IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 14 JANUARI 2009)

BILANGAN IKLAN: 52/12/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PENGAWAS PEMELIHARAAN BANGUNAN-BANGUNAN

JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

MERINYU PEMASANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

3.

 

PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

4.

 

ATENDAN SWITCHBOARD

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

 

PENOLONG ATENDAN SWITCHBOARD

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

6.

 

ATENDAN ALATAN PEMBANTU

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB.3 ($650 - $1,125 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

7.

 

PEMBANTU ARKIB TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

 

8.

 

PENGATUR HURUF TINGKAT III

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

GH.9

 

PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

  GH9 & GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

GH10.

 

PEGAWAI EKONOMI (POLICY)

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                     

 

 

1.

 

PENGAWAS PEMELIHARAAN BANGUNAN-BANGUNAN

JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian;

        atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

  

        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU
 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan pemeliharaan bangunan dalam
      tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji
  C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan
      telah ditetapkan dalam jawatan.


   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan bagi mengawasi Bangunan Dewan Majlis.
     

  2. Bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas pemeliharaan Bangunan Dewan Majlis dan Persekitaran kawasannya terlaksana dengan baik dan teratur.
     

  3. Memastikan semua keperluan sistem tenaga elektrik, hawa dingin, lif, air, telepon, pembentungan dan saliran air serta peralatan yang berhubungkait dengannya sentiasa terpelihara dan berfungsi dengan baik.
     

  4. Memastikan kawasan dalam bangunan dan persekitarannya sentiasa dalam keadaan bersih dan mewujudkan suasana bekerja yang menarik.
     

  5. Memastikan semua harta benda termasuk mesin, perabot, peralatan, papan tanda, tanam-tanaman dan seumpamanya yang terdapat di dewan, bilik-bilik mesyuarat, di dalam dan luar bangunan selain dari barang-barang stor dikendalikan oleh penyelenggara stor adalah sentiasa terpelihara, selamat, teratur dan berfungsi dalam keadaan baik.
     

  6. Memantau dan membuat laporan kerosakan-kerosakan pada bangunan dan peralatan-peralatan secara berterusan dan menghadapkan cadangan pembaikan kepada Ketua Jabatan dan pegawai atasan.
     

  7. Mengawas dan membuat pemeriksaan berkala ke atas projek-projek pembaikan dan pemeliharaan Bangunan Dewan Majlis yang telah diluluskan.
     

  8. Mendapatkan sebutharga bagi kerja-kerja pembaikan dan pemeliharaan dan lain-lain yang telah diberi kebenaran.
     

  9. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

MERINYU PEMASANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

                                                                                         

              Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Merinyu Pemasangan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja menyelia, memeriksa dan menguji alat-alat  kelengkapan elektrik yang dipasang dan peraturan-peraturan pendawai IEE atau aspek keselamatan atau lain-lain adalah kelebihan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Memastikan kesesuaian kedudukan Bangunan yang akan dibina, tempat bekalan boleh diambil dan sebagainya (site plan approval).
     

  2. Memastikan single line diagram dan electrical layout drawing mengikut / dibuat berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
     

  3. Membantu Jurutera dalam perancangan Projek di Daerah Temburong.
     

  4. Mengetuai dan mengawasi pegawai-pegawai di Bahagian Pembaca Meter dan Lejar.
     

  5. Membantu Ketua Sub Unit Pemotongan mengawasi krew pemotongan.
     

  6. Menyediakan laporan segera pemotongan kepada Ketua Sub Unit tentang hasil kerja-kerja harian pemotongan.
     

  7. Membuat survey dan melukis peta lakaran, mengenai bacaan Amperes & Voltage Loading di Stesen Kecil Elektrik dan membuat laporan ringkas bagi permohonan bekalan elektrik bagi rumah / bangunan persendirian / Kerajaan untuk memastikan dari mana punca bekalan elektrik akan diambil.
     

  8. Memberi laporan bagi permohonan bekalan elektrik yang memerlukan kerja-kerja penambahan kawat  atas voltan rendah atau pun mini-feeder pillar.
     

  9. Menyelia penyerahan kerja-kerja pemeliharaan Sekolah-Sekolah dan Rumah-Rumah Kerajaan.
     

  10. Menaikkan kabel ke tiang Overhead lines.
     

  11. Membuat pengujian ke atas pendawaian pelanggan.

 

<< Atas

 

 

3.

PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau

      kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

      Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan-jawatan berkaitan dalam  tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:-

  1. Mengawas kakitangan di unit masing-masing.

  2. Menyediakan jadual tugas harian dan rancangan kerja kakitangan bawahan.

  3. Mengadakan pemeriksaan rapi harian dan menyediakan laporan-laporan teknikal mengenai dengan pemeliharaan, pemulihan baikan dan pencegahan kerosakan.

  4. Melaksanakan tugas-tugas pemeliharaan dan pembaikan kerosakan serta memberi tunjuk ajar kerja pemeliharaan kepada kakitangan.

  5. Memelihara dan mengendalikan peralatan-peralatan teknikal yang berkenaan.

  6. Mengawasi kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang terpilih. Perlaksanaan tugas-tugas pada hari-hari kelepasan dan di luar waktu bekerja.

  1. Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

  

<< Atas

 

 

4.

ATENDAN SWITCHBOARD

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i.   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Atendan Switchboard tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Mempunyai kebolehan dalam mengawas kakitangan di bawah jagaannya dan mempunyai kecekapan dalam membuat laporan harian serta berkebolehan dalam mencari menyelaraskan masalah-masalah jentera.
     

  3. Pernah mengikuti dan lulus kursus singkat di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal dalam peringkat Pertama (I) dan Kedua (II).
     

  4. Pemohon-pemohon hendaklah terdiri dari pekerja-pekerja shift-duty di Janakuasa Cawangan Lumut  atau Belingus Temburong.

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada ‘shift-in-charge’dalam mengendalikan dan menguasai switchboard stesen janakuasa dan penyelarasan.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan kakitangan di bawah jagaannya keselamatan kerja dan alatan jentera janakuasa.
     

  3. Akan diarahkan bekerja bergilir-gilir (shift-duty) sama ada di Janakuasa Cawangan Gadong Lumut atau Belingus Temburong.

 

<< Atas

 

 

5.

PENOLONG ATENDAN SWITCHBOARD

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i.   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau
            
kelulusan sebanding.

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau  kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian

 

   Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang   dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dalam bidang berikut:-

  1. Operation Gas Turbine atau Disel Engine.

  2. Pengendalian Janakuasa 11 KV dan switchgear talian rendah.

  3. Penyelarasan jentera-jentera pengeluaran voltage 11 KV dengan jentera-jentera pengeluaran mana-mana stesen.

 

Pemohon-pemohon hendaklah terdiri dari pekerja-pekerja shift-duty yang bertugas sama ada Janakuasa Cawangan Gadong, Lumut atau Belingus Temburong.

 

b) Pernah mengikuti dan lulus kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik jangka

pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal peringkat pertama dan kedua adalah keutamaan.

 

  

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Akan diarahkan bekerja bergilir-gilir (shift-duty) dibawah pengawasan ‘Shift-charge’ sama ada di Janakuasa Cawangan Gadong, Lumut atau Belingus Temburong.
     

  2. Bertanggungjawab dalam pengendalian operasi Gas Turbine Disel Engine.

 

<< Atas

 

 

6.

ATENDAN ALATAN PEMBANTU

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB.3 ($650 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.     i 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau  kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dalam bidang operasi pemeliharaan Gas Turbine atau Engine Disel.

 

  1. Pernah mengikuti kursus dan lulus kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan  jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal peringkat pertama, atau pernah mengikuti kursus jangka pendek operasi/pemeliharaan Gas Turbine/Disel Engine yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dengan mendapat laporan / keputusan yang memuaskan adalah kelebihan.

  

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Pemohon-pemohon yang berjaya akan mengawasi dan mengendalikan alatan pembantu Janakuasa atau alatan penjanaan yang lainnya.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan, pemeliharaan operasi atau alatan-alatan ganti Gas Turbine atau Disel Engine berkenaan.
     

  3. Calon-calon yang berjaya hendaklah bersedia berkhidmat secara shift duty di Janakuasa Cawangan Gadong, Lumut atau Belingus, Temburong.  Keutamaan akan diberikan kepada pekerja-pekerja shift.

 

<< Atas

 

 

7.

PEMBANTU ARKIB TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta   boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Jabatan dalam memastikan kelicinan perjalanan Bahagian Failing dan Rekod.
     

  2. Bertanggungjawa terhadap perancangan dan pemeliharaan indeks dan sistem failing.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

<< Atas

 

 

8.

PENGATUR HURUF TINGKAT III

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.1-2 EB.3-4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.        i.    4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau
                
   kelulusan sebanding.

 

                    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai Sijil Menaip Peringkat Permulaan dan boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik adalah kelebihan.
     

  2. Pernah menjalani Latihan Perantis sebagai Pengatur Huruf dengan sebuah badan latihan yang iktiraf adalah kelebihan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan, sebagai tenaga pelatih (trainee) dalam mengendalikan mesin atur huruf.
     

  2. Membuat kerja-kerja atur huruf dari peringkat awal hingga akhir menurut semakan yang dibuat, sebelum dihantar untuk dicetak.
     

  3. Menulis artikel kreatif atau non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan jabatan.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

GH9.

PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik / Ekonomi atau sebanding dan sekurang-kurangnya menghadiri kursus khas dalam bidang perangkaan selama satu tahun.

 


ATAU
 

  1. Mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang perangkaan misalnya sebagai ahli AMIS (Associate Member of Institute of Statistician).

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengetuai satu Seksyen atau Unit di Jabatan Perangkaan.
     

  2. Melaksanakan pelan kerja Seksyen / Unit mengikut jadual yang dirancangkan.
     

  3. Membuat pembahagian tugas kepada kakitangan bawahan.
     

  4. Mengawasi perlaksanaan tugas / aktiviti dan memastikan kerja yang dirancangkan siap mengikut tarikh sasaran.
     

  5. Menyediakan data, membuat penganalisaan dan menyediakan laporan bagi bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan.
     

  6. Memantau perkembangan terkini dalam bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan diperingkat serantau dan antarabangsa.
     

  7. Menghadiri program latihan yang diaturkan dalam dan luar negeri.
     

  8. Menyediakan laporan perkembangan kerja bagi bidang yang dipertanggungjawabkan dari semasa ke semasa.
     

  9. Memberikan taklimat atau mengadakan jerayawara kepada para pengguna mengenai bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan.
     

  10. Menyelaraskan pertanyaan dan permohonan data mengenai bidang yang dipertanggungjawabkan dari para pengguna.
     

  11. Mengendalikan tugas tertentu secara ‘ad hoc’ mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai atasan.

    << Atas

 

 

GH10.

PEGAWAI EKONOMI (POLICY)

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi/Dasar/Pengurusan Projek/Pentadbiran/Pengurusan   Perniagaan/ Sain Kemasyarakat; atau kelulusan professional yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

        Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan berpengalaman kerja dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek atau Pengurusan Perniagaan.

  

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menjalankan penyelidikan dengan matlamat untuk memajukan dan mencadangkan strategi perancangan  dan dasar-dasar ekonomi yang optima.
     

  2. Membantu dalam hal-hal yang berhubungan dengan persediaan, penyelarasan, perlaksanaan dan pengubahan dasar-dasar ekonomi Negara.
     

  3. Mengikuti perlaksanaan dan perkembangan dasar-dasar social-ekonomi selaras dengan matlamat dan sasaran jangka pendek dan jangka panjang serta menyediakan laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Pegawai Kanan.
     

  4. Membuat penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan dasar-dasar perancangan dan kemajuan  social-ekonomi.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8:

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN) 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH 9 & GH10

 

 

SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGAMBILAN,

KAKITANGAN JPKE,

JABATAN PENTADBIRAN & ICT

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN BA1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM