IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 14 OKTOBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 38/09/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

6

1 HINGGA 9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab  

1

 

3.

 PEGAWAI PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

 

JURUTERA TELEKOM

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab 

 

1

 

5.

 

PEGAWAI SAINTIFIK (KAWALAN MUTU)

Jabatan Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan

M13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

 BENTARA DEWAN

JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

7.

 KERANI PENDAFTAR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.3 EB.4-5 ($990 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

8.

ATENDAN MAKMAL

Jabatan Perkhidmatan KESIHATAN

Kementerian Kesihatan

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

1

 

9.

PEMBANTU RENDAH AKUAKULTUR

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - 790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab 

2

 

GH10.

JURUEKOPERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

3

GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                          

 

 

  

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Geography / English / Economics atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
 

  1. Mengajar mata pelajaran Geography / English / Economic di sekolah-sekolah Menengah Arab dan Sekolah Persediaan Arab.
     

  2. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari masa ke semasa.

 << Atas

 

2.

PEGAWAI KEBAJIKAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kerja Sosial / Sosial Kemasyarakatan / Dasar Sosial atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab terus kepada Ketua Bahagian Kebajikan Sosial Perubatan.
     

  2. Membantu Ketua Bahagian dalam membuat penyelidikan, perancangan/strategi serta memberikan pandangan bagi memastikan perkembangan dan kemajuan perkhidmatan Kebajikan Sosial Perubatan akan lebih berkesan dan efisien.
     

  3. Membuat penilaian sosio-ekonomi termasuk tempat tinggal pesakit dan seterusnya menyediakan laporan atau sokongan untuk disalurkan ke agensi-agensi berkenaan.
     

  4. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

3.

PEGAWAI PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.        i.        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perikanan, atau kelulusan professional sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perikanan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Sebagai Ketua bagi bahagian-bahagian kecil (Unit) di bawah bahagian masing-masing dan bertanggungjawab bagi:-

  1. Mengawas pekerja-pekerja harian di dalam bahagian-bahagian kecil masing-masing.

  2. Melaksanakan projek-projek kerja teknikal bahagian kecil masing-masing.

  1. Membantu Ketua Bahagian (Pegawai Perikanan Kanan) dalam perancangan projek-projek Jabatan.
     

  2. Seperti yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

4.

JURUTERA TELEKOM

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Telekomunikasi dan Elektronik / Elektrik dan Elektronik / Kejuruteraan ICT atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

  1. Mempunyai kemahiran dalam memimpin (Leadership), berinteraksi (Communication Skill) serta mempunyai inisiatif dan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Bertanggungjawab bagi operasi harian dan pengurusan projek bagi sistem perkhidmatan dan keselamatan.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas perancangan dan perlaksanakan projek-projek kontrak.
     

  3. Membuat pemantauan dan pembayaran ke atas kemajuan projek yang dikendalikan.
     

  4. Menyelia pegawai dan kakitangan di bawah kawalan dan memantau serta melapor operasi harian.
     

  5. Menyediakan data statistik dan laporan pengurusan sistem, penggunaan, pembayaran dan sistem ‘improvement’.

 

<<  Atas

 

5.

PEGAWAI SAINTIFIK (KAWALAN MUTU)

Jabatan Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan

M13-14 EB.15 ($2,300 - $4,220 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ilmu Kimia Ubat / Sains Farmaseutikal / Farmakologi / Penganalisa Kimia Ubat / Mikrobiologi Farmaseutikal atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

Mempunyai kelulusan ijazah lanjutan dalam bidang penganalisaan kimia ubat dan pengurusan mutu ubat adalah keutamaan.

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Kawalan Mutu dalam satu unit yang di senaraikan di bawah:-

  1. Makmal

  2. Pemeriksaan dan Dokumentasi

  1. Hendaklah bersedia untuk menjalankan tugas di unit masing-masing dalam memastikan perkhidmatan-perkhidmatan subunitnya berjalan dengan lancar dan baik memandangkan ianya adalah salah satu daripada aspek-aspek penting Perkhidmatan Farmasi seperti berikut:-

  1. Mengawal semua kakitangan di bawah jagaan mereka.

  2. Membantu dalam perancangan bagi peningkatan subunit masing-masing.

  3. Merancang penghasilan khidmat subunit masing-masing.

  1. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Saintifik Kanan atau Ahli Kimia Ubat Kanan dalam menjalankan tugas seharian berasaskan tanggungjawab-tanggungjawab berikut;

  1. Penganalisaan bahan-bahan farmaseutikal dengan menggunakan alat-alat dan tatacara moden serta membuat laporan-laporan yang berkenaan berpandukan Amalan Baik Makmal.
     

  2. Pemeriksaan ke atas semua bahan farmaseutikal yang dibeli dan disimpan di mana-mana saja stor penyimpanan ubat.
     

  3. Penyediaan semua laporan-laporan yang diterima dari hasil khidmat kakitangan-kakitangan di bawahnya.
     

  4. Penyediaan dan penyusunan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aspek kawalan mutu seperti spesifikasi bahan farmaseutikal, garispandu yang berkenaan, methodology, prosedur, kertas kerja dan data-data yang berguna bagi melancarkan kegiatan unit ini dengan sempurna.
     

  5. Pengawalan secara langsung semua Juruteknik Pengawal Kualiti yang bertugas di Bahagian Kawalan Mutu.

 << Atas

 

6.

BENTARA DEWAN

JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Sarjan dalam pasukan Polis Diraja Brunei atau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Pesara Pegawai Polis Diraja Brunei atau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berpangkat Inspektor atau Leftenan.

  1. Pemohon adalah terdiri daripada lelaki sahaja.
     

  2. Pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Brunei atau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau lain-lain pasukan keselamatan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengangkat Cokmar semasa persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
     

  2. Menjaga keselamatan dan ketenteraman semasa persidangan dan menjaga keselamatan bangunan dan pejabat semasa tidak bersidang.
     

  3. Mengiringi pelawat-pelawat.

  << Atas

 

7.

KERANI PENDAFTAR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.3 EB.4-5 ($990 - $1,625 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.     i.     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Hal Ehwal Tanah / Pentadbiran Tanah atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Tanah dalam bersesuaian yang berkaitan dengan pendaftaran tanah dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membuat pendaftaran hak milik tanah dan hal-hal lain yang diperlukan ke atasnya sama ada pendaftaran secara manual atau pendaftaran menggunakan komputer.
     

  2. Mengemaskinikan pendaftaran bagi hak milik tanah dan hal-hal lain yang diperbuat ke atasnya.
     

  3. Menyediakan dan mengeluarkan geran-geran tanah baru serta membuat penyemakan dan penelitian ke atas setiap pendaftaran ke atas geran-geran tanah berkenaan.

 << Atas

 

8.

ATENDAN MAKMAL

Jabatan Perkhidmatan KESIHATAN

Kementerian Kesihatan

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Mempunyai lesen memandu Kelas 3 yang sah.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

DI JABATAN PERKHIDMATAN SAINTIFIK 

  1. Menolong mengambil specimen dari Hospital RIPAS.
     

  2. Menghantar specimen-specimen di antara Makmal-Makmal di Jabatan Perkhidmatan Saintifik.
     

  3. Menghantar keputusan-keputusan Makmal yang sulit.
     

  4. Menolong mencuci semua glassware (bahan-bahan kaca) di Makmal-Makmal di Jabatan Perkhidmatan Makmal.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Saintifik.

 << Atas

 

9.

PEMBANTU RENDAH AKUAKULTUR

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - 790 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Lulus Tingkatan I.
     

  2. Berkebolehan menulis dan membaca.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
 

  1. Ditugaskan di Bahagian Akuakultura.
     

  2. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

GH10.

JURUEKOPERTANIAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Agronomi/ Sains Tumbuhan/ Teknologi Tanaman / Bioteknologi / Genetik Tumbuhan / Sains Biologi atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
     

  2. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
     

  3. Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan seperti penganalisaan data dan statistik adalah keutamaan.
     

  4. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menjalankan kaji selidik menjurus ke arah ciri-ciri agronomik terutamanya dalam pemilihan varieti yang sesuai dengan keadaan iklim di Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Mengeluarkan benih asas daripada varieti yang terpilih dengan tumpuan dan perhatian terhadap hasil yang tinggi serta berkualiti.
     

  3. Menyediakan program pelaksanaan projek dan seterusnya membuat laporan teknikal daripada hasil kaji selidik dan sebagainya.
     

  4. Membuat lawatan dan kursus mengenai hal ehwal pembangunan tanaman padi dan lain-lain.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua jabatan dari semasa ke semasa.
     

 << Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 9

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 10

 

 PENGARAH PERTANIAN

IBU PEJABAT

JABATAN PERTANIAN

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas