IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 05 MEI 2010)

BILANGAN IKLAN: 16/04/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

 

JURULATIH SUKAN

SEKOLAH SUKAN

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEGAWAI PENGUATKUASA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PENTERJEMAH KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PENULIS SKRIP / PENOLONG SKRIP

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

 

6.

 

PENGGERAK JENTERA TURBINE

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225- $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

12

 

7.

 

AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.1 EB.2 ($605 - $885 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

8

                                 

 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

JURULATIH SUKAN

SEKOLAH SUKAN

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM

 

  1. a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:       
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sukan atau bidang bersesuaian.
     
    b)       TANGGAGAJI B.2:
     
    i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sukan atau 
              bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian
              dalam tanggagaji G.9/C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

     
    ATAU
     
     
    ii)       Berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.9/C.3 
              tidak kurang dari 7 tahun.

     
    ATAU
     
    iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau
             sebanding tidak kurang dari 9 tahun.

     

  2. Mempunyai sijil kejurulatihan yang diiktiraf oleh mana-mana badan atau pertubuhan sukan kebangsaan atau antarabangsa.
     

  3. Pengalaman sebagai jurulatih sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa adalah kelebihan.
     

  4. Mempunyai pengalaman atau kebolehan dalam pentadbiran sukan dan / atau skim latihan sukan.
     

  5. Pernah mengendalikan kursus / seminar / latihan dalam bidang sukan yang dikelolakan oleh mana-mana badan atau pertubuhan sukan kebangsaan atau antarabangsa.
     

  6. Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURULATIH SUKAN:

 

  1. Bertanggungjawab dalam perancangan, perlaksanaan dan perkembangan Bahagian Sukan.
     

  2. Bertanggungjawab dalam penyediaan skim latihan dan penilaian pencapaian penuntut-penuntut dalam sukan.
     

  3. Melatih penuntut-penuntut dan memantau perkembangan penuntut-penuntut dalam sukan.
     

  4. Bertanggungjawab dalam program mengenalpasti para pelajar yang berbakat dan ahli-ahli sukan yang berpotensi.
     

  5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan sumber tenaga manusia yang berkaitan dengan sukan dan kejurulatihan.
     

  6. Bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan kerja tahunan, anggaran peruntukan tahunan dan laporan-laporan.
     

  7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan Timbalan Pengetua Sekolah Sukan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pembelian 
           dan Perbekalan/Pengajian Perniagaan/ Pentadbiran/ Pengurusan Perakaunan/Perakaunan
           atau bidang bersesuaian.

     
    ATAU

    ii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat Khas dalam tanggagaji
           C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN:

 

  1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
     

  2. Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.
     

  3. Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.
     

  4. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
     

  5. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.
     

  6. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI PENGUATKUASA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
                      

    ATAU
     
    ii)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang
              bersesuaian serta berkhidmat mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang
              dari 3 tahun.

     
    ATAU
     
    iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Melesen atau dalam jawatan berkaitan dalam
              tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan
              dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun atau dalam jawatan berkaitan dalam
              tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

     

  2. Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.
     

  3. Berkebolehan dalam membuat laporan secara lisan atau bertulis adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGUATKUASA:

 

  1. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta dan Peraturan yang berkaitan.
     

  2. Membuat pemeriksaan ke tempat-tempat perniagaan dan awam untuk perlaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
     

  3. Berkerjasama dengan Penguatkuasa-Penguatkuasa daripada Agensi-Agensi Kerajaan yang lain secara bersepadu bagi sama-sama menangani dan memantau kegiatan-kegiatan yang tidak mematuhi undang-undang.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

4.

PENTERJEMAH KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
                      

    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penterjemah dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5
              tahun.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENTERJEMAH KANAN:

 

Secara Amnya:

 

  1. Membuat kerja-kerja terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.
     

  2. Melaksanakan kerja-kerja yang ada kaitan dengan penerbitan buku.
     

  3. Mendokumentasikan artikel/majalah/akhbar sebagai salah satu tugas tambahan.
     

  4. Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah terbitan jabatan.
     

  5. Menerima arahan berkaitan tugas dari masa ke semasa oleh Ketua Bahagian.

 

DI JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI:

 

  1. Membuat kerja-kerja terjemahan (menterjemah buku/artikel dan lain-lain) dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.
     

  2. Menerima laporan yang berkaitan dengan kes-kes jenayah.
     

  3. Mengklasifikasikan jenis-jenis laporan jenayah.
     

  4. Membantu Ketua Bahagian dalam mengendalikan kegiatan yang telah dirancang.
     

  5. Mengawasi perjalanan Pengkalan Data (Database) yang berhubung dengan laporan jenayah.
     

  6. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

5.

PENULIS SKRIP / PENOLONG SKRIP

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Ehwal Semasa /
              Komunikasi Massa / Kewartawanan / Media Komunikasi / Penulisan / Public Affairs atau bidang
              bersesuaian.

     
    ATAU
     
    ii)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Ehwal
              Semasa / Komunikasi Massa / Kewartawanan / Media Komunikasi / Penulisan / Public Affairs
              atau bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang bersesuaian tidak
              kurang dari 3 tahun.

     
    ATAU
     
    iii)      Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Penerbit Tingkat I /
              Pemberita / Penolong Penyiar Berita / Penolong Penyunting atau jawatan bersesuaian dalam
              tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penolong Penerbit Tingkat II /
              Operator Teleprinter / Pelatih Berita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak
              kurang dari 5 tahun.


    ATAU
     
    iv)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang
             dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

     

  2. Boleh menulis skrip televisyen atau radio berita dan hal ehwal semasa, mempunyai minat mengenai hal ehwal sukan, ugama, drama, muzik, hal ehwal semasa serta mempunyai daya usaha dan kreativiti tinggi bagi memenuhi citarasa penonton / pendengar adalah kelebihan.
     

  3. Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.


 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENULIS SKRIP / PENOLONG SKRIP:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Penerbit Tingkat I / Penerbit dalam hal-hal penciptaan dan pembuatan skrip rancangan televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa, skrip promo, kempen kerajaan dan mini dokumentari.
     

  2. Menolong penyunting skrip-skrip televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa, skrip promo, kempen kerajaan dan mini dokumentari.
     

  3. Menolong menilai skrip-skrip untuk menentukan mutu, mesej, plot perwatakan, jalan cerita dan lain-lain.
     

  4. Berkemampuan merangka dan menulis skrip televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa.
     

  5. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

6.

PENGGERAK JENTERA TURBINE

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang
           Kejuruteraan Elektrik / Mekanikal atau bidang bersesuaian.

    ATAU

    ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penggerak Jentera Turbine atau jawatan
           bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

     

  2. Pernah mengikuti dan lulus kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal peringkat pertama dan kedua adalah kelebihan.

 

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGGERAK JENTERA TURBINE:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Penolong Shift-in-charge dalam mengawasi kesempurnaan pengendalian Gas Turbine serta peralatan bawahnya.
     

  2. Memahami, mengambil dan memasukkan pembacaan semua jangka dan alat pengukur elektrik yang berkenaan.
     

  3. Calon-calon yang berjaya hendaklah bersedia bekerja secara bergilir-gilir (shift-duty) sama ada di Janakuasa Cawangan Gadong 3, Berakas, Gadong Extension atau Lumut.

 

 

<< Atas

 

 

7.

AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI)

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.1 EB.2 ($605 - $885 SEBULAN)

 

 

 

Gaji sebanyak $500 sebulan dan selepas berkhidmat selama 6 bulan dengan memuaskan, calon-calon yang dipilh akan dinaikkan pangkat menjadi Ahli Bomba Kelas II dengan gaji $605 sebulan dalam sukatan gaji P.1 EB.2 ($605 - $885 sebulan). Tambahan elaun ‘P’ sebanyak $100 sebulan, Elaun Kurnia Khas sebanyak $100 sebulan dan Elaun Sara Hidup sebanyak $170 sebulan.

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

KELAYAKAN FIZIKAL:

 

  1. Berumur diantara 18 hingga 25 tahun. Bujang atau Kahwin.
     

  2. Tinggi tidak kurang 1.63 Meter (5 kaki 4 Inci)
     

  3. Ukuran dada sekurang-kurangnya 86 cm (34 inci) apabila tidak ditarik nafas.
     

  4. Lulus ujian bertulis, fizikal dan fitness diperingkat awal (Balai Bomba Lapangan Terbang).
     

  5. Lulus ujian penglihatan bagi kedua mata dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (Contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5 dan tidak buta warna (Color blind).
     

  6. Pendengaran biasa dan tidak cacat.
     

  7. Tubuh badan yang tegap dan diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
     

  8. Tidak pernah terlibat atau didakwa bagi kesalahan-kesalahan jenayah.


 

SYARAT-SYARAT KHAS:

 

  1. Calon-calon yang berjaya dikehendaki menjalani kursus / Latihan Asas Kebombaan selama 6 bulan (24 minggu) di Pusat Latihan Bomba Lapangan Terbang.
     

  2. Setelah menamatkan Kursus / Latihan Asas Kebombaan dengan jayanya, calon-calon akan dilantik menjadi Ahli Bomba Terlatih dengan sukatan gaji P.1 EB.2, Bahagian V $605 - $885 beserta dengan elaun-elaun yang ditentukan.

 

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

 

  1. Setelah menamatkan Kursus / Latihan Asas Kebombaan akan ditugaskan di dalam Unit Operasi dan bekerja mengikuti giliran (Shift Duty) bagi mengawal keselamatan dan perlindungan kebakaran di Lapangan Terbang dan heliport sepanjang 24 jam.
     

  2. Mestilah bersedia untuk bertugas di mana-mana Unit Perkhidmatan Bomba sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Bomba.
     

  3. Sebelum tamat tempoh percubaan Ahli Bomba berkenaan dikehendaki mengikuti dan lulus kursus ulangkaji kebombaan.
     

  4. Setelah ditetapkan dalam jawatan, Ahli Bomba berkenaan dikehendaki mengikuti kursus Lanjutan Ahli Bomba (Advance Airport Fire Fighters) bagi memperolehi sijil kecekapan (Certificate of Competence).

 

                                   


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI):

 

  1. Melapor diri kepada Ketua Unitnya.
     

  2. Bertugas bagi mengawal keselamatan dan perlindungan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport sepanjang 24 jam.
     

  3. Menghadiri sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatan-perkhidmatan khas.
     

  4. Menjaga dan memelihara kebersihan dan kesempurnaan kereta / jentera bomba serta perkakas menyelamat dan memadam kebakaran agar sentiasa baik dan dapat digunakan pada bila-bila masa.
     

  5. Menjaga kebersihan dan kesempurnaan Balai-Balai Bomba.
     

  6. Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unitnya dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas