IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 30 SEPTEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 36/09/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

BAHAGIAN PERKEMBANGAN SUMBER TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

27

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5  ( $1,990 - $2,970 SEBULAN )

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PEMBANTU STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

5.

PENGHANTAR SAMAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

MERBUT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

4

BILANGAN 6

&

CARA PERMOHONAN

 

GH7.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

BILANGAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

  

 

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

BAHAGIAN PERKEMBANGAN SUMBER TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perkembangan Sumber Tenaga Manusia atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang TESL / Science / Mathematics Pendidikan Rendah atau mempunyai kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama adalah kelebihan.

  1. Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
     

  2. Mempunyai kelulusan dalam IELTS (Band 6.5 ke atas) atau mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding adalah kelebihan.
     

  3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  4. Boleh menyediakan kertas kerja yang dipertanggungjawabkan dan menyampaikan dengan baik dan berkesan.
     

  5. Pernah menyediakan kajian dan pemantauan projek adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 
  1. Menyelenggara dan mengendalikan pakej-pakej Program Latihan Profesional serta menyelaras program kongsisama tenaga pengajar / pegawai-pegawai / kakitangan seperti seminar, bengkel, persidangan, sesi kongsisama dan lain-lain.
     

  2. Membantu merancang dan mengendalikan program pengurusan bakat (talent management) pegawai-pegawai dan guru-guru.
     

  3. Menyelaras projek kerjasama dengan agensi-agensi atau institusi-institusi latihan dalam dan luar negeri.
     

  4. Melaksanakan dan menyediakan analisa keperluan latihan sumber tenaga manusia, Kementerian Pendidikan Brunei.
     

  5. Mengumpul data dan maklumat pegawai, kakitangan dan guru yang diperlukan bagi memantau di dalam penggubalan dasar dan perancangan.
     

  6. Meneliti, Menyelia dan memantau pelaksanaan perancangan perkembangan sumber tenaga manusia serta menyediakan cadangan ke arah pembaikan dan seterusnya menilai keberkesanan program berkenaan bagi meningkatkan kualiti dan kapasiti warga kerja Kementerian Pendidikan.
     

  7. Menyediakan laporan tahunan mengenai program-program latihan dan perkembangan sumber tenaga manusia Kementerian Pendidikan.
     

  8. Sebarang tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengarah atau Pegawai atasan Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia.

<< Atas 

 

2.

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)         i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

                         Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Balai tidak kurang dari 3 tahun dan lulus Kursus Khas Timbalan Pegawai Balai (E1).

 


LAIN-LAIN SYARAT:    
 

  1. Pemohon-pemohon di para a(i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Mestilah lulus dalam peperiksaan bertulis dan ujian praktikal.

  2. Dikehendaki untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Kadet Bomba.

  1. Kelayakan Tambahan:

  1. Umur           -         Tidak lebih dari 28 tahun
     

  2. Tinggi           -         Sekurang-kurangnya 5’4’ (1.63m) bagi lelaki  dan 5’ bagi perempuan
     

  3. Bagi pemohon perempuan hendaklah belum berkahwin.
     

  4. Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.
     

  5. Ujian
    Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Penggal 83 dari masa ke semasa.
     

  2. Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan Kuasa-kuasa.
     

  3. Jika ditugaskan di bahagian operasi, berperanan selaku Pegawai Mengetuai Pasukan / Timbalan Pegawai Mengetuai Pasukan yang bertanggungjawab ke atas penyusunan dan pentadbiran anggota dan asset di bawah jagaannya.
     

  4. Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan asset kerajaan ke arah yang berkesan dan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.
     

  5. Memastikan kecekapan anggota bertugas dalam bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat ke arah lebih berkesan.
     

  6. Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi dan menyelamat.
     

  7. Mengetahui “station ground” mengikut tempat-tempat stragetic bagi persediaan tindakan melawan kebakaran dan apa-apa jua bentuk kecemasan.
     

  8. Menjalankan “station routine” mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasan masing-masing.
     

  9. Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari masa ke semasa.
     

  10. Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.
     

  11. Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.
     

  12. Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.
     

  13. Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.
     

  14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG:

 

Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

 

[Semasa bulan Ramadhan, waktu menghantar borang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang (semasa waktu bekerja)]

 

CARA-CARA MEMOHON:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 

<< Atas
 

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5  ( $1,990 - $2,970 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.       i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar / Kejuruteraan Awam atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam menyelaras dan mengurus perlaksanaan tugas-tugas yang berkaitan dengan perancangan, pengurusan, perlaksanaan, pemantauan dan pengawalan projek-projek dan hal ehwal yang berhubungkait dengan alam sekitar.
     

  2. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam menyediakan dokumen-dokumen kontrek (yang antara lain termasuk menyediakan spesifikasi, lukisan teknikal, anggaran harga projek, Bill of Quantities dan sebagainya) samaada secara tawaran atau sebutharga untuk projek-projek yang berhubungkait dengan alam sekitar.
     

  3. Membantu Pegawai Alam Sekitar mengawalselia projek-projek yang berhubungkait dengan alam sekitar, yang antara lain, termasuk pemantauan kemajuan fisikal dan kewangan dan perlaksanaan pembayaran projek-projek berkenaan.
     

  4. Membantu Pegawai Alam Sekitar menyediakan dan mengemaskini maklumat-maklumat yang berhubungkait dengan perlaksanaan projek-projek alam sekitar yang diungkayahkan dibawah perbelanjaan Jabatan atau Rancangan Kemajuan Negara.
     

  5. Membuat laporan teknikal mengenai dengan masalah-masalah atau aduan-aduan atau isu-isu yang berhubungkait dengan unsur-unsur pencemaran tanah, udara dan air.
     

  6. Mengendalikan pemantauan bagi unsur-unsur pencemaran tanah, udara dan air untuk tujuan pengumpulan data, penganalisaan, perancangan, memberikan khidmat nasihat dan sebagainya.
     

  7. Membantu Pegawai Alam Sekitar didalam melaksanakan penguatkuasaan akta dan peraturan alam sekitar atau mana-mana akta dan peraturan yang berhubungkait dengan kebersihan alam sekitar.
     

  8. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam mengendalikan dan melaksanakan program-program kesedaran awam perihal alam sekitar.
     

  9. Membantu Pegawai Alam Sekitar dala pengurusan dan pentadbiran am harian bagi pegawai dan kaitangan dibawah jagaannya.
     

  10. Mengendalikan dan melaksanakan arahan dan tugas-tugas yang diberikan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

4.

PEMBANTU STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.   i.         BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Ketua dalam hal-hal berikut:-

  1. Pengawasan dan pentadbiran kompleks-kompleks sukan termasuk penyeliaan kompleks dan menyediakan peraturan-peraturan umum penggunaan kompleks.

  2. Menerima tempahan dan jadual penggunaan Kemudahan Sukan.

  3. Mengawasi dan mempastikan Kutipan Hasil dilaksanakan dengan betul dan teratur.

  4. Mempastikan keselamatan dan pemeliharaan kompleks dan kemudahannya sebelum, semasa dan selepas penggunaannya.

  5. Menyediakan dan mengumpul data dan maklumat bagi keperluan laporan bulanan dan tahunan.

  6. Membuat rondaan disekitar kompleks dan menyerahkan laporan sebarang kejadian.

  7. Membuat cadangan keperluan dan kemajuan kompleks.

  8. Menyelaras rancangan kegiatan kompleks dan kemudahan menurut keperluan peraturan dan penggiat sukan.

  1. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari Pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 << Atas
 

 

5.

PENGHANTAR SAMAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.        i.      Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB), atau kelulusan sebanding.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang bersesuaian.

 ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan penguatkuasaan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai lesen memandu Kelas 3 yang sah.
     

  2. Pengalaman dalam bidang penguatkuasaan undang-undang adalah keutamaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menghantar surat-surat kenyataan kepada yang berkenaan mengenai dengan tuntutan, dokumen, notis dan lain-lain.
     

  2. Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan.
     

  3. Melaksanakan arahan-arahan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

6.

MERBUT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB), atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Hendaklah berumur tidak kurang dari 20 tahun.
     

  2. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang berikut:-

  1. Membaca dan menulis jawi.

  2. Membaca Al-Quran.

  3. Menyempurnakan Jenazah.

  4. Membaca tahlil dan doa.

  5. Menyampaikan azan dan qamat.

  6. Tahu hukum-hukum bersuci dan sembahyang.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Merbut bolehlah diaturkan untuk menyempurnakan Azan, Iqamah, Takzir dan tarhim kecuali pada Fardhu Jumaat dan Hari Raya.
     

  2. Menjadi Pembantu kepada Imam dalam semua urusan berhubung dengan Masjid seperti berikut:-

  1. Menjaga dan memelihara keselamatan dan kebersihan bangunan masjid-masjid.

  2. Menjaga dan memelihara harta benda di dalam dan luar masjid.

  1. Menyempurnakan jenazah yang berada di dalam mukim masjid ditempatnya bertugas seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, membaca talkin dan bertahlil.
     

  2. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

GH7.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains/Sains Makmal dan Pengurusan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

     

  2. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan makmal sains / veterinary adalah kelebihan.
     

  3. Berkemahiran dalam pengendalian dan pemeliharaan peralatan-peralatan makmal serta teknik-teknik pemeriksaan / penganalisaan makmal adalah kelebihan.
     

  4. Berkebolehan mengendalikan peralatan / peralatan berkomputer dan mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan pengurusan perkhidmatan  makmal sains / pertanian / veterinary / kimia.
     

  2. Mengawas dan menyediakan perancangan organisasi kerja bagi staf makmal.
     

  3. Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran makmal termasuk kawalan stok barang makmal, permohonan, pembelian dan penerimaan perbekalan.
     

  4. Mekalsanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penganalisaan serta menentukan teknik-teknik pemeriksaan dan penganalisaan yang bersesuaian.
     

  5. Menyediakan laporan hasil keputusan pemeriksaan / penganalisaan makmal termasuk laporan bulanan, suku dan tahunan.
     

  6. Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal dan mempastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi.
     

  7. Melatih staf makmal dalam bidang teknologi makmal yang bersesuaian.
     

  8. Melaksanakan kerja-kerja dalam memajukan sesuatu metod atau teknik penganalisaan.
     

  9. Menerima dan melaksanakan tugas atau lain-lain arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 6

 

 

  UNIT PENGURUSAN KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 7

 

PENGARAH PERTANIAN

IBU PEJABAT

JABATAN PERTANIAN

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas