IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 19 OGOS 2009)

BILANGAN IKLAN: 30/07/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

Pendaftar
SEKOLAH VOKASIONAL WASAN

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

g.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

g.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

Pendaftar
SEKOLAH PERDAGANGAN

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

g.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

g.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

Penolong Pegawai Protokol

JABATAN ADAT ISTIADAT

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

Pegawai Pemasaran

jABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

Jurutulis Jawi

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

Juruteknik Lampu

jABATAN lAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)
Tugas dan tanggungjawab

 

7.

Juruteknik Pemeliharaan Rendah

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

Kerani

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

9.

Tukang Pelan

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan tanggungjawab

 

10.

Penjaga Keselamatan Gudang

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH11.

Jurutera

BAHAGIAN PEMAJUAN, UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

BILANGAN GH11 DAN GH14

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

GH12.

Pegawai Petrofizik

BAHAGIAN PEMAJUAN DAN EKSPLORASI

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH13.

Pegawai Projek

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK

UNTI PETROLEUM

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH14.

Pegawai Ekonomi

BAHAGIAN KOMERSIAL

UNTI PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN ii)

Tugas dan tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

Pendaftar
SEKOLAH VOKASIONAL WASAN

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

g.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

g.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

2.

Pendaftar
SEKOLAH PERDAGANGAN
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

g.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

g.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN 1 DAN 2:

 

1.         a.     TANGGAGAJI G.13: 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. TANGGAGAJI G.11:  

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3/G.10/G.9 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

  1. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3/G.10/G.9 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3/G.10/G.9 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Mempunyai penguasaan komunikasi yang baik dan mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam penggunaan software aplikasi pengkalan data (data base software application).

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menyediakan bahan rujukan berhubungan dengan peraturan akademik yang dikeluarkan oleh Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam (BDTVEC).
     

  2. Menguruskan dan mengendalikan temuduga permohonan pelajar-pelajar untuk mengikut program-program yang ditawarkan di institusi.
     

  3. Menguruskan dan mengendalikan temuduga bagi pemohon yang ingin masuk ke institusi.
     

  4. Menguruskan proses pengiklanan temuduga program-program yang ditawarkan.
     

  5. Memproses, mengeluarkan dan menyimpan surat akuan (testimonials), sijil berhenti dan sijil-sijil yang lain bagi pelajar-pelajar.
     

  6. Menyediakan dan mengemaskinikan rekod pelajar, kemajuan pelajar dan statistik pelajar.
     

  7. Memproses permohonan cuti pelajar dan memaklumkan kepada Pegawai Kesejahteraan Pelajar.
     

  8. Mengendalikan lawatan moderator.
     

  9. Menjadi Setiausaha kepada Badan Akademik institusi
     

  10. Mengendalikan proses permohonan menawarkan program baru ke majlis BDTVEC.
     

  11. Menyediakan program mempromosi sekolah khususnya program-program yang ditawarkan kepada sekolah-sekolah menengah dan orang awam.

 

 << Atas

 

3.

Penolong Pegawai Protokol

JABATAN ADAT ISTIADAT

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.      i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja dan berumur tidak kurang dari 23 tahun. Mengetahui akan Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengendalian sistem komputer adalah keutamaan.
     

  3. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : 

  1. Bertanggungjawab kepada Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Penolong Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Setiausaha Adat Istiadat dan Pegawai Protokol pada menjalankan tugas-tugas dan Majlis-Majlis yang beristiadat dari semasa ke semasa menurut yang diarahkan.
     

  2. Menjadi Penolong Pentadbir di Jabatan Adat Istiadat.
     

  3. Membantu menyusun senarai-senarai Pembesar-Pembesar Negara, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan sebagainya.
     

  4. Bertanggungjawab mengawasi Unit Data dan maklumat dan Bahagian Protokol.
     

  5. Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja dan membantu merancang dalam menentukan keperluan bagi persediaan dan perlaksanaan majlis-majlis beristiadat/rasmi negara yang dikendalikan sepanjang tahun.
     

  6. Bertanggungjawab menyediakan laporan dan catatan kehadiran orang-orang yang dijemput ke majlis-majlis beristiadat / rasmi negara.
     

  7. Membantu merancang dan menentukan keperluan latihan / kursus Pegawai dan Kakitangan Bahagian Protokol.
     

  8. Hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja atau cuti awam, di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana diarahkan.

  << Atas

 

4.

Pegawai Pemasaran

jABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.        i.       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pemasaran atau kelulusan
sebanding dalam bidang yang sama.

 

                     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan. 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam bahagian Penerbitan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengawasi dan menjual bahan-bahan kurikulum terbitan Jabatan Perkembangan Kurikulum.
     

  2. Mempromosi bahan-bahan kurikulum sekolah kepada sekolah-sekolah, kelas-kelas tuisyen dan orang ramai, seperti melalui ‘roadshow’ ke sekolah-sekolah, menyertai pameran-pameran, expo dan sebagainya yang dianjurkan oleh jabatan ini atau di luar jabatan.
     

  3. Memastikan penjualan bahan-bahan kurikulum sekolah kepada orang ramai mengikut prosedur / peraturan kewangan, Kementerian Kewangan seperti mengeluarkan resit-resit rasmi kerajaan. Memasukkan wang ke bank dan menghantar buku-buku tunai ke Jabatan Perbendaharaan.
     

  4. Menjaga keselamatan, bahan-bahan kurikulum sekolah semasa mengadakan pameran, expo dan sebagainya.
     

  5. Membuat laporan penggal tahunan.
     

  6. Lain-lain tugas yang diarahkan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Ketua Unit.

 

<< Atas
 

 

5.

Jurutulis Jawi

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

   1.        i.   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam penulisan jawi atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian. 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

  1. Mempunyai latihan asas dalam khat tulisan jawi dan berkebolehan menulis lebih daripada satu khat tulisan jawi.
     

  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang boleh membaca khat-khat lama dalam tulisan jawi.
     

  3. Pernah mengikuti kursus dalam bidang penulisan khat dan penulisan jawi adalah kelebihan.
     

  4. Pernah mengikuti dan memenangi sebarang peraduan menulis khat dan tulisan jawi adalah kelebihan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Ketua Unit Khat Jawi, Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran.
     

  2. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti atau program-program pembelajaran khat atau tulisan jawi.
     

  3. Memberi ceramah yang berkaitan dengan tulisan jawi.
     

  4. Membuat tranliterasi manuskrip lama, surat-surat perjanjian, dokumen dan seumpamanya yang berunsur sejarah untuk keperluan pengkajian, penulisan penerbitan dan pameran.
     

  5. Menyediakan khat atau jawi bagi keperluan segera. 

<< Atas
 

 

6.

Juruteknik Lampu

jABATAN lAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   1.       a.       4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik / Physics / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

  b.       i.        BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektrik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

ii.         Pemohon-pemohon mestilah pernah menjalani latihan perantis letrik dan mempunyai pengalaman dalam bidang Elektrikal.

 

Mempunyai pengalaman di dalam kerja-kerja membaiki dan menyelenggara lampu-lampu pelayaran laut dan komponen elektronik adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  c.      i.        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ii.       Pernah menjalankan tugas Juruteknik Lampu dan berpengalaman dalam kerja-kerja membaiki dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.

 

  1. Boleh menggunakan komputer dan bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.
     

  2. Pemohon-pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Menyelenggara, memelihara lampu pelayaran laut yang menggunakan kuasa bateri atau letrik yang dipasang di lampu-lampu pancang laut dan menara-menara serta boya-boya lampu laut. Membuat lain-lain tugas am pemasangan-pemasangan kuasa letrik di darat dan di kapal-kapal apabila dikehendaki.

<< Atas

 

 

7.

Juruteknik Pemeliharaan Rendah

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.      4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains / Matematik dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektronik atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelatih Teknik dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Memberi bantuan teknik umum kepada kakitangan pemeliharaan yang lebih kanan.
     

  2. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan pemeliharaan peralatan teknik.
     

  3. Terlibat dalam tugas-tugas operasi di beberapa Bahagian / Unit Radio Televisyen Brunei.
     

  4. Bersedia bertugas pada mana-mana tempat yang diarahkan dan pada bila-bila masa sama ada waktu pejabat, bergilir-gilir (shift) atau masa tidak menentu mengikuti keperluan semasa bertugas pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan awam.
     

  5. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

<< Atas
 

 

8.

Kerani

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.   i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat (Pelayan) dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Bagi calon di para a) ii):-

  1. Telah lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi penetapan jawatan.

  2. Sekurang-kurangnya telah mengikut kursus-kursus Induksi dan Profesional bagi Pembantu Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.

  1. Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menaip persuratan termasuk penyemakan (Proof reading), sistem failing dan susulan.
     

  2. Tertakluk kepada fungsi Jabatan / Bahagian / Unit tanggungjawab juga termasuk mengurusan kewangan, memproses permohonan dan pentadbiran pejabat.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian / Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

9.

Tukang Pelan

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Lukisan dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Lukis dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  2. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan  atau bidang seperti berikut adalah kelebihan.

  1. Mahir penggunaan ‘AUTOCAD’.

  2. Mempunyai pengalaman dalam membuat pelan di dalam Perkhidmatan Awam atau Swasta.

  3. Menyediakan lukisan-lukisan yang lengkap mengenai bangunan-bangunan atau kerja-kerja kejuruteraan dari lukisan-lukisan dimensi.

  1. Keutamaan akan dibukakan kepada pemohon bermastautin secara tetap di Daerah Belait. (jawatan untuk Pejabat Daerah Belait)

 
 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

DI JABATAN PERTANIAN 

  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan, penyimpanan dan memelihara dokumen-dokumen yang berhubungkait dengan aktiviti unit.
     

  2. Menyediakan ‘design plan’ atau ubahsuai plan daripada konsep yang disediakan.
     

  3. Menyediakan plan-plan tawaran / sebutan harga dan sebagainya yang diarahkan oleh Ketua Bahagian / Unit.
     

  4. Membuat tawaran dan pemantauan tapak projek untuk penyediaan plan.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas sampingan yang diarahkan oleh Ketua Bahagian / Unit dari semasa ke semasa.

 


DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN
 

  1. Menyediakan lukisan-lukisan yang lengkap mengenai dengan bangunan-bangunan atau kerja-kerja kejuruteraan dan lukisan-lukisan dimensi.
     

  2. Menerima arahan kerja dari Ketua Bahagian yang berhubungkait dengan jawatan ini.

 


DI JABATAN DAERAH BELAIT
 

  1. Membuat pelan tapak, projek rancangan Kerajaan / gentian tanah / tol dan lain-lain tugas yang diarahkan.
     

  2. Membuat pelan skim perancangan setempat dan skim-skim perancangan yang lain.
     

  3. Membuat rekabentuk lanskap.

 


DI JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK
 

  1. Melukis dan menyalin balik pelan projek pemasangan elektrik.
     

  2. Menyediakan kerja-kerja lukisan untuk dimasukkan dalam komputer.
     

  3. Memeriksa tapak-tapak bangunan Kerajaan bagi membuat pelan pendawaian elektrik dan hawa dingin.
     

  4. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai-pegawai kanan dalam Bahagian / Cawangan / Unit dari semasa ke semasa.

 

 

DI JABATAN TANAH 

  1. Tukang Pelan adalah dikehendaki menyediakan pelan-pelan berdasarkan kepada data yang diperolehi dari sukatan luar atas tanah, dari pelan yang sedia ada dan menyediakan pelan yang berukuran lebih besar atau kecil dan membuat kiraan dengan tepat tiap-tiap bidang tanah yang ditunjukkan atas pelan. Dia dari itu, hendaklah mempunyai pengetahuan geometry dan geometrical drawing.
     

  2. Menyediakan peta dan pelan kedudukan tanah bagi permohonan-permohonan yang perlu dirujuk kepada jabatan-jabatan teknikal bagi mendapatkan komen.
     

  3. Menyediakan peta dan pelan tanah bagi permohonan-permohonan yang dihadapkan untuk pertimbangan Sultan dan Majlis Menteri-Menteri Kabinet.
     

  4. Menanda (charting) setiap permohonan tanah Kerajaan dan plot-plot tanah di atas syit ukur.
     

  5. Menanda (charting) setiap lot-lot tanah baru diluluskan dari permohonan pemecahan tanah di atas syit ukur.
     

  6. Menanda (charting) dan mengemaskini setiap lot-lot tanah yang telah diwartakan (gazet) di atas syit ukur.
     

  7. Memelihara dan menjaga keselamatan syit-syit dan peta-peta tanah.

 

 << Atas
 

 

10

Penjaga Keselamatan Gudang

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.     i.      Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding serta pernah menyertai Pasukan Kadet ABDB atau Kadet Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Kelulusan lebih tinggi adalah keutamaan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti ABDB, Polis Diraja Brunei dan sebagainya tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Bagi yang tidak mempunyai kelulusan di para a) i), tetapi mempunyai pengalaman dan kemahiran yang istimewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kawalan keselamatan.

  1. Berumur diantara 18 hingga 35 tahun.
     

  2. Tidak memakai kacamata / kanta lekap lebih 100 Degree.
     

  3. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : 

  1. Melakukan tugas-tugas Kawalan Keselamatan yang melibatkan:-

  1. Rondaan

  2. Pemeriksaan

  3. Kawalan

  4. Pengawasan

  5. Perhubungan

  6. Catatan

  1. Mengawal dan menjaga mana-mana orang atau benda yang diarahkan dan menyelamatkan sewaktu kejadian kecemasan.
     

  2. Pemeriksa orang ramai, kenderaan dan barang yang masuk / keluar dari kawasan gudang.
     

  3. Menahan mana-mana orang dan benda yang melanggar atau cuba melanggar peraturan dan keselamatan yang berkuatkuasa.
     

  4. Membantu Penjaga Keselamatan lain menjalankan tugas-tugas mereka apabila dikehendaki.
     

  5. Menjalankan sebarang tugas-tugas lain yang berkaitan dengan keselamatan dan safety.

 

<< Atas
 

 

GH11.

Jurutera

BAHAGIAN PEMAJUAN, UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau bidang berkaitan, atau kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang yang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan diberi keutamaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : 

  1. Mengawasi dan mengikuti pengurusan dan perlaksanaan projek-projek Kejuruteraan Syarikat-Syarikat Minyak dan Gas yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Melaporkan status projek-projek Kejuruteraan tersebut kepada Jurutera Petroleum.
     

  3. Memberikan input teknikal yang berkaitan kepada Bahagian-Bahagian lain seperti Bahagian Sumber Tenaga Manusia.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan secara langsung daripada Ketua Bahagian Pemajuan dan Ketua / Timbalan Ketua Jabatan. 

 

 << Atas
 

 

GH12.

Pegawai Petrofizik

BAHAGIAN PEMAJUAN DAN EKSPLORASI

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Petroleum / Geoscience atau bidang berkaitan, atau kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan diberi keutamaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

DI BAHAGIAN PEMAJUAN 

  1. Membuat kajian dan menilai data-data petrofizik (logging) untuk mendapatkan peratusan kandungan hidrokarbon pada lapisan batu yang berpotensi dan untuk mengetahui aspek-aspek petrofizik pada semua lapisan tanah di bawah permukaan bumi secara menyeluruh.
     

  2. Menggunakan komputer serta software yang bersesuaian untuk membuat penilaian dan seterusnya memastikan simpanan maklumat / data-data dengan teratur dan sempurna.
     

  3. Memastikan semua ‘logging program’ yang dibuat oleh syarikat-syarikat perusahaan minyak di Negara Brunei Darussalam ini adalah bersesuaian dan menjimatkan perbelanjaan.
     

  4. Membuat kajian petrofizik secara menyeluruh bagi satu-satu kawasan yang mempunyai data-data telaga untuk keperluan projek-projek bahagian eksplorasi atau bahagian pemajuan padang minyak dan gas atau kedua-duanya sekali.
     

  5. Mengikut dan membuat penilaian terhadap perkembangan teknologi baru khasnya di bahagian petrofizik.
     

  6. Sebagai focal point bagi tugas-tugas petrofizik di Unit Development Subsurface (DSS) – menyelaras serta menguruskan semua aspek kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian Pemajuan.
     

  7. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 


DI BAHAGIAN EKSPLORASI
 

  1. Menjalankan kajian dan meneliti data-data petrofizik (logging) untuk mengenal pasti zon-zon lapisan tanah yang mengandungi hidrokarbon dan juga untuk mendapatkan kualiti dan kuantiti kandungan dalam zon-zon tersebut serta untuk mengetahui aspek-aspek petrofizik yang lain pada semua lapisan tanah di bawah permukaan bumi baik dari bahagian eksplorasi atau pemajuan atau keduanya sekali.
     

  2. Menggunakan peralatan komputer serta software dan apa jua kemudahan yang bersesuaian untuk membuat kajian dan penilaian serta memastikan penyimpanan maklumat / data-data adalah dengan selamat, teratur dan sempurna.
     

  3. Meneliti semua rancangan kerja-kerja petrofizik yang akan dijalankan oleh syarikat-syarikat perusahaan minyak dibuat dengan sempurna bagi memastikan ianya lengkap dan bersesuaian dengan apa yang diperlukan bagi menghindarikan pembaziran perbelanjaan dan dari terlepasnya peluang bagi mendapat maklumat-maklumat tertentu.
     

  4. Mengikuti dan memata-matai perlaksanaan kerja-kerja petrofizikal yang dijalankan oleh syarikat-syarikat perusahaan minyak di Negara Brunei Darussalam ini adalah betul dan selaras dengan rancangan yang telah dipersetujui sebelumnya.
     

  5. Mengikuti dan membuat penilaian terhadap perkembangan teknologi terkini khasnya dalam bidang petrofizik.
     

  6. Sebagai focal point petrofizik bagi pejabat ini. Setiap perhubungan sama ada dari pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam atau bukan, hendaklah dilayan dan diambil tindakan yang berpatutan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau mana-mana pihak atasan yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan untuk memberi kebenaran itu.
     

  7. Melaksanakan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas 

 

GH13.

Pegawai Projek

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK

UNTI PETROLEUM

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Proses / Kejuruteraan Mekanikal / Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi  atau bidang bersesuaian, atau kelulusan  sebanding dalam bidang-bidang yang sama atau kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan diberi keutamaan.

  1. Kelulusan dan pengetahuan dalam bidang Keselamatan (Safety) dan/atau Alam Sekitar sebagai tambahan kepada kelayakan-kelayakan di atas adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : 

  1. Membantu Ketua Unit dan Ketua Bahagian dalam hal kerja-kerja penyelidikan dan perancangan.
     

  2. Mengenalpasti dan menyediakan laporan mengenai pembangunan industri minyak dan gas.
     

  3. Mengulas (review) dan menilai cadangan-cadangan pembangunan industri minyak dan gas yang diterima dari pihak luar dan seterusnya menyediakan laporan dan cadangan-cadangan mengenainya.
     

  4. Menyediakan dan mengumpul data / maklumat yang berkaitan dengan industri minyak dan gas bagi kegunaan penyelidikan yang dikehendaki oleh pihak luar dan juga menganalisa data-data berkenaan bagi kegunaan jabatan di dalam penyediaan strategi dan dasar.
     

  5. Memantau dan menyelaras isu-isu kesihatan, keselamatan dan alam sekitar dalam industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam.
     

  6. Memberikan pandangan kepada Pegawai Ekonomi Petroleum Kanan dan Ketua Pegawai Ekonomi Petroleum akan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dihuraikan di atas.
     

  7. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian / Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

GH14.

Pegawai Ekonomi

BAHAGIAN KOMERSIAL

UNTI PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN ii)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Perdagangan (Business) atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan diberi keutamaan.

 
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

Membantu Ketua Unit Perdagangan, Bahagian Komersial, di dalam tugas-tugas berikut:-

 

  1. Membuat persediaan bagi penilaian dan mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak dan gas di dalam perkembangan operasi dan perancangan jangka pendek dan panjang pemasaran, perdagangan dan pengangkutan minyak dan gas Brunei Darussalam.
     

  2. Mengumpul, menganalisa dan membuat laporan dan kajian terhadap laporan perkembangan dan penganalisa-penganalisa mengenai jangkaan / ramalan harga pasaran, permintaan / perbekalan atau perkara yang berkaitan dengan pasaran dan pengangkutan minyak mentah, produk petroleum, petrokimia, gas asli dan LNG.
     

  3. Menyediakan dan melaksanakan langkah-langkah bagi penguatkuasaan segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan yang berkaitan dengan pemasaran, perdagangan dan pengangkutan minyak dan gas Brunei Darussalam.
     

  4. Menyediakan dan melaksanakan garispandu dan prosedur-prosedur yang perlu di patuhi oleh syarikat minyak dan gas di dalam pemasaran, perdagangan dan pengangkutan minyak dan gas Brunei Darussalam bagi melaksanakan arahan dan peraturan.
     

  5. Menyediakan dan melaksanakan langkah-langkah pemantauan dan pengawasan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa ke atas perancangan dan aktiviti pemasaran, perdagangan dan pengangkutan minyak dan gas Brunei Darussalam.
     

  6. Menyediakan dan melaksanakan garispandu dalam menentukan tindakan yang boleh diambil atau denda yang boleh dikenakan kepada pihak-pihak yang gagal mematuhinya.
     

  7. Memastikan syarikat minyak dan gas untuk lebih bertanggungjawab bagi menangani masalah kegagalan mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.
     

  8. Membuat kajian dari semasa ke semasa ke atas arahan, peraturan, dasar dan prosedur yang sedia ada bagi memastikan keberkesanannya dan mengambil kira kepentingan pihak Kerajaan dan Syarikat minyak dan gas dalam menangani masalah pengawalan pemasaran, perdagangan dan pengangkutan minyak dan gas Brunei Darussalam.
     

  9. Memastikan pembekalan produk petroleum sentiasa mencukupi keperluan di dalam negeri dan membuat penganalisaan terhadap pembekalan / permintaan produk petroleum di dalam negeri bagi jangka masa pendek dan panjang.
     

  10. Mengumpul maklumat dan membuat laporan perkembangan isu-isu semasa serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan industri minyak dan gas.

 

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH11 HINGGA GH14 :

 15 OGOS 2009 [HARI SABTU, JAM 4.30 PETANG]

 

 

<< Atas 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 10

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN
GH11 DAN GH14:

 

PENYAMBUT TETAMU,TINGKAT BAWAH

UNTI PETROLEUM,

BAHAGIAN PENTADBIRAN

BANGUNAN BAHIRAH

JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BB 3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

<< Atas

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH11 HINGGA GH14 :

15 OGOS 2009 [HARI SABTU, JAM 4.30 PETANG]