IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 16 DISEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 47/11/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI EKONOMI

BAHAGIAN TENAGA MANUSIA, UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (  $2,270 - $4,240 SEBULAN )

Tugas dan Tanggungjawab

3

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 PENGUASA KASTAM KANAN

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

  ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

 PEMBANTU PENYELIDIK KANAN

JABATAN PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

4.

GURU UGAMA TERLATIH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)  ATAU

G.1 ($605 - $1,770 SEBULAN) 

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

5.

PEMAIN MUZIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

6.

PENOLONG PENGURUS PENTAS

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

7.

 BILAL TINGKAT II

BAHAGIAN HAL EHWAL UGAMA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

GH8.

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN II)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

BILANGAN GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH9.

PEGAWAI PETROFIZIK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

BILANGAN GH9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                      

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI EKONOMI

BAHAGIAN TENAGA MANUSIA, UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (  $2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Perdagangan (Business) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan diberi keutamaan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI EKONOMI: 

  1. Bertanggungjawab terhadap Ketua Bahagian.
     

  2. Bertanggungjawab terhadap kemajuan tenaga kerja anak-anak tempatan di Syarikat BSP, BLNG, BSM, BST dan BGC bagi perkara-perkara berikut:

  1. Mempastikan anak tempatan diberi keutamaan bagi sesuatu jawatan dan mempunyai perancangan penggantian dan perancangan kemajuan untuk mengganti pekerja-pekerja asing atau mengisi jawatan-jawatan yang lebih tinggi.

  2. Mempastikan syarikat-syarikat berkenaan merealisasikan penggantian dan perancangan kemajuan tersebut.

  3. Mempastikan mana-mana permohonan yang dihadapkan tidak akan menjejaskan atau menghalang kemajuan anak tempatan.

  1. Membuat penilaian dan seterusnya menghadapkan cadangan dan rekomendasi ke atas permohonan-permohonan berikut:

  1. Berpindah jawatan dan kenaikan pangkat bagi pekerja-pekerja asing dan penduduk tetap.

  2. Menyambung perkhidmatan pekerja-pekerja selepas bersara dan pekerja-pekerja asing.

  1. Membuat penganalisaan ke atas permohonan untuk merubah struktur organisasi dan menambah jawatan di syarikat-syarikat berkenaan dan mempastikan bahawa ia adalah mengikut “business requirement” syarikat-syarikat berkenaan.
     

  2. Menapis kemasukan pekerja-pekerja asing dengan mempastikan mereka mempunyai kelayakan yang diperlukan bagi jawatan yang dipohonkan.
     

  3. Bersedia melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab tambahan yang diarahkan oleh Ketua Bahagian / Jabatan.
     

  4. Bersedia untuk bertugas di mana-mana tempat seperti yang diarahkan oleh  Jabatan.

<< Atas

 

2.

 PENGUASA KASTAM KANAN

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

  ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1.       a    TANGGAGAJI B.2 EB.3 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang / Ekonomi / Sains Kemasyarakatan / Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
 

  1. TANGGAGAJI B.2

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sebagai Penguasa Kastam dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA KASTAM KANAN: 

  1. Menerima arahan daripada pegawai atasan serta melaporkan balik.
     

  2. Selaku Ketua Bahagian, memastikan peranan bahagian dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan selaras dengan visi, misi matlamat strategik dan fungsi Jabatan.
     

  3. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran dalam hal ehwal displin dan prestasi pegawai-pegawai dan kakitangan di Bahagian dipertanggungjawabkan.
     

  4. Menyediakan tugas dan tanggungjawab kepada kepada setiap pegawai-pegawai bawahan.
     

  5. Melaksanakan projek-projek Jabatan serta melaporkan perkembangan dan kemajuan dari masa ke semasa.
     

  6. Diberikan kuasa untuk menandatangani persuratan dan permohonan bagi pihak pengawal di dalam bidang tugas ditetapkan.
     

  7. Menyediakan cadangan anggaran peruntukan dan laporan tahunan bahagian.
     

  8. Mewakili Jabatan di dalam mesyuarat / persidangan / perjumpaan di dalam dan di luar negeri.
     

  9. Membuat penilaian prestasi pegawai-pegawai yang di bawah jagaannya.

<< Atas

 

3.

 

PEMBANTU PENYELIDIK KANAN

JABATAN PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.   i.      BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penyelidikan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penyelidikan atau dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENYELIDIK KANAN:

  1. Mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Pembantu Penyelidik khususnya kerja-kerja yang berkaitan dengan proses komputer.
     

  2. Membantu Pegawai diplomatic dalam mengumpul dan menyusun maklumat serta data-data untuk dijadikan satu sumber rujukan dip roses untuk di simpan di dalam komputer.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  4. Bertanggungjawab pada memelihara dengan sempurna kerahsiaan sesuatu perkara yang berhubung rapat dengannya.
     

  5. Tugas-tugas dan tanggungjawab yang disebutkan di atas bukanlah merupakan ketetapan yang tertentu mengenai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan ini tetapi ianya adalah merupakan huraian di mana jawatan itu diperlukan. 

<< Atas

 

4.

 

GURU UGAMA TERLATIH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)  ATAU

G.1 ($605 - $1,770 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1.        a.  TANGGAGAJI G.2 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI)
     

  3. Sijil Perguruan Ugama.

  1. TANGGAGAJI G.1 

  1. Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
     

  2. Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI)
     

  3. Sijil Perguruan Ugama.

  1. Berumur tidak kurang dari 25 tahun.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam mengajar Al-Quran serta boleh membaca berzanji marhaban serta bertahlil dengan baik adalah keutamaan.
     

  3. Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU UGAMA TERLATIH: 

  1. Menjadi tenaga pengajar dan mengendalikan kelas-kelas / kursus-kursus yang dirancang di dalam setiap kem ABDB.
     

  2. Menjalinkan hubungan baik dengan imam, bilal, pengawas dan pengerusi surau dan sentiasa berkerjasama dalam mengendalikan suka-duka di dalam kem masing-masing.
     

  3. Berhubung rapat dengan Garison Ejutan / pihaknya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keugamaan di kem masing-masing.
     

  4. Menyusun jadual mengajar, isi kandungan pelajaran dan kaedah pengajaran.
     

  5. Berhubung rapat dengan guru-guru ugama kem lain bagi menyelaraskan Pengajaran.
     

  6. Hendaklah berpejabat dan berada di tempat yang dikhaskan serta hadir di pejabat setiap hari bekerja.
     

  7. Menyediakan buku catatan kedatangan harian, keluar masuk dan catatan pelawat.
     

  8. Lain-lain arahan tugas semasa dari Pengarah atau pihaknya termasuk di luar waktu bekerja. 

 

<< Atas

 

5.

 

PEMAIN MUZIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.    i.     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Muzik atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Dimestikan mempunyai minat dan kebolehan dalam bermain peralatan muzik.
     

  2. Berkebolehan membaca nota muzik, menyalin dan membuat susunan muzik serta bermain alat violin adalah kelebihan.
     

  3. Berkebolehan dalam penggunaan peralatan komputer dan perisian yang berkaitan dengan muzik adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMAIN MUZIK: 

  1. Bertugas selaku ahli bagi Unit Orkestra Radio Televisyen Brunei.
     

  2. Bertanggungjawab kepada Ketua Pemain Muzik.
     

  3. Bermain mana-mana alat muzik yang bersesuaian untuk mana-mana rancangan radio dan televisyen atau rancangan luar.
     

  4. Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa atau di sebarang tempat menurut keperluan.
     

  5. Bersedia bermain atau bertugas semasa cuti awam menurut arahan.
     

  6. Pemain Muzik dari masa ke semasa diarahkan mencipta lagu dan melodinya.
     

  7. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

<< Atas
 

 

6.

 

PENOLONG PENGURUS PENTAS

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

ATAU

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Kakitangan Pentas atau dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGURUS PENTAS: 

  1. Membantu Pengurus Pentas dalam tugas-tugasnya dengan apa-apa cara yang diperlukan dan adakalanya perlu bertugas sebagai Pengurus Pentas.
     

  2. Mengawasi urusan-urusan kecil dalam penerbitan misalnya keselamatan, memberi isyarat kepada artis-artis dan lain-lain.
     

  3. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

7.

 

BILAL TINGKAT II

BAHAGIAN HAL EHWAL UGAMA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)       Lulus Sijil Pelajaran Ugama (SPU).

 

                   Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

         

ATAU

 

b)        i)        4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

ii)         Lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Rendah Sekolah Ugama).

 

ATAU

 

c)        i)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merbut atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ii)        Lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Rendah Sekolah Ugama).

 

  1. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam perkara berikut adalah keutamaan:-

  1. Membaca dan menulis Jawi.

  2. Membaca Al-Quran.

  3. Menyempurnakan jenazah.

  4. Membaca tahlil dan membaca doa-doa yang tertentu.

  5. Menyampaikan azan dan iqamah dengan baik.

  6. Mengetahui hukum-hukum khasnya dalam perkara-perkara bersuci, sembahyang, zakat dan puasa.

  7. Berzikir.

  1. Pernah mengikuti Kursus Bilal atau Imam yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan diakui kebolehannya adalah kelebihan.
     

  2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BILAL TINGKAT II:

  1. Bertanggungjawab menyempurnakan azan setiap hari pada waktu sembahyang fardhu, iqamah, tazkir dan tarhim.
     

  2. Menjadi imam semasa ketiadaan imam.
     

  3. Menjadi sandaran bagi majlis suka-duka yang berlaku di dalam kem masing-masing terutama apabila dikehendaki untuk bertahlil dan membaca doa.
     

  4. Berkerjasama dengan guru ugama dan imam dalam meninggikan syiar ugama Islam di kem masing-masing.
     

  5. Membantu tugas-tugas imam pada mengawasi keselamatan, kebersihan surau termasuklah harta benda di dalam dan di luar.
     

  6. Hadir sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dan selepas setiap sembahyang.
     

  7. Lain-lain tugas yang diarahkan dan berkebajikan (merujuk panduan kerja pegawai-pegawai masjid 1977 yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama Brunei, Oktober 1977).

 

<< Atas
 

 

GH8.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI:

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Statistics atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

  1. Mempunyai  pengetahuan dan pengalaman mengenai komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN: 

  1. Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengumpulan data-data tertentu yang diperlukan bagi perangkaan sosial atau ekonomi.
     

  2. Meneliti dan menyunting data-data yang dikumpulkan dan menyusun data-data mengikut format perangkaan yang disediakan.
     

  3. Membantu Pegawai Perangkaan dalam menyediakan maklumat bagi laporan-laporan perangkaan sosial atau ekonomi.
     

  4. Menjalankan kerja luar berkaitan dengan pengumpulan maklumat perangkaan, seperti dalam banci atau kajian, apabila diperlukan.
     

  5. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

<< Atas

 

GH9.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI:

PEGAWAI PETROFIZIK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Petroleum / Geoscience atau bidang berkaitan, atau kelulusan profesional dalam bidang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan adalah keutamaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PETROFIZIK:

 

DI BAHAGIAN EKSPLORASI 

  1. Menjalankan kajian dan meneliti data-data petrofizik (logging) untuk mengenal pasti zon-zon lapisan tanah yang mengandungi hidrokarbon dan juga untuk mendapatkan kualiti dan kuantiti kandungan dalam zon-zon tersebut serta untuk mengetahui aspek-aspek petrofizik yang lain pada semua lapisan tanah di bawah permukaan bumi baik dari bahagian eksplorasi atau pemajuan atau keduanya sekali.
     

  2. Menggunakan peralatan komputer serta software dan apa jua kemudahan yang bersesuaian untuk membuat kajian dan penilaian serta memastikan penyimpanan maklumat / data-data adalah dengan selamat, teratur dan sempurna.
     

  3. Meneliti semua rancangan kerja-kerja petrofizik yang akan dijalankan oleh syarikat-syarikat perusahaan minyak dibuat dengan sempurna bagi memastikan ianya lengkap dan bersesuaian dengan apa yang diperlukan bagi menghindarikan pembaziran perbelanjaan dan dari terlepasnya peluang bagi mendapat maklumat-maklumat tertentu.
     

  4. Mengikuti dan memata-matai perlaksanaan kerja-kerja petrofizikal yang dijalankan oleh syarikat-syarikat perusahaan minyak di Negara Brunei Darussalam ini adalah betul dan selaras dengan rancangan yang telah dipersetujui sebelumnya.
     

  5. Mengikuti dan membuat penilaian terhadap perkembangan teknologi terkini khasnya dalam bidang petrofizik.
     

  6. Sebagai focal point petrofizik bagi pejabat ini. Setiap perhubungan sama ada dari pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam atau bukan, hendaklah dilayan dan diambil tindakan yang berpatutan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau mana-mana pihak atasan yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan untuk memberi kebenaran itu.
     

  7. Melaksanakan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

Nota: Pemohon hendaklah menyertakan salinan Surat Beranak, Kad Pintar, Surat-surat akuan dan salinan-salinan sijil serta dokumen-dokumen yang lain dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH9:  12 DISEMBER, 2009

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 8

 

SETIAUSAHA, JAWATANKUASA PENGAMBILAN

KAKITANGAN JPKE

JABATAN PENTADBIRAN & ICT

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN, BA 1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 9

 

 PENYAMBUT TETAMU,

TINGKAT BAWAH, UNIT PETROLEUM

BAHAGIAN PENTADBIRAN, BANGUNAN BAHIRAH

JALAN MENTERI BESAR,

BANDAR SERI BEGAWAN, BB 3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN GH9:  12 DISEMBER, 2009


<< Atas