IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 29 JULAI 2009)

BILANGAN IKLAN: 27/07/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUTERA HOSPITAL

JABATAN DASAR DAN PERANCANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURULATIH SUKAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

JURUTERA TELEKOM PENERBANGAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PENGUASA BOMBA DAN PENYELAMAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENOLONG KANAK-KANAK CACAT TERLATIH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                              

 

 

 

 

1.

JURUTERA HOSPITAL

JABATAN DASAR DAN PERANCANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pekhidmatan Bangunan / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrikal / Juru Ukur Bahan / Arkitek atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Jurutera Kanan Hospital dalam penyeliaan perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan dan bangunan hospital termasuk pengurusan dan pengawasan kakitangan, penyusunan kerja-kerja pemeliharaan dan pengendalian keseluruhan aktiviti-aktiviti kerja perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan dan bangunan.
     

  2. Menyediakan perancangan, perangkaan, kajian, penyelidikan dan anggaran perbelanjaan terhadap cadangan-cadangan dan keperluan-keperluan bagi kerja-kerja tambahan, pengubahsuaian dan kerja-kerja baru, dan seterusnya mengawas perlaksanaan cadangan-cadangan itu.
     

  3. Menghadapkan kepada Jurutera Kanan Hospital laporan-laporan dari semasa ke semasa mengenai dengan perkembangan dan kemajuan kerja-kerja.

 

 <<Atas
 

 

2.

JURULATIH SUKAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)      TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

b)                 TANGGAGAJI B.2:

 

i)                   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

         

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:

  1. Mengetuai Unit Kejurulatihan Sukan atau Unit Pembangunan Sukan.

  2. Merancang dan menyelaras projek-projek sukan diperingkat remaja termasuk skim bakat sukan.

  3. Menyelaras dan melaksanakan kejohanan-kejohanan sukan di setiap peringkat, sebagai satu cara untuk meningkatkan minat dan prestasi di kalangan penuntut dan penggiat sukan.

  4. Menyusun dan menyediakan program kejurulatihan serta melaksanakan, mengerah tenaga Jurulatih / Pembantu / Penolong Jurulatih bagi memajukan program.

  1. Pembangunan sukan elit

  2. Pembangunan sukan remaja

  1. Menganalisa prestasi dan latihan sukan guna bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap atlet.

  2. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan.

  3. Merancang program mempelbagaikan sumber hasil Jabatan.

  1. Terlibat dalam jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari Pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.
     

  4. Walaubagaimanapun jawatan Jurulatih Sukan lebih mengutamakan kepada Exercise dan Fitness Programme di mana sukan adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab jawatan ini.

 

  <<Atas

 

 

3.

JURUTERA TELEKOM PENERBANGAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

Kelayakan MINIMUM

 

1.          a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / Komputer atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama. 

 

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

 

 b)       TANGGAGAJI B.2: 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / komputer atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Teknik dalam tanggagaji C.3 di tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Pernah mengikuti latihan pemeliharaan / penyelenggaraan terhadap “Specialist Equipments” Lapangan Terbang seperti ATC Primary and Secondary Radar/ATM, Meteorological Radar, Transmitter & Receivers, Instrument Landing System dan lain-lain lagi.

 ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 yang berkaitan dengan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Elektronik dan Komunikasi / Telekomunikasi / komputer atau bidang bersesuaian tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap, jujur dan penuh amanah serta pemedulian terhadap semua lapisan pegawai/kakitangan di Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan.
     

  2. Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pegawai Telekom Penerbagan terhadap “Operation & Maintenance Management” dan “Development & Support Management”.
     

  3. Merancang, Mengurus, Mengawal dan menggerak pentadbiran di Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan seperti menghadapkan rancangan dan anggaran belanjawan, rancangan latihan, rancangan pengambilan kakitangan baru, rancangan mengenai projek-projek pemasangan baru bagi peralatan/sistem, mengawal dan memastikan harta benda Kerajaan digunakan dengan betul, memastikan peraturan-peraturan keselamatan bagi kegunaan teknisyen-teknisyen di Unit-Kecil berkenaan sentiasa dikaji secara terperinci dan dipatuhi dengan sempurna dan pembekalan alatganti dan sebagainya adalah mencukupi bagi melicinkan perkhidmatan yang diberikan dan menepati kehendak piawaian Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam “ICAO” – ANNEX 10” dan yang berkaitan dengannya.
     

  4. Bersedia mewakili jabatan bagi menghadiri bersama-sama ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi pemilihan calon-calon yang berpotensi dan layak untuk memenuhi jawatan kosong.
     

  5. Sentiasa memastikan taraf pengendalian, pemeliharaan dan penyenggaraan yang dilaksanakan di Unit-Kecil berkenaan di Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan adalah menepati dan memuaskan. Sehubungan dengan itu juga “maintenance procedures” dan maintenance year planner bagi peralatan/sistem juga perlu dihadapkan kepada Ketua Pegawai Telekom Penerbangan.
     

  6. Menyelaras dan menghadapkan laporan pemeriksaan penerbangan berkala terhadap peralatan Pemaliman dan bantuan pendekatan yang dilaksanakan oleh kumpulan Tentukuran Penerbangan dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia bagi memenuhi dan menepati taraf antarabangsa dan perlaksanaan yang disyorkan kepada pihak berkenaan.
     

  7. Bertanggungjawab bagi pengesahan, pengakuan terhadap peralatan / sistem baru di Unit-Kecil berkenaan bagi memenuhi kehendak tawaran spesifikasi dan keperluan pengguna-pengguna di Jabatan Penerbangan Awam.
     

  8. Menghadapkan laporan tahunan bagi kegiatan-kegiatan yang berlaku di sepanjang tahun di Unit-Kecil berkenaan kepada Ketua Pegawai Telekom Penerbangan.
     

  9. Berhubung rapat dengan Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam (ICAO), Jabatan Telekom dan Jabatan-Jabatan yang ada hubung kait dengan Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan khususnya dan Jabatan Penerbangan Awam amnya.
     

  10. Melaksanakan apa juga tugas-tugas tambahan jika diperlukan oleh bahagian khususnya dan Jabatan amnya.

 <<Atas

 

 

4.

PENOLONG PENGUASA BOMBA DAN PENYELAMAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.          a.        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam salah satu bidang berikut;

 

·         Civil Engineering

·         Computing

·         Construction Engineering dan Management

·         Electrical and Electronic Engineering

·         Information Technology

·         Mechanical Engineering

·         Automotive Engineering

·         Marine Engineering

 

Kelulusan lebih tinggi dalam salah satu bidang tersebut diatas adalah kelebihan.

 

  b.       Pemohon-pemohon di para a) i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
 

i.  Umur - Diantara 18 tahun hingga 26 tahun
ii.  Tinggi dan berat Badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg
iii.   Dada - Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
      Bagi lelaki : Sekurang-kurang 34’’ (86cm)Apabila tidak ditarik nafas (biasa)
  1. Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin  semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
     

  2. Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan.
     

  3. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5.
     

  4. Tidak buta warna dan tidak cacat pendengaran.
     

  5. Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi / kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.
     

  6. Ujian
    Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

ATAU

 

2.          a.   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 5
                   tahun dan lulus ujian kefahaman fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari
                   semasa ke semasa.
 

  1. Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Penggal 83 dari semasa ke semasa.
     

  2. Bertanggungjawab selaku ketua bahagian / unit dan bertanggungjawab ke atas segala pengurusan, pentadbiran, laithan-latihan dan keanggotaan di bawah jagaannya.

  1. Menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan disepanjang tahun.
     

  2. Merangka perkembangan projek serta aktiviti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.
     

  3. Menyediakan permohonan peruntukan bagi bahagian/unitnya.

  1. Jika ditugaskan di bahagian operasi berperanan selaku Pegawai Mengetuai Balai (Stesen Komander) di Cawangan Operasi yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut: 

  1. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tatatertib di tahap yang tinggi, cekap dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
     

  2. Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap yang tinggi.
     

  3. Mencadangkan dan memastikan latihan-latihan operasi bagi keanggotaan dijalankan di Balai dan juga di kawasan Zon Operasi bawah jagaan.
     

  4. Mengetahui zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan pelan tindakan operasi (Standard Operating Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.
     

  5. Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan bangunan yang di bawah jagaan khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.
     

  6. Mengetuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan sebelum kehadiran pegawai atasan.
     

  7. Memastikan jentera-jentera Bomba dan perkakas-perkakas serta peralatan kebombaan sentiasa berfungsi dan dapat digunakan bila-bila masa terutama sekali semasa tindakan operasi kecemasan.
     

  8. Menjaga dan memastikan balai serta aset-aset balai di bawah jagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
     

  9. Memantau dan memastikan pili-pili bomba di bawah jagaan zon operasi sentiasa dalam keadaan beroperasi dan teratur.
     

  10. Menyediakan dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
     

  11. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

TARIKH PENGAMBILAN DAN TEMPAT MENGHANTAR BORANG BAGI BILANGAN 4:

 

Tarikh pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 8 Julai, 2009 hingga 29 Julai, 2009 (selama 3 minggu) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Masa pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

 

CARA-CARA MEMOHON:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 

 <<Atas

 

5.

PENOLONG KANAK-KANAK CACAT TERLATIH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Jururawat dalam tanggagaji M.4 EB.5 atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji M.4 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)       Memperolehi latihan-latihan mengenai dengan kanak-kanak cacat (special needs children) adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaporkan kepada Ketua Kumpulan Bermain dan juga mengawas serta menyelaras pembantu-pembantunya.
     

  2. Membantu penilaian berkala mengenai kemajuan kanak-kanak tersebut dan melaporkannya kepada Pegawai Perubatan Paediatrik Kemasyarakatan.
     

  3. Membuat lawatan-lawatan ke rumah kanak-kanak yang tidak hadir ke Kumpulan Bermain bagi kanak-kanak berkeperluan khas bagi 3 sesi berturut-turut tanpa makluman.
     

  4. Bekerja dengan kanak-kanak di dalam Kumpulan Bermain dalam program-program yang sesuai dengan tujuan untuk memperbaiki kemahiran berdikari (self help) dan berkebolehan fizikal kanak-kanak tersebut, seperti yang diarahkan oleh Ketua Kumpulan Bermain.
     

  5. Mengendalikan kecederaan-kecederaan dan penyakit-penyakit ringan dan boleh memberi pertolongan cemas dan membawa kanak-kanak tersebut kepada perhatian Pegawai Perubatan.
     

  6. Memberi program-program rumah yang sesuai untuk anak tersebut kepada ibunya. Berbincang dengan ibu anak tersebut dan memberikan kefahaman tentang keperluan dan masalah-masalah dan cara-cara pengurusan anak tersebut di rumah, diatas arahan Ketua Kumpulan Bermain.
     

  7. Berhubung dengan pekerja sosial mengenai apa jua kes-kes yang bermasalah.

 

<<Atas


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas