IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 22 JULAI 2009)

BILANGAN IKLAN: 26/07/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEGAWAI LATIHAN

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KAUNSELING

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENOLONG PENGURUS LAPANGAN TERBANG

 JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

MERINYU PERANCANG

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PEMANDU / OB JURUTEMALI

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB.3 ($650 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

GH8.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

URUSETIA JAWATANKUASA KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH9.

PEGAWAI KAKITANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

GH9
&
CARA PERMOHONAN

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

1.

PEGAWAI LATIHAN

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

    1.    a)         TANGGAGAJI B.2 EB.3:  

 

Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan Industri atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)       TANGGAGAJI B.2:

 

i)       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Elektrikal / Elektronik / Mekanikal; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan latihan elektrikal / mekanikal dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian yang berkaitan dalam bidang latihan elektrikal / mekanikal dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai keahlian MIEE/MI Mech E adalah diberi keutamaan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN: 

  1. Membantu semua kegiatan latihan dan menyelaras polisi latihan.
     

  2. Menyelaras semua kegiatan latihan dan kemajuan dalam Jabatan.
     

  3. Membentuk kesedaran dikalangan kakitangan tentang mustahaknya latihan bagi perkembangan sumber tenaga manusia.
     

  4. Mengenal pasti keperluan latihan kakitangan.
     

  5. Membantu kumpulan pengurus-pengurus untuk membentuk tujuan-tujuan latihan dan matlamat latihan dalam perkhidmatan.
     

  6. Mempastikan keberkesanan perlaksanaan dan catatan kemajuan latihan dalam perkhidmatan.
     

  7. Menghasilkan buku-buku panduan latihan dan lain-lain bahan pembelajaran.
     

  8. Mengelola dan menjalankan latihan setempat sebagaimana perlu.
     

  9. Berhubung dengan institusi pendidikan dalam dan luar negeri dan lain-lain institusi latihan mengenai hal-hal pendidikan dan latihan.
     

  10. Memberi nasihat kepada kakitangan dalam memilih kursus latihan di dalam dan di luar negeri.
     

  11. Menganalisa dan menilai keberkesanan program latihan.
     

  12. Menjalankan semua tugas-tugas pentadbiran yang berhubung dengan latihan. 

<< Atas
 

 

2.

PEGAWAI KAUNSELING

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.        a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:  

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Psikologi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)       TANGGAGAJI B.2:

 

i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kaunseling / Psikologi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING: 

  1. Merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau berkumpulan kepada anak-anak tempatan, ibu-bapa dan juga majikan-majikan dalam apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan.
     

  2. Mendengar dan memberikan khidmat nasihat bagi menyelesai dan menangani permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak tempatan dan majikan dimana perlu dalam apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan.
     

  3. Menyediakan laporan bulanan berhubung dengan aktiviti kaunseling kepada ketua jabatan.
     

  4. Membuat penyelidikan tertentu, ujian/inventori psikologi, analisa, kajiselidik serta menyediakan kertas kerja berhubung dengan permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak tempatan dalam kerjaya, pekerjaan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
     

  5. Sebagai pakar rujuk dalam bidang kaunseling dan psikologi.
     

  6. Melaksanakan apa-apa jua perancangan kearah membantu anak-anak tempatan mendapatkan pekerjaan di sektor swasta.
     

  7. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Buruh dari masa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN 3 DAN 4:

 

1          a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Sumber Tenaga Manusia / Perhubungan Antarabangsa / Teknologi Maklumat / Kewangan / Pemasaran atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)        TANGGAGAJI B.2:

 

i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Sumber Tenaga Manusia / Perhubungan Antarabangsa / Teknologi Maklumat / Kewangan / Pemasaran atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II: 

  1. Mengendalikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan bagi pegawai kakitangan seperti tatatertib, gaji, elaun-elaun dan faedah-faedah lain.
     

  2. Merancang keperluan jangka pendek dan jangka keperluan pegawai dan kakitangan.
     

  3. Membuat penganalisaan pasaran pekerja (Market Labour) dan bekerjasama dengan pembekal pekerja (workforce supplier) seperti institusi-institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan sekolah-sekolah dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang diperlukan dan berkualiti.
     

  4. Membuat rancangan penggantian (sucession planning) yang berhubungkait dengan kemajuan kerjaya (career development) dan perancangan penempatan (redeployment).
     

  5. Membantu ketua Unit dalam membuat penelitian dan penyelarasan skim perkhidmatan jawatan-jawatan yang ada untuk dibuat penambahbaikan sesuai dengan kelayakan pengetahuan dan kemahiran masakini.

 << Atas
 

 

5.

PENOLONG PENGURUS LAPANGAN TERBANG

 JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.     i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Perniagaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                      Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan

 

ATAU

 

ii.       Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Penyelia Bangunan Tempat Perhentian atau Penyelia Perhubungan Penumpang dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii.        Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Pengurusan / Perniagaan atau bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

  1. Pernah mengikuti kursus dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGURUS LAPANGAN TERBANG: 

  1. Bertanggungjawab dan melapor terus kepada Pengurus Lapangan Terbang.
     

  2. Membantu Pengurus Lapangan Terbang dalam bidang mentadbir dan mengurus Bahagian Pengurusan Lapangan Terbang.
     

  3. Menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengurus Lapangan Terbang semasa ketiadaannya.
     

  4. Bertanggungjawab ke atas pembisaian (Landscaping) dalam dan luar Bangunan Terminal.

 

 << Atas
 

 

6.

MERINYU PERANCANG

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.   i.        BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Geography / Matematik / Lukisan.

 

  1. Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah dan bersih dari tindakan tatatertib.
     

  2. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemeriksaan tapak, boleh membaca dan memahami pelan-pelan bangunan, pelan-pelan perancangan, peta-peta rupabumi (kontor) dan pengetahuan terhadap penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU PERANCANG: 

  1. Membantu Merinyu Perancang Kanan dalam mengendalikan kerja-kerja pemeriksaan dan membuat laporan terhadap projek-projek perancangan pembangunan.
     

  2. Memeriksa dan membuat laporan-laporan terhadap permohonan-permohonan kemajuan tanah dan bangunan di dalam kawasan Kawalan Kemajuan dan permohonan-permohonan lain yang di rujuk ke Jabatan ini.
     

  3. Mengenalpasti, memeriksa dan membuat laporan terhadap kegiatan-kegiatan kemajuan yang dilakukan tanpa kebenaran di dalam kawasan Kawalan Kemajuan.
     

  4. Melaksanakan arahan-arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 << Atas
 

 

7.

PEMANDU / OB JURUTEMALI

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.2 EB.3 ($650 - $1,125 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.        i.   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 
                   
Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 10 tahun.

  1. Mempunyai lesen memandu Kelas 5 yang sah dan rekod memandu yang bersih. 

    Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman memandu kenderaan berat tidak kurang dari 3 tahun.

    Calon-calon yang tidak mempunyai lesen memandu Kelas 5, dibolehkan memohon dan sekiranya berjaya calon-calon adalah dimestikan mengambil dan lulus lesen memandu Kelas 5 secara persendirian semasa tempoh percubaan jawatan tersebut.

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU / OB JURUTEMALI: 

  1. Memandu kenderaan OB RTB seberat hingga 12 tan dan termasuk Bilik Kawalan Warna Bergerak dan Pelan-Pelan EPL Hydrolik.
     

  2. Bertugas ke atas Pelantar-Pelantar EPL di lokasi-lokasi Siaran Luar.
     

  3. Membuat semua aspek operasi Siaran Luar TV termasuk pemasangan kabel, mengangkut kelengkapan teknikal, membina pelantar-pelantar sementara dan memberikan bantuan semasa pemasangan dan pembukaan semua alat-alat, menjalankan tugas latihan, rakaman dan siaran langsung seperti yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan Siaran Luar.
     

  4. Menjaga keselamatan perkakas Unit Siaran Luar di waktu malam lokasi Siaran Luar.
     

  5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

GH.8

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

URUSETIA JAWATANKUASA KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Keselamatan / Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II: 

  1. Bertanggungjawab bagi membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan pentadbiran, perancangan dan pengurusan Bahagian Hal Ehwal Keselamatan.
     

  2. Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawah bidang tumpuan Setiausaha Tetap yang bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan.
     

  3. Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan penyelidikan, perancangan dan penyelarasan serta membuat laporan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan.
     

  4. Menjalankan penyelidikan serta menyediakan laporan atau kertas kerja yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan termasuklah menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan keselamatan seperti jenayah merentas sempadan, dan lain-lain isu yang berkaitan.
     

  5. Membantu Ketua Bahagian dalam menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa termasuklah menyediakan kedudukan Negara dalam isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan.
     

  6. Membantu Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai di Bahagian Hal Ehwal Keselamatan dalam menyelaraskan mana-mana jawatankuasa kebangsaan dalam menangani jenayah merentas sempadan.
     

  7. Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

 << Atas
 

 

GH.9

PEGAWAI KAKITANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan / Pengurusan Sumber Tenaga Manusia atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAKITANGAN: 

  1. Bertanggungjawab / melapor kepada Ketua Bahagian / Ketua Unit.
     

  2. Membantu Ketua Bahagian / Ketua Unit dalam melaksanakan dasar-dasar dan program sumber tenaga manusia.
     

  3. Mengkaji, mengumpul dan menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan bahagian masing-masing.
     

  4. Menyediakan, mengawas dan memberi bimbingan kepada pegawai-pegawai bawahan di dalam memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dijalankan dengan jujur, cekap dan berkesan.

<< Atas
 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH.8

 

SETIAUSAHA,

JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPM

JABATAN PERDANA MENTERI,

BANGUNAN SEKRETRIAT,

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH.9

 

PENGARAH PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

TINGKAT 4

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA

BANDAR SERI BEGAWAN BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas