IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 25 NOVEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 44/11/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEMANDU TUGAS-TUGAS AM

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.3-4 EB.5 ($900-$1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 BILANGAN 1 HINGGA 4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURURAWAT (PELATIH PERGIGIAN)

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 ($930 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

10

 

3.

PENGAWAS PROJEK

JABATAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ESTET

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

E.1-2 EB.3-4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PEMANDU

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

F.3-4-5 EB.6 ($550 - $790 SEBULAN)

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

74

 

GH.5

PENGUASA KASTAM KANAN

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

3

BILANGAN GH.5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH.6

PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN PERBENDAHARAAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

7

BILANGAN GH.6

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                 

 

 

 

 

 

1.

PEMANDU TUGAS-TUGAS AM

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.3-4 EB.5 ($900-$1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.         i.   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu V.I.P dalam tanggagaji E.3 EB.4 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan pemandu dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.
     

  1. Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah.
     

  2. Mempunyai pengalaman memandu semua jenis kenderaan serta berkebolehan membaiki kerosakan-kerosakan kecil.
     

  3. Berpengalaman memandu dan pernah membawa orang-orang kenamaan serta boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menghantar dan mengambil persuratan / barang-barang Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap di dalam atau luar Kementerian.
     

  2. Memeriksa / menyemak keadaan kenderaan dan juga peralatannya setiap hari untuk memastikan kenderaan adalah di dalam keadaan yang selamat dan sempurna untuk digunakan sebelum memulakan tugas.
     

  3. Sentiasa memelihara / memastikan kesempurnaan dan kebersihan kenderaan-kenderaan Jabatan samada bagi kenderaan darat dan kenderaan laut.
     

  4. Membuat dan menghadapkan laporan dengan seberapa segera mengenai kerosakan ataupun tanda-tanda kerosakan ke atas kenderaan-kenderaan Jabatan dengan seberapa segera kepada Ketua Bahagian.
     

  5. Bersedia bertugas bila-bila masa dikehendaki di luar waktu pejabat.
     

  6. Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Ketua / Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

2.

JURURAWAT (PELATIH PERGIGIAN)

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 ($930 - $1,175 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. 4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

Kredit dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

  1. Berumur 18 tahun hingga 25 tahun.

 

 

LAIN-LAIN SYARAT: 

  1. Pemohon yang terpilih akan mengikuti kursus Diploma Juruterapi Pergigian dengan kerjasama pihak Kings College School of Dentistry, University of London selama 3 tahun.
     

  2. Setelah memperolehi sijil Jururawat Pergigian, pemohon akan ditempatkan sebagai Jururawat Pergigian dalam tanggagaji M.7 EB8.
     

  3. Pemohon mestilah bersedia berkhidmat di seluruh negara, selepas memperolehi sijil.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Sebagai Jururawat Pelatih dalam tempoh 3 tahun sebelum dilantik menjadi Jururawat Pergigian dan menjalankan tugas-tugas seperti pecahan yang disenaraikan di bawah :-

 

 

Tahun Pertama 

  1. Mengikuti Kuliah (Lectures) dan praktikal sepenuh masa.
     

  2. Menduduki peperiksaan secaraContinuous Assessment’.
     

  3. Disamping mengikuti kuliah (Teori), mereka mula menjalankan tugas-tugas praktikal dengan menggunakanPhantom Head” dan peperiksaan “Operative Technique”.
     

  4. Setiap pelatih dikehendaki membuat satu projek bersesuaian dengan bidang tugas yang mereka jalankan.

 


 

Tahun Kedua 

  1. Disamping mengikuti kuliah yang lebih lanjut (advanced) aktiviti yang mereka jalankan ialah dengan diawasi oleh Pegawai Pergigian atau Jururawat Pergigian Pengajar (Dental Nursing Tutor) menjalankan tugas klinikal untuk merawat pesakit di klinik-klinik pergigian, perkhidmatan pergigian.
     

  2. Menduduki peperiksaan secaraContinuous Assessment”.

 

 

Tahun Ketiga 

  1. Mengikuti kuliah dan menjalankan tugas klinikal yang lebih lanjut (advanced) dengan diawasi oleh Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian Pengajar (Dental Nursing Tutor).
     

  2. Setiap pelatih dikehendaki mengikutiCommunity Clinic Attachment”.
     

  3. Menduduki peperiksaan secara “Continuous Assessment” dan peperiksaan akhir tahun latihan yang dikehendaki oleh pemeriksa dalaman dan luaran (Internal dan External Examiners).

 

 

Tugas-tugas tambahan 

  1. Mengambil bahagian dalam aktivit-aktiviti promosi kesihatan oral dan aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh Jabatan Pergigian dan Kementerian Kesihatan.
     

  2. Mengikuti segala arahan-arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan/Pegawai atasan.

 

<< Atas

 

3.

PENGAWAS PROJEK

JABATAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ESTET

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

E.1-2 EB.3-4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.        i.   BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Carpentry / Electrical / Electronik / Plumbing & Pipe Fitting atau Painting & Decoration, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang Pertukangan Kayu / Elektrik / Elektronik / Pengecatan dan Perhiasan atau kerja-kerja paip dan pemasang paip dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Berkebolehan dan berpengalaman dalam pengawasan dan penyeliaan kerja-kerja di tapak bina adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengawas projek-projek pemeliharaan dan pembaikan.
     

  2. Menyediakan laporan perkembangan projek-projek pemeliharaan dan pembaikan kepada pegawai atasan.
     

  3. Membantu membuat pemeriksaan dan menilai untuk dilaporkan kepada Ketua Pembantu Teknik.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pegawai atasan.

 

<< Atas

 

4.

PEMANDU

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.4-5 EB.6 ($620 - $790 SEBULAN)

F.3-4-5 EB.6 ($550 - $790 SEBULAN)

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

F.2-3 EB.4 ($495 - $650 SEBULAN)

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN) 

 

 

NOTA: PENGIKLANAN JAWATAN DI BILANGAN 5 ADALAH MERANGKUMI KESEMUA JAWATAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:-

  • PEMANDU / MEKANIK - KEMENTERIAN KESIHATAN
  • PEMANDU
  • PEMANDU KERETA
  • PEMANDU KERETA TINGKAT I
  • PEMANDU KERETA TINGKAT II
  • PEMANDU TINGKAT I
  • PEMANDU TINGKAT II
  • PEMANDU TINGKAT III

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Hendaklah tahu menulis dan membaca.
     

  2. Mempunyai lesen memandu 3 / 4 / 5/ 6 / 11 yang sah. (Keperluan lesen adalah tertakluk kepada keperluan Kementerian / Jabatan berkenaan)
     

  3. Tidak pernah didakwa kerana kesalahan memandu.
     

  4. Pengalaman memandu semua jenis kenderaan serta berkebolehan membaiki kerosakan kecil adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Memandu / membawa kenderaan Jabatan untuk menghantar dan mengambil pegawai-pegawai kanan / pegawai / kakitangan bagi urusan-urusan rasmi Jabatan.
     

  2. Bertugas mengikut seperti jadual waktu bertugas yang telah disediakan.
     

  3. Bersedia untuk ditempatkan dan bertugas di mana-mana daerah jika diperlukan.
     

  4. Memeriksa / menyemak keadaan kenderaan dan juga peralatannya setiap hari untuk memastikan kenderaan adalah di dalam keadaan yang selamat dan sempurna untuk digunakan sebelum memulakan tugas.
     

  5. Sentiasa memelihara / memastikan kesempurnaan dan kebersihan kenderaan-kenderaan Jabatan samada bagi kenderaan darat dan kenderaan laut.
     

  6. Membantu menguruskan kerja-kerja pemeliharaan / pembaikan kenderaan ke workshop / pengurusan penyambungan cukai jalan jika diperlukan.
     

  7. Membuat dan menghadapkan laporan dengan seberapa segera mengenai kerosakan ataupun tanda-tanda kerosakan ke atas kenderaan-kenderaan Jabatan dengan seberapa segera kepada Ketua Bahagian.
     

  8. Memastikan kenderaan-kenderaan Jabatan adalah digunakan dengan baik dan cermat serta bagi urusan-urusan rasmi Jabatan sahaja.
     

  9. Sentiasa mencatatkan setiap perjalanan-perjalanan yang menggunakan kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
     

  10. Sentiasa menggunakan buku khas bagi pengambilan minyak dan mencatatkan setiap pengambilan minyak bagi kenderaan-kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
     

  11. Bersedia menerima arahan-arahan bertugas daripada Pengarah, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

GH5.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI:

PENGUASA KASTAM KANAN

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang / Ekonomi / Sains Kemasyarakatan / Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

SECARA AM 

  1. Menerima arahan daripada pegawai atasan serta melaporkan balik.
     

  2. Selaku Ketua Bahagian, memastikan peranan bahagian dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan selaras dengan visi, misi matlamat strategik dan fungsi Jabatan.
     

  3. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran dalam hal ehwal displin dan prestasi pegawai-pegawai dan kakitangan di Bahagian dipertanggungjawabkan.
     

  4. Menyediakan tugas dan tanggungjawab kepada kepada setiap pegawai-pegawai bawahan.
     

  5. Melaksanakan projek-projek Jabatan serta melaporkan perkembangan dan kemajuan dari masa ke semasa.
     

  6. Diberikan kuasa untuk menandatangani persuratan dan permohonan bagi pihak pengawal di dalam bidang tugas ditetapkan.
     

  7. Menyediakan cadangan anggaran peruntukan dan laporan tahunan bahagian.
     

  8. Mewakili Jabatan di dalam mesyuarat / persidangan / perjumpaan di dalam dan di luar negeri.
     

  9. Membuat penilaian prestasi pegawai-pegawai yang di bawah jagaannya.

 

<< Atas

 

GH6.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI:

PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN PERBENDAHARAAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)         i)          Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accounts (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.

 

 

ATAU

 

ii)                  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : 

  1. Membantu dalam urusan Pentadbiran dan Kewangan Jabatan yang berkaitan dengan persuratan, book-keeping, pertanyaan audit, pendaftaran dan mempastikan supaya kerja-kerja yang terlibat dapat dilaksanakan dengan baik dan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.
     

  2. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan Kanan.
     

  3. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan di dalam pengendalian dan penyelarasan kerja projek TAFIS.
     

  4. Bersedia menjalani kursus di dalam dan di luar negeri, jika dikehendaki.
     

  5. Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Jurukira Agung dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN
GH 5

 

PENGAWAL KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

IBU PEJABAT KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN
GH 6

 

JURUKIRA AGUNG

JABATAN PERBENDAHARAAN

KEMENTERIAN KEWANGAN,

BAHAGIAN PENTADBIRAN,

 BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN,

COMMONWEALTH DRIVE,

BANDAR SERI BEGAWAN, BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.


<< Atas