IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 06 JANUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 50/12/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

ARKITEK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 PEGAWAI PERKAMUSAN KANAN

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

 PENOLONG PEGAWAI INSURAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

 PENGAWAS TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

4

 

5.

TUKANG KAYU / HANDYMAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530- $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

 TUKANG MASAK ASRAMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

7

 

7.

 POSMEN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa        

 

 

 

 

1.

 

ARKITEK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:

 

   a.     i.        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Architecture; atau kelulusan  sebanding dalam bidang yang sama yang diiktiraf dari Royal Institute of British Architect.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

  1. Keutamaan untuk pemohon-pemohon yang menjadi ahli badan Arkitek berdaftar seperti R.I.B.A Part 1 atau institusi sebanding.

ATAU 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Alam Sekitar; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama dan berpengalaman dalam kerja-kerja perancangan perlaksanaan dan penyeliaan-penyeliaan ke atas Rancangan Perumahan Awam di negara-negara tropika tidak kurang dari 10 tahun adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ARKITEK: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian bagi rekabentuk rumah-rumah Rancangan Perumahan Negara, kemudahan awam sekitarnya, kedai-kedai, taman-taman permainan, dewan kemasyarakatan dalam kawasan Rancangan Perumahan Negara.
     

  2. Membantu dalam kerja-kerja koordinasi dan implementasi projek serta menentukan organisasi ditapak-tapak pembinaan.
     

  3. Membantu Ketua Bahagian Arkitek dalam kerja berikut:

  1. Rekabentuk Perancangan (Planning) perlaksanaan, penyeliaan-penyeliaan ke atas Rancangan Perumahan Negara.

  2. Koordinasi dengan jabatan-jabatan dan konsultan yang terlibat dalam rekabentuk perancangan serta perlaksanaan mahupun penyelarasan lain yang khusus membuat projek-projek landskap.

  1. Menyediakan dan membuat kajian serta laporan perancangan bagi Rancangan Perumahan Negara.
     

<< Atas

 

 

2.

 

PEGAWAI PERKAMUSAN KANAN

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Bahasa atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 ATAU

  1. Berkhidmat di Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pegawai Perkamusan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

  1. Mahir membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Jawi adalah keutamaan.
     

  2. Berpengetahuan asas dalam bahasa lain adalah kelebihan.
     

  3. Minat dalam kerja-kerja penyelidikan terutamanya dalam bidang bahasa dan sastera.
     

  4. Pengalaman dalam kursus intensif yang ada hubungan dengan kebahasaan dari Universiti yang diiktiraf adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKAMUSAN KANAN: 

  1. Bertindak selaku Ketua Cawangan dan bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam merancang projek Bahagian dan Cawangan dan menyediakan kertas kerja mengenainya.
     

  2. Bertanggungjawab mengatur dan seterusnya mengawasi pembahagian tugas harian kakitangan  Cawangan dan mengawasi disiplin serta prestasi kerja mereka.
     

  3. Mengendalikan projek / kegiatan yang telah dirancang bersama Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
     

  4. Membantu Ketua Bahagian dalam menyediakan Laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.
     

  5. Bertindak selaku penyelaras projek / kegiatan Cawangan Perkamusan seperti menyediakan draf penyusunan kamus, menyusun jadual penyelidikan dan seterusnya mengawas, menyemak serta menyunting bahan dan menyediakan laporan mengenainya.
     

  6. Menyumbangkan tulisan kreatif atau non-kreatif untuk buku / majalah terbitan Jabatan.
     

  7. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diaturkan oleh Ketua Bahagian.

 

 << Atas

 

3.

 

PENOLONG PEGAWAI INSURAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.      i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Insurance / Banking / Finance / Accounting, atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Bahagian Institusi Kewangan, Kementerian Kewangan sebagai Penolong Pengawas Syarikat-Syarikat Insurans dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI INSURAN: 

  1. Membantu tugas-tugas Pegawai Insurans dalam mengawal segala aktiviti dan operasi syarikat insurans / takaful serta menguatkuasakan mengikut undang-undang, peraturan-peraturan dan garispandu yang telah ditetapkan.
     

  2. Membantu Pegawai Insurans dalam mengendalikan pengawasan melalui “off site” dan “on site” yang termasuk memeriksa, mengkaji dan menganalisa perangkaan, membuat pemeriksaan di tapak, menganalisa akaun-akaun dan membuat kerja-kerja susulan ke atas laporan Juruaudit serta kerja-kerja berkaitan.
     

  3. Membantu Pegawai Insurans mengendalikan hal ehwal insurans / takaful tempatan, serantau dan antarabangsa.
     

  4. Membantu Pegawai Insurans dalam mengendalikan dan menyelesaikan aduan-aduan orang ramai mengenai hal ehwal insurans.
     

  5. Mengendalikan dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

4.

 

PENGAWAS TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

  1. Berpengalaman dalam kerja-kerja mengawasi buruh-buruh dan pemandu-pemandu adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS TINGKAT I:

 

DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

  1. Membantu tugas Pegawai atasan dalam semua hal ehwal yang berhubungkait dengan bas-bas sekolah yang disewa oleh Kementerian Pendidikan.
     

  2. Membantu Pegawai mengawasi tugas-tugas dan perkhidmatan kakitangan dan merinyu bas sekolah.
     

  3. Mengatur dan menyusun perkhidmatan pengankutan semua bas sekolah yang di sewa oleh Kementerian Pendidikan.
     

  4. Membantu Pegawai berurusan secara langsung kepada Ketua Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan mengenai dengan pengangkutan, penuntut-penuntut sekolah.
     

  5. Mengawai dan menyemak senarai penyusunan nama-nama penuntut yang menaiki bas sekolah mengikut kawasan-kawasan yang tertentu (penuntut-penuntut yang mendapat kebenaran sahaja).
     

  6. Menyiasat aduan daripada orang ramai, pegawai kesejahteraan penuntut dan pengetua-pengetua mengenai dengan masalah perkhidmatan pengangkutan penuntut.
     

  7. Mengambil langkah segera ke atas bas-bas sekolah yang disewa oleh Kementerian Pendidikan yang terlibat dalam kemalangan atau rosak dan mendapatkan penggantinya.
     

  8. Mengatur dan membuat pemeriksaan ke atas bas-bas sekolah yang disewa oleh Kementerian Pendidikan untuk mempasti perkhidmatannya dan tidak membawa penuntut-penuntut yang tidak mendapat kebenaran.
     

  9. Menyemak tuntutan lebih masa merinyu-merinyu bas sekolah.
     

  10. Membantu mengawasi dan menjaga kebersihan kawasan dan bangunan Unit Kenderaan dan Pengangkutan.
     

  11. Bekerjasama dengan semua pegawai dan kakitangan untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi oleh Unit Kenderaan dan Pengangkutan.
     

  12. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Unit Kenderaan dan Pengangkutan dan Pegawai-Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN: 

  1. Membantu Pengawas Tingkat Khas pada kerja-kerja pemeliharaan bangunan-bangunan yang dikendalikan oleh Unit Pemelihara Istana.
     

  2. Membuat pemeriksaan dan laporan kerosakan dan cadangan pembaikan.
     

  3. Membuat penyukatan kerja pemeliharaan yang diperlukan dan seterusnya menyediakan dokumen sebutharga dan tawaran.
     

  4. Membantu menguruskan pengeluaran sebutharga, tawaran dan seterusnya memeriksa dan membantu sokongan sebutharga dan tawaran.
     

  5. Membuat pengawasan dan pemantau kerja pemeliharaan dan pembinaan.
     

  6. Membuat laporan siap kerja.
     

  7. Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Unit Pemeliharaan Istana.

 << Atas

 

 

5.

 

TUKANG KAYU / HANDYMAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530- $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang pertukangan kayu (craft) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Kayu atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 7 tahun.

 

  1. Berpengalaman dalam hal kerja-kerja yang berkaitan seperti membaiki kerosakan kecil / bangunan dan pernah menjalankan tugas sebagai Tukang Kayu / Handyman adalah kelebihan.

 


TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
TUKANG KAYU / HANDYMAN: 

  1. Melaporkan diri kepada Pengawas Tingkat II dalam hal-hal kerja-kerja seharian mengenai binaan / bangunan di Unit masing-masing.
     

  2. Mengendalikan kerja-kerja pemeliharaan bangunan terhadap kerosakan-kerosakan kecil.
     

  3. Mengendalikan kerja pengubahsuaian samada bangunan atau bilik-bilik atau membuat perabot yang diperlukan oleh Jabatan.
     

  4. Membuat pemeliharaan terhadap perabot-perabot kayu serta membuat perabot yang diperlukan oleh Jabatan.

 << Atas

 

6.

 

TUKANG MASAK ASRAMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.        BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery / Basic Food and Beverage Services ; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Kelayakan tambahan dalam bidang masakan dan boleh memasak berbagai hidangan adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai pengetahuan agama Islam dan boleh membaca Al-Quran dengan baik adalah kelebihan.
     

  3. Berkebolehan membaca dan menulis jawi serta boleh bertutur dan faham Bahasa Inggeris adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK ASRAMA: 

  1. Bertanggungjawab dan melapor kepada Ketua Tukang Masak.
     

  2. Menyediakan makanan/minuman untuk penuntut-penuntut sekolah / asrama yang menerima kemudahan rancangan permakanan pada waktu yang telah ditetapkan.
     

  3. Bertanggungjawab untuk mempastikan hidangan yang diberikan kepada penuntut itu memuaskan dan selamat serta berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan resepi makanan yang dihidangkan.
     

  4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, alat perkakas dapur dan pinggan mangkok serta menyusunnya ditempat yang disediakan dengan sempurna setiap kali selesai digunakan.
     

  5. Melaporkan segala kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dapur kepada Ketua Tukang Masak atau kakitangan kanan sekolah.
     

  6. Membantu untuk menyediakan dan menyemak tuntutan rancangan permakanan sekolah dan ‘delivery order’.
     

  7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai kanan atasan dari masa ke semasa.
     

 << Atas

 

7.

POSMEN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding. 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Boleh membaca tulisan Cina adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai lessen memandu Kelas 1 dan 3 yang sah. Mempunyai kelas memandu Kelas 4 ke atas adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB POSMEN: 

  1. Mengisih surat-surat dan bungkusan.
     

  2. Membuat penyerahan surat-surat dan bungkusan.
     

  3. Membawa dan menghantar mel-mel surat dan bungkusan di antara pejabat-pejabat pos cawangan di Pusat Memproses Surat dan Bungkusan.
     

  4. Membuat penyerahan surat-surat ke rumah-rumah/peti surat jika dikehendaki bila-bila masa diperlukan termasuk hari-hari kelepasan awam diluar waktu bekerja serta ke mana saja diarahkan.

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas