IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 23 DISEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 48/12/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 PEGAWAI PELAJARAN

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

20

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

 PEREKA TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

4.

 PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

5.

 TUKANG CAT

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

3

 

6.

 PENGAWAS KAKITANGAN PENTAS

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

7.

 PEMBANTU KAJI MATA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530- $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI PELAJARAN

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Pemohon yang bukan mengikuti Program Pendidikan seperti di para a) juga boleh dipertimbangkan akan tetapi pemohon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mengikuti latihan perguruan bagi mendapatkan Diploma atau Sijil Lepasan Ijazah dalam tempoh tiga (3) tahun selepas dilantik ke jawatan ini.

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELAJARAN:

 

Tugas-Tugas Am: 

  1. Disamping tugas mengajar, pemohon hendaklah bersedia dilantik untuk menjadi Ketua Bahagian ECA atau apa jua bidang Professional dan Pentadbiran.
     

  2. Bersedia untuk memberikan bengkel / seminar (jika diperlukan) yang berdasarkan kemahiran dan minat masing-masing.

 


Bahagian Pendidikan Menengah:
 

  1. Tenaga pengajar sepenuh masa.
     

  2. Hendaklah bersedia untuk dilantik bagi memimpin atau mentadbir Jabatan atau Bahagian Sekolah atau kegiatan-kegiatan bukan akademik atau kokurikulum.
     

  3. Hendaklah bersedia untuk memberikan bengkel / seminar (jika diperlukan) yang berdasarkan kemahiran dan minat masing-masing.
     

  4. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pentadbiran sekolah.

  

<< Atas

 

2.

 

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990- $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     

  3. Mempunyai perwatakan, kualiti dan caliber yang bersesuaian.
     

  4. Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     

  5. Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I: 

  1. Menyalur maklumat kepada pihak awam.
     

  2. Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.
     

  3. Menangani masalah dan konflik.
     

  4. Mewujudkan perhubungan rapat di antara media dalam dan luar organisasi.
     

  5. Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan.
     

  6. Menjadi sumber maklumat dan rujukan.
     

  7. Menyelaras dan menyebarkan program-program Kerajaan dan menggalakkan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.
     

  8. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

3.

 

PEREKA TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis atau  bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pereka atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEREKA TINGKAT III: 

  1. Membantu Pereka Tingkat II dalam semua peringkat pekerjaannya.
     

  2. Menjalankan penyelidikan asas untuk rekabentuk.
     

  3. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

4.

 

PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Dressmaking and Tailoring serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pembantu Pakaian dan Solek dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU 

  1. Telah berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai kemahiran / pengalaman dalam bidang yang bersesuaian khususnya pakaian, solek dan dandanan rambut.

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK:

 

Unit Solek dan Pendandan Rambut: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengawas Unit Solek dan Pendandan Rambut.
     

  2. Bertugas mengikut penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.
     

  3. Menyelenggarakan tugas-tugas solek dan pendandan rambut kepada artis-artis setiap rancangan TV yang memerlukan.
     

  4. Membantu mereka dalam mencipta dan menghasilkan rekaan imej solek dan pendandan rambut yang bermutu tinggi.
     

  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 


Unit Pakaian:
 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengawas Unit Pakaian.
     

  2. Bertugas mengikut penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.
     

  3. Menyelenggarakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan pakaian kepada artis-artis setiap rancangan TV yang memerlukan.
     

  4. Membantu mereka dalam mencipta dan menghasilkan rekaan bentuk pakaian yang bermutu tinggi.
     

  5. Membuat, menseterika, membetulkan atau mengubah bentuk pakaian yang diperlukan.
     

  6. Menyediakan penggunaan pakaian untuk artis-artis, menyimpan pakaian-pakaian secara sistem yang teratur.
     

  7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

 

5.

 

TUKANG CAT

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

 a.       i.     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Decoration / Painting atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei Pembantu Pereka / Tukang Lukis atau jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG CAT:

 

Tukang Cat akan bertanggungjawab kepada salah satu unit utama seperti berikut:- 

  1. BENGKEL-BENGKEL
    Mengecat
    , melukis dan menyiapkan set-set mengikut seperti yang ditentukan oleh Pereka Bentuk.
     

  2. PUSAT STUDIO DAN TEMPAT PENGAMBARAN
    Bagi
    memperelokkan, menyusun, menghias dan membuat perubahan-perubahan terakhir bagi set-set dan lain-lain.
     

  3. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

6.

 

PENGAWAS KAKITANGAN PENTAS

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.     i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Interior Design / Pertukangan Kayu dan Tangan / Studio Set Design and Construction atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Pengurus Pentas atau dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENGAWAS KAKITANGAN PENTAS: 

  1. Bertanggungjawab kepada Scenic Master bagi mengawasi pemasangan, membuka set-set pemandangan rancangan tv di studio-studio dan lokasi luar mengikut pelan-pelan pentas yang disediakan oleh pereka-pereka.
     

  2. Mengurus sepasukan individu kakitangan pentas dan memastikan pemasangan set-set pemandangan berkeadaan selamat untuk digunakan.
     

  3. Memastikan kerja-kerja pemasangan dan membuka set-set pemandangan siap pada jangka masa yang ditetapkan.
     

  4. Menghadiri mesyuarat perancangan rancangan-rancangan tv sebelum penerbitan diperlukan.
     

  5. Memastikan finishing product pemasangan set-set pemandangan mencapai mutu Perkhidmatan Penerbitan Rancangan TV.
     

  6. Membuat laporan (Lof Report) kerja-kerja harian, bersedia semasa raptai dan rakaman di studio-studio / lokasi luar.
     

  7. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

7.

 

PEMBANTU KAJI MATA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530- $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambidge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berpengalaman dalam pengendalian kerja-kerja klinik mata dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU KAJI MATA: 

  1. Membantu kerja-kerja Pegawai Mata dalam pemeriksaan awal di Bahagian Pesakit Luar Klinik Mata.
     

  2. Membantu Pakar Bedah Mata dibilik bedah waktu  pembedahan dan membuat rawatan-rawatan pesakit Laur Klinik Mata.
     

  3. Bertugas secara bergilir-gilir di keempat-empat daerah.
     

  4. Bersedia untuk di luar mas kerja dan yang lain-lainnya seperti arahan-arahan dari Pakar-Pakar Mata dan PegawaiPegawai atasannya.

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas