IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 28 JANUARI 2009)

BILANGAN IKLAN: 01/01/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

JURUUKUR BAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

JURUUKUR BAHAN

JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

3.

 

PENGUASA

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

4.

 

PENJAGA / JURULATIH

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

 

MERINYU KERJA

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

6.

 

PEMBERI ISYARAT TINGKAT I

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

 

POSMEN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

GH.8

PEGAWAI STAF

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

BILANGAN GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

1.

JURUUKUR BAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Juruukur Bahan / Kejuruteraan Sivil / Mekanikal / Struktur atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengetuai kerja-kerja ukur bahan di Unit Pemeliharaan Istana.
     

  2. Mengendalikan hal-hal kontrak.
     

  3. Membuat penaksiran kerja-kerja yang ditawarkan.
     

  4. Menyediakan dokumen-dokumen untuk tawaran dan sebutharga.
     

  5. Membuat penilaian dan sokongan tawaran.
     

  6. Menyemak dan meneliti Tuntutan kontraktor seperti time sheet, reports, attendance dan lain-lain.
     

  7. Menyediakan sijil-sijil bayaran dan pesanan perubahan, waran-waran, indent, laporan siap kerja dan lain-lain.
     

  8. Menyediakan sistem pemantauan bagi ‘cost control’ pada projek.
     

  9. Membuat anggaran belanjawan bagi projek-projek yang dikendalikan oleh Unit Pemeliharaan Istana.
     

  10. Mengendalikan kerja-kerja hartanah Kerabat Diraja termasuk memeriksa kerosakan dan meneliti Tuntutan bayaran yang telah dituntut oleh kontraktor.
     

  11. Membuat lawatan dan penyukatan ke tapak binaan dan memeriksa apa-apa kerosakan yang telah dikomplen oleh mana-mana pihak.
     

  12. Membuat kerja-kerja penaksiran seperti pagar yang dituntut oleh orang-orang kenamaan termasuk melawat dan menyukat tempat berkenaan.
     

  13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

2.

JURUUKUR BAHAN

JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan. 

  1. Menjadi ahli badan professional yang diiktiraf seperti Royal Institute of Chartered Surveyor, United Kingdom atau yang sebanding adalah kelebihan.
     

  2. Berpengalaman dalam kerja-kerja mengukur bahan, menaksir bil bahan-bahan yang berkaitan dengan pelbagai jenis ‘structure’ bangunan, lanskap dan lain-lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Menyediakan taksiran, dokumen tawaran dan perjanjian kontrak bagi kerja-kerja pemeliharaan di bawah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi seperti lanskap, taman atau tempat-tempat rekreasi yang di ‘contract out’.
     

  2. Membuat Penilaian ke atas tawaran dan sebut-harga yang diterima oleh Jabatan bagi kerja-kerja pemelihara bangunan, pemeliharaan lanskap, taman dan tempat-tempat rekreasi yang ditawarkan oleh Jabatan.
     

  3. Menilai prosis pembayaran yang diterima daripada pemborong-pemborong bagi kerja-kerja pemeliharaan lanskap, taman dan tempat-tempat rekreasi.
     

  4. Bekerjasama dengan Bahagian Perancangan dan Perlaksanaan Lanskap serta Bahagian Pemeliharaan dan Pengurusan Lanskap bagi memastikan penyediaan dokumen-dokumen tawaran dibuat dengan teratur.
     

  5. Membuat pengesahan kepada tuntutan pembayaran bagi kerja-kerja yang di ‘contract out’ dengan mengikut dokumen kontrak yang disediakan.
     

  6. Memberi khidmat nasihat mengenai prosedur dan prosis kontrak, pembayaran, menilai tapak pembinaan dan pemeliharaan lanskap.
     

  7. Mengendalikan dan melaksanakan arahan tugas-tugas yang diberikan oleh pegawai atasan.

<< Atas

 

 

3.

PENGUASA

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)         i)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan Struktural / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan Struktural / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

b)        Pernah mengikuti serta lulus dengan kepujian kursus-kursus dalam bidang teknikal yang berkaitan yang dianjurkan atau diakui oleh Jabatan Kerja Raya adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit, Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan.
     

  2. Mengetuai kumpulan pengawasan dalam kerja-kerja pemeliharaan bangunan.
     

  3. Memeriksa dan membuat laporan aduan kerosakan dan menyukat kerja bagi keperluan pemeliharaan bangunan.
     

  4. Membantu dalam penyediaan dokumen sebutharga dan tawaran.
     

  5. Membantu dalam pengurusan hal-hal kontrak.
     

  6. Membantu dalam meneliti dan mengesahkan tuntutan dan pembayaran.
     

  7. Ikut menghadiri dan menyelaras mana-mana kerja Unit Pemeliharaan Istana pada mesyuarat bersama Unit-Unit, Jabatan-Jabatan, pihak Pelanggan, Kontraktor-Kontraktor dan Specialist yang berkenaan.
     

  8. Membantu dalam pemantauan kemajuan kerja dan cost control pada projek-projek pemeliharaan bangunan-bangunan.
     

  9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Unit dan pihak atasan.

<< Atas
 

 

4.

PENJAGA / JURULATIH

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)          Pemohon yang pernah mengikuti skim penempatan kerja dalam makmal adalah kelebihan.

 

c)           Berkebolehan dalam pengendalian sistem dan peralatan komputer serta yang berkaitan dengannya.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya di dalam makmal dan ke atas semua kerja-kerja pengendalian yang telah diaturkan.
     

  2. Membantu menyediakan semua keperluan bagi kerja-kerja penganalisaan / pemeriksaan dan mengemas selepas selesai pengendalian.
     

  3. Membantu menjalankan semua kerja-kerja pemeriksaan dan penganalisaan makmal.
     

  4. Membantu menyelenggara kerja-kerja pembersihan dan pemantauan dalam makmal dan memastikan makmal sentiasa terurus, bersih dan selamat.
     

  5. Mematuhi segala prosedur-prosedur dan panduan bagi keselamatan dan sekuriti di makmal.
     

  6. Mengamal dan mempraktik tata amalan kerja dalam makmal melalui tatacara yang betul.
     

  7. Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

5.

MERINYU KERJA

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

iii)        Mempunyai pengalaman dalam mengawasi kerja-kerja di tapak bina dan pemeliharaan landskap adalah kelebihan.

 

b)         Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dengan baik. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengawasi dan membuat penilaian status kerja-kerja di tapak bina projek lanskap.
     

  2. Melaksanakan setiap tugas yang diperlukan dan memastikan setiap kerja dilakukan mengikut spesifikasi.
     

  3. Mengawasi penggunaan mesin dan peralatan pemeliharaan lanskap.
     

  4. Membuat laporan mengenai perlaksanaan kerja di tapak bina.
     

  5. Menyediakan laporan lengkap untuk dihadapkan ke pihak atasan berhubung dengan pencapaian kerja yang dipertanggungjawabkan.
     

  6. Bertanggungjawab kepada arahan yang diterima dari pihak atasan.

<< Atas

 

 

6.

PEMBERI ISYARAT TINGKAT I

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)                 Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Memberikan perkhidmatan perhubungan diantara kapal-kapal yang menggunakan perairan Brunei dengan Stesen Isyarat.
     

  2. Memberi arahan dan kebenaran bagi kapal-kapal yang melalui terusan Muara dan Kuala Belait.
     

  3. Menerima panggilan kecemasan dan laporan pencemaran di perairan Brunei.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Radio Laut.

 

<< Atas

 

 

7.

POSMEN

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)         Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)         Boleh membaca tulisan Cina adalah kelebihan.

 

d)        Mempunyai lessen memandu Kelas 1 dan 3 yang sah. Mempunyai kelas memandu Kelas 4 keatas adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Mengisih surat-surat dan bungkusan.
     

  2. Membuat penyerahan surat-surat dan bungkusan.
     

  3. Membawa dan menghantar mel-mel surat dan bungkusan di antara pejabat-pejabat pos cawangan di Pusat Memproses Surat dan Bungkusan.
     

  4. Membuat penyerahan surat-surat ke rumah-rumah/peti surat jika dikehendaki bila-bila masa diperlukan termasuk hari-hari kelepasan awam diluar waktu bekerja serta kemana saja diarahkan.

 

<< Atas

 

 

GH8.

PEGAWAI STAF

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam salah satu dari bidang-bidang berikut:

 

·        Forensik (Forensics)

·        Undang-Undang (Law)

·        Psikologi (Psychology)

·        Hubungan Antarabangsa (International Relations)

·        Politik (Politics)

·        Kaunseling (Counseling)

·        Kriminology (Criminology)

·        Teknologi Maklumat (Information Technology)

·        Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)         Pemohon adalah terdiri dari LELAKI sahaja.

 

c)         Berumur tidak lebih dari 30 TAHUN.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi keseluruhan pengurusan yang efisien dan prestasi Jabatan mengikut objektif yang sedia ada.
     

  2. Menjalankan tugas mengenai hal ehwal dan isu-isu yang berkaitan dengan peranan dan fungsi Jabatan.
     

  3. Bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja, disiplin dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.
     

  4. Menyediakan laporan dan analisis yang berkaitan dengan bidang tugas.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diaturkan dan diarahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dari semasa ke semasa.

 

 

NOTA: TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH8 ADALAH PADA  31 JANUARI 2009.

 

<< Atas 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN) 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH8:

 

PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI,

BANGUNAN TUMASEK PLAZA

JALAN TUTONG, BA 1910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

<< Atas