IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 26 OGOS 2009)

BILANGAN IKLAN: 31/08/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

Pegawai Kaunseling

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 13

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

2.

Penolong Pegawai Bilik Gerakan

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH

DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

Penolong Pegawai Keselamatan

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

Pengajar Kanan

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3 EB.4-5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

Pengawas Kenderaan

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

Penyelia Rumah-Rumah

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900- $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

Pengawas Mekanik (Kenderaan)

BAHAGIAN KENDERAAN DAN BENGKEL

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

Pekerja Adat Istiadat

JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

9.

Penolong Warden

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.2 EB.3  ($650 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

10.

Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat II

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4 ($530- $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

11.

Juruteknik Foto Tingkat II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530- $1,125 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

12.

Penyelenggara Stor Tingkat III

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

13.

Atendan Rumah Kebajikan

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

1.

Pegawai Kaunseling

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1.       a.       TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Psikologi / Sains Kemasyarakat / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama

 

b.     TANGGAGAJI B.2

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kaunseling / Psikologi / Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti atau bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang yang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang kaunseling atau hal ehwal kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang kaunseling atau hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Boleh menulis dan bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  2. Berkebolehan memahami dan bertutur dalam bermacam dialek puak-puak Brunei adalah sangat berfaedah dan diutamakan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan kerja-kerja Kaunseling peribadi dan kekeluargaan untuk klien Unit seperti:

  1. Remaja-remaja yang bermasalah.

  2. Suami / Isteri yang mempunyai masalah rumahtangga.

  3. Orang perseorangan yang memerlukan khidmat nasihat kerana sesuatu perkara atau masalah yang tidak dapat diselesaikannya.

  4. Penghuni-penghuni Taman Noorhidayah.

  5. Kes penderaan pengabaian dan masalah sosial yang lain.

  1. Membantu dan membimbing kakitangan yang bermasalah sama ada yang berkaitan dengan peribadi, pekerjaan atau keluarga.
     

  2. Merancang dan melaksanakan program-program seperti Ceramah, Seminar, Bengkel, Kursus Kaunseling, Kerjaya dan sebagainya untuk kakitangan dan Klien Unit.
     

  3. Menjadi Ketua Penyelaras di dalam Jawatankuasa ‘Case Conference’ Jabatan Pembangunan Masyarakat.
     

  4. Menyediakan laporan Penilaian Kemajuan Kaunseling Klien seperti di para (1) di atas.

  

<< Atas
 

 

2.

Penolong Pegawai Bilik Gerakan

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.    i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perhubungan Awam dan Komunikasi (Public Relations & Communication), atau kelulusan sebanding dalam bidang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Pembantu Pegawai Bilik Gerakan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 10 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara Tingkat II dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai Penolong Pegawai Gerakan di Cawangan Gerakan atau Skuadron-Skuadron Penerbangan di Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman di dalam pentadbiran tugas-tugas gerakan penerbangan tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

  1. Pernah bertugas di Bahagian Gerakan Penerbangan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei sebagai Penolong Pegawai Gerakan di Pusat Kawalan Gerakan tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai kelulusan Air Training Associates (ATA) Operations Officer Phase 1, 2, & 3 adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Pegawai Bilik Gerakan bagi Pentadbiran Pusat Kawalan Gerakan secara menyeluruh.
     

  2. Mengemaskinikan semua carta dan buku manual penerbangan di Pusat Kawalan Gerakan.
     

  3. Mengko-ordinasikan setiap operasi dan pentadbiran penerbangan dengan pihak Jabatan Penerbangan Awan dan agen-agen pengendalian tempatan dan luar negeri.
     

  4. Menentukan giliran dan lokasi bertugas bagi semua Pembantu Pegawai Bilik Gerakan.

 

<< Atas

 

 

3.

Penolong Pegawai Keselamatan

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

    a.       i.   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan
sebanding dalam bidang bersesuaian.

                  

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah lulus Peperiksaan Jabatan.

 

ATAU

 

  1. Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei dan sebanding dalam tanggagaji C.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun serta lulus dalam ujian bertulis.

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang bersesuaian dan/atau  kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah keutamaan.

  1. Berumur tidak lebih dari 35 tahun.
     

  2. Bagi calon-calon yang baru dilantik, mestilah tidak memakai kacamata/kanta lengkap melebihi 100 Degree.
     

  3. Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan, dan mengemukakan nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun. (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Komandan atau Pegawai Penyelianya (Supervising Officer) bagi tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada bidang tugasnya.
     

  2. Membantu mengekalkan perhubungan (liaison) dan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan (Kementerian / Jabatan) bagi penyelarasan perkara-perkara keselamatan (security).
     

  3. Mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan bagi Pemeriksaan atau Kajian Semula Keselamatan dan membantu melaksanakan kawalan keselamatan yang dikehendaki.
     

  4. Membantu mengemaskinikan arahan-arahan tetap bagi tempat-tempat keselamatan.
     

  5. Mengenalpasti keperluan-keperluan dan membantu Pegawai Keselamatan menyusun program pendidikan dan latihan keselamatan.
     

  6. Membantu Pegawai Keselamatan melakukan Pemeriksaan Keselamatan keatas tempat keselamatan seperti yang dijadualkan.
     

  7. Menjalankan, jika dikehendaki, siasatan awal apabila terjadi kejadian Pelanggaran Keselamatan atau aduan terhadap anggota keselamatan.
     

  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan keselamatan (security) yang diaturkan oleh Komandan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

4.

Pengajar Kanan

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3 EB.4-5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.     i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pendidikan / bidang yang berkaitan dengan hal ehwal psikologi / kemasyarakatan atau kelulusan sebanding dengan bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Penolong Pengajar Kanan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai pengalaman dalam bidang perguruan atau mengajar orang buta atau cacat adalah kelebihan

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Penetapan kelas-kelas bagi murid-murid baru dengan persetujuan Penolong Pengarah II.
     

  2. Menyimpan rekod kemajuan dan lain-lain rekod yang berhubung dengan kemajuan murid, laporan bulanan, laporan tahunan dan berita kebajikan.
     

  3. Menyediakan laporan bulanan bagi semua kelas untuk dihadapkan kepada Pengetua (Pengajar Khas).
     

  4. Menyediakan laporan bagi murid-murid yang hendak dikembalikan ke sekoleh asalnya bagi menyambung persekolahan mereka.
     

  5. Menentukan keperluan dan perlaksanaan akademik, program-program, peperiksaan dalam dan awam:

  1. Mengadakan mesyuarat dengan guru kelas / pengajar bagi membincangkan masalah akademik atau program-program.

  2. Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam aktiviti-aktiviti pusat.

  3. Menjadi ahli kepada Lembaga Peperiksaan Pusat.

  4. Mengumpulkan buku latihan atau kertas kerja murid untuk disemak.

  5. Mengumpulkan soalan-soalan ujian / Peperiksaan dari guru-guru kelas sebelum ujian / peperiksaan diadakan.

  1. Menentukan kedatangan harian dan menyemak jadual kedatangan:

  1. Mempastikan jadual kedatangan harian mengajar dihantar ke bilik Pengajar Kanan.

  2. Mempastikan guru / pengajar telah menghantar surat kepada ibubapa / penjaga murid jika murid tidak hadir.

  3. Mengetahui sebab-sebab murid tidak hadir ke kelas yang berkenaan.

  4. Menyemak jadual kedatangan kelas-kelas.

  1. Arahan-arahan semasa:

  1. Menghubungi guru kelas untuk menyampaikan maklumat.

  2. Mengadakan perhimpunan kelas jika difikirkan perlu.

  1. Projek-projek kelas:

  1. Mengadakan projek-projek selepas peperiksaan / ujian tahunan.

  2. Mengadakan lawatan pada tiap-tiap penggal.

  3. Mengadakan kegiatan kelas (contoh jamuan penyampaian hadiah dan lain-lain).

  4. Mengadakan sukan kecil (Tahunan).

  1. Tugas-tugas am:
     

    1. Menjadikan penasihat dalam semua mata pelajaran.

    2. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru mata pelajaran dan mengadakan mesyuarat pada awal tiap-tiap penggal persekolahan pada minggu pertama untuk membincangkan perkara-perkara berikut.

  1. Sukatan pelajaran jika ada pembaharuan.

  2. Menyusun jadual rancangan pelajaran dan menyesuaikan dengan kemajuan kelas.

  3. Memberi maklumat-maklumat mengenai mata pelajaran kepada guru baru.

  4. Ujian bulan dan peperiksaan penggal.

  5. Senarai buku-buku ujian rujukan yang perlu ditambah.

  6. Penyelarasan topik-topik yang diajar oleh guru bagi sesuatu tempoh.

  1. Menyimpan sukatan pelajaran untuk rujukan guru.

  2. Mencadangkan jenis-jenis buku rujukan.

  3. Menyemak buku rampaian murid-murid dan tiap-tiap penggal.

  1. Tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

  << Atas

 

 

5.

Pengawas Kenderaan

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.      i.        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

         

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pengawas Kenderaan atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun. 

  1. Boleh membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pengurusan dan pemeliharaan Kenderaan dan Bangunan adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengawasi Kenderaan dan Pemandu-Pemandu bagi sebarang keperluan.
     

  2. Bertanggungjawab membuat statistik Kenderaan dan Pemandu.
     

  3. Bertanggungjawab mengawal penggunaan kereta sewa Kerajaan dan mengemaskini statistik kereta dan perbelanjaan penyewaan kereta.
     

  4. Bertanggungjawab membuat perancangan kemajuan Unit Kenderaan.
     

  5. Menyelaras sebarang projek Unit Kenderaan.
     

  6. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesejahteraan Harta Benda Kerajaan Unit Kenderaan.
     

  7. Merekod segala persuratan / permohonan atau semua perbelanjaan pemeliharaan kereta dan Bangunan Unit Kenderaan.
     

  8. Menerima arahan pihak atasan dari semasa ke semasa.

  << Atas

 

 

6.

Penyelia Rumah-Rumah

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.     i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang berkaitan dengan hal ehwal penyeliaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang yang sama adalah kelebihan.
 

 

ATAU
 

 

ii.        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan pengawasan rumah atau bangunan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

  1. Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei / Polis Brunei atau sebagai Wadar adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengawasi kesejahteraan penghuni, menyediakan laporan prestasi dan membuat graf kemasukan penghuni rumah tahanan atau Pusat Perlindungan.
     

  2. Bertanggungjawab terhadap semua yang di bawah jagaannya dan memastikan bahawa penjagaan penghuni diberi perhatian sepenuhnya demi keselamatan mereka.

 

  << Atas
 

 

7.

Pengawas Mekanik (Kenderaan)

BAHAGIAN KENDERAAN DAN BENGKEL

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Automobil / Jentera Berat / Vehicle Body Repair atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)              Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Mekanik (Kenderaan) atau jawatan sebanding dalam tanggagaji E.3  tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)                 Mempunyai lesen memandu kelas 3.

 

c)                  Mempunyai kebolehan untuk mengawasi kakitangan rendah adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab dalam pengawasan mengenai hal kerja seharian dan hal tatatertib anggota dibawah jagaannya.
     

  2. Memberi pertolongan kepada bahagian yang berkehendakkan pertolongan.
     

  3. Bertanggungjawab kepada Mandur dalam pekerjaan seharian dan apabila dikehendaki dalam waktu operasi.
     

  4. Diberikan kuasa untuk berhubung terus dengan Mandur dalam membantu meneruskan tugas-tugas beliau.
     

  5. Boleh menyediakan sebarang laporan bertulis (Report) bagi sebarang keperluan pentadbiran dan laporan teknikal.
     

  6. Bersedia menerima lain-lain tugas yang diarahkan dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.
     

  << Atas 
 

 

8.

Pekerja Adat Istiadat

JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.        4 Kepujian/Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan

 

  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.
     

  2. Mengetahui serba ringkas akan Adat Istiadat Diraja dan tahu mengenal Alat-Alat Perhiasan dan Alat-Alat Kebesaran Diraja.
     

  3. Mengetahui nama-nama gelaran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran.
     

  4. Mempunyai pengalaman dan pernah bertugas mengangkat Bintang Petian, Dian dan lain-lain dalam Majlis-Majlis Yang Beristiadat adalah diberi keutamaan.
     

  5. Mempunyai kebolehan dalam penggunaan dan pengendalian komputer adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 

  1. Bersedia untuk bertugas menyediakan Alat-Alat Kebesaran Diraja bila-bila masa dikehendaki bagi Majlis-Majlis Beristiadat selain dari tugas-tugas biasa.
     

  2. Bertugas menjadi Penyambut Tetamu dan menyusun tempat duduk orang-orang yang dijemput mengikut yang ditetapkan.
     

  3. Bertanggungjawab mengemaskini senarai jemputan, terasul, nama dari semasa ke semasa.
     

  4. Menyediakan senarai jemputan orang-orang yang akan dijemput pada setiap majlis yang akan diadakan.
     

  5. Bertanggungjawab untuk mencetak jemputan dan label nama bagi majlis-majlis yang beristiadat atau majlis-majlis Rasmi Negara.
     

  6. Membuat catatan kehadiran orang-orang yang dijemput ke majlis-majlis yang beristiadat atau majlis Rasmi Negara.
     

  7. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pejabat dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.

 << Atas 

 

9.

Penolong Warden

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.2 EB.3  ($650 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.        i.        Lulus dua (2) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Warden di Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pemulihan Akhlak (Perempuan).
     

  2. Menjalankan roll call dan mengajar senaman pagi kepada penghuni.
     

  3. Mengawasi kebersihan bilik-bilik tahanan dan kebersihan diri penghuni.
     

  4. Membuat catatan kes fail penghuni tentang sebarang kejadian dan perkara-perkara yang diperintah dari semasa ke semasa oleh Penguasa. 

 << Atas
 

 

10.

Pekerja Pembangunan Masyarakat Tingkat II

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4 ($530- $1,465 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan. 

 
 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengadakan penyiasatan, lawatan ke rumah-rumah (home visit) dan seterusnya membuat laporan berhubung dengan kes-kes yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan seperti permohonan Bantuan Bulanan, Permohonan Pekerjaan dari Orang-Orang Susah, Penyambungan Perkhidmatan, Anak Angkat, Kes-Kes Bencana ALam, Seliaan Perkhidmatan Lanjutan dan beberapa kes lain yang dirujuk ke Unit ini.
     

  2. Menerima arahan dari Pegawai-Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 << Atas

 

11.

Juruteknik Foto Tingkat II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530- $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. 4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

    Kelulusan
    lebih tinggi adalah kelebihan.
     

  2. Berkebolehan memproses filem-filem gambar serta membuat caption adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Bertanggungjawab untuk kerja-kerja mencuci dan memproses filem serta mengurusan bilik gelap termasuk pemeliharaan alat-alat kelengkapan bilik gelap.
     

  2. Membantu Juruteknik Foto Tingkat I dalam kerja-kerja pemeliharaan alat-alat pengambar dan kamera-kamera yang digunakan.
             

  3. Bertanggungjawab terhadap urusan mengawal, menyusun dan memelihara semua gambar-gambar, slide-slide dan negatif-negatif supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.
     

  4. Membuat catatan mengenai penggunaan negatif-negatif dalam pejabat dan yang dibenarkan untuk dipinjamkan kepada pihak tertentu.

 


DI KEMENTERIAN UGAMA
 

  1. Membuat liputan penggambaran program dan aktiviti Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
     

  2. Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU bagi tujuan penggambaran (‘Still Photo).
     

  3. Menyediakan salinan gambar program dan aktiviti Kementerian ke dalam ‘hard-disc’ bagi tujuan rujukan dan sebarang keperluan.
     

  4. Mengusahakan galeri foto bagi sebarang pameran dalam negeri yang melibatkan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
     

  5. Menghantar ‘memory card’ atau negative gambar ke Studio Foto yang terpilih bagi tujuan mencuci dan memproses gambar bagi kegunaan Unit Perhubungan Awam, Unit MABIMS, Unit Antarabangsa serta pihak-pihak dalam Kementerian yang memerlukan.
     

  6. Menerima arahan Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

12.

Penyelenggara Stor Tingkat III

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.       Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam Bahagian V tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai pengetahuan dan/atau pengalaman dan/atau kebolehan dalam bidang Simpan Kira dan/atau Perakaun dan/atau Penyelenggaraan Stor dan/atau Pembelian dan Perbekalan dan/atau pengurusan / pemesanan barang-barang stor, alat kelengkapan dan alat ganti yang berbagai bentuk dan/atau kerja-kerja berkaitan dengan stor adalah kelebihan.
     

  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Ditugaskan bagi menyelenggara salah satu stor yang ada di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
     

  2. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
     

  3. Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger / buku stok sentiasa kemaskini / teratur mengikut dasar / peraturan /sistem yang berkuatkuasa masa kini.
     

  4. Menyelia / mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan / paras stok diperlukan.
     

  5. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
     

  6. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.
     

  7. Menyediakan laporan / penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan / hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

<< Atas

 

 

13.

Atendan Rumah Kebajikan

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

     a.    i.        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam jawatan atau hal-hal berkaitan dengan hal ehwal penyeliaan / pengurusan atau kerja-kerja yang berkaitan dengannya selama tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan penyeliaan / pengurusan atau jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertugas mengikut shift.
     

  2. Mengawasi serta membuat laporan tentang penghuni yang sakit kepada Pegawai yang bertugas.
     

  3. Bersedia mengiringi penghuni kemana sahaja diarahkan oleh Penguasa.
     

  4. Bertugas tidak terhad kepada penjagaan penghuni.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 13

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas