluan asas secara berterusan di pasaran tempatan dan luar negeri. Menyediakan maklumat / data untuk disusun dan dianalisa.
     

  6. Memproses keperluan bagi kebenaran aktiviti-aktiviti jualan dan promosi. Menyediakan laporan / sokongan setiap pemeriksaan.
     

  7. Memantau aktiviti jualan dan promosi. Menyediakan laporan / sokongan hasil pemantauan.
     

  8. Memantau untuk memastikan kenaikan harga barang-barang asas pada kadar yang munasabah. Menyediakan laporan / sokongan hasil pemantauan.

 

 << Atas

 

 

6.

 

TUKANG PELAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)

4 Kepujian / Kredit  mata Pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa atau sebanding termasuk mata pelajaran Lukisan.

     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Lukis dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     
c)  

Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan  atau bidang seperti berikut adalah kelebihan.

    i) Mahir penggunaan ‘AUTOCAD’.
    ii) Mempunyai pengalaman dalam membuat pelan di dalam Perkhidmatan Awam atau Swasta.
    iii)

Menyediakan lukisan-lukisan yang lengkap mengenai bangunan-bangunan atau kerja-kerja kejuruteraan dari lukisan-lukisan dimensi.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG PELAN:

 

KEMENTERIAN PERTAHANAN

 

  1. Menyediakan dan menyiapkan lukisan ‘working drawings’ dan ‘detail drawings’.
     

  2. Menyukat tapak-tapak projek dan bangunan sedia ada (measured drawings).
     

  3. Menyediakan lukisan untuk tawaran (tender).
     

  4. Mencatit rekod lukisan-lukisan lama dan yang baru.

 

 

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

 

  1. Menyediakan lukisan-lukisan yang lengkap mengenai dengan bangunan-bangunan atau kerja-kerja kejuruteraan dan lukisan-lukisan dimensi.
     

  2. Menerima arahan kerja dari Ketua Bahagian yang berhubungkait dengan jawatan ini.

 

 

JABATAN TANAH

 

  1. Membuat dan menyediakan peta-peta dengan mesin komputer seperti Permohonan Tukar Syarat Tanah, Gadaian, Memajakkan Tanah, Tempoh Kelamaan Geran Tanah, Tanah Lesen Tumpang Sementara, Gantian Tanah, Projek Kerajaan.
     

  2. Membuat dan menyediakan peta-peta Pengambilan Balik Tanah, Tukar Ganti Tanah, Ubah Suai Tanah, Projek Pajakan Tanah Kerajaan, LA (Land Application), Plot ‘X’ serta membuat kerja charting dalam peta R.S.O.
     

  3. Membantu mengerjakan tugas-tugas Tukang Pelan Kanan dari masa ke semasa.
     

  4. Menerima arahan Ketua serta Pegawai-Pegawai atasan mengikut arahan masing-masing dan menjaga keselamatan dan keperluan bahagian pemataan dan semua kerahsiaannya.

 

<< Atas

 

 

7.

 

PEMBANTU PEJABAT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)  ATAU

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4:
       
    i)

BDTVEC National Vocational Certificate (NVC) atau sebanding dalam bidang Clerical Studies atau bidang bersesuaian.

     
   

ATAU

    ii) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
       
   

ATAU

     
    iii)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat (Pelayan) dalam tanggagaji F.1-2-3-4-5 EB.6 tidak kurang dari 3 tahun.

       
  b) TANGGAGAJI F.1-2-3-4-5 EB.6:
       
    i) Tamat Tingkatan III.
    ii) Berkebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.
       
2. Bagi calon di para 1.a) iii):-
   
  i) Lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi kenaikkan pangkat.
  ii)

Sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus Induksi dan Professional bagi Pembantu Pejabat yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam.

     
3. Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4:

 

  1. Menerima dan merekod persuratan.
     

  2. Mengawasi peredaran fail.
     

  3. Menaip persuratan.
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.



 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI TANGGAGAJI F.1-2-3-4-5 EB.6:

 

  1. Bertanggungjawab terhadap penghantaran persuratan.
     

  2. Menghadapkan persuratan/fail kepada Pegawai Atasan.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh kementerian/jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KHUSUS

 

JABATAN KERJA RAYA:

 

Bahagian Air [SWE]:

 

Membantu Kerani untuk menghantar segala persuratan ke Jabatan Kerja Raya dan Jabatan-Jabatan lain.

 

 

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

 

  1. Menerima dan merekod persuratan.
     

  2. Bertanggungjawab terhadap penghantaran persuratan.
     

  3. Menghadapkan persuratan / fail kepada Pegawai Atasan.
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian / Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI [UNIT KESELAMATAN]

 

  1. Menerima dan mencatat persuratan.
     

  2. Menghantar surat ke agensi-agensi Kerajaan dan swasta.
     

  3. Memproses persuratan untuk di dispatch.
     

  4. Memasukkan dan mengeluarkan fail-fail ke bilik pegawai.
     

  5. Membantu kerani-kerani dalam mengendalikan tugas-tugas yang berhubung dengan hal ehwal pejabat seperti membuat sarung surat, fotokopi, mengeluarkan dan memasukkan fail-fail.
     

  6. Menerima arahan Ketua Jabatan dan pegawai atasan dari masa ke semasa.


 

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA:

 

  1. Menghantar dan merekod semua surat-surat yang keluar dan masuk dari dan ke Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
     

  2. Menaip sampul surat dan menggambar surat yang hendak dihantar keluar Pejabat.
     

  3. Mengambil kedatangan dan terus menghantar surat ke Pusat Perjumpaan Setempat, Jabatan Perkhidmatan Pos.
     

  4. Menguruskan passport dan visa di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Kedutaan luar negeri.
     

  5. Mengambil cek dan slip gaji di Kementerian Kewangan.
     

  6. Mengambil dan menghantar surat khabar ke tempat kediaman Yang Amat Mulia Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada setiap hari.
     

  7. Menjalankan sementara / memangku sementara tugas-tugas jawatan kerani jika diaturkan.

 

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

 

  1. Melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan tugas-tugas seorang Pembantu Pejabat samada di bahagian pentadbiran atau kewangan dari masa ke semasa.
     

  2. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  3. Bertanggungjawab pada memelihara dengan sempurna tentang kerahsiaan sesuatu perkara di samping perkara-perkara yang berhubung rapat dengannya.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1 / 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas