IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 5 OGOS 2009)

BILANGAN IKLAN: 28/07/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

JURUTEKNIK BAHAGIAN PENYAKIT JANTUNG PERCUBAAN / TERLATIH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5-6 ($930 - $1,850 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEMBANTU RENDAH ALAT-ALAT ORTOPIDIK

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PEMERIKSA BANGUNAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PENYELIA LINEN DAN DOBI

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PENOLONG PERKHIDMATAN PUSAT PEMBASMIAN KUMAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.2 ($550 - $930 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

8.

ATENDAN PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

  

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                        

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

UB.1 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a.       TANGGAGAJI UB.1 EB.2: 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Pendidikan; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

  1. TANGGAGAJI UB.1:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Teknologi Pendidikan / Teknologi Maklumat; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Penerbit dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN: 

  1. Memasang dan mengendalikan pelbagai jenis peralatan alat pandang dengar (media elektronik dan bukan elektronik) dan juga perkakas tambahan (accessories) untuk penerbitan, pengajaran, penyelidikan dan persembahan.
     

  2. Mempastikan pemeliharaan dan pembaikan kesemua jenis peralatan alat pandang dengar untuk penerbitan, pengajaran, penyelidikan dan persembahan.
     

  3. Memberikan khidmat nasihat dalam mereka-bentuk bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (seperti dalam penerbitan audio, video dan multimedia).
     

  4. Merancang, menerbitkan dan menghasilkan program-program video, membuat salinan dan suntingan atas permintaan pengguna.
     

  5. Bertanggungjawab dalam pengeluaran resit, menyemak dan mengawas keselamatan kesemua alat pandang dengar dan reka-bentuk grafik fotografi dan peratan berkaitan dengannya, peralatan/perkakas tambahan, perisian (software) dan bahan-bahan lain.
     

  6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Pusat Teknologi Pendidikan dan pihak-pihak berkuasa UBD yang berkenaan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.
     

  7. Mencipta dan mereka-bentuk buku-buku Konvensyen, Laporan Tahunan, Propektus, “Handbooks”, program seminar dan persidangan dalam dan luar negeri.
     

  8. Memberikan perhatian kepada buku-buku atau risalah-risalah yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah dan para pegawai yang bertugas di UBD dari segi ‘Layout’ dan penghasilannya.
     

  9. Bertanggungjawab ke atas kakitangan di bahagian Percetakan dalam pemeliharaan mesin-mesin cetak, mikro computer, mesin-mesin penjilid dan sebagainya.
     

  10. Membantu para pensyarah menyediakan nota-nota kuliah dalam percetakan dan penjilid dan untuk dibukukan.
     

  11. Membantu para pelajar yang mengadakan pemeran-pameran di dalam seminar kebangsaan dan antarabangsa dari segi ‘lay-out’ dan percetakan.

 
<< Atas
 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang pemeliharaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK: 

  1. Membantu Ketua Unit Media Pendidikan dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran dari segi perkhidmatan teknik dan operasi dan pemeliharaan peralatan-peralatan elektronik.
     

  2. Mengetuai dan mengawasi sub unit Perkhidmatan Teknik dan operasi.
     

  3. Bekerjasama dengan Ketua Unit Media Pendidikan dalam perancangan dan perlaksanaan rancangan-rancangan pendidikan.
     

  4. Mengawas dan menyelia Pembantu-Pembantu Teknik Kanan dan Pembantu-Pembantu Teknik dari segi pembahagian jadual kerja, tugas dan tanggungjawab dan pemeliharaan peralatan.
     

  5. Bertanggungjawab dalam mengawasi secara menyeluruh segala alat-alat perkakas audio dan video yang terdapat di unit dan jabatan dan mempastikan peralatan-peralatan dalam keadaan baik dan selamat.
     

  6. Bertanggungjawab dalam pengurusan pembaikan kerosakan peralatan-peralatan elektronik pejabat dan mengesahkan pemeriksaan terahadap alat-alat elektronik yang baru dibaiki dan juga alat-alat yang baru.
     

  7. Menjalankan pengawasan ke atas alat pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah yang dibekalkan oleh jabatan dan seterusnya penyediaan laporannya.
     

  8. Menyediakan laporan penggal dan tahunan oleh sub unit.
     

  9. Lain-lain tugas jabatan yang diarahkan oleh Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Ketua Unit berkenaan.

 << Atas
 

 

3.

JURUTEKNIK BAHAGIAN PENYAKIT JANTUNG PERCUBAAN / TERLATIH

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5-6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.       i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.         Berkhidmatan dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang teknisyen dalam tanggagaji D.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK BAHAGIAN PENYAKIT JANTUNG PERCUBAAN / TERLATIH:

 

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di unit Jantung selama 12-18 bulan. Dimasa tersebut, beliau akan diberi latihan dan pendedahan yang banyak di dalam bidang kerjanya. Beliau juga akan dihantar ke luar negeri untuk latihan selanjutnya.

 

Apabila tempat latihan, Juruteknik Jantung Terlatih akan dikehendaki membantu / melakukan:- 

  1. Pemeriksaan Echocardiographic dan dopler cadiographic.
     

  2. Exercise stress testing.
     

  3. Mengawal Ambulatory cardiac dan analysis.
     

  4. Lain-lain tugas-tugas difikirkan perlu seperti yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 << Atas
 

 

4.

PEMBANTU RENDAH ALAT-ALAT ORTOPIDIK

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4 EB.5 ($930 - $1,490 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Mekanikal / Elektronik / Elektrikal atau kelulusan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

  1. Berpengalaman dalam Hal Ehwal Plaster of Paris, Welding, Kejururawatan, Jahit menjahit dan sebagainya adalah keutamaan.

 



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEMBANTU RENDAH PEMBUAT ALAT-ALAT ORTOPIDIK: 

  1. Mengendalikan fail-fail pesakit serta kad-kad.
     

  2. Mengambil contoh-contoh yang hendak dibuat seperti kaki, tangan dan lain-lain.
     

  3. Menyemin pesakit-pesakit