IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 21 OKTOBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 39/09/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 PEGAWAI KESEJAHTERAAN MAHASISWA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

2.

 AHLI KAJI PENYAKIT TUMBUHAN

 JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

2

 

3.

 PEGAWAI PEMASARAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

4.

 PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

3

 

5.

 PENOLONG PEGAWAI KURIKULUM

JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.6  ($1,515 - $2,370 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

6.

 TUKANG PELAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN) ATAU

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

7.

 PENYELIA SIMPANAN DARAH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.7-8 EB.9 ($1,310 - $2,315 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

8.

 PENOLONG PENCATAT GARIS OTAK

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

9.

 KERANI BAHASA ARAB

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                

 

  

 

1.

PEGAWAI KESEJAHTERAAN MAHASISWA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian,atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

  1. Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran di Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan adalah kelebihan.
     

  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Arab adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESEJAHTERAAN MAHASISWA: 

  1. Mengawasi kesejahteraan dan kebajikan pelajar tempatan dan antarabangsa.
     

  2. Bertanggungjawab atas semua pembayaran elaun dan kemudahan-kemudahan pelajar.
     

  3. Menguruskan kepentingan pelajar dari kalangan kakitangan Kerajaan.
     

  4. Membantu dalam mengurus dan menjaga Kewangan Persatuan Mahasiswa dan Badan Persatuan Universiti Islam Sultan Sharif Ali dengan kerjasama pejabat Bendahari Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
     

  5. Bertanggungjawab dalam mengawasi disiplin dan tatatertib pelajar tempatan dan antarabangsa.
     

  6. Bertanggungjawab mengurus semua kemudahan pelajar seperti elaun-elaun, permohonan keluar negeri, cuti sakit dan apa jua masalah yang bersangkut paut dengan hal ehwal pelajar.
     

  7. Lain-lain tugas yang diberikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan pegawai atasan dari masa ke semasa.

  << Atas
 

 

2.

 AHLI KAJI PENYAKIT TUMBUHAN

 JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Agricultural Science / Biological Science / Crop Protection / Plant Pathology atau bidang berkaitan dengan pengkhususan di bidang Mikology / Bakteriologi / Nematologi / Virologi Tumbuhan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan. 

  1. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja diagnostik dan penyelidikan di dalam kawasan tropika terutama sekali mengenai penanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan dan/atau mempunyai pengkhususan dalam bidang virology atau bacteriology / mikrobiologi adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI KAJI PENYAKIT TUMBUHAN: 

  1. Mengendali kerja-kerja diagnostik pencaman dan taxonomi yang berkaitan dengan penyakit tanaman padi dan lain-lain tanaman di ladang terutama yang disebabkan oleh fungi, bakteria, nematod dan virus.
     

  2. Merancang dan melaksanakan kaji selidik pengumpulan data kajian makmal dan ladang dan membuat syor-syor yang bersesuaian mengenainya.
     

  3. Membuat dan menyediakan kertas kerja projek mengenai pengawalan dan pengurusan penyakit tanaman utama dan bertanggungjawab ke atas perlaksanaan projek.
     

  4. Merancang dan melaksana kerja-kerja mengemaskinikan dan pengingkatan koleksi herbarium dan kultur dan kerja-kerja diagnostic, pencaman dan taxonomi yang terkini di makmal penyakit tanaman, Unit Perlindungan Tanaman.
     

  5. Memberi khidmat nasihat kepakaran dan syor-syor kawalan dan teknologi terkini yang berkaitan dengan pengawalan dan pengurusan penyakit tanaman.
     

  6. Merancang, menyelaras dan melaksana program Pengurusan Musuh Bersepadu (IPM) tanaman padi dan tanaman-tanaman ladang lain.
     

  7. Membuat laporan, risalah-risalah dan dokumentasi penyakit tanaman yang utama.
     

  8. Menjalankan kerja-kerja pemantauan dan kawal selia penyakit tanaman yang utama seluruh negara.
     

  9. Memberikan dan melaksana program-program latihan mengenai pengurusan penyakit tanaman padi dan tanaman-tanaman ladang dan kaedah-kaedah kawalannya termasuk kaedah pembelajaran sekolah perladangan (Farmer’s Field School) dan Amalan Perladangan Baik (Good Agricultural Practise) kepada kakitangan Jabatan dan peladang.
     

  10. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Perlindungan Tanaman selaku pakar rujuk dalam bidang yang berkatian dengan pengawalan dan pengurusan penyakit tanaman.
     

  11. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari masa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

3.

 PEGAWAI PEMASARAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i.     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama atau dalam bidang Pemasaran Lapangan Terbang adalah kelebihan

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pemasaran atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 3 tahun.

Berkelulusan dalam bidang Pemasaran Lapangan Terbang adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PEMASARAN: 

  1. Menyediakan Data Statistic dan Laporan.
     

  2. Menyediakan laporan hasil kajiselidik (survey report).
     

  3. Menerima arahan dari Ketua Bahagian dari masa ke semasa.
     

  4. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan di luar daerah apabila diperlukan.
     

  5. Bertanggungjawab dalam menyediakan tender-tender dokumen dan tenancy agreement Jabatan.
     

  6. Memantau dan memeriksa perkembangan bayaran sewa bulanan dan pendapatan tahunan, aeronautical dan non-aeronautical revenue di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan seterusnya menyediakan laporan untuk dihadapkan kepada Ketua Jabatan.

 << Atas

 

 

4.

 PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Projek Tingkat II dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT I:

SECARA AMNYA:

  1. Mengumpulkan data / maklumat dan menyediakan perangkaan (statistik) berkaitan dengan projek.
     

  2. Menyediakan laporan / kertas kerja yang berkaitan dengan projek.
     

  3. Menyelaras dan menyediakan cadangan-cadangan projek Jabatan dan yang melibatkan Jabatan.
     

  4. Menyemak bayaran-bayaran kemajuan kerja.
     

  5. Menilai kedudukan-kedudukan projek dan membuat laporan.

 


DI JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI:
 

  1. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam pengurusan kerja-kerja pentadbiran hal ehwal antarabangsa.
     

  2. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam menyelaras penyertaan dan penglibatan Brunei Darussalam dalam initiatif alam sekitar di peringkat sejagat, serantau dan dua hala.
     

  3. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam menyelaras perlaksanaan program, projek dan aktiviti antarabangsa di peringkat kebangsaan.
     

  4. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam menyediakan maklumat-maklumat berhubung dengan perundingan antarabangsa.
     

  5. Membantu Pegawai Alam Sekitar dalam menjalankan penyelidikan serta kajian mengenai alam sekitar.

 

 

DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN: 

  1. Memproses permohonan Jabatan-Jabatan bagi kenderaan-kenderaan, barang-barang perabot, alat-alat pejabat dan bangunan-bangunan yang hendak diroboh untuk dihapuskan dari kira-kira Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan serta mempastikan tatacara penghapusan mengikut Peraturan Kewangan.
     

  2. Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan, barang-barang perabot, alat-alat perkakas elektrik dan alat-alat pejabat yang hendak dihapuskan daripada kira-kira Kerajaan.
     

  3. Membuat laporan pemeriksaan.
     

  4. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat Jawatankuasa Penghapus Harta Benda Kementerian Pembangunan serta menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penghapusan Harta Benda kementerian Pembangunan.
     

  5. Memproses permohonan atas sokongan Jawatankuasa Penghapusan Harta Benda Kementerian Pembangunan ke Lembaga Pemeriksaan Tetap Kementerian Kewangan dan memaklumkan keputusan kepada Jabatan-Jabatan yang memohon.
     

  6. Menghadiri dan menyaksikan jualan-jualan lelong yang sudah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Harta Benda Kementerian Kewangan dan menyaksikan pembuangan / pemusnahan harta benda yang tidak laku.
     

  7. Menyaksikan perobohan bangunan-bangunan yang telah dibenarkan untuk dihapuskan daripada kira-kira Kerajaan.
     

  8. Kerja-kerja lain mengikut arahan pegawai atasan.

 << Atas

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI KURIKULUM

JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.6  ($1,515 - $2,370 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU

 

   b.        i.    Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan  

  1. 4 Kepujian mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai pengetahuan / kemahiran dalam bidang ICT.
     

  2. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KURIKULUM: 

  1. Membantu Ketua Unit mengurus dan melaksanakan rancangan kerja dan kegiatan unit berkenaan.
     

  2. Membantu Ketua Unit dalam kerja-kerja penilaian dan pengendalian latihan-latihan pegawai-pegawai dan kakitangan.
     

  3. Membantu Ketua Unit dalam menyediakan laporan kegiatan dan pelaksanaan unit berkenaan.
     

  4. Membantu Ketua Unit untuk mendapatkan latihan atau kursus jangka pendek di luar negeri yang boleh diikuti oleh pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan.
     

  5. Menggendalikan urusan pencalonan pegawai dan kakitangan bagi latihan dalam negeri seperti IPA, UBD, Pusat Dakwah, ASEAN EC, ITB, SEAMEO VOCTECH dan sebagainya.
     

  6. Menyelaras pengendalian orientasi guru yang diungkayahkan oleh jabatan dan unit-unit berkenaan.
     

  7. Menyelaras mesyuarat-mesyuarat bagi meneliti kertas-kertas kerja pelaksanaan orientasi/latihan guru seperti kursus, bengkel, seminar dan seumpamanya.
     

  8. Mengetuai kerja-kerja sekretariat bagi pelaksanaan orientasi/latihan guru dan majlis-majlis rasmi mengenainya.
     

  9. Mengurus pengendalian sesi-sesi kongsisama / muzakarah / taklimat / demo dan seumpamanya bagi keperluan jabatan.
     

  10. Memberi bantuan dalam membuat kaji selidik pendidikan kepada unit berkenaan.
     

  11. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Ketua Unit berkenaan.

 << Atas
 

 

6.

 TUKANG PELAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN) ATAU

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)       TANGGAGAJI C.2 EB.3 

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Draughtsmanship / Arkitek atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

    

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pelan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)    TANGGAGAJI C.1-2 EB.3

 

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Drauhtsmanship / Arkitek atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pelan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.        Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja praktikal dalam menyediakan pelan-pelan dan ukiran-ukiran yang lengkap dari lukisan-lukisan kasar.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG PELAN KANAN:

 

DI JABATAN KERJA RAYA

 

Utama: 

  1. Membantu Ketua Tukang Pelan dalam menyediakan pelan / lukisan seperti yang diarahkan oleh Arkitek.
     

  2. Menyediakan lukisan dalam tempoh yang ditetapkan dan membuat pemeriksaan projek di tapak bina bila / jika diarahkan oleh Arkitek.

 

Tugas dan Tanggungjawab: 

  1. Membantu Ketua Tukang Pelan dalam menyediakan pelan / lukisan.
     

  2. Membantu Ketua Tukang Pelan menyediakan lukisan cadangan rekabentuk awal dan rekabentuk lanjutan untuk pengesahan klien.
     

  3. Membantu Ketua Tukang Pelan mengawas, memantau dan menyelaras kerja-kerja penyediaan lukisan yang dibuat oleh kakitangan di bawah jagaannya dalam waktu yang ditetapkan.
     

  4. Membantu Ketua Tukang Pelan menyelaras dan memastikan semua lukisan tawaran diselaraskan dengan teratur dan dalam waktu yang ditetapkan.
     

  5. Menyemak semua lukisan yang telah siap sebelum dihantar kepada Ketua Tukang Pelan (berpandukan kepada senarai semak lukisan).
     

  6. Membantu Ketua Tukang Pelan mengemaskinikan laporan bulanan projek bila / jika diperlukan.
     

  7. Membantu Ketua Tukang Pelan memantau dan mengawas semua kerja dan kakitangan di bawah jagaannya.
     

  8. Membantu Ketua Tukang Pelan memantau, menilai dan melaporkan kemajuan perkembangan projek di tapak bina jika / bila diperlukan dan diarahkan oleh Arkitek.
     

  9. Membantu Ketua Tukang Pelan menyediakan minit mesyuarat bila / jika diarahkan oleh Arkitek.
     

  10. Membantu Arkitek mengadakan pemeriksaan siap praktikal setelah projek siap dan pemeriksaan terakhir sebelum tamat tempoh tanggungan kecacatan dan juga penyerahan bangunan.
     

  11. Melaksanakan apa jua tugas lain seperti yang diarahkan oleh Arkitek.

<< Atas

 

 

7.

PENYELIA SIMPANAN DARAH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.7-8 EB.9 ($1,310 - $2,315 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Teknologi Sains Makmal Perubatan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)                 i)        Mempunyai Sijil Kejururawatan Am atau sebanding.

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Makmal atau jawatan sebanding dalam tanggagaji M.4 tidak kurang dari 3 tahun.

 

2.       Berpengalaman dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan Pusat Simpanan Darah adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENYELIA SIMPANAN DARAH:
 

  1. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan ujian diagnostik melalui pemeriksaan makmal dan apa-apa saja tugas yang diarahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Ketua Pegawai Saintifik.
     

  2. Bertanggungjawab mempastikan kesempurnaan kajian makmal dengan mengawasi pengawalan mutu kajian makmal yang dikendalikan.
     

  3. Bertugas ‘On-Call’ atau panggilan kecemasan di luar waktu-waktu pejabat dan pada hari-hari kelepasan awam, menurut jadual yang ditetapkan oleh bahagian makmal.
     

  4. Bertanggungjawab membantu mengendalikan latihan kakitangan makmal, Jururawat, Merinyu Kesihatan serta penuntut-penuntut yang sedang menjalani latihan penempatan di bahagian makmal-makmal yang berkenaan.
     

  5. Bersedia untuk ditempatkan dan bertugas di mana-mana makmal hospital daerah atau klinik kesihatan.
     

  6. Bertanggungjawab membantu dalam menyediakan statistik ujian makmal dalam bahagian kecil makmal yang ditugaskan.

 << Atas
 

 

8.

PENOLONG PENCATAT GARIS OTAK

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Sains atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji M.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENCATAT GARIS OTAK:

  1. Membantu pegawai atasan di dalam pemeriksaan klinikal dan perawatan penyakit yang memerlukan rawatan kaedah Neurologi / Neurophysiologi.
     

  2. Memberikan rawatan keadah Neurologi / Neurophysiologi seperti electoencephalography dan membantu di dalam memberikan kaedah rawatan pemulihan atau permasalahan anggota tubuh badan termasuk neurologi, paru-paru dan sebagainya mengikut arahan serta pengawasan dan bimbingan Pegawai Neruphysiologi Teknologis, Pakar Klinikal dan Penolong Kanan Neurologi Teknologis.
     

  3. Memantau perkembangan keadaan pesakit serta memaklumkan mengenainya kepada Pegawai Neurologi, Pakar Klinikal dan Penolong Kanan.
     

  4. Mengkordinasikan stok keperluan fisioterapi dan menyediakan laporan mengenainya jumlah stok barang-barang.
     

  5. Menyediakan laporan-laporan statistic pesakit dan perkhidmatan neurophysiologi jika diperlukan.
     

  6. Menyediakan alat-peralatan kaedah rawatan yang diperlukan untuk rawatan neurophysiologi.
     

  7. Mempastikan penjagaan semua alat-peralatan kaedah rawatan neurophysiologi berfungsi dengan baik dan tempat rawatan kemas dan bersih.

 << Atas

 

 

9.

 KERANI BAHASA ARAB

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Pelajaran Ugama (SPU) atau 4 Kepujian/Kredit Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan dengan persuratan dalam Bahasa Arab adalah kelebihan.

 
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI BAHASA ARAB: 

  1. Menaip apa jua surat-surat dalam Bahasa Arab.
     

  2. Menaip kertas soalan peperiksaan dalam Bahasa Arab.
     

  3. Menaip kertas kerja dan artikel seperti isi kandungan Dalil, Majalah dan Jurnal dan lain-lain, yang berbahasa Arab dan Melayu.
     

  4. Menaip artikel-artikel dalam Bahasa Jawi dan Bahasa Arab.
     

  5. Menaip apa jua jenis kandungan kursus yang ditawarkan oleh Universiti dalam Bahasa Arab.
     

  6. Melakukan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas