IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 21 JANUARI 2009)

BILANGAN IKLAN: 53/12/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUTERA ELEKTRIK / ELEKTRONIK

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI OPERESEN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENJALAN TRAILER

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PERBANGUNAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

MEKANIK (KENDERAAN)

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

6.

JURULATIH SUKAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

BILANGAN GH.6 DAN GH.7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

PEGAWAI KAJI SELIDIK

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

JURUTERA ELEKTRIK / ELEKTRONIK

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)                Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi Elektronik

                   dan Elektrikal / Elektrik dan Power Engineering; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

                   yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)                Mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang berikut adalah kelebihan:-

 

i)      Pemeliharaan peralatan elektrik, seperti

·                    Standby Generator

·                    Portable Generator

·                    Electric Cooker

·                    Alat Hawa Dingin

·                    Shooting Range System (Peralatan mesin padang tembak)

·                    Lift

 

ii)                Peralatan keselamatan elektronik, seperti

·                    Closed Circuit Television

·                    Luggage X-Rays

·                    Electromagnetic Detection Devices, etc

·                    Public Address System

·                    Fibre Optic Transmission Cables

·                    Digital Electronic and Controls

 

c)       Berpengalaman praktikal dalam litaran elektrik (electrical circuits) bagi bangunan-bangunan, rumah-

          rumah dan gelombang radio adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA ELEKTRIK / ELEKTRONIK:

 

1.       Mengawas kakitangan teknikal, pemeliharaan elektrik dan Peralatan Keselamatan Lapangan Terbang. Menguasai tugas harian dan pemeliharaan elektrik dan peralatan mesin padang tembak, alat hawa dingin, Standby Generator, Portable Generator, Public Address System dan Lif bangunan yang terdapat dalam Pasukan.

 

2.      Tugas di Lapangan Terbang Antarabangsa akan bertanggungjawab dalam pemeliharaan peralatan keselamatan seperti CCTV, X-Ray barang penumpang, pengesan besi.

 

3.         Menguasai pemeliharaan peralatan Pandang Dengar, Alat Pembesar Suara, Alat Perakam Suara. Selain dari itu juga mengusai pemeliharaan Radar Lalulintas, Tumpuan Elektronik dan lain-lain pemeliharaan alat-alat elektrik dan elektronik.

 

<< Atas

 

2.

PEGAWAI OPERESEN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)       i)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penerbangan Awam / Perundangan / Pentadbiran /

                    Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan sebanding dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Pemegang Lesen Juruterbang Perdagangan (Commercial Pilot Licence With Instrument Rating)

         United Kingdom atau negeri yang diiktiraf dan mempunyai type rating bagi kapal terbang

        Jet perdagangan dan jentera. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai ‘Types’

        yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

 

ATAU

 

iii)      Pemegang Lesen Juruterbang Pemeliharaan Kapal Terbang United Kingdom atau negeri

         yang diiktiraf dan mempunyai dua type rating. Keutamaan diberikan kepada mereka

         yang mempunyai types rating yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan

                  atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta

                  telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang

                  dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pembantu Operesen dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Pengurusan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

c)     Mempunyai pengetahuan mengenai dengan peraturan dan undang-undang Penerbangan Awam

        adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI OPERESEN:

 

1.      Melapor diri kepada Ketua Pegawai Operesen.

 

2.      Mengawal perkembangan pembangunan di kawasan Lapangan Terbang dan di sekitarnya.

 

3.     Mengawal pengangkutan barang merbahaya dan senjata api di dalam pesawat terbang yang berdaftar

        di Negara ini.

 

4.     Mengawal kemantapan infrastruktur Lapangan Terbang Antarabangsa [landasan (Runway) laluan

        Landasan (Taxiway ) dan sebagainya].

 

5.     Mengawal keselamatan penerbangan dan operasi yang berhubungkait dengan pergerakan penerbangan.

 

6.     Membantu pemeriksaan penerbangan dan laluan penerbangan.

 

7.     Meneliti permohonan pendaftaran pesawat terbang.

 

8.     Meneliti permohonan Sijil Layak terbang dan pembaharuan Sijil Layak Terbang.

 

9.     Meneliti permohonan “Air Operators Certificate”.

 

10.   Membuat penyiasatan nahas dan insiden udara.


<< Atas

 

3.

PENOLONG PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba Kanan dalam tanggagaji P.3 tidak kurang dari 2 tahun dan lulus Kursus Khas Persediaan Penolong Pegawai Balai dan lulus ujian ketahanan serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

 

b)      Pemohon-pemohon di para a (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

i)        Umur                         -      Diantara 18 tahun hingga 26 tahun

 

ii)       Tinggi dan berat badan -      Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

                                                             -      Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi

                                                                    55 kg.

 

iii)      Dada                          -      Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak

                                                  ditarik nafas (biasa).  

 

iv)       Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin  semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

 

v)         Pendengaran biasa dan tidak cacat.

 

vi)       Lulus dalam ujian bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6

         tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5.

 

vii)       Tidak buta warna.

 

viii)    Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai perubatan yang dibenarkan.

 

ix)               Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.

 

x)     Ujian

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

                              

CARA-CARA MEMOHON:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI BALAI:

 

1.       Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000)

          Penggal 82 dari masa ke semasa.

 

2.     Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat

        (Pindaan 2000) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan Kuasa-Kuasa.

 

3.    Jika ditugaskan di bahagian operasi, berperanan selaku Komander/Timbalan Komander yang bertanggung

       jawab keatas penyusunan dan pentadbiran anggota dan aset di bawah jagaannya.

 

4.    Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan aset kerajaan ke arah yang lebih

       berkesan dan teratur didalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.

 

5.    Memastikan kecekapan Anggota bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat ke arah lebih berkesan.

 

6.   Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi

      dan menyelamat.

 

7.   Mengetahui station ground mengenai tempat-tempat strategik bagi persediaan tindakan melawan kebakaran

      dan apa-apa jua bentuk kecemasan.

 

8. Menjalankan station routine mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasa

    masing-masing.

 

9.  Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

10. Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.

 

11. Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.

 

12. Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.

 

13. Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.

 

14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

<< Atas

 

4.

PENJALAN TRAILER

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PERBANGUNAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)          BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan (ND) dalam bidang teknikal yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan menjalan Trailer (lowbed dan highbed) dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Mempunyai lesen memandu kelas 2 dan 11 yang sah.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJALAN TRAILER:

 

1.         Memandu trailer ‘Highbed’ dan ‘Lowbed’ dengan selamat dengan mematuhi peraturan Jalan Raya.

 

2.         Memastikan kenderaan berkenaan baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya.

 

3.         Menjaga kebersihan trailer dan prime mover.

 

4.         Melapor kerosakan kepada pengawas-pengawas yang dipertanggungjawabkan.

 

5.         Melatih pemandu-pemandu Jabatan Kerajaan untuk mendapatkan lesen Kelas 2 dan 11.

 

6.         Membantu Pengawas untuk menyediakan tugas-tugas perjalanan harian.

<< Atas

 

5.

MEKANIK (KENDERAAN)

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)        i)   BTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Motor Vehicle Mechanic atau kelulusan sebanding.

 

                   Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

                                                ATAU

 

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan atau swasta dalam bidang kerja mekanik membaiki kenderaan

       tidak kurang dari 5 tahun.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)         Boleh membuat laporan kerosakan dan mendapatkan alat ganti.

<< Atas

 

 

GH.6

JURULATIH SUKAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURULATIH SUKAN:

 

1.         Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:

i)     Mengetuai Unit Kejurulatihan Sukan atau Unit Pembangunan Sukan.

ii)    Merancang dan menyelaras projek-projek sukan diperingkat remaja termasuk skim bakat sukan.

iii)  Menyelaras dan melaksanakan kejohanan-kejohanan sukan di setiap peringkat, sebagai satu cara

      untuk meningkatkan minat dan prestasi di kalangan penuntut dan penggiat sukan.

iv) Menyusun dan menyediakan program kejurulatihan serta melaksanakan, mengerah tenaga Jurulatih

     / Pembantu / Penolong Jurulatih bagi memajukan progra

a)    Pembangunan sukan elit

b)    Pembangunan sukan remaja

v)    Menganalisa prestasi dan latihan sukan guna bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap atlet.

vi)   Menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan.

vii)  Merancang program mempelbagaikan sumber hasil Jabatan.

 

2.         Terlibat dalam jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

3.         Menerima arahan dari Pegawai atasan.

4.         Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

5.        Walaubagaimanapun jawatan Jurulatih Sukan lebih mengutamakan kepada Exercise dan Fitness Programme di mana sukan adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab jawatan ini.


<< Atas

 

 

GH.7

PEGAWAI KAJI SELIDIK

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Politik / Perhubungan Antarabangsa / Undang-Undang atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)        Mengetahui peraturan-peraturan am Kerajaan, hal ehwal semasa khusus dalam bidang politik, hubungan antarabangsa dan dasar-dasar Kerajaan termasuk bidang pertahanan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAJI SELIDIK:

 

1.      Membuat penyelidikan dan menganalisa mengenai isu-isu dan perkara-perkara tertentu baik yang berhubungkait dengan ekonomi, saintifik, ketenteraan, sosial, kebudayaan mahupun politik dalam dan luar negara.

 

2.       Menghadapkan isu-isu dan memberi pandangan melalui penyediaan laporan kepada pengguna-pengguna mengenai perkara-perkara dan isu-isu semasa yang berbangkit baik dari dalam atau luar negara.

 

3.        Menyediakan maklumat dan analisa sebagai persediaan pegawai-pegawai kanan pertahanan dan tentera sebelum menerima kunjungan biodata, isu-isu kerjasama dua-hala, dan isu-isu kepentingan bersama sebagai panduan perbincangan.

 

4.         Lain-lain kerja yang diarahkan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN) 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH.6 DAN GH.7:

 

PENGARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

(UP: BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 << Atas