IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 09 DISEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 46/11/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEMBANTU PERIKANAN KANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PENYELIA ASRAMA TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

5

 

5.

PEMBANTU MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

3

 

6.

 PEGAWAI KASTAM

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530- $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

3

 

7.

 PELATIH TEKNIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1 EB.2 ($530 - $820 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

9

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a.       TANGGAGAJI B.2 EB.3 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b.      TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat I atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     

  3. Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
     

  4. Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     

  5. Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM: 

  1. Menjadi jurucakap rasmi/sanggamara.
     

  2. Meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi.
     

  3. Menyalur maklumat kepada pihak awam.
     

  4. Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.
     

  5. Menangani masalah dan konflik.
     

  6. Mewujudkan perhubungan rapat diantara media dalam dan luar organisasi.
     

  7. Mewujudkan sistem maklumat biasa yang berkesan.
     

  8. Menjadi sumber maklumat dan rujukan.
     

  9. Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.
     

  10. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

2.

 

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BELIA DAN SUKAN: 

  1. Mengawasi kegiatan-kegiatan hal ehwal peserta Pusat Pembangunan Belia.
     

  2. Merancang berbagai kegiatan dalam program pembangunan diri.
     

  3. Meneliti dan membuat tindakan terhadap buku laporan pegawai bertugas.
     

  4. Membuat jadual aktiviti pemeliharaan kawasan dan kebersihan setiap hari Jumaat.
     

  5. Menyusun jadual untuk ceramah umum.
     

  6. Membuat jadual kelas malam.
     

  7. Membuat penilaian dan pemberian kredit dalam program pembangunan diri.
     

  8. Membantu Pegawai Latihan dalam penyelaras tawaran dan sebutharga bagi keperluan bahan-bahan latihan.
     

  9. Membantu dalam menjalankan penelitian keperluan peningkatan dalam bidang latihan kemahiran dan urusan pengendalian kursus dan penyeliaan kursus.
     

  10. Membantu meneliti dan merancang pelbagai keperluan aktiviti-aktiviti sama ada yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan mahupun dalam Program Latihan Kemahiran dan bidang Pembangunan Diri.
     

  11. Menjadi Perunding atau Pemudahcara bagi para belia dalam mengendalikan Projek atau aktiviti yang dirancangkan oleh belia sendiri.
     

  12. Menerima laporan dan mengambil tindakan disiplin terhadap peserta-peserta yang didapati melanggar disiplin dan peraturan Pusat.

 

<< Atas
 

 

3.

 

PEMBANTU PERIKANAN KANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

 a.        i.        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Sains atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Perikanan atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERIKANAN KANAN:

 

Membantu Pegawai Perikanan / Penolong Pegawai Perikanan dalam melaksanakan projek-projek perikanan dan menyelia kerja-kerja kakitangan yang lebih rendah.

<< Atas
 

 

4.

 

PENYELIA ASRAMA TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.       BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam membaca dan menulis Jawi adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA ASRAMA TINGKAT III:

  1. Membantu Pengurus / Penyelia Asrama Tingkat I dan Tingkat II dalam hal-hal berikut:-
  1. Pentadbiran dan Pengurusan Asrama.

  2. Mempastikan pengutipan hasil dibuat dengan betul dan teratur.

  3. Menyediakan laporan harian dan bulanan penggunaan asrama dan kemudahan-kemudahannya termasuk sebarang kejadian yang berlaku.

  4. Membuat rondaan setiap waktu bagi mempastikan kebersihan dan keselamatan asrama sewaktu penggunaan.

  5. Mempastikan kelengkapan asrama teratur dan berdaftar.

  6. Mempastikan kebersihan bilik-bilik asrama dan mengatur penyediaan kemudahannya sebelum dan selepas penggunaan.

  1. Pengawasan semua kakitangan Asrama, termasuk penghuni-penghuni Asrama, Tukang Masak, Tukang Cuci, Pembersih dan lain-lain.
     

  2. Mengawas hal-hal pemeliharaan bangunan asrama dan dapur asrama.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

5.

 

PEMBANTU MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.       4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains / Matematik dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 8 tahun.

Keutamaan akan diberi kepada mereka yang lulus peperiksaan Sijil Pembantu Makmal dan telah berkhidmat di bawah Perkhidmatan Makmal.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU MAKMAL: 

  1. Dikehendaki menjalankan tugas yang telah diarahkan di bawah pengawasan pegawai yang dipertanggungjawabkan.
     

  2. Mengambil contoh-contoh darah pesakit di bahagian pesakit luar, klinik-klinik kesihatan dan di wad-wad.
     

  3. Memberi layanan dan menerima spesimen dari wad, klinik kesihatan dan pesakit luar.
     

  4. Memasukkan ke dalam komputer semua ujian yang dikehendaki mengikuti maklumat yang terdapat di dalam ‘request form’.
     

  5. Membantu menyediakan spesimen untuk dianalisa di bahagian makmal berkenaan.
     

  6. Bersedia untuk bertugas ke klinik-klinik dan ke pusat-pusat pengambilan contoh-contoh darah mengikut giliran dan jadual yang diaturkan untuk mengambil contoh-contoh darah dan meyediakan spesimen untuk dihantar ke makmal.
     

  7. Jika diperlukan, datang bekerja pada hari cuti atau Hari-Hari Kelepasan Awam atau pada waktu-waktu di luar bekerja dan membantu pegawai yang bertugas membuat kerja rutin dan stat mengikut jadual yang diaturkan.
     

  8. Memastikan tempat bekerja sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
     

  9. Pembantu Makmal adalah dikehendaki bekerja di Makmal-Makmal Di Jabatan Perkhidmatan Saintifik.
     

  10. Dikehendaki menolong menjalankan semua ujian makmal yang berkaitan sebagaimana diarahkan kepadanya oleh Pegawai-Pegawai Saintifik.

 

<< Atas
 

 

6.

 

PEGAWAI KASTAM

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KASTAM: 

  1. Memeriksa barang keluar masuk.
     

  2. Membuat kerja pencegahan.
     

  3. Membuat resit dan mengutip cukai.
     

  4. Membuat rondaan darat dan laut.
     

  5. Mendaftar dan meneliti deklarasi.
     

  6. Menerima dan memproses A.P. dan permohonan tarikan balik cukai.
     

  7. Melakukan kerja-kerja perkeranian.
     

  8. Menerima arahan keja dari pegawai atasan dari masa ke semasa.

  

<< Atas
 

 

7.

 

PELATIH TEKNIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1 EB.2 ($530 - $820 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. BDTVEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang yang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Berpengalaman dalam tugas-tugas operasi atau teknikal penyiaran adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELATIH TEKNIK: 

  1. Membantu Jurukamera, Perakam Suara, Jurulampu, Penyunting Pita Video dan lain-lain di bahagian operasi kejuruteraan.
     

  2. Mempelajari dan memahami tugas-tugas yang dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman di bahagian mereka ditempatkan dan seterusnya mengendalikan tugas-tugas tersebut.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas