IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 10 JUN 2009)

BILANGAN IKLAN: 20/05/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENTADBIR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

1 – 4 / 5 &6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENOLONG SETIAUSAHA BANDARAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA,

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

JURURAWAT

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

ATAU

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 5 & 6
 

DEWAN SERBAGUNA,

IBU PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT,

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

6.

PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENTADBIR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1.     i.     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
               Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang
               sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Pejabat / Kerani Tingkatan II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Bagi calon di para a(ii) sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus induksi dan Professional bagi Penyelia Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENTADBIR: 

  1. Membantu dalam pengawasan keseluruhan pentadbiran kakitangan perkeranian termasuk kakitangan Bahagian III dan ke bawah dalam Kementerian/Jabatannya.
     

  2. Sebagai penyelaras kepada aduan/kilanan dan masalah Kementerian/Jabatan bawahannya.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 << Atas
 

 

2.

PENOLONG SETIAUSAHA BANDARAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA,

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM: 

 

 a.        i)          BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Komputer / Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mengetahui Undang-Undang Bandaran dan yang berkaitan dengannya adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG SETIAUSAHA BANDARAN:

  1. Membantu dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, operatif dan penyeliaan.
     

  2. Bertanggungjawab dalam membina maklumat dan data ke arah merealisasikan e-kerajaan sepertimana perancangan plan strategik jabatan.
     

  3. Membuat kerja-kerja penyelidikan serta perancangan dalam hal ehwal inovasi, penambahbaikan, pengurusan serta penguatkuasaan undang-undang.
     

  4. Menjalankan urusan dan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 << Atas
 

 

3.

JURURAWAT

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.7 EB.8 ($1,310 - $1,975 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.           i.    Mempunyai Diploma atau Sijil Jururawat Am atau kelulusan sebanding dan berdaftar dengan
                    Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board).

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Lulus pemeriksaan ujian Kesihatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURURAWAT: 

  1. Melaksanakan tugas-tugas kejururawatan mengikut dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan.
     

  2. Melaksanakan penjagaan dan rawatan bagi keselesaan dan kesejahteraan pesakit.
     

  3. Menasihat dan menunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga pesakit mengenai rawatan dan pendidikan kesihatan.
     

  4. Mencatat laporan dan pemerhatian keatas pesakit ke dalam dokumen-dokumen yang tertentu dengan jelas dan betul.
     

  5. Bekerjasama dengan pegawai perubatan, pegawai-pegawai dan kakitangan lain-lain bahagian rumah sakit dan keluarga pesakit untuk rawatan dan kesejahteraan pesakit.
     

  6. Membantu membimbing dan menunjuk ajar pembantu jururawat dan jururawat dalam latihan bagi mengendalikan penjagaan dan rawatan dengan teratur.
     

  7. Bekerjasama untuk mempastikan penyimpanan dan pemeliharaan peralatan, alat perkakas, ubat-ubatan dan lain-lain perbekalan sentiasa cukup dan dalam keadaan baik.
     

  8. Bekerjasama dengan pihak-pihak yang tertentu di rumah sakit supaya pemelihraan dan kebersihan di bahagian dia bertugas dikendalikan dengan teratur dan memuaskan.

 
 << Atas
 

 

4.

PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a.         i.       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian;  atau kelulusan
                     sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

                     Kelulusan lebih dalam bidang bersesuaian tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PROJEK TINGKAT II: 

  1. Mengumpulkan data/maklumat dan menyediakan perangkaan (statistik) berkaitan dengan projek.
     

  2. Menyediakan laporan/kertas kerja yang berkaitan dengan projek.
     

  3. Menyelaras dan meyediakan cadangan-cadangan projek Jabatan dan yang melibatkan Jabatan.
     

  4. Menyemak bayaran-bayaran kemajuan kerja.
     

  5. Menilai kedudukan-kedudukan projek dan membuat laporan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI JKR: 

  1. Mengumpul, menyusun dan membuat laporan projek-projek yang di terima dari bahagian-bahagian dan konsultan-konsultan.
     

  2. Membantu jurutera-jurutera menyemak bayaran kemajuan kerja dan menyimpan rekod tersebut di dalam fail.
     

  3. Mengemaskinikan rekod perbelanjaan bulanan projek-projek.
     

  4. Membantu jurutera-jurutera mengendalikan persuratan-persuratan yang berhubungkait dengan projek-projek.

  << Atas
 

 

5.

PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

ATAU

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.        i.   Ijazah Sarjana Muda dalam salah satu dari bidang berikut; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

·         Civil Engineering

·         Communications and Computer Systems Engineering

·         Computing

·         Construction Engineering and Management

·         Electrical and Electronic Engineering

·         Forensic Science

·         Information Technology

·         Mechanical Engineering

·         Marine Engineering

·         Statistic

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penguasa Bomba dan Penyelamat dalam tanggagaji P.8 tidak kurang dari 7 tahun dan lulus ujian ketahanan fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.
     

  2. Keahlian Membership  of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

 

b.      Pemohon-pemohon di para a (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:- 

 

i. Umur - Diantara 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki / Wanita)
ii. Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
    - Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii. Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).      
  1. Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
     

  2. Pendengaran biasa dan tidak cacat. 
     

  3. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5.
     

  4. Tidak buta warna (colour blind).
     

  5. Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan.
     

  6. Ujian

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA KANAN PERKHIDMATAN BOMBA: 

  1. Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000 ) Penggal 82 dari semasa ke semasa.
     

  2. Jika ditugaskan di bahagian operasi berperanan selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

  1. Bertanggungjawab ke atas Pentadbiran Operasi, memadam kebakaran dan menyelamat di kawasan masing-masing, pengurusan kanggotaan, latihan, perhubungan awam dan aset Kerajaan.
     

  2. Selaku Pegawai Pemerintah yang bertanggungjawab ke atas kecemasan dan kesejahteraan awam mengikut kawasan bawah jagaannya.
     

  3. Mentadbir balai-balai di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang lebih berkesan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.
     

  4. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi serta kecekapan dalam bidang operasi dan menyelamat yang lebih berkesan.
     

  5. Menghadiri apa-apa jua kecemasan yang memerlukan keputusan yang cepat dan tepat terutama yang bersangkut paut dengan kejadian yang melibatkan nyawa dan harta benda awam.
     

  6. Berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan bagi apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan kawasan di bawah jagaan masing-masing.
     

  7. Mengetahui plan kontingensi bagi apa-apa jua operasi memadam kebakaran atau penyelamat.
     

  8. Menyediakan Standard Operational Procedure (S.O.P) bagi operasi kecemasan di dalam kawasan jagaan masing-masing.

  1. Jika ditugaskan di bahagian pentadbiran berperanan selaku Ketua Bahagian yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:-

  1. Mentadbir perjalanan tugas yang telah dimandatkan ke arah yang lebih efisien dan produktif. 

  2. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tahap tatatertib yang tinggi seta kecekapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

  1. Berkuasa di dalam mengeluarkan Perintah-Perintah Am Cawangan atau Bahagian yang berhubungkait dengan sistem pentadbiran keanggotaan dan pemberitahuan semasa.
     

  2. Bertanggungjawan di dalam menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktibiti yang telah dan akan di laksanakan di sepanjang tahun pentadbirannya.
     

  3. Merangka perkembangan projek serta aktibiti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.
     

  4. Menyediakan perangkaan peruntukan di bawah Cawangan / Bahagian masing-masing.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat dari semasa ke semasa.

   << Atas
 

 

6.

PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a         i.    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam salah satu dari bidang berikut; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

·         Civil Engineering

·         Construction Engineering and Management

·         Electrical and Electronic Engineering

·         Information Technology

·         Mechanical Engineering

·         Automotive Engineering

·         Refrigeration and Air-Conditioning Engineering

·         Computer Studies

·         Marine Engineering

·         Construction

·         Geomatics

·         Interior Design

·         Electronic & Communication Engineering

·         Marine Engineering

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P.5 tidak kurang dari 3 tahun dan lulus ujian ketahanan fizikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

 

b.          Pemohon-pemohon di para a (i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  

i.  Umur - Diantara 18 tahun hingga 26 tahun
ii.  Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
    - Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
iii.  Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
  1. Bagi pemohon wanita hendaklah belum berkahwin semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.
     

  2. Pendengaran biasa dan tidak cacat.
     

  3. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5.
     

  4. Tidak buta warna (colour blind).
     

  5. Hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan.

  1. Ujian

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti ujian kecergasan, bertulis dan praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 


TARIKH PENGAMBILAN DAN TEMPAT MENGHANTAR BORANG BAGI BILANGAN 5 DAN 6:

 

Tarikh  pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 20 Mei 2009 hingga 10 Jun 2009 (selama 3 minggu) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Masa Pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

                                      

CARA-CARA MEMOHON BAGI BILANGAN 5 DAN 6:

 

Seseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BALAI: 

  1. Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Penggal 83 dari masa ke semasa.
     

  2. Selaku Pegawai Mengetuai Balai / Pasukan di Cawangan Operasi.
     

  3. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tatatertib di tahap yang tinggi, cekap dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
     

  4. Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap yang tinggi.
     

  5. Mencadangkan serta memastikan latihan-latihan operasi bagi keanggotaan dijalankan di Balai dan juga di kawasan Zon Operasi bawah jagaan.
     

  6. Mengetahui zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan pelan tindakan operasi (Standard Operaing Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.
     

  7. Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan bangunan yang dibawah jagaan khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.
     

  8. Mengetahuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan sebelum kehadiran pegawai atasan.
     

  9. Menjaga dan memastikan balai serta aset-aset balai di bawah jagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
     

  10. Memantau dan memastikan pili-pili bomba di bawah jagaan zon operasi sentiasa berfungsi dan dapat digunakan bila-bila masa yang di kehendaki.
     

  11. Menyediakan dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
     

  12. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 
 
 << Atas
 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 5 HINGGA 6

 

DEWAN SERBAGUNA,

IBU PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT,

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

<< Atas