IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 07 JULAI 2010)

BILANGAN IKLAN: 25/06/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI ADAT ISTIADAT

JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3  ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEGAWAI KHIDMAT NASIHAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PENOLONG PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5-6 ($1,225 -$1,785 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

6

 

5.

KERANI/JURUBAHASA

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

7.

TRADESMAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

8.

POSMEN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI ADAT ISTIADAT

JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3  ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Adat Istiadat Negara sebagai Penolong Setiausaha Adat Istiadat atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI ADAT ISTIADAT:
 

  1. Bertanggungjawab kepada Yang Di-Pertua Adat Istiadat dan Timbalan / Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara pada menjalankan tugas dalam Majlis-Majlis Yang Beristiadat dari masa ke semasa menurut yang diarahkan.
     

  2. Menjadi Pegawai Pentadbir di Jabatan Adat Istiadat Negara.
     

  3. Bertanggungjawab kepada penyediaan Kertas Kerja Majlis Pemuzakarahan Wazir-Wazir, Cheteria-Cheteria dan Pehin-Pehin Menteri termasuk Menteri-Menteri Pendalaman serta menyediakan Minit-Minit Mesyuarat untuk dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli.
     

  4. Bertanggungjawab kepada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Majlis Adat Istiadat dan Bahagian Arkib di Jabatan Adat Istiadat Negara.

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Public Relations / Mass Communication / Public Administration / Management / Economics / Society Administration / Sociology / Social Studies / Media Studies / Community Studies / Event Management atau bidang bersesuaian.

  1. TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Public Relations / Mass Communication / Public Administration / Management / Economics / Society Administration / Sociology / Social Studies / Media Studies / Community Studies / Event Management atau bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

  1. Sebagai Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Penyelidikan.
     

  2. Membantu Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah dalam kerja-kerja Perhubungan Awam.
     

  3. Memeduli dan membuat tindakan akan aduan-aduan, masalah dan isu yang dihadapkan atau dibangkitkan oleh orang ramai.
     

  4. Membuat liputan mengenai aktiviti-aktiviti, acara-acara dan majlis-majlis, jerayawara yang dikendalikan oleh daerah.
     

  5. Membuat penyelarasan dengan agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan mengenai mesyuarat, forum, perbincangan, majlis-majlis, jerayawara, acara-acara yang mana melibatkan Jabatan Daerah atau yang menghendaki bantuan jabatan ini.
     

  6. Menyelaras dengan agensi-agensi Kerajaan mengenai rancangan dan perlaksanaan pembinaan rumah-rumah keluarga daif.
     

  7. Menyelaras Projek Amal Jabatan Daerah Belait.
     

  8. Menyelaras acara-acara perayaan dengan jawatankuasa-jawatankuasa lain.
     

  9. Menyelaras permohonan kaji selidik daripada agensi-agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan.
     

  10. Mengumpul dan merekod maklumat-maklumat penting tentang peristiwa bersejarah, kemajuan dan perkembangan khasnya mengenai Daerah Belait.
     

  11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI KHIDMAT NASIHAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

   a.        i.    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

  1. Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan mempunyai Sijil Latihan Maktab Perguruan Ugama dari mana-mana Pusat Latihan Perguruan yang diiktiraf serta mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KHIDMAT NASIHAT:
 

  1. Memberi kursus pasangan-pasangan yang hendak bernikah.
     

  2. Menasihatkan pasangan suami isteri yang memerlukan khidmat nasihat rumahtangga.
     

  3. Lain-lain tugas berhubung dengan hal ehwal rumahtangga.

 

<< Atas

 

 

4.

PENOLONG PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5-6 ($1,225 -$1,785 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.         i.    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Buruh dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 5 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     

  1. Berkebolehan menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEMERIKSA BURUH:

  1. Membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan hal-hal Pengurusan Antarabangsa, Kesekutuan Sekerja disamping membantu Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh dalam urusan Pentadbiran dan apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan Jabatan Buruh.
     

  2. Membantu melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal Perburuhan disamping melaksanakan tugas-tugas harian yang diamanahkan.
     

