IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 1 JULAI 2009)

BILANGAN IKLAN: 23/06/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

JABATAN PERANCANGAN, PERKEMBANGAN DAN PENYELIDIKAN,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PROJEK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PENOLONG JURUTERA PEGAWAI LAUT

JABATAN PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEMERIKSA KERETA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNOLOGI PENJAGAAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PEMBANTU PENYELIDIK SEJARAH

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

ATENDAN PEMERAN

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                         

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PELAJARAN

JABATAN PERANCANGAN, PERKEMBANGAN DAN PENYELIDIKAN,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.13 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan adalah kelebihan.
     

  3. Berkebolohan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  4. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perangkaan, perancangan dan penyelidikan adalah kelebihan.
     

  5. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan komputer adalah kelebihan.

 


TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI PELAJARAN: 

  1. Membuat penyelidikan dan perancangan pendidikan yang berkaitan dengan dasar atau polisi pendidikan.
     

  2. Menyediakan dan menganalisa data dan maklumat pendidikan bagi kegunaan pembuat dasar dan keputusan seperti pojeksi guru, pelajar dan bangunan sekolah dan lain-lain.
     

  3. Membuat pemantauan dan penilaian terhadap perlaksanaan program / projek yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan.
     

  4. Melaksanakan kerja-kerja diarahkan oleh pengarah serta pegawai-pegawai atasan.


 << Atas
 

 

2.

PEGAWAI PROJEK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


1.      a)     TANGGAGAJI B.2 EB.3:
 

Ijazah Sarjana Muda bidang Pengajian Perniagaan / Kejuruteraan / Arkitektur / Pengurusan Projek atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)    TANGGAGAJI B.2: 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan Projek / Kejuruteraan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam Penolong Pegawai Projek Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB:

 

DI JABATAN PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN ESTET, KEMENTERIAN KESIHATAN: 

  1. Mengumpulkan maklumat dan menyediakan data baru dan perangkaan/statistics yang berkaitan dengan projek.
     

  2. Menyediakan laporan / kertas kerja yang berkaitan dengan projek.
     

  3. Menyelaras dan menyediakan cadangan-cadangan projek Jabatan dan yang melibatkan Jabatan.
     

  4. Menyemak bayaran-bayaran kemajuan kerja.
     

  5. Menilai dan memantau perkembangan projek-projek dan membuat laporan.

 


DI JABATAN KERJA RAYA:
 

  1. Menyelaras, memantau proses dan perlaksanaan hal-hal yang berkaitan dengan sebutharga dan tawaran.
     

  2. Menyelaras dan memantau penyediaan LOA, dokumen kontrak dan yang berkaitan dengannya.
     

  3. Menyelaras dan memantau apa jua yang berkaitan dengan pertanyaan audit.
     

  4. Menyelaras dan memantau penyediaan MPK unit tawaran dan sebutharga.
     

  5. Menyelaras dan menyediakan permohonan peruntukan tahunan.
     

  6. Sebagai pegawai perhubungan Pegarah Perkhidmatan Teknikal.
     

  7. Menyediakan draf memorandum yang berkaitan.
     

  8. Mengetuai Unit Penyelaras Projek di Jabatan Kemajuan.
     

  9. Memimpin dan mengawasi kerja-kerja Penyelaras Projek dan kakitangan bawahan.
     

  10. Mengumpul laporan kemajuan bulanan bagi projek-projek di bawah RKN yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya.
     

  11. Menganalisa dan menyediakan penilaian terhadap laporan-laporan yang diterima.
     

  12. Menyediakan laporan untuk dibawa ke Mesyuarat Bulanan Pemantauan Projek-Projek RKN bersama Ketua Pengarah.
     

  13. Menyediakan laporan bulanan ‘certified payment’ dalam pengendalian sistem pengurusan perlaksaan projek ‘PROMISE’.
     

  14. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG JURUTERA PEGAWAI LAUT

JABATAN PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:      

 

a.          i.     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang  Marine Engineering; atau
                  
 kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Marine Engineering serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan dalam tanggagaji Bahagian III tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

  1. Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Jurutera Laut Kelas 4 serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Teknisyen Kapal Tingkat Khas dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 


TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
PENOLONG PEGAWAI JURUTERA LAUT: 

  1. Mengetuai Bahagian Bilik Injin di kapal-kapal tertentu (seperti kapal tunda atau kapal korek) Jabatan Pelabuhan bagi menentukan semua jentera berjalan lancar. Bertanggungjawab dalam hal pengendalian jentera-jentera dan anak kapal. Membuat laporan-laporan kepada Pegawai Jurutera Laut mengenai apa jua keperluan anak kapal atau kerosakan jentera-jentera.
     

  2. Membantu Pegawai Jurutera Laut dan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Laut dalam kerja-kerja membaiki kerosakan alat-alat pelayaran, jentera-jentera, perahu-perahu, motor sangkut dan lain-lain dan membuat jadual waktu bagi pemandu-pemandu kereta dan pemandu motor sangkut.
     

  3. Membantu Pegawai Jurutera Laut di Bahagian Peperiksaan dan persijilan dalam mengendalikan kursus-kursus latihan untuk mendapatkan sijil-sijil kecekapan. 

<< Atas
 

 

4.

PEMERIKSA KERETA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

  

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.        i.  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau
              
   kelulusan sebanding serta berpengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian selama tidak
                
 kurang dari 3 tahun.
 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Penolong Pemeriksa Kereta dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai lesen memandu 1, 3 dan 5. Pemohon yang hanya mempunyai lesen memandu kelas 3 boleh juga dipertimbangkan dengan syarat mereka dikehendaki mendapatkan lesen memandu kelas 1 dan 5 dalam tempoh percubaan.
     

  2. Boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
PEMERIKSA KERETA: 

  1. Memeriksa kereta untuk didaftarkan dan dilesenkan.
     

  2. Menguji pemohon ujian mendapatkan lesen memandu.
     

  3. Memeriksa kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan, jalanraya dan menghadiri perbicaraan mahkamah mengenai kemalangan tersebut.

 

<< Atas
 

 

5.

PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNOLOGI PENJAGAAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:

 

a              i.  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Biasa (ND) dalam bidang Elektrikal / Elektronik; atau
                  
 kelulusan sebanding
dalam
bidang yang sama.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang pemeliharaan alat-alat Elektronik atau Elektro Mekanikal dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH: 

  1. Memelihara dan membaiki sebahagian daripada beberapa jenis peralatan perubatan yang berupa Elektro Perubatan dan Elektronik yang akan ditetapkan oleh Jurutera Elektronik.
     

  2. Dikehendaki bekerja secara panggilan (On Call) selepas waktu bekerja apabila diperlukan.

 

<< Atas
 

 

6.

PEMBANTU PENYELIDIK SEJARAH

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:
 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sejarah.

    Kelulusan
    lebih tinggi adalah kelebihan.

     

  2. Berkebolehan dan cenderung dalam kerja-kerja penyelidikan.
     

  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik.
     

  4. Pernah menulis rencana sejarah, Adat Istiadat dan Kebudayaan adalah kelebihan.

 


TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
PEMBANTU PENYELIDIK SEJARAH: 

  1. Membantu menjalankan kerja-kerja luar (field work) yang diusahakan di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi terutama dalam kerja-kerja takapan dan pemuliharaan nisan-nisan sejarah.
     

  2. Menyelidik, mengumpul, mendaftar, menyusun / penyimpanan dan menulis laporan hasil kerja-kerja penyelidikan.
     

  3. Merakam (audio) peristiwa-peristiwa bersejarah dan aktiviti jabatan seperti seminar, ceramah, forum dan bengkel di dalam dan luar pejabat.
     

  4. Membantu dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi serta bahagian-bahagian yang lain di pejabat ini dalam apa juga kegiatan jabatan.

 

<< Atas
 

 

7.

ATENDAN PEMERAN

PUSAT SEJARAH BRUNEI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:

 

  1. Berumur diantara 18 hingga 30 tahun.
     

  2. Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.
             

    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.
     

  3. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ATENDAN PAMERAN:

 

Melayan dan memberikan panduan kepada pelawat-pelawat pameran serta menjaga dan memelihara harta-benda dan kawasan pameran.

 

<< Atas
 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas