IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 17 JUN 2009)

BILANGAN IKLAN: 21/05/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KAJICUACA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PENYELIA MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEMBANTU JURURAWAT

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEMBANTU PERHUBUNGAN PENUMPANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENYAMBUT TETAMU KESIHATAN / HOSPITAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab (A)

Tugas dan Tanggungjawab (B)

 

6.

PEMBANTU JURUPULIH ANGGOTA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PEMBANTU X-RAY

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KAJICUACA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:      

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kajicuaca / Kaji Iklim / Mathematiks / Sains / Alam Sekitar atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:     

 

b)                 i)        BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kajicuaca / Kaji Iklim / Mathematiks / Sains / Alam Sekitar atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun. 

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Kajicuaca  dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

c)                  Mempunyai pengetahuan dalam penjadualan serta penggunaan dan pengendalian sistem komputer adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAJICUACA: 

  1. Melapor diri kepada Ketua Pegawai Kajicuaca.
     

  2. Mengeluarkan (dan bertanggungjawab sepenuhnya) ramalan cuaca, iklim dan yang berkaitan untuk penerbangan awam dan tentera laut dan orang ramai.
     

  3. Menyediakan (dan bertanggungjawab sepenuhnya) laporan cuaca, iklim dan amaran berkaitan jika diperlukan.
     

  4. Membantu dalam perancangan, pentadbiran dan pengurusan kakitangan Bahagian dan Jabatan.
     

  5. Menjalankan kajiselidik dan projek-projek dalam bidang berkaitan.
     

  6. Membantu dalam peruntukan Jabatan.
     

  7. Mengawasi dan mengawal mutu serta memastikan kesahihan data-data cuaca dan iklim yang dihantar keluar dan diterima.
     

  8. Memastikan peralatan kajicuaca seperti sistem komputer operasional, sistem penerimaan satelit, sistem radar kajicuaca berfungsi dengan baik dan bertanggungjawab dalam mempastikan pemeliharaan dan penyelenggaraan peralatan berkenaan oleh Bahagian Teknikal Jabatan.
     

  9. Mengendalikan penempatan dan mengawas penuntut-penuntut dari institusi tinggi.
     

  10. Memberi latihan sambil bekerja kepada kakitangan Bahagian Kajicuaca.

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI PENYELIA MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Makmal, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

                Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknologi Makmal Kanan atau jawatan berkaitan dalam bidang Klinikal dalam tanggagaji M.12 tidak kurang dari 3 tahun atau  sebagai Juruteknologi Makmal atau jawatan berkaitan dalam bidang Klinikal dalam tanggagaji M.11 tidak kurang dari 5 tahun.      


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELIA MAKMAL; 

  1. Bertanggunjawab mengetuai satu bahagian kecil dalam makmal berkenaan.
     

  2. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan ujian diagnostik melalui pemeriksaan makmal dan apa-apa saja tugas yang diarahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Ketua Pegawai Saintifik.
     

  3. Bertanggungjawab mempastikan kesempurnaan kajian makmal dengan mengawasi pengawalan mutu kajian makmal yang dikendalikan.
     

  4. Bertanggungjawab memperbaharui atau memperbaiki atau memperkenalkan kajian Makmal yang tertentu.
     

  5. Bertanggungjawab menyediakan maklumat peperiksaan/ujian satu bahagian kecil makmal yang diketuainya untuk menghasilkan satu laporan bahagian tersebut.
     

  6. Bertanggungjawab mengendalikan atau memberi latihan atau mengadakan seminar/kursus ulangkaji bagi kakitangan makmal, Jururawat, Merinyu Kesihatan serta penuntut-penuntut yang sedang menjalani latihan penempatan di bahagian makmal-makmal berkenaan.
     

  7. Bertanggungjawab mengawasi kakitangan bawahan dalam membuat kerja pemeriksaan diagnostik harian, khas dan kecemasan.
     

  8. Menyediakan laporan sulit / prestasi kerja bagi kakitangan bawahan.
     

  9. Bersedia untuk ditempatkan dan bertugas dimana-mana makmal hospital daerah atau klinik kesihatan.
     

  10. Bertanggungjawab dalam pengurusan barang-barang keperluan dalam semua bahagian makmal diseluruh negara.
     

  11. Terkecuali dari menjalankan tugas-tugas ‘On-Call’ tetapi bersedia untuk bertugas diluar waktu pejabat atau waktu kecemasan apabila diperlukan.

 
<< Atas
 

 

3.

PEMBANTU JURURAWAT

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Sijil Pembantu Jururawat dan mestilah berdaftar dengan Lembaga Jururawat (BNB) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU JURURAWAT: 

  1. Memberikan penjagaan dan rawatan bagi keselesaan dan keselesaan dan kesejahteraan pesakit dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  2. Bekerjasama membantu kerja-kerja rakan sejawat.
     

  3. Menasihatkan dan menunjuk ajar kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit tentang rawatan dan pelajaran kesihatan dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  4. Melaporkan dan menunjuk ajar kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit tentang rawatan dan pelajaran kesihatan dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  5. Membantu mencatat laporan / pemerhatian pesakit kedalam dokumen-dokumen yang tertentu dengan jelas dan betul.
     

  6. Bersedia berkhidmat di Hospital dan Klinik-Klinik pesakit luar diseluruh Negara.
     

  7. Bertugas dengan secara bergilir-gilir, waktu pejabat dan panggilan kecemasan.

  

<< Atas
 

 

4.

PEMBANTU PERHUBUNGAN PENUMPANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Kerani Penerangan Penerbangan dalam tanggagaji D.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERHUBUNGAN PENUMPANG: 

  1. Menyambut orang-orang kenamaan dan membawa kebilik-bilik yang dikhaskan.
     

  2. Mempastikan kebersihan bilik-bilik orang-orang kenamaan Royal Pavillion dan Royal ANNEX.
     

  3. Menyelaraskan pergerakan Orang-Orang Kenamaan semasa bertolak dan tiba.
     

  4. Memberi perkhidmatan maklumat penerbangan kepada orang awam.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas Kerani Penerangan Penerbangan bila-bila masa diperlukan.

 
<< Atas
 

 

5.

PENYAMBUT TETAMU KESIHATAN / HOSPITAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 


NOTA: PENGIKLANAN JAWATAN DI BILANGAN 5 ADALAH MERANGKUMI KESEMUA JAWATAN YANG TERSENARAI DI BAWAH:-

 

·                    PENYAMBUT TETAMU KESIHATAN DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN.

·                    PEMYAMBUT TETAMU HOSPITAL DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN.

·                    PENYAMBUT TETAMU KESIHATAN DI JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN.

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kredit/Kepujian mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)       Boleh menaip adalah keutamaan

 

c)                  Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYAMBUT TETAMU KESIHATAN / HOSPITAL: 

  1. Bertugas di Wad-Wad, Klinik-Klinik Pakar, Unit-Unit Khas di mana perkhidmatan mereka diperlukan.
     

  2. Mengendalikan mesin-mesin komputer di Wad-Wad yang bersangkut-paut dengan keputusan pemeriksaan orang sakit.
     

  3. Menyediakan dan menghadapkan keputusan pemeriksaan pesakit kepada Pakar sebelum pemeriksaan lanjut dibuat kepada pesakit.
     

  4. Sebagai perhubungan di antara pesakit dan keluarganya dengan Pakar-Pakar, Doktor dan Pegawai Jururawat yang bertugas.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYAMBUT TETAMU KESIHATAN: 

  1. Menerima pendaftaran pesakit luar, ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak damit.
     

  2. Merekod kes-kes berjangkit yang dirujuk kepada Doktor/Hospital.
     

  3. Membuat perjanjian bagi kes-kes yang dirujuk ke hospital.
     

  4. Menaip surat-menyurat seperti yang diarahkan.
     

  5. Mengemaskinikan laporan bulanan klinik Kesihatan.
     

  6. Menimbang ibu-ibu yang mengandung dan kanak-kanak damit.

 
<< Atas
 

 

6.

PEMBANTU JURUPULIH ANGGOTA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk salah satu daripada mata pelajaran Sains atau Bahasa Inggeris.

 

              Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun.

 

b)                 Memiliki lesen memandu Kelas 3 yang sah.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU JURUPULIH ANGGOTA: 

  1. Mengendalikan rawatan ringan pemulihan anggota yang diberikan kepada pesakit mengikut arahan dari Jurupulih Anggota.
     

  2. Mengetahui tentang tatatcara membantu Jurupulih Anggota bagi merawat pesakit dan apabila mengendalikan rawatan-rawatan ringan dan seterusnya mengikut amalan menyimpan rahsia sulit diantara perawat dan pesakit.
     

  3. Mengawasi serta menjaga keselamatan pesakit yang menjalani rawatan pemulihan anggota.
     

  4. Mengikut serta mengikut prosedur penjagaan dan keselamatan bagi pesakit dan pekerja di tempat kerja.
     

  5. Memberi laporan tentang apa jua kejadian, kemalangan, ketidakhadiran pesakit dan sebagainya kepada Jurupulih Anggota.
     

  6. Membuat pendaftaran pesakit yang menjalani pemulihan anggota dan seterusnya menyediakan laporan perangkaan bulanan di setiap awal bulan.
     

  7. Memastikan kesemua kawasan rawatan, mesin-mesin serta peralatan-peralatan rawatan sentiasa berada di dalam keadaan bersih kemas, teratur dan selamat digunakan.
     

  8. Bertanggungjawab terhadap penyimpanan dan pengeluaran kesemua barang-barang pemulihan anggota serta memastikan ianya dicatitkan ke dalam Buku Stok atau Bin Kad.
     

  9. Menghantar pesakit ke wad jika perlu.
     

  10. Mengikuti kursus-kursus yang berpatutan atau bersangkutan dengan tugas dan tanggungjawab bagi membantu meningkatkan keupayaan diri dan menyumbang kearah keberkesanan organisasi secara berterusan.
     

  11. Menjalankan apa jua tugas berpatutan yang diarahkan oleh pegawai atasan.
     

  12. Bersedia untuk bertugas di mana-mana tempat di negara ini serta bersedia bekerja pada bila-bila waktu diperlukan, termasuk di luar waktu pejabat biasa, hari-hari Kelepasan awam atau bekerja secara bergilir (shift).

 

<< Atas
 

 

7.

PEMBANTU X-RAY

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

  1. Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Ingeris adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU X-RAY: 

  1. Menerima dan mendaftar pesakit sebelum menjalani pemeriksaan X-Ray.
     

  2. Menyediakan dan mengenal pasti filem-filem X-Ray sebelum dihantar untuk laporan ke Pakar X-Ray.
     

  3. Menyalurkan laporan X-Ray kepada pihak-pihak berkenaan dan menyimpan salinannya ke dalam fail.
     

  4. Menyimpan dan mengeluarkan sampul X-Ray (X-Ray folder).
     

  5. Menyediakan dan membuat perangkaan bulanan.
     

  6. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

  

<< Atas
 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas