IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 24 JUN 2009)

BILANGAN IKLAN: 22/05/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUTERA JENTERA LADANG

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERRIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PENYELIDIK

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PROGRAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEMAIN MUZIK

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PEMBANTU PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PRANIDAYA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

JURUTAYANG / PEMANDU

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                        

 

 

 

1.

JURUTERA JENTERA LADANG

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERRIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pertanian / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan atau bidang berkaitan; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA JENTERA LADANG: 

  1. Menyediakan dokumen tender bagi jabatan termasuk menyediakan lukisan-lukisan projek/infrastruktur yang dirancang.
     

  2. Mengawas dan memantau perlaksanaan projek.
     

  3. Bertanggungjawab kepada Pegawai Pertanian bagi pengendalian, penyelenggaraan dan perkembangan projek kejuruteraan jabatan pertanian.
     

  4. Membimbing kakitangan Bahagian Kejuruteraan dalam segi latihan.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

2.

PEGAWAI PENYELIDIK

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PROGRAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM

 

1.          a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:  

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penyelidikan / Dasar Awam / Ekonomi atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)       TANGGAGAJI B.2:

 

i)         BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Berkebolehan menggunakan dan pengendalian sistem komputer.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELIDIK: 

  1. Menjalankan kajian perkembangan dan penilaian ke atas pelaksanaan Rancangan-Rancangan Strategik 2004-2024 Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
     

  2. Memberikan khidmat urusetia kepada Jawatankuasa Eksekutif Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Task Force Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama.
     

  3. Menyediakan laporan-laporan perkembangan dan pelaksanaan Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama 2004-2024 dengan teratur.
     

  4. Menjalankan kajian pencapaian Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam program-program Pembaharuan Perkhidmatan Awam seperti Kumpulan kerja Cemerlang (KKC) Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA), Wawasan Perkhidmatan Awam ke 21.
     

  5. Menjalankan kajian terhadap penggubalan/pendokumentasian/pencapaian Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR), Manual Prosedur Kerja (MPK), Pelaksanaan Hari Pelanggan dan Pelaksanaan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke 21 di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
     

  6. Menjalankan kaji selidik pelanggan/ekspektasi pelanggan berhubung perkhidmatan/pengurusan organisasi ke arah peningkatan kepuasan hati pelanggan.
     

  7. Menerima arahan yang berkaitan dengan bidang tugas daripada Ketua Bahagian.

 

<< Atas
 

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)         i)          BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Mekanik / Elektrikal / Ukur Bahan atau Arkitektur; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan berkaitan dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Mekanik / Elektrikal / Ukur Bahan atau Arkitektur dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Mempunyai buku-buku catatan harian kerja yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengawas Pekerja adalah diberi keutamaan dan dikehendaki dibawa bersama-sama temuduga.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL / BAHAGIAN UKUR BAHAN:

 

Membantu seorang Juruukur Bahan didalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti perkhidmatan ukur bahan seperti:

 

Pada Peringkat Pre-Kontrak: 

  1. Menyediakan anggaran peruntukan dan anggaran pembangunan termasuk ‘cost-plan’, ‘cost analysis’ dan sebagaimana, yang diperlukan oleh pengguna.
     

  2. Menyediakan notis tawaran bagi tawaran terbuka, dan surat jemputan bagi tawaran secara jemputan.
     

  3. Membuat ‘taking-off’ dan ‘measurement’.
     

  4. Menyediakan dokumen tawaran.
     

  5. Menyemak pengiraan jumlah harga tawaran yang dihadapkan oleh penender dan seterusnya menyediakan segala lampiran bagi laporan sokongan tawaran.
     

  6. Menyediakan laporan penilaian dan sokongan tawaran.

 

Pada Peringkat Post-Kontrak: 

  1. Menghadiri mesyuarat di tapakbina.
     

  2. Melawat ke tapakbina bagi penilaian kemajuan dan pesanan perubahan.
     

  3. Menyediakan sijil bayaran kemajuan, sijil bayaran sebelum terakhir dan sijil bayaran terakhir serta mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  4. Membuat penilaian serta menyediakan pesanan perubahan dan mana-mana dokumen yang berkaitan, termasuk berunding dan mempersetujui kuantiti serta harga dengan pihak kontraktor.
     

  5. Melawat dan menilaian kerja-kerja tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran pesanan  perubahan.
     

  6. Menilai kerja-kerja asal dan tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran sebelum terakhir (“Final Account”).
     

  7. Menyediakan ‘financial statement/cost report’ bulanan di sepanjang tempoh masa pembinaan projek.
     


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LAIN DI JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL / BAHAGIAN UKUR BAHAN: 

  1. Meneliti dan menyemak tuntutan yuran perunding bagi tujuan untuk menyokong jumlah yang dicadangkan untuk dibayar.
     

  2. Mengikut dan melaksanakan arahan pegawai kanan (Juruukur Bahan dan mana-mana pihak atasan).
     

  3. Bertanggungjawab kepada pegawai kanan (Juruukur Bahan dan mana-mana pihak atasan).
     

  4. Menjalankan peralihan tugas Juruukur Bahan yang bercuti.
     

  5. Membantu, menyusun dan mengurus kegiatan kebajikan Bahagian Ukur Bahan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI  BAHAGIAN KAJI SELIDIK DAN UJIAN BAHAN BINAAN: 

  1. Membuat pemeriksaan, mengenal-pasti punca dan menilai tahap kerosakan bangunan-bangunan, struktur dan bahan-bahan binaan yang bermasalah.
     

  2. Membantu Jurutera dalam mengendalikan kerja-kerja penyiasatan awal di tapak binaan seterusnya mengambil contoh-contoh bahan binaan dari tapak-tapak projek untuk di uji di makmal dan menyediakan laporan-laporan teknikal dalam kerja-kerja tersebut.
     

  3. Memantau dan memeriksa mutu kerja pembinaan seperti kerja-kerja konkriting dan ujian-ujian di tapak binaan.
     

  4. Mengawasi kerja-kerja ujian keatas bahan-bahan binaan menurut piawaian tertentu yang dijalankan oleh kakitangan bawahan samaada yang dilakukan di dalam makmal mahupun di luar makmal (tapak projek).
     

  5. Menganalisa, mengkaji dan menilai data-data ujian yang terkumpul di peringkat awal.
     

  6. Mengetuai, mengawas dan melatih Pembantu Teknik Kanan dan kakitangan teknikal dalam bidang kerja-kerja yang tersebut di atas.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LAIN DI BAHAGIAN KAJI SELIDIK DAN UJIAN BAHAN BINAAN: 

  1. Mempastikan Jabatan sentiasa peka akan piawaian, prosedur dan pengurusan makmal yang terkini seperti ISO EN 17025:2005.
     

  2. Merancang dan menyelaras keperluan kerja-kerja teknikal untuk kakitangan yang dipertanggungjawabkan bagi mempastikan pembahagian kerja yang teratur dan seimbang.
     

  3. Boleh mengembalikan kerja-kerja sulit yang membabitkan pengurusan belanjawan pejabat dan kakitangan.
     

  4. Sifat-sifat yang dikehendaki:-

  • Berkebolehan dalam menyediakan dan menulis laporan teknikal dengan baik.

  • Berkebolehan bekerja dengan bimbingan yang minima.

  • Memiliki sifat kepimpinan, jujur dan amanah.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN STRUKTUR, JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL: 

  1. Membantu Jurutera dalam mengendalikan dan menguruskan projek-projek.
     

  2. Membantu Jurutera dalam pengurusan kakitangan yang dibawah kumpulan masing-masing.
     

  3. Menyediakan dan memberikan latihan/tunjuk ajar kepada kakitangan Bahagian ini.
     

  4. Menyediakan dan memberikan latihan/tunjuk ajar kepada kakitangan dari Jabatan-Jabatan lain dibawah Jabatan Kerja Raya yang memerlukannya dan kumpulan pelajar yang dalam penempatan sambil belajar Bahagian ini.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas Jurutera semasa Jurutera bercuti atau keluar negeri.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANGUNAN (BPB): 

  1. Mengendalikan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal bagi projek-projek Kerajaan.
     

  2. Menghadiri mesyuarat projek-projek.
     

  3. Mengendalikan dokumen-dokumen tawaran dan reka bentuk elektrikal dan mekanikal.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI UNIT KESELAMATAN DAN LATIHAN, BAHAGIAN MEKANIKAL: 

  1. Sebagai Ketua Unit.
     

  2. Memantau dan membaiki bahagian pentadbiran dan pengurusan unit.
     

  3. Membuat perancangan, menganjurkan dan mengendalikan kursus-kursus bagi kelas 1, 2, 5 dan 10 yang diperlukan oleh kakitangan di Bahagian Mekanikal, Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan secara teratur dan bersistematik.
     

  4. Memantau setiap masa keselamatan pekerja dan bangunan didalam keadaan baik dan terpelihara.
     

  5. Bertanggungjawab memelihara dan mengendali ‘Pump Station’ underpass Kiarong termasuk membaik pulih.
     

  6. Mengurus dan memeriksa hartabenda Kerajaan untuk penghapusandari kira-kira, memelihara aset-aset Kerajaan, membuat penilaian taksiran kenderaan untuk pinjaman untuk pinjaman wang Kerajaan, Bank dan mileage serta permohonan waris.
     

  7. Membuat jadual bagi latihan memandu kelas 1, 2, 5 dan 10.
     

  8. Membuat tempahan ke Jabatan Pengangkutan Darat bagi ujian memandu sehingga lulus dan mendapatkan sijil.
     

  9. Membuat laporan setiap minggu dan bulanan keatas peralatan dan perkakas bagi pekerja dan bangunan yang telah diperiksa untuk dihadapkan kepada Jurutera Mekanikal. Membuat laporan setiap bulan perkembangan latihan dan ujian memandu yang telah dikendalikan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI BAHAGIAN BANGUNAN (SEB), PERKHIDMATAN BANGUNAN: 

  1. Membuat perjumpaan dengan klien bagi memastikan maklumat-maklumat yang diperlukan diperingkat awal sebelum mengeluarkan tawaran seperti berikut:-

  1. Tapakbina yang bergazet (berwarta)

  2. Peruntukan ada (telah diluluskan)

  3. Jenis bangunan yang diperlukan (scope of Tender)

  4. Mendapatkan nasihat (foundation advise) dari Bahagian Kaji Tanah.

  1. Menyediakan Tender Dokumen (Projek di bawah $1 juta)

  1. Spesifikasi rumusan tawaran (Summary of Tender)

  2. Lukisan

  3. Tender Notice

  4. Membuat membuat kerja-kerja penilaian tawaran (TA)

  1. Mengawasi dan mengurus perlaksanaan projek-projek pembinaan.

  1. Possession of site. Mengambil alih tapak bina.

  2. Memastikan tapak kedudukan bangunan betul.

  3. Mengawal kerja-kerja piling termasuk test pile dan load test.

  4. Memeriksa besi sebelum kerja-kerja konkrit diluluskan.

  5. Memastikan keselamatan ditapakbina diutamakan (site safety).

  6. Membantu Jurutera mempengerusikan perjumpaan ditapakbina (site meeting) dan seterusnya membuat minit of site meeting.

  7. Menyediakan pembayaran dari peringkat awal hingga projek siap.

  1. Menyediakan laporan bulanan keatas kemajuan projek-projek dibawah pengawasannya.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI BAHAGIAN SALIRAN DAN PEMBENTUNGAN: 

  1. Memantau dan menyediakan BQ tawaran projek-projek dalam jabatan (RKN dan Deparmental) dan projek-projek penyelarasan dengan jabatan lain.
     

  2. Menerima, meneliti dan membetulkan lukisan-lukisan yang dihadapkan bagi projek-projek penyelarasan dari jabatan lain untuk dibawa dalam perbincangan bersama Jurutera.
     

  3. Menjadualkan dan menetapkan waktu pemeriksaan bagi projek-projek dalam jabatan (RKN dan Departmental) dan projek-projek penyelarasan dengan jabatan lain.
     

  4. Mengendalikan kerja-kerja operasi dan pemeliharaan Bahagian Pembentungan.
     

  5. Menyediakan kertas-kertas kerja bagi proses pembayaran untuk projek-projek dalam jabatan (RKN dan Departmental).
     

  6. Menghadiri mesyuarat bagi projek-projek dalam jabatan (RKN dan Departmental) dan projek-projek penyelarasan dengan jabatan lain.
     

  7. Membuat penilaian bagi pekerja-pekerja dibawah tanggungannya jika diperlukan.
     

  8. Menerima dan membahagi-bahagikan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jurutera kepada pekerja-pekerja bawahan dan kontraktor.

 

<< Atas
 

 

4.

PEMAIN MUZIK

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)         BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang muzik atau bidang
               bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

                                                ATAU

 

iii)         Lulus ujian pratikal yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

 

  1. Mempunyai pengalaman bermain muzik dengan sebuah kumpulan / orkestra yang diperakui.
     

  2. Boleh membaca score muzik.  Selain daripada itu, kebolehan / kemahiran dalam menyusun lirik muzik adalah diberi keutamaan.
     

  3. Boleh bermain alat-alat muzik tradisional dan pancaragam kombo.
     

  4. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan memahami Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMAIN MUZIK: 

  1. Mengadakan latihan-latihan muzik.
     

  2. Memenuhi rancangan latihan dan persembahan seni budaya/kebudayaan.
     

  3. Membantu jurulatih Kesenian (Muzik) menyusun dan mencipta muzik/lagu untuk satu-satu rancangan.
     

  4. Membuat kerja-kerja kajian terhadap lagu-lagu dan muzik Brunei.
     

  5. Memberi latihan seni muzik kepada pihak-pihak yang memerlukannya.
     

  6. Lain-lain tugas yang diaturkan dari masa ke semasa.

<< Atas
 

 

5.

PEMBANTU PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1.    i)         BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Penulisan atau bidang
                  bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

                        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

  

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dalam Jabatan yang sama dalam jawatan berkaitan dengan bidang penulisan atau penyuntingan atau penerbitan dalam Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

                                                                           

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang penulisan atau penyuntingan atau penerbitan dalam Bahagian IV tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang penulisan secara kreatif dan non-kreatif serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan.
     

  2. Pemohon-pemohon yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENGARANG: 

  1. Membantu mencari dan mengumpul bahan/manuskrip untuk buku/majalah terbitan jabatan.
     

  2. Membantu mengumpul dan mencari bahan seperti menghubungi penulis dan membuat wawancara.
     

  3. Membantu dalam kerja-kerja pemilihan dan penyuntingan bahan dan seterusnya menaip atau mengedit/menyemak pruf bagi penerbitan majalah bulanan.
     

  4. Menulis artikel kreatif dan non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan Jabatan.
     

  5. Kerja-kerja lain yang diaturkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

6.

PRANIDAYA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)       4 Kredit/Kepujian mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan
             sebanding.

 

                    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

         ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang
                 dari 5 tahun
.

  1. Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Mempunyai anggota Fizikal yang sempurna.
     

  3. Mempunyai ukuran tinggi tidak kurang dari 5 kaki dan berat badan tidak lebih dari 49.9 kg. (110 paun)
     

  4. Berpengalaman yang terbukti di bidang seni tari adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PRANIDAYA: 

  1. Bertanggungjawab dalam memperkembangkan seni budaya.
     

  2. Mengetuai semua aspek dalam kerjaya bagi menangani tugas meningkatkan seni badaya ke peringkat yang lebih tinggi.
     

  3. Membuat penyelidikan tentang seni budaya terutamanya bahagian tarian.
     

  4. Memberi bengkel tarian kepada yang memerlukan seperti pihak-pihak sekolah, Jabatan-Jabatan Kerajaan, pihak swasta, persatuan-persatuan dan kumpulan persendirian.
     

  5. Membuat persembahan budaya di dalam negeri ataupun di luar negeri.
     

  6. Mengikut seminar budaya dan menyertai program bahagian ASEAN.
     

  7. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk diluar masa pekerjaan biasa dan dimana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.

 

<< Atas
 

 

7.

JURUTAYANG / PEMANDU

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1.   i)     4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan
             sebanding.

 
                  
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

           ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang
                   dari 5 tahun.

  1. Mempunyai lesen memandu Kelas 3. Mempunyai Lesen Memandu Kelas 5 adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam mengendalikan peralatan-peralatan elektronik yang diperlukan bagi kegiatan-kegiatan dakwah dan majlis-majlis pengislaman adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTAYANG / PEMANDU: 

  1. Mengendalikan peralatan-peralatan elektronik bagi kegiatan-kegiatan dakwah dan majlis-majlis keugamaan.
     

  2. Sebagai pemandu kenderaan Pusat Dakwah Islamiah atau Bahagian Dakwah dan Tabligh daerah tempat bertugas untuk apa jua kegiatan dan kerja yang diarahkan.
     

  3. Terlibat dalam kegiatan-kegiatan dakwah dan kebajikan saudara-saudara baru di kawasan pendalaman.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas