IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 12 OGOS 2009)

BILANGAN IKLAN: 29/07/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

TIMBALAN KETUA PENASIHAT SYARI’AH

PUSAT KEWANGAN ANTARABANGSA BRUNEI (BIFC)

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 1 ($ 5900 SEBULAN) ATAU

KUMPULAN 2 ($5400 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENASIHAT SYARI’AH

PUSAT KEWANGAN ANTARABANGSA BRUNEI (BIFC)

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI TEKNIK KANAN

JABATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENOLONG PENGUASA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PENGAWAS PADANG-PADANG DAN GELANGGANG SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

GH7.

PEGAWAI KEWANGAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)
Tugas dan Tanggungjawab

 

BILANGAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

  

 

1.

TIMBALAN KETUA PENASIHAT SYARI’AH

PUSAT KEWANGAN ANTARABANGSA BRUNEI (BIFC)

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 1 ($ 5900 SEBULAN) ATAU

KUMPULAN 2 ($5400 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

TANGGAGAJI KUMPULAN 1 

  1. Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang Perundangan Islam / Syari’ah atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
     
    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewangan adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai salah satu pengkhususan tambahan berikut adalah kelebihan:-

  1. Islamic Finance

  2. Islamic Banking and Finance

  3. Islamic Financial System

  4. Islamic Economics

   4. a.         Berkhidmat di Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei, Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Ketua Penasihat Syari’ah dalam tanggagaji Kumpulan 2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan ATAU berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 2 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b.       Bagi yang bukan berkhidmat dengan Kerajaan, hendaklah berkhidmat dalam jawatan-jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal Syari’ah / Kewangan Islam dan mempunyai pendedahan yang meluas dalam produk-produk kewangan Islam tidak kurang dari 7 tahun.

 

Pernah berkhidmat di institusi-institusi kewangan adalah keutamaan.

 

TANGGAGAJI KUMPULAN 2 

  1. Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang Perundangan Islam / Syari’ah atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

     

  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewangan adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai salah satu pengkhususan tambahan berikut adalah kelebihan:-

  1. Islamic Finance

  2. Islamic Banking and Finance

  3. Islamic Financial System

  4. Islamic Economics

   4.    a.    Berkhidmat di Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei, Kementerian Kewangan sebagai Penasihat Syari’ah dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan ATAU berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU 

  1. Bagi yang bukan berkhidmat dengan Kerajaan, Hendaklah berkhidmat dalam jawatan-jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal Syari’ah / Kewangan Islam dan mempunyai pendedahan yang meluas dalam produk-produk kewangan Islam tidak kurang dari 5 tahun.

 

Pernah berkhidmat di institusi-institusi kewangan adalah keutamaan.

 

  1. Pernah menjadi ahli dan pembantu pakar dalam mana-mana lembaga / badan penasihat syari’ah atau yang berkaitan dengannya.
     

  2. Pernah memberikan seminar, forum, ceramah, bengkel, menghadiri mesyuarat dan seumpamanya dalam bidang Kewangan Islam yang diiktiraf dalam forum-forum ilmiah dan sebagainya di peringkat nasional dan regional bagi tujuan memperkembangluaskan industri kewangan Islam adalah kelebihan.
     

  3. Pernah menghasilkan tulisan-tulisan penyelidikan, rencana atau kertas kerja bagi mensyuarat, ceramah, bengkel, persidangan seminar, forum dan sebagainya di peringkat nasional dan antarabangsa bagi tujuan memperkembangluaskan industri kewangan Islam adalah kelebihan.
     

  4. Pernah menjadi Pensyarah / Pakar Rujuk / Penyelidik di institusi-institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri yang berkaitan dengan kewangan Islam.
     

  5. Fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab.
     

  6. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

  1. Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

  2. Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

  3. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

  4. Cadangan Pembaharuan Produk-Produk Kewangan Islam

  5. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Menjadi ahli ganti dan pembantu pakar kepada Lembaga Penyeliaan Kewangan Syari’ah.
     

  2. Merekabentuk instrument-instrumen kewangan Islam (Product Development) bagi tujuan perkembangan industri kewangan Islam.
     

  3. Mengkaji dan meneliti produk-produk Islam yang sedia ada di dalam dan di luar Negara bagi tujuan meningkatkan lagi keserasiannya dari segi Hukum Syara’ dan kekukuhannya dari segi kewangan.
     

  4. Menjalankan audit dan pemeriksaan ke atas institusi-institusi kewangan di dalam Negara bagi memastikan kepatuhan perlaksanaan resolusi-resolusi Lembaga Penyeliaan Kewangan Syari’ah.
     

  5. Membantu menderaf cadangan Undang-Undang baru dan deraf cadangan pindaan Undang-Undang yang berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan Islam.
     

  6. Memberi kepakaran dan panduan dalam penyediaan garispandu-garispandu bagi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan Islam menurut Hukum Syara’.
     

  7. Menghasilkan tulisan-tulisan penyelidikan, rencana atau kertas-kerja bagi mesyuarat, ceramah, bengkel, persidangan, seminar. forum dan seumpamanya diperingkat nasional dan antarabangsa bagi tujuan untuk memperkembangluaskan industri kewangan Islam.
     

  8. Mengadakan hubungan kerjasama yang baik dan bersesuaian dengan ahli-ahli Badan-Badan Berkuasa Syari’ah Kewangan antarabangsa.
     

  9. Sebagai pakar rujuk bagi isu-isu semasa dan persoalan kewangan Islam yang berbangkit.
     

  10. Membantu Ketua Penasihat Syari’ah menderaf cadangan Undang-Undang baru dan deraf cadangan pindaan Undang-Undang yang berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan Islam.
     

  11. Menjadi Pensyarah Sambilan dan Pelatih di Institusi-Institusi pendidikan tertinggi dan Institusi-Institusi latihan di dalam dan di luar negeri terutama yang berkaitan kewangan Islam.

  1. Berterusan mendalami penguasaan dalam bidang kewangan dengan menghadiri kursus-kursus kewangan yang bersesuaian.

 

<< Atas
 

 

2.

PENASIHAT SYARI’AH

PUSAT KEWANGAN ANTARABANGSA BRUNEI (BIFC)

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 EB.3 ($2,270 – $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1.       TANGGAGAJI B.3

 

a.     i.        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam Syari`ah, atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii.        Berkhidmat di Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei, Kementerian Kewangan sebagai Penasihat Syari’ah dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan ATAU berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Bagi yang bukan berkhidmat dengan Kerajaan, hendaklah berkhidmat dalam jawatan-jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal Syari’ah / Kewangan dan mempunyai pendedahan yang meluas dalam produk-produk kewangan Islam tidak kurang dari 4 tahun dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan atau tidak kurang dari 6 tahun bagi yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.

Pernah berkhidmat di institusi-institusi kewangan dan mempunyai kelulusan dalam bidang Kewangan adalah keutamaan.

  1. Mempunyai kelulusan Sijil/Diploma dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.
     

  2. Mempunuai salah satu pengkhusuan tambahan berikut adalah kelebihan:-
     

    1. Islamic Finance.

    2. Islamic Banking dan Finance.

    3. Islamic Financial System.

    4. Islamic Economics.

     

  3. Mempunyai pengalaman dalam menyediakan garispandu bagi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan Islam menurut Hukum Syara’ adalah kelebihan.
     

  4. Pernah meneliti dan membuat sokongan terhadap permohonan produk-produk Kewangan Islam daripada Institusi-Institusi kewangan kepada Lembaga Badan Syariah atau sebanding adalah kelebihan.
     

  5. Pernah melaksanakan pemeriksaan dan penyeliaan ke atas Institusi-Institusi Kewangan adalah kelebihan.
     

  6. Pernah menjadi Pakar Rujuk di institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri adalah kelebihan.
     

  7. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:
     

    1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

    2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

    3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

 


TANGGAGAJI B.2 EB.3
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam Syari’ah / LLB (Syari’ah) atau bidang yang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama dan mempunyai kelulusan tambahan dalam bidang Kewangan adalah kelebihan.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab.

  


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Menguruskan jadual dan agenda mesyuarat Lembaga Penilaian Kewangan Syari’ah.
     

  2. Menyediakan minit dan resolusi mesyuarat Lembaga Penyeliaan Kewangan Syari’ah.
     

  3. Menerima permohonan-permohonan daripada Institusi kewangan untuk mendapatkan ketetapan Lembaga Penyeliaan Kewangan Syari’ah kepada institusi kewangan yang menghadapkan produk-produk Islam mereka.
     

  4. Menyediakan surat pemakluman keputusan Lembaga Penyeliaan Kewangan Syari’ah kepada institusi kewangan yang menghadapkan produk-produk Islam mereka.
     

  5. Meneliti, menilai dan membuat sokongan terhadap permohonan produk-produk kewangan Islam daripada institusi-institusi kewangan sebelum dihadapkan kepada Lembaga Penyeliaan Kewangan Syari’ah.
     

  6. Menyediakan tatacara dan melaksanakan penyeliaan serta pemeriksaan atau pengauditan ke atas institusi-institusi kewangan yang mengeluarkan produk-produk Kewangan Islam.
     

  7. Mengumpul struktur instrument-instrumen kewangan Islam (Product Development) dari dalam dan luar Negara.
     

  8. Mengumpul fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan Lembaga Penyelia Kewangan Syari’ah dari dalam dan luar Negara.
     

  9. Merekabentuk instrument-instrumen kewangan Islam (Product Development) bagi tujuan perkembangan industri kewangan Islam. (Untuk tanggagaji B.3 sahaja)
     

  10. Menjadi seorang Penyelidik dan Pensyarah Sambilan di institusi-institusi pendidikan tertinggi di dalam dan luar Negeri. (Untuk tanggagaji B.3 sahaja)
     

  11. Menyampaikan kertas-kerja dalam persidangan, seminar atau forum kewangan Islam jika di undang. (Untuk tanggagaji B.3 sahaja)

 

<< Atas
 

 

3.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a.          i.     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan / Ukur Bahan /
Bangunan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Melaksanakan dan mengurus projek pembinaan rumah dan kemudahan Awam.
     

  2. Mempastikan progress pembinaan berjalan mengikut jadual.
     

  3. Mempastikan tuntutan pemborong adalah bersesuaian.
     

  4. Menyediakan laporan mengenai kerja-kerja teknikal.

 << Atas

 

 

4.

PEGAWAI TEKNIK KANAN

JABATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.         i.        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Telekomunikasi / Elektronik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Telekomunikasi / Elektronik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Teknik dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengawasi kontrak komunikasi dan kontrak perkhidmatan pemeliharaan.
     

  2. Membuat pemantauan dan koordinasi penggunaan sistem radio dengan pengguna dan pemborong.
     

  3. Memproses pembayaran kontrak.
     

  4. Memastikan semua sistem radio komunikasi, CCTV, sistem gelombang pemancaran, projektor dan peralatan-peralatan telekomunikasi yang lainnya berfungsi dengan baik.

 << Atas
 

 

5.

PENOLONG PENGUASA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.   i.     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun. 

  1. Mempunyai kelulusan atau sijil bersesuaian seperti Bronze Medallion Royal Life Saving, U.K atau sebanding adalah keutamaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Penguasa Kolam Renang dalam hal-hal berikut:

  1. Pentadbiran Kakitangan dan pengurusan kompleks kolam renang.

  2. Merancang, melaksanakan dan memberi maklumat tentang rancangan-rancangan kemajuan sukan renang, kompleks dan kemudahannya.

  3. Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan kemajuan kompleks sukan renang.

  4. Menyediakan jadual penggunaan dan peminjaman.

  5. Bertanggungjawab memastikan ke atas kutipan hasil pendapatan melalui penyewaan kemudahan-kemudahan sukan dan penjual tiket dengan betul dan teratur.

  6. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kompleks sukan renang termasuk penggunaan dan hasil pendapatan.

  7. Menyediakan daftar peralatan dan perkakas sukan (inventory) dan tindak balas pengauditan.

  8. Merancang dan memelihara kesempurnaan dan keselamatan kompleks termasuk alat-alat kemudahan serta melaporkan segala kerosakan.

  9. Memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada pengguna tentang kefahaman keselamatan.

  10. Memberikan latihan dan tunjuk ajar dalam cara-cara penyelamat kepada kakitangan dan pihak-pihak yang berkenaan.

  11. Terlibat dalam rancangan perkembangan latihan sukan renang.

  1. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

<< Atas
 

 

6.

PENGAWAS PADANG-PADANG DAN GELANGGANG SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.        i.       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membantu Ketua Unit dalam hal-hal berikut:

  1. Mengawas dan mengurus kompleks sukan termasuk pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

  2. Bertanggungjawab mengawas dan memastikan kutipan hasil pendapatan melalui penyewaan dan penggunaan kemudahan-kemudahan sukan dengan betul dan teratur.

  3. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti kemajuan kompleks.

  4. Menyediakan jadual kerja harian pemeliharaan, keindahan dan pembersih kompleks serta persekitaran.

  5. Menyediakan jadual penggunaan dan peminjaman kompleks.

  6. Menyelaras dan mengarah persiapan kelengkapan asas sukan.

  7. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kompleks termasuk penggunaan dan hasil pendapatan dengan sistematik.

  8. Membantu dalam penyediakan belanjawan tahunan kompleks.

  9. Memberikan maklum balas dan kerjasama mengenai apa jua perancangan dan kerja-kerja yang telah diluluskan untuk dilaksanakan kepada Pengurus Stadium dan Kompleks Sukan.

  10. Bertanggungjawab menyediakan daftar peralatan, perkakas sukan dan harta benda kompleks (Inventory).

  11. Mempastikan kesempurnaan dan keselamatan kompleks serta kemudahannya termasuk melaporkan sebarang kerosakan kepada Pegawai yang berkenaan.

  1. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari Pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 << Atas
 

 

GH7.

PEGAWAI KEWANGAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accounts (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.

  

ATAU

 

ii)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : 

  1. Membantu dalam urusan Pentadbiran dan Kewangan Jabatan yang berkaitan dengan persuratan, book-keeping, pertanyaan audit, pendaftaran dan mempastikan supaya kerja-kerja yang terlibat dapat dilaksanakan dengan baik dan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.
     

  2. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan Kanan.
     

  3. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan di dalam pengendalian dan penyelarasan kerja projek TAFIS.
     

  4. Bersedia menjalani kursus di dalam dan di luar negeri, jika dikehendaki.
     

  5. Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Jurukira Agung dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 7

 

 

KEMENTERIAN KEWANGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN

TINGKAT 15

BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN

COMMONWEALTH DRIVE

BANDAR SERI BEGAWAN, BB 3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.


<< Atas