  3. Mengadakan lawatan/rondaan/pemeriksaan dari masa ke semasa di tempat perusahaan pekerjaan dan perumahan pekerja.
     

  4. Menyediakan laporan pemeriksaan dan apa-apa jua arahan dari masa ke semasa.
     

  5. Menandatangani Kontrek perjanjian Kerja di antara majikan dan pekerja termasuk Perkhidmatan Rumahtangga (Amah) serta mengendalikan kes-kes pertikaian kerja.
     

  6. Penolong Pemeriksa Buruh mestilah bersedia untuk bertugas di mana-mana tempat/cawangan dan pada bila-bila masa diperlukan.

 

<< Atas

 

 

5.

KERANI/JURUBAHASA

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

    a.       i.     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau bidang sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan boleh bertutur dalam beberapa bahasa lain adalah kelebihan.
     

  2. Berkebolehan dalam teknologi maklumat dan komunikasi akan diberikan keutamaan.
     

  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang penterjemahan dan/atau mengalih bahasa yang berkaitan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI/JURUBAHASA:

  1. Memproses dan menyediakan waran-waran, ‘bonds’ dan ‘bail bonds’, semua surat perintah (writs), saman, waran dan notis.
     

  2. Ditugaskan bagi membuat penterjemahan secara lisan dan spontan dari satu bahasa kepada satu bahasa yang lain semasa perbicaraan Mahkamah.

 

 

<< Atas

 

 

6.

PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    a.       i   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Pakaian / Pendandanan
                     Rambut / Persolekkan atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pembantu Pakaian dan Solek atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 7 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 4 tahun.

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK:

 

Unit Solek dan Pendandan Rambut

  1. Bertanggungjawab kepada Pengawas Unit Solek dan Pendandan Rambut.
     

  2. Bertugas mengikut penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.
     

  3. Menyelenggarakan tugas-tugas solek dan pendandan rambut kepada artis-artis setiap rancangan TV yang memerlukan.
     

  4. Membantu mereka dalam mencipta dan menghasilkan rekaan imej solek dan pendandan rambut yang bermutu tinggi.
     

  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 


Unit Pakaian
 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengawas Unit Pakaian.
     

  2. Bertugas mengikut penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.
     

  3. Menyelenggarakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan pakaian kepada artis-artis setiap rancangan TV yang memerlukan.
     

  4. Membantu mereka dalam mencipta dan menghasilkan rekaan bentuk pakaian yang bermutu tinggi.
     

  5. Membuat, menseterika, membetulkan atau mengubah bentuk pakaian yang diperlukan.
     

  6. Menyediakan penggunaan pakaian untuk artis-artis, menyimpan pakaian-pakaian secara sistem yang teratur.
     

  7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

7.

TRADESMAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.       i.     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC
                    National Vocational Certificate atau sebanding dalam bidang teknikal yang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat II dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TRADESMAN TINGKAT I:

 

Di Pejabat Daerah Brunei dan Muara

 

Mengendalikan kerja-kerja pemeliharaan dan membaiki kerosakan-kerosakan yang terdapat pada mesin-mesin rumput, jentera-jentera kenderaan dan motor sangkut kepunyaan Jabatan Daerah.

<< Atas

 

 

8.

POSMEN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.        i.     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC
                     National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Boleh membaca tulisan Cina adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai lesen memandu Kelas 3 yang sah. Mempunyai kelas memandu Kelas 1 dan kelas 4 adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB POSMEN:

  1. Mengisih surat-surat dan bungkusan.
     

  2. Membuat penyerahan surat-surat dan bungkusan.
     

  3. Membawa dan menghantar mel-mel surat dan bungkusan di antara pejabat-pejabat pos cawangan di Pusat Memproses Surat dan Bungkusan.
     

  4. Membuat penyerahan surat-surat ke rumah-rumah/peti surat jika dikehendaki bila-bila masa diperlukan termasuk hari-hari kelepasan awam diluar waktu bekerja serta ke mana saja diarahkan.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas