IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 23 SEPTEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 35/09/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PENTADBIR PELATIH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KESEJAHTERAAN

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.6 ($1,515- $2,370 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

4

 

3.

MERINYU KANAN BANDARAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450- $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PENYAMBUNG KABEL

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225- $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

PEMBANTU MAKMAL (BILIK MAYAT)

JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570- $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

GH7.

JURUTERA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

BILANGAN GH7 DAN GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

GH8.

PENYELIA ARKIB

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PENTADBIR PELATIH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

NOTA BAGI BILANGAN 1: 

  1. IKLAN BAGI JAWATAN INI ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN JUGA PEGAWAI-PEGAWAI / KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
     

  2. BAGI PEGAWAI / KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, PERMOHONAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA PEGAWAI / KAKITANGAN YANG MEMEGANG MANA-MANA JAWATAN TERMASUK DI DALAM TANGGAGAJI B.2 EB.3 / B.2 ATAU TANGGAGAJI SEBANDING.
     

  3. PENGAMBILAN BAGI JAWATAN INI ADALAH DIBUKAKAN KEPADA PEMOHON LELAKI DAN WANITA.

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya kepujian 2:2 dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Perniagaan / Ekonomi / Undang-Undang / Kejuruteraan / Kewangan / Audit / Pengajian Komputer / Sistem Maklumat / Dasar / Politik / Perhubungan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan akademik / professional sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama dan/atau kelulusan tambahan Diploma dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam adalah kelebihan.

  1. Umur antara 21 tahun hingga 27 tahun.
     

  2. Berbangsa Melayu dan berugama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

 

 

SYARAT-SYARAT AM: 

  1. Calon-calon yang berjaya akan dikenakan syarat supaya lulus di dalam Perperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam dalam tempoh percubaannya selama 3 tahun.
     

  2. Calon-calon yang berjaya mestilah bersedia berkhidmat di mana-mana sahaja samada di dalam atau di luar Negara Brunei Darussalam.
     

  3. Lain-lain syarat perkhidmatan adalah menurut Skim Perkhidmatan Pentadbiran Negara Brunei Darussalam.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENTADBIR PELATIH: 

  1. Menjadi pakar rujuk bagi perkara-perkara mengenai dengan Peraturan-Peraturan Am (General Order) dan Peraturan-Peraturan Kewangan (Financial Regulation).
     

  2. Membantu Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan membuat perancangan dan perlaksanaan dengan Kementerian / Jabatan.
     

  3. Terlibat dalam kerja-kerja pembuatan dan perlaksanaan dasar.
     

  4. Membuat penelitian ke atas projek-projek Kementerian dan Jabatan.
     

  5. Membuat penelitian dan pembaharuan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan Kementerian dan Jabatan.
     

  6. Mengawal penjimatan perbelanjaan dan penambahan pendapatan Kementerian dan Jabatan.
     

  7. Melaksanakan penyediaan laporan tahunan Kementerian dan Jabatan.

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI KESEJAHTERAAN

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.6 ($1,515- $2,370 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:        

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Kaunseling atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

 

   b.        i.     Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.         

  1. Kepujian/Kredit 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Mempunyai pengalaman didalam menjalankan atau sedang menjalankan kerja-kerja yang bersangkutan dengan hal ehwal kebajikan penuntut di Sekolah Menengah atau Teknikal dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 5 tahun.
     

ATAU 

  1. Guru-guru yang tidak memenuhi syarat b i) dan b) ii) mestilah mempunyai Sijil/Diploma dalam bidang Kaunseling dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 5 tahun.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESEJAHTERAAN: 

  1. Mengawasi serta mengurus hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan keugamaan penuntut-penuntut waktu persekolahan.
     

  2. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa peraturan dan disiplin sekolah.
     

  3. Menjadi penghubung antara sekolah dengan penjaga penuntut-penuntut.
     

  4. Mengawasi serta mengurus hal ehwal kebajikan, kesihatan dan keselamatan penuntut-penuntut.
     

  5. Memberi pandangan kepada pihak sekolah tentang lantikan ketua-ketua pelajar.
     

  6. Menjadi ahli Jawatankuasa sekolah, asrama dan pelawat asrama (jika ada).
     

  7. Melibatkan diri dalam hal ehwal keugamaan (kegiatan sekolah dan asrama).
     

  8. Membantu pihak sekolah merancang kegiatan atau program untuk meningkatkan pencapaian penuntut-penuntut yang berkaitan dengan perkembangan akademik, kokurikular, keugamaan, sosial dan kemahiran hidup penuntut-penuntut serta tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pendidikan.

  

<< Atas

 

 

3.

MERINYU KANAN BANDARAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450- $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.      i.         BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Bandaran dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU KANAN BANDARAN: 

  1. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pengerusi / Setiausaha Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan operatif dan penyeliaan di unit yang diaturkan kepadanya.
     

  2. Menjalankan arahan dan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
     

  3. Bersama-sama dengan Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I di dalam membantu Pengerusi Lembaga Bandaran dan Pegawai Bandaran Kanan bagi semua aspek teknikal.
     

  4. Membantu Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I menyelaras di dalam hal ehwal kawalan perancangan pembangunan, pelaksanaan projek-projek, perlesenan, penyelenggaraan alam sekitar dan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang dikehendaki oleh Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I.
     

  6. Menguruskan dalam hal kewangan dan pembayaran-pembayaran bagi satu-satu projek Kemajuan Bandaran dari awal sehingga tamat tempoh perlaksanaanya.
     

  7. Membuat pemantauan dan laporan kepada Penolong Pegawai Bandaran Tingkat I berkenaan dengan hal-hal Teknikal, Perancangan dan Pembangunan.
     

  8. Menyelaras persediaan dan keperluan yang mencukupi bagi pembelian barang-barang dan alat-alat perkakas / ganti seperti yang dikehendaki.

 

 

<< Atas

 

 

4.

PEMERIKSA BURUH

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.         i.   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan
sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Buruh sebagai Penolong Pemeriksa Buruh atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA BURUH: 

  1. Membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Pengurusan Antarabangsa, Kesatuan Sekerja disamping membantu Pesuruhjaya Buruh dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh dalam urusan Pentadbiran dan apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan Jabatan Buruh.
     

  2. Membantu Pemeriksa Buruh Kanan melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal perburuhan disamping melaksanakan tugas-tugas harian yang diamanahkan.
     

  3. Bertanggungjawab untuk menyelia dan melicinkan perjalanan bahagian / unit dimana ianya ditempatkan serta menjalankan tugas-tugas harian yang diaturkan.
     

  4. Menerima aduan dari pekerja / majikan, meneliti laporan aduan-aduan yang dihadapkan, menyelesaikan / menyiasat pertikaian pekerja dan tugas-tugas yang berhubungkait dengannya.
     

  5. Mengadakan lawatan / rondaan / pemeriksaan dari semasa ke semasa di tempat perusahaan, pekerjaan dan perumahan pekerja.
     

  6. Menyediakan laporan pemeriksaan dan apa-apa jua arahan dari semasa ke semasa.
     

  7. Pemeriksa Buruh mestilah bersedia untuk bertugas dimana-mana tempat / cawangan dan pada bila-bila masa diperlukan termasuklah pada hari-hari kelepasan awam dan diluar waktu-waktu bekerja biasa.

<< Atas
 

 

5.

PENYAMBUNG KABEL

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.       i.       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Teknikal atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 


ATAU
 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam bidang kerja-kerja memasang ‘Joint and Termination’ kabel di bawah tanah dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyambung Kabel Rendah tidak kurang dari 7 tahun.

 

Bagi calon-calon di para a (ii) dan (iii) pernah kursus jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal peringkat pertama adalah keutamaan.

 

  1. Mengetahui saiz-saiz kabel bagi kegunaan yang ditentukan, berpengalaman dalam menyambung LT dan HT.
     

  2. Mengetahui dan berkebolehan mengawasi segala peraturan-peraturan keselamatan kerja.
     


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYAMBUNG KABEL: 

  1. Membantu tugas jawatan Jurutera / Ketua Pembantu Teknik atau Pembantu Teknik Kanan.
     

  2. Merancang, mengarahkan dan bertanggungjawab ke atas Bahagian Penyambungan Kabel Zon Timur.
     

  3. Menyediakan perkakas, alat dan kits penyambungan dan penamatan kabel.
     

  4. Membuat penyambungan dan penamatan (Termination) Kabel Voltan Tinggi (11 KV) dan Voltan Rendah (415V).
     

  5. Bersiap sedia setiap masa untuk menghadiri aduan kontrak (Pemborong).
     

  6. Menerima arahan daripada Pegawai-Pegawai Kanan / Ketua Bahagian / Cawangan / Unit masing-masing dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas 

 

 

6.

PEMBANTU MAKMAL (BILIK MAYAT)

JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570- $1,175 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.      i.      4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau
                    kelulusan sebanding.
 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Perubatan dalam jawatan Atendan Makmal dalam tanggagaji F.2-3-4-5 EB.6 tidak kurang dari 8 tahun atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan Bilik Mayat adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU MAKMAL (BILIK MAYAT): 

  1. Menjalankan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai yang lebih kanan.
     

  2. Menerima mayat dan spesimen dari wad-wad dan klinik-klinik kesihatan dan pesakit luar.
     

  3. Membantu menyediakan mayat untuk dibedah siasat.
     

  4. Mengambil contoh-contoh darah pesakit di Pusat Pengambilan Darah, Klinik-Klinik Kesihatan dan di dalam wad-wad.
     

  5. Memasukkan ke dalam komputer data yang dikehendaki dengan mengikut maklumat yang terdapat dalam ‘request form’.
     

  6. Menyediakan spesimen untuk diproses dan membantu dalam pemprosesan spesimen.
     

  7. Sentiasa mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan dalam makmal.
     

  8. Memastikan tempat bekerja sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. 

 << Atas
 

 

GH7.

JURUTERA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan Profesional dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

Mempunyai keahlian Badan Profesional yang bersesuaian dengan bidang-bidang tugas yang diiktiraf adalah kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA: 

  1. Bertanggungjawab kepada Jurutera Kerja Kanan.
     

  2. Membuat kerja-kerja rekabentuk, spesifikasi dan schedules dan Bill of Quantities.
     

  3. Melawat projek di tapak binaan dan menyediakan laporan perkembangan projek.
     

  4. Monitor perkembangan projek-projek yang dilaksanakan.
     

  5. Menyelaras dengan Jabatan-Jabatan atau konsultan bagi mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar dan baik.

 

 << Atas

 

GH8.

PENYELIA ARKIB

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Arkib / Sejarah / Pengajian Asia Tenggara / Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA ARKIB: 

  1. Bertanggungjawab kepada Jabatan dalam memastikan kelicinan perjalanan Bahagian Arkib.
     

  2. Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pemeliharaan indeks dan sistem failing.
     

  3. Bertanggungjawab dalam memelihara dengan sempurna tentang keaslian sesuatu perkara di samping perkara yang berkaitan rapat dengannya.
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA
6

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN
GH7 DAN GH8:

 

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPM

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETRIAT

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas