IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 07 APRIL 2010)

BILANGAN IKLAN: 12/03/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

7

BILANGAN 1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

JURUTERA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT II

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

4

 

4.

PENOLONG KERJA LUAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

 

5.

TUKANG MASAK RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

5

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau sebanding dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.
     
    ATAU
     

  2. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
    Pemohon yang bukan mengikuti Program Pendidikan seperti di para a) juga boleh dipertimbangkan akan tetapi pemohon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengikuti latihan perguruan bagi mendapatkan Diploma atau Sijil Lepasan Ijazah dalam tempoh tiga (3) tahun selepas dilantik ke jawatan ini.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELAJARAN:

 

  1. Tenaga pengajar sepenuh masa.
     

  2. Hendaklah bersedia untuk dilantik bagi memimpin atau mentadbir Jabatan atau Bahagian Sekolah atau kegiatan-kegiatan bukan akademik atau kokurikulum.
     

  3. Hendaklah bersedia untuk memberikan bengkel / seminar (jika diperlukan) yang berdasarkan kemahiran dan minat masing-masing.
     

  4. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pentadbiran sekolah.

<< Atas

 

 

2.

JURUTERA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan professional sebanding dalam bidang Kejuruteraan.
     

  2. Menjadi ahli badan professional yang diiktiraf seperti The Institute of Civil Engineering UK (ICE) / Mechanical Engineering UK (IMechE) atau institusi-institusi profesional yang sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
     

  3. Berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan bangunan adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

  1. Mengawal, memantau kegiatan dan pengeluaran bahan-bahan binaan dan perkhidmatan oleh Pengusaha-Pengusaha Syarikat Binaan seperti agregate kasar dan halus, batu bata, konkrit Siap Pakai dan sebagainya.
     

  2. Menyediakan syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi penempatan Semula Tapak-tapak Industri Pembinaan Negara-Brunei Darussalam.
     

  3. Menyelaras Penempatan Semula Tapak-Tapak Industri Pembinaan Negara Brunei Darussalam.
     

  4. Menyelaras kerja-kerja pemulihan semula tapak batu quari di Kg.Madewa.
     

  5. Menyelaras kerja-kerja pengambil Batu Quari di Daerah Temburong, Pasir di Sungai Paku Telisai Daerah Tutong.
     

  6. Menyelaras kerja-kerja pengusahaan Batu-Bata, Konkrit Siap Pakai, Konkrit Pile dan sebagainya.
     

  7. Menyelaras pengeluaran bahan-bahan binaan oleh Syarikat-Syarikat Pengusaha.
     

  8. Penyelarasan Keselamatan Occupation Safety & Health.
     

  9. Menyelaras aktiviti-aktiviti ASEAN dan antarabangsa dalam bidang industri pembinaan.

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT II

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian
              serta
    mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan Pengurusan/Pentadbiran
              tidak
    kurang dari 3 tahun.

     
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat di Jabatan Bandaran sebagai Pembantu Bandaran Tingkat I dalam tanggagaji D.3 tidak
              kurang
    dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     
    ATAU
     
    iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.4 atau D.3 tidak
              kurang
    dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI BANDARAN TINGKAT II:

 

  1. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran, Pegawai Bandaran Kanan dan Pegawai Bandaran dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan operatif dan penyeliaan di unit yang diaturkan kepadanya.
     

  2. Menjalankan arahan dan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  3. Bersama-sama dengan Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I di dalam membantu Pengerusi Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran Kanan bagi semua aspek teknikal.
     

  4. Membantu Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I menyelaras di dalam hal ehwal kawalan perancangan pembangunan, pelaksanaan projek-projek, perlesenan, penyelenggaraan alam sekitar dan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang dikehendaki oleh Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I.
     

  6. Menguruskan dalam hal kewangan dan pembayaran-pembayaran bagi satu-satu projek Kemajuan Bandaran dari awal sehingga tamat tempoh perlaksanaannya.
     

  7. Membuat pemantauan dan laporan kepada Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I berkenaan dengan hal-hal Teknikal, Perancangan dan Pembangunan.
     

  8. Menyelaras persediaan dan keperluan yang mencukupi bagi pembelian barang-barang dan alat-alat perkakas/ganti seperti yang dikehendaki.

 

<< Atas

 

 

4.

PENOLONG KERJA LUAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan
              sebanding
    .

     
    ATAU
     
    ii)       BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau sebanding dalam bidang Teknikal.
     
    ATAU
     
    iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5
              tahun
    atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun serta mempunyai pengalaman bekerja
              dalam
    pemeliharaan dan pembaikan bangunan.

     

  2. Berpengalaman dalam kerja-kerja tapak bina, boleh membaca dan faham pelan-pelan bangunan dan kejuruteraan adalah kelebihan.
     

  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KERJA LUAR:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pembantu Teknik Kanan.
     

  2. Membuat lawatan ke sekolah-sekolah bagi memeriksa kerosakan dan langkah-langkah yang akan diambil bagi pembaikan.
     

  3. Memeriksa kesesuaian tapak-tapak bangunan.
     

  4. Menyediakan laporan lawatan dan pemeriksaan.
     

  5. Membantu membuat pemeriksaan dan pengukuran bagi tuntutan pembayaran di tapak bina.
     

  6. Mengawasi projek-projek di tapak bina untuk mempastikan ianya mengikut spesifikasi tawaran atau sebutharga.
     

  7. Menerima arahan daripada pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

5.

TUKANG MASAK RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i) BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau sebanding dalam bidang Basic Cookery &
              Basic Food and Beverage Services.

     
    ATAU
     
    ii)       Mempunyai pengalaman dan terbukti dalam kerja-kerja memasak atau sebagai tukang masak tidak
              kurang
    dari 3 tahun.

     

  2. Mempunyai Sijil Kelas Dewasa Masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH:

 

  1. Menyediakan makanan/minuman penuntut/murid pada waktu-waktu yang ditentukan mengikut jadual.
     

  2. Berusaha supaya makanan yang dihidangkan hendaklah memuaskan.
     

  3. Bertanggungjawab atas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, makanan, alat perkakas dapur dan pingan mangkuk.
     

  4. Melaporkan kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dan dapur kepada Penjaga Dapur.
     

  5. Sebelum meninggalkan tempat bekerja segala perkakas hendaklah dibersihkan, dikemaskan dan disusun di tempat yang dikhaskan dengan sempurna.
     

  6. Pakaian seragam yang diberi hendaklah dipakai pada masa bertugas.
     

  7. Masa datang bekerja dan balik hendaklah mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Guru Besar.
     

  8. Mematuhi peraturan berikut:-
     
    a.     Dilarang merokok di dapur dan dewan makanan;
    b.     Badan dan pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas;
    c.      Jangan berludah di tempat-tempat memasak dan bilik-bilik makan.
     

  9. Pekerja-pekerja mestilah melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Guru Besar walaupun diluar tugas-tugas mereka.
     

  10. Membantu menyediakan dan menyemak Tuntutan Rancangan Permakanan Sekolah dan Delivery Order.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas