IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 02 JUN 2010)

BILANGAN IKLAN: 20/05/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEGAWAI PENAKSIR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

PEGAWAI TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

4.

 

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($ 2,270 - $ 4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

5.

 

PEREKA KANAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 

7.

 

TRADESMAN KUMPULAN I TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

13

 

8.

 

PEMERIKSA TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 

9.

 

PENYAMBUNG KABEL RENDAH

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

GH10.

 

JURUKIMIA PERTANIAN (ANALISIS KIMIA PERTANIAN)

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

BILANGAN GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

PEGAWAI PENAKSIR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan Estet / Penilaian Tanah atau bidang bersesuaian.
     
b)   Menjadi ahli kepada salah satu badan daripada Royal Institution Of Chartered Surveyors (R.I.C.S) yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENAKSIR TANAH:

 

  1. Membantu Pesuruhjaya Tanah, Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Penolong Pesuruhjaya Tanah dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan tanah.
     

  2. Bertanggungjawab membuat taksiran bagi permohonan-permohonan pengambilan balik tanah dan membuat penilaian cukai, harga khas tanah (premium)  bagi permohonan-permohonan kemajuan dan penggunaan tanah.
     

  3. Memproses permohonan penyimpanan mengistiharkan dan pewartaan tanah Kerajaan.
     

  4. Mempastikan dasar-dasar penilaian harga tanah dan hartanah terlaksana menurut peraturan yang tersebut di dalam Akta Pengambilan Balik Tanah Penggal 4.1.

 

 << Atas

 

 

2.

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang berikut atau bidang bersesuaian:
     
   
  • Business Administration/Management

  • Public Administration

  • Industrial/System Engineering

  • Psychology/Behavioural Science/Organisation Development

  • Economics/Statistics/Mathematics/Accounting

  • Management Science/Operations Research

  • Computer Science/Computational Science

  • Law

     
  b) TANGGAGAJI B.2:
    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Management Science / Business Administration / Public Administration atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan  dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sebagai Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
2.   Mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang perkhidmatan pengurusan yang bersesuaian serta pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja yang berupa penelitian serta konsep yang berhubung dengan bidang tersebut.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN:

 

  1. Tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pengurusan ialah menyumbang khidmat kepakaran pengurusan kepada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan dalam Perkhidmatan Awam dan mengembang serta memajukan konsep dan teknik-teknik pengurusan moden untuk digunakan oleh pihak Perkhidmatan Awam.
     

  2. Membantu pihak pengurusan kementerian dan jabatan dalam Perkhidmatan Awam dalam usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan kecekapan kementerian dan jabatan masing-masing melalui kajian-kajian yang melibatkan perkembangan organisasi, sistem dan penggunaan sumber-sumber pengurusan.
     

  3. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Perkhidamtan Pengurusan Kanan dan Ketua Pegawai di bahagian masing-masing.

 

 << Atas

 

 

3.

PEGAWAI TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang bersesuaian.
     
  b) TANGGAGAJI B.2:
     
    i)

BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengurusan Tanah atau bidang bersesuaian, serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian  dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     
     

ATAU

     
    ii) Berkhidmat di Jabatan Tanah sebagai Penolong Pegawai Tanah atau Ketua Penolong Penaksir dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
     

ATAU

     
    iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
2.   Mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang Pentadbiran Tanah dan Undang-Undang Tanah dan Pengurusan Am adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TANAH:

 

  1. Membantu Pegawai Tanah Kanan dalam pentadbiran pejabat dan pengurusan hal ehwal tanah bagi keseluruhan Jabatan Tanah.
     

  2. Menyelaras perlaksanaan dan penguatkuasaan Undang-Undang, dasar dan peraturan tanah.
     

  3. Menyelaras dan melaksanakan kutipan hasil tanah.
     

  4. Menyelaras dan memproses permohonan-permohonan kemajuan dan penggunaan tanah.

 

 << Atas

 

 

4.

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($ 2,270 - $ 4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)   TANGGAGAJI B.2 EB.3:
     
    i) Mempunyai kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.
       
     

ATAU

       
    ii) Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian.
       
b)     TANGGAGAJI B.2:
       
    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Perakaunan dan/atau pengauditan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    ii) Berkhidmat di Jabatan Audit sebagai Penolong Juruaudit Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
       
     

ATAU

       
    iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang perakaunan dan/atau pengauditan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

      

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUAUDIT:

 

  1. Merancang dan menyediakan program pengauditan.
     

  2. Mengawasi pengauditan yang dijalankan ke atas pelbagai kira-kira kerajaan.
     

  3. Memimpin dan melatih kakitangan dibawahnya dalam hal pengauditan.
     

  4. Membuat draf / menyediakan laporan-laporan audit.
     

  5. Mengulangkaji / mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / peringatan-peringatan.
     

  6. Menyusuli laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan.

 

 << Atas

 

 

5.

PEREKA KANAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pereka Tingkat III atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pereka Tingkat III atau dalam jawatan bersesuaian dalam tangagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEREKA KANAN:

 

  1. Menyusun dan mengawasi program Unit Rekaan dan Hiasan termasuk urusan peminjaman pakaian / perhiasan / props.
     

  2. Merekacipta pakaian, peralatan, hiasan dan kerja-kerja grafik bagi keperluan Bahagian Kebudayaan dan Kesenian.
     

  3. Memilih bahan-bahan keperluan persembahan kebudayaan dan mendapatkan sebutharga.
     

  4. Membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan rujukan dan panduan dalam penghasilan rekacipta yang autentik dan bersifat keBruneian.
     

  5. Menyediakan keperluan rekaan seperti set / latar belakang persembahan kebudayaan dan layout pameran.
     

  6. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  7. dilantik sebagai Penolong Setiausaha Komiti ASEAN-COCI.
     

  8. Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Sebutharga KKBS.

 

<< Atas

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti / Komunikasi Massa atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berhubungkait dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT:

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KELUARGA

 

Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita

 

  1. Bertanggungjawab dalam Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Wanita dan pembangunan keluarga. Untuk itu pegawai ini akan:
     
    i)     Membahagi-bahagikan kes-kes kepada Pekerja-Pekerja Kebajikan Masyarakat di Bahagian ini dan
           menyiasat sendiri kes-kes yang sukar (complicated) sama ada yang datang ke Pejabat atau luar pejabat.

     
    ii)    Menerima laporan berhubung dengan kes-kes ini untuk disemak dan dibetulkan bagi tindakan selanjutnya,
           sebelum dihadapkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.

     
    iii)    Membuat lawatan ke rumah-rumah sakit atau klien-klien apabila menerima pengaduan mengenai kes-kes
           keganasan dalam rumah seperti penganiayaan ke atas wanita atau isteri-isteri.

     
    iv)   Membuat rekod lengkap sebagai rujukan bagi kes-kes seperti ini.
     
    v)    Menjadi ahli Urusetia dalam Task Force on Child Abuse and Domestic Violence.
     
    vi)   Memberi khidmat kaunseling kepada klien dan keluarganya.
     
     

  2. Menyelidik kes-kes wanita yang akan dimasukkan ke Taman Noorhidayah, iaitu Rumah Perlindungan Perempuan-Perempuan dan Gadis-Gadis.
     

  3. Menyediakan borang-borang tanya bagi tujuan penyelidikan ke atas wanita dan keluarga, yang bertanggungjawab dalam mengumpul dan menganalisa maklumat-maklumat yang diperolehi dari borang tanya.
     

  4. Mengawasi dan bertanggungjawab dalam penerbitan risalah, majalah, buku-buku yang berkaitan dengan wanita dan keluarga.
     

  5. Membantu Pegawai Pembangunan Masyarakat dalam merancang dan mengendalikan kempen-kempen, kursus-kursus, seminar mengenai wanita dan keluarga.
     

  6. Menerima arahan dari Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak

 

  1. Bertanggungjawab dalam Unit Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-Kanak.
     

  2. Bertanggungjawab bagi kes anak-anak angkat sama ada luar dan dalam negeri. Bagi maksud ini pegawai ini hendaklah:
     
    i)     Membahagikan kes-kes kepada Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat di Bahagian ini untuk disiasat.
     
    ii)    Menerima laporan dari Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat untuk disemak, disokong atau sebaliknya
           sebelum dihadapkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.

     
    iii)   Menghubungi mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan kes-kes ini seperti Pejabat Daerah dan
           sebagainya.

     
    iv)   Mengawasi penyiasatan ulangan ke rumah pemohon-pemohon anak angkat yang diluluskan bermula daripada
           kebenaran pendaftaran sehinggalah dua tahun bagi menentukan penyesuaian anak-anak tersebut dengan
           keluarga angkat mereka.

     
    v)    Membuat rekod dan catatan mengenai dengan jumlah permohonan anak angkat, permohonan yang
           diluluskan / tidak diluluskan tiap-tiap tiga bulan sekali untuk dipanjangkan kepada Pegawai Pembangunan
           Masyarakat.

     
    vi)   Memberi khidmat kaunseling kepada pemohon-pemohon yang mempunyai masalah.
     
    vii)  Menemuduga sendiri pemohon-pemohon dari luar negeri atau pun kes-kes yang sukar (complicated). Jika tidak
           dapat diselesaikan barulah dipanjangkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.

     
    viii) Membuat penyiasatan ulangan dan catatan yang lengkap bagi pemohon-pemohon anak angkat yang
           melibatkan kerakyatan.

     
    ix)   Membuat pendaftaran bagi pasangan yang berkehendakan anak.
     

  3. Bertanggunjawab di atas kes kanak-kanak terbiar, kanak-kanak diseksa destitute (orang-orang papa). Bagi maksud ini Pegawai ini hendaklah:
     
    i)     Menyiasat sendiri kes-kes yang complicated.
     
    ii)    Menyediakan laporan dengan lengkap untuk dipanjangkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
     
    iii)   Menghubungi pihak-pihak yang tertentu, seperti Jabatan Perubatan dan Kesihatan.
     
    iv)   Memberi khidmat nasihat kepada orang-orang yang mempunyai kaitan dengan kes ini.
     
    v)    Mencatatkan dan menyimpan rekod kes-kes seperti, yang dirujukkan ke Jabatan ini.
     
    vi)   Salah seorang ahli Urusetia dalam Task Force on Child Abuse and Domestic Violence.
     

  4. Bertangungjawab dalam menyiasat dan melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan Juvenile delinquent untuk dihadapkan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat.
     

  5. Menerima arahan Pegawai-Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN ORANG-ORANG CACAT, PEMULIHAN AKHLAK DAN PENEMPATAN PEKERJA

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam Perkhidmatan Penempatan Pekerjaan bagi:
     
    i)     Orang-orang yang telah berumur lebih 65 tahun.
     
    ii)    Penempatan dan penilaian pekerjaan orang-orang cacat, bekas pesalah belia dan banduan, janda-janda,
           balu-balu dan orang-orang susah.

     

  2. Bagi maksud (i) Pegawai ini hendaklah:
     
    i)     Membahagikan kes-kes kepada Pekerja Kanan dan Pekerja Kebajikan Masyarakat untuk siasatan.
     
    ii)    Menerima laporan dari Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat untuk disemak dan dibetulkan, disokong atau
           sebaliknya.

     
    iii)   Memberi perkhidmatan nasihat kepada pemohon-pemohon yang mempunyai masalah dalam kes ini.
     
    iv)   Merundingkan bagi menempatkan pemohon-pemohon di atas untuk mendapatkan pekerjaan sama ada di
           sektor Kerajaan atau pun di sektor Swasta.

     
    v)    Mendaftarkan dan menyimpan rekod pemohon-pemohon yang diluluskan/tidak diluluskan (bagi mereka yang
           berumur 65 tahun ke atas) dan mereka yang sudah bekerja atau belum.

     
    vi)   Mengawasi lawatan ulangan kepada bekas-bekas pelatih-pelatih buta Jabatan ini, yang telah tamat latihan
           sama ada bekerja sebagai home-worke’s, di sektor-sektor Kerajaan, dalam jangka dua bulan sekali untuk
           mempastikan keadaan mereka dan menyediakan laporan-laporannya untuk tindakan selanjutnya.

     

  3. Bertanggunjawab di atas kes-kes “Berbagai Pengaduan” yang dirujukkan ke Jabatan ini. Bagi maksud ini Pegawai itu hendaklah:
     
    i)     Membahagi-bahagikan kes kepada Pekerja Kanan dan Pekerja Kebajikan Masyarakat untuk siasatan.
     
    ii)    Menerima laporan yang lengkap untuk disemak, dibetulkan, disokong atau sebaliknya untuk tindakan
           selanjutnya.

     
    iii)   Menerima arahan dari Pegawai-Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM DAN PENCEN-PENCEN

 

Perkhidmatan Kebajikan Am (Unit Bantuan Am)

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas permohonan bantuan bulanan. Bagi maksud ini pegawai itu hendaklah:
     
    i)     Membahagikan kes-kes kepada Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat di Bahagian Perkhidmatan
           Kebajikan Am dan menyiasat sendiri kes-kes yang sukar (complicated) sama ada yang datang ke Pejabat atau
           luar pejabat.

     
    ii)    Menerima laporan berhubung dengan kes-kes ini untuk disemak dan dibetulkan serta dibuat sokongan atau
           sebaliknya sebelum dipanjangkan kepada Penolong Pengarah III.

     
    iii)   Mengawasi penyiasatan ulangan kepada penerima derma bantuan Jabatan ini tiap-tiap tiga bulan sekali bagi
           mengetahui keadaan mereka yang sebenar. Siasatan hendaklah dibuat ke rumah penerima-penerima
           bantuan ini dan mencatatkan laporan ringkas dengan menggunakan Standard Form bagi kegunaan rujukan
           berhubung dengan pemotongan / pemberhentian derma-derma tersebut.

     
    iv)   Membuat rekod lengkap mengenai permohonan derma-derma yang diluluskan/tidak diluluskan, derma yang
           dikurangkan / diberhentikan untuk dilaporkan kepada Penolong Pengarah III.

     
    v)    Memberi perkhidmatan nasihat kepada penerima-penerima bantuan bulanan dan keluarga mereka berhubung
           dengan masalah yang timbul dari kertas siasatan, laporan misalnya persekolahan anak-anak, pekerjaan dan
           sebagainya, serta menyalurkan kes-kes ini kepada yang berkenaan. Jika tidak dapat diselesaikan, hendaklah
           dirujuk kepada Penolong Pengarah III.

     
    vi)   Membuat pembayaran bantuan bulanan kepada Ketua-Ketua Kampong dan penerima-penerima bantuan
           tersebut bagi kesemua daerah.

     

  2. Bertanggungjawab dalam kes orang-orang yang terdampar dan berperanan sebagai focal point bagi kes-kes seperti ini. Bagi maksud ini pegawai itu hendaklah:
     
    i)     Menyiasat sendiri (dibantu oleh Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat) kes-kes yang tersebut.
     
    ii)    Menghubungi pihak-pihak yang berkenaan yang mempunyai kaitan dengan kes ini seperti Pejabat Imigresen,
           Polis dan sebagainya.

     
    iii)   Menerima laporan yang lengkap dari Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat mengenai dengan kes ini untuk
           dipanjangkan kepada Penolong Pengarah III.

     
    iv)   Merundingkan dengan pihak-pihak yang tertentu berhubung dengan penempatan sementara orang-orang ini.
     
    v)    Mencatat dan membuat rekod yang lengkap mengenai dengan kes-kes seperti ini.
     

  3. Bertanggungjawab dalam mengawasi Skim Berdikari bagi Janda, Balu-Balu dan Orang-Orang Susah.
     

  4. Mengawasi kerja-kerja sukarela daripada pihak Awam, Jabatan Kerajaan, Swasta, Persatuan-Persatuan, Sekolah/Maktab dan lain-lain. Bagi maksud ini pegawai ini hendaklah:
     
    i)     Menyimpan, mencatat rekod pendaftaran persatuan sukarela, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta yang
           ada di Negara ini, supaya senang dihubungi apabila Jabatan ini memerlukan bantuan daripada mereka.

     
    ii)    Menghubungi mana-mana Jabatan / pihak-pihak awam / persatuan-persatuan / swasta dan badan-badan
           sukarela bagi bantuan moral/tenaga/material dalam aktiviti-aktiviti Jabatan seperti jamuan-jamuan untuk
           anak-anak cacat/yatim, mendirikan rumah dan sebagainya.

     
    iii)   Mencatat dan menyimpan rekod Jabatan-Jabatan / pihak-pihak awam / persatuan dan badan-badan sukarela
           yang telah memberi bantuan-bantuan tersebut.

     

  5. Menerima arahan dari pegawai-pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

Perkhidmatan Kebajikan Am (Unit Bencana Alam)

 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kes-kes bencana alam. Bagi maksud ini pegawai itu hendaklah:
     
    i)     Menyiasat sendiri kes-kes tersebut.
     
    ii)    Menyediakan laporan yang lengkap (dibantu oleh Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat) untuk
           dihadapkan kepada Penolong Pengarah III.

     
    iii)   Menghubungi pihak-pihak yang berkenaan yang ada kaitannya dengan kes ini seperti pihak Polis, Jabatan
           Perubatan dan Kesihatan, Pasukan Keselamatan demi kesejahteraan mangsa-mangsa tersebut.

     
    iv)   Merundingkan dengan pihak-pihak berkenaan berhubung dengan penempatan sementara mangsa-mangsa
           tersebut.

     
    v)    Menguruskan segala bantuan seperti makanan, pakaian dan sebagainya untuk mangsa-mangsa tersebut.
     
    vi)   Membuat rekod dan catatan mengenai kes-kes bencana alam yang dirujukkan kepada Jabatan ini seperti kes-
           kes kebakaran, banjir, rumah ditiup angin dan sebagainya.

     

  2. Bertanggungjawab ke atas permohonan membuat/membaiki rumah dan permohonan tanah dari orang-orang susah, balu dan orang-orang cacat. Bagi maksud ini, pegawai ini hendaklah:
     
    i)     Membahagi-bahagikan kes kepada Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat di Bahagian Perkhidmatan
           Kebajikan Am untuk siasatan.

     
    ii)    Menerima laporan yang lengkap dari Pekerja-Pekerja Kanan Kebajikan Masyarakat untuk disemak, dan
           dibetulkan, disokong atau sebaliknya, sebelum dipanjangkan kepada Penolong Pengarah III.

     
    iii)   Menghubungi Ketua-Ketua Kampong dan pihak yang berkenaan (seperti Pekerja-Pekerja Sukarela / Jabatan-
           Jabatan / Persatuan- Persatuan) bagi sumbangan tenaga untuk mendirikan / membaiki rumah-rumah.

     
    iv)   Menguruskan pembelian alat-alat perkakas bagi mendirikan/membaiki rumah-rumah.
     
    v)    Membuat rekod dan catatan berhubung dengan permohonan ini.
     

  3. Bertanggungjawab bagi kes bekas tahanan 1962 dan kes-kes yang berkaitan dengannya termasuklah permohonan:

    i)     Kacamata
    ii)     Bantuan Rumah
    iii)    Pekerjaan dan lain-lain
     

  4. Bertanggungjawab bagi membuat penyiasatan dan rekod-rekod ke atas kes-kes orang tahanan dan keluarganya, yang dirujukkan ke Jabatan ini, serta memberikan perkhidmatan nasihat kepada keluarga ini, apabila perlu.
     

  5. Mengawasi jamuan bagi semua aktiviti-aktiviti Jabatan (Kebajikan) sama ada lawatan-lawatan, jamuan untuk kanak-kanak cacat/yatim dan sebagainya.
     

  6. Selaku pegawai perhubungan/publisiti bagi aktiviti atau projek-projek yang dijalankan oleh Bahagian ini (Perkhidmatan Kebajikan Am).
     

  7. Menerima arahan dari pegawai-pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

Perkhidmatan Pencen-Pencen

 

  1. Menerima semua permohonan untuk mendapatkan pencen-pencen dan elaun-elaun seperti Akta 1954 dari semua daerah.
     

  2. Menyelidik, menyiasat dan melawat setiap permohonan dengan bantuan Pegawai Pencen-Pencen Tingkat II dan menghadapkan sokongan kepada Penolong Pengarah III.
     

  3. Membuat pembayaran pencen bagi semua daerah sama ada melalui Ketua Kampong, Ibu Pejabat Cawangan, ke rumah-rumah, ke rumah-rumah sakit dan lain-lain.
     

  4. Membuat penyata pembayaran dan menyediakan laporan.
     

  5. Memberi kursus kraftangan kepada penerima-penerima pencen dan menggalakkan mereka untuk berdikari, dengan memperkenalkan Skim Berdikari dan membantu mereka memasarkan hasil-hasil kerajinan tangan mereka untuk pendapatan sampingan.

 << Atas

 

 

7.

TRADESMAN KUMPULAN I TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Electrical / Electronic Engineering.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Elektrik sebagai Tradesman Kumpulan II Tingkat Khas atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Kumpulan II Tingkat Khas atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4 tahun.
     
b)   Mempunyai pengalaman cara-cara pemasangan, pemotongan, pengendalian, pemeliharaan peralatan-peralatan elektrik / mekanikal dan peralatan-peralatan keselamatan kerja adalah kelebihan.
     
c)   Pernah mengikuti kursus jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal peringkat Pertama, Kedua atau Ketiga atau kursus pendawaian dan pemasangan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TRADESMAN KUMPULAN I TINGKAT KHAS:

 

  1. Membuat pemasangan lampu jalan raya bagi permohonan orang ramai.
     

  2. Membuat pemeliharaan lampu-lampu jalan raya, lampu kawasan bangunan Kerajaan dan di tempat-tempat awam pada waktu siang.
     

  3. Membuat pemasangan lampu awam di hari Kebesaran Negara seperti di pintu-pintu Gerbang, Bangunan Kerajaan dan di majlis-majlis bercorak keagamaan Kementerian dan di Jabatan-Jabatan Kerajaan.
     

  4. Memantau, pemeliharaan kerja-kerja overhead line, sub-station dan feeder piller yang ditumbuhi oleh pokok kayu, rumput dan sebagainya.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagain dan Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

8.

PEMERIKSA TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)    4 Kepujian/Kredit mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
     
b)   Mempunyai pengalaman bekerja dalam kerja-kerja pemeriksaan, penyiasatan dan pemetaan tanah dan mempunyai kebolehan membentuk dan menyediakan laporan bagi satu penyiasatan dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai Ilmu Alam Negara Brunei Darussalam adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA TANAH:

 

Membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan kemajuan dan perkembangan tanah bagi setiap permohonan kemajuan dan penggunaan tanah.

 

 << Atas

 

 

9.

PENYAMBUNG KABEL RENDAH

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Elektrik dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
   

ATAU

     
  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3  tidak kurang dari  4 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 6 tahun.
     
b)   Mempunyai pengalaman dalam mengerjakan dan memasang kebal, membuat sambungan LT terus - off dan pemotongan kebal KV.
     

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYAMBUNG KABEL RENDAH:

 

  1. Penyambungan kebal voltan rendah.
     

  2. Pemotongan penyambungan kebal dalam kerja penyambungan kebal voltan tinggi.
     

  3. Membuat operasi (pensuisan) sistem pembahagian voltan rendah.

 

 << Atas

 

 

GH10.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

JURUKIMIA PERTANIAN (ANALISIS KIMIA PERTANIAN)

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kimia / Kimia Analitik (Analytical Chemistry) atau bidang bersesuaian.
     
b)   Mempunyai pengalaman dalam bidang pengendalian mesin dan peralatan analisis kimia pertanian adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUKIMIA PERTANIAN (ANALISIS KIMIA PERTANIAN):

 

  1. Menganalisis sisa dan bahan racun kimia (Instrumental Analisis) dalam melaksanakan rancangan Jaminan dan Kawalan Hasil Pertanian.
     

  2. Mengendalikan kajian pemantauan bahan kimia pertanian.
     

  3. Mengawas dan menyelaras aktiviti makmal dengan memastikan amalan GLP (Good Laboratory Practices) dilaksanakan.
     

  4. Membantu dalam merancang dan melaksanakan projek yang berkaitan dalam Rancangan Kemajuan Negara serta menyediakan laporan status kemajuan.
     

  5. Membantu dalam penyediaan perancangan peruntukan tahunan dan Rancangan Kemajuan Negara.
     

  6. Mengendalikan maklumat teknikal berhubung dengan kimia pertanian.
     

  7. Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH10

 

 

PENGARAH PERTANIAN

IBU PEJABAT

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas