IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 28 OKTOBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 40/10/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PENGANALISA SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

JURUTERA SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 

3.

 

PEGAWAI PERHUTANAN

JABATAN PERHUTANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

4.

 

JURUTEKNOLOGI MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN SAINTIFIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

PENJADUAL

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7

 

6.

 

PENGENDALI SISTEM KANAN

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

7.

 

PENGENDALI SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7

 

8.

 

PENGAWAS TUKANG ELKTRIK (LAUT)

JABATANARAH PETADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.3 EB.4   ( $900 -  $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

9.

 

PEMBANTU PERGIGIAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

 

PENGANALISA SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)                 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dan kebolehan berikut adalah keutamaan:

 

i)                   Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan.

 

ii)                 Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengurusan pelbagai.

·        projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat;

·        platform Teknologi Maklumat terkini;

·        proses re-engineering dan sistem kualiti melibatkan Teknologi Maklumat.

 

iii)               Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai dasar dan peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan Teknologi Maklumat.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGANALISA SISTEM:

 

1.                   Mengurus perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan.

 

2.                 Mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian / Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektifnya antaranya melalui Business Process Re-engineering (BPR).

 

3.                 Bertanggungjawab dalam mengurus sistem-sistem maklumat dan keperluan peralatan-peralatan ICT.

 

4.                 Mentadbir dan memastikan keselamatan, tahap konsistensi dan integriti sistem aplikasi dan data.

 

5.                 Menganalisa masalah dan keperluan projek dan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan dan membuat laporan / sokongan kepada Ketua bila diperlukan.

 

6.                 Membantu menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut amalan terbaik (best practices).

 

7.                 Mengurus dan merancang tugas-tugas pegawai dan kakitangan ICT di bawah tanggungjawabnya.

 

8.                 Memberikan khidmat nasihat kepada pengguna bagi apa jua kaitan dengan projek-projek ICT.

 

9.                 Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

2.

 

JURUTERA SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA SISTEM:

 

1.                   Mengendalikan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diarahkan oleh Ketua dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam projek dan perkhidmatan berkenaan.

 

2.                 Mengurus perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan.

 

3.                 Mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan teknikal yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian / Jabatan mencapai misi, matlamat-matlamat dan objektif-objektifnya.

 

4.                 Menganalisa masalah teknikal dan keperluan projek dan perkhidmatan berkenaan dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan dan membuat laporan / sokongan kepada Ketua bila diperlukan.

 

5.                 Mentadbir dan memastikan keselamatan, tahap konsistensi dan integriti prasarana, sistem hardware dan software.

 

6.                 Membantu menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut ‘best practices’.

 

7.                 Mengurus pemasangan peralatan ICT dan yang berkaitan dengan pengurusan facilities (facilities management) seperti Air, Aircon, Sprinkler Sistem, Uninterrupted Power Supply.

 

8.                 Mengurus pemasangan peralatan rangkaian dan yang berkaitan termasuk mengendali high bandwidth, wireless, switching dan routing of network processors.

 

9.                 Mengurus pengoperasian dan pemeliharaan peralatan ICT dan yang berkaitan untuk memastikan kesinambungan operasi termasuk pelan capacity dan availability.

 

10.              Mentadbir dan memastikan keselamatan pengoperasi dan prasarana rangkaian termasuk pengurusan insiden (incident management).

 

11.                Mereka-bentuk (architecting and designing) dan memastikan pelaksanaan platform digital yang terkini.

 

12.              Mengurus dan merancang tugas-tugas pegawai dan kakitangan teknikal ICT di bawah tanggungjawabnya.

 

13.              Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

3.

 

PEGAWAI PERHUTANAN

JABATAN PERHUTANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3

   

          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perhutanan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)      TANGGAGAJI B.2:

 

i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Perhutanan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 dalam jawatan berkaitan dengan Perhutanan/Pertanian/Pemeliharaan Alam Sekitar atau bidang bersesuaian tidak kurang dari  5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat di Jabatan Perhutanan Penolong Pegawai Perhutanan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)               Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Perhutanan/Pertanian/Pemeliharaan Alam Sekitar atau bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUTANAN:

 

1.               Menjadi Ketua Unit dan melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan Unit/Bahagian yang diaturkan.

 

 

2.             Menyediakan peruntukan tahunan dan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara untuk Unit yang diaturkan.

 

3.             Membuat rancangan kerja, melaksanakan/menyelaras apa jua projek jabatan termasuk projek anjuran bersama dengan Agensi Luar Negara, projek pihak swasta dan seterusnya membuat pemantauan projek tersebut.

 

4.             Menyelaras hal ehwal kakitangan mengenai peningkatan kerjaya dan produktibiti, pencapaian sasaran dan menjayakan TPOR.

 

5.             Melaksanakan promosi dan pengembangan hal ehwal Jabatan dan juga menguatkuasakan undang-undang Perhutanan.

 

6.             Menyediakan laporan kerja, laporan teknikal dan kertas kerja Jabatan.

 

7.             Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan atau Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

4.

 

JURUTEKNOLOGI MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN SAINTIFIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)   Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Sains Medical Physics / Radiation Physics / Health Physics atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Makmal Perubatan atau kelulusan sebanding dalam bidang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)               Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Juruteknik Makmal atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji M.9 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dalam penggunaan mesin-mesin radiasi di bahagian radiologi, perubatan nuklear, radiotherapi untuk lisen adalah keutamaan.

 

c)                  Memahami prinsip dan pengalaman pemantauan non-ionising radiation adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNOLOGI MAKMAL:

 

1.                   Dikehendaki bekerja di Makmal/Bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

 

2.                 Menjalankan ujian/tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Pengarah.

 

3.                 Pengalaman/pengetahuan yang dimiliki pemohon dianggarkan mampu membolehkannya menjalankan tugas sebagai Juruteknologi Makmal secara bersendirian dan berkumpulan dengan cekap.

 

4.                 Membantu Ketua Bahagian dalam mengawasi kakitangan Bahagian, memberi tunjuk-ajar dan mengawasi mutu kerja bahagian.

 

5.                 Membantu Ketua Bahagian dalam menilai prestasi kakitangan Bahagian.

 

6.                 Membantu Ketua  Bahagian menjalani penyelidikan jika diperlukan.

 

7.                 Menangani dan mengawasi mesin-mesin pemantauan di Bahagian termasuk kerosakan, calibration, trouble-shooting dan maintenance.

 

8.                 Bersedia bertugas di mana-mana tempat “Field Work” jika diperlukan.

 

9.                 Menjalankan tugas on-call jika diarahkan.

 

10.              Mewakili Jabatan sebagai saksi pakar di mahkamah jika diperlukan.


<< Atas

 

 

5.

 

PENJADUAL

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dan kebolehan yang berikut adalah keutamaan:

 

i)                   Mempunyai kebolehan yang baik dalam komunikasi lisan dan tulisan.

 

ii)                 Mempunyai pengalaman praktikal dalam pengendalian pelbagai:-

a)                 projek dan perkhidmatan Teknologi Maklumat.

b)                 platform Teknologi Maklumat terkini.

 

iii)               Mempunyai pengetahuan dalam pelbagai:-

a)                 sistem-sistem kualiti pejabat.

b)                 peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan Teknologi Maklumat.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJADUAL:

 

1.                   Menjadual, melaksanakan dan membuat percubaan (testing) modul-modul baru atas arahan Penganalisa Sistem Kanan dan Penganalisa Sistem.

 

2.                 Membantu mengkaji, mereka-bentuk dan membuat sokongan pembaikan yang inovatif kepada sistem-sistem, proses-proses dan stuktur yang sedia ada yang boleh membantu Kementerian / Jabatan mencapai misi, maklamat-maklamat dan objektif-objektifnya antaranya melalui Business Process Re-engineering (BPR).

 

3.                 Membantu menilai perubahan sistem yang dihadapkan oleh pengguna.

 

4.                 Memberi bantuan utama bagi semua aplikasi termasuk menyediakan dan mengemaskinikan buku panduan pengguna.

 

5.                 Menyediakan atau menyelaras latihan untuk pengguna bagi sistem aplikasi.

 

6.                 Menguruskan atau melaksanakan sebarang permohonan user change / new request bagi sistem aplikasi.

 

7.                 Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa.


<< Atas

 

 

6.

 

PENGENDALI SISTEM KANAN

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI SISTEM KANAN:

 

1.                   Bertanggungjawab bagi pengendalian sistem-sistem.

 

2.                 Bertanggungjawab memberikan tunjuk ajar kepada Pengendali Sistem dan menyediakan jadual kerja masing-masing.

 

3.                 Membantu dalam melatih pengguna dalam penggunaan sistem ICT.

 

4.                 Bertanggungjawab dalam memantau pengendalian sistem back up, restore dan back-up media dan housekeeping termasuk laman web, housekeeping, pemeliharaan, keselamatan dan lain-lain yang berkaitan dengan Operasi Sistem.

 

5.                 Membantu memantau dan melaksanakan kerja-kerja pengurusan aset ICT (asset management) infrastruktur rangkaian (network).

 

6.                 Membantu hal ehwal pengurusan pembekal (vendor management) yang berkaitan dengan urusan operasi ICT.

 

7.                 Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa.

 


<< Atas

 

 

7.

 

PENGENDALI SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Pengajian Komputer / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI SISTEM:

 

1.                   Melaksanakan kerja-kerja pengendalian sistem back up, restore dan back up media dan housekeeping termasuk laman web, pemeliharaan, keselamatan dan lain-lain yang berkaitan dengan Operasi Sistem.

 

2.                 Melaksanakan pemantauan dan perlaksanaan kerja-kerja pengurusan asset ICT (asset management) dan infrastruktur rangkaian (Network).

 

3.                 Membantu hal ehwal pengurusan pembekal (vendor management) yang berkaitan dengan urusan operasi ICT.

 

4.                 Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada pengguna-pengguna dalam memeriksa dan mengkod data-data untuk dirakamkan ke dalam sistem / aplikasi komputer jika diperlukan.

 

5.                 Membantu Penyelia Sistem atau Penjadual dalam memberikan tunjuk cara kepada pengguna dalam penggunaan komputer dan perisian jika diperlukan.

 

6.                 Bertanggungjawab bagi mengendalikan dan memantau meja bantu (Help desk).

 

7.                 Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

8.

 

PENGAWAS TUKANG ELKTRIK (LAUT)

JABATANARAH PETADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.3 EB.4   ( $900 -  $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)                 i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Electrical and Electronic Engineering atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang elektrik dalam tangaggaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)                 Mempunyai pengetahuan  bekerja motor-motor AC & DC adalah kelebihan:-

·        Ac Pump Motors

·        Fans

·        Winch Motors

·        Generators

·        Alternators

·        DC Engine Starter Motors

·        Fans

·        Windscreen Motors

·        AC Switchboards and Switchgear

·        440V 3PH, 230V 1PH

 

c)                  Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa  Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS TUKANG ELKTRIK LAUT:

 

Bertanggungjawab menjaga dan penjagaan bateri-bateri, asid timah hitam dan alkali.  Pencas-pencas bateri constavolts.  Kerja-kerja ‘servising’ alat pendingin hawa dingin dan logi penyejuk.  Mengendalikan lampu-lampu kapal dan kuasa elektrik.

 

<< Atas

 

 

9.

 

PEMBANTU PERGIGIAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Pemohon hendaklah berumur di bawah 35 tahun.

 

b)                 i)     4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan / Amah di klinik pergigian atau jawatan sebanding dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 8 tahun.

 

c)                  Mempunyai kelulusan tambahan seperti kursus-kursus dan lain-lain adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERGIGIAN:

 

1.                   Membantu doktor dalam tugas-tugas hariannya.

 

2.                 Menyediakan alat-alat di bilik rawatan pergigian pada tiap-tiap hari.

 

3.                 Memberi perjanjian kepada pesakit-pesakit untuk rawatan oleh doktor gigi.

 

4.                 Menyimpan rekod-rekod pesakit pada tiap-tiap hari.

 

5.                 Membantu rutin hasil kerja pada akhir bulan.

 

6.                 Membantu doktor di dewan pembedahan jika perlu.

 

7.                 Bertugas di klinik pergigian bergerak.

 

8.                 Bersedia menerima arahan dari pegawai-pegawai pergigian dan pegawai yang menjaga bawahannya.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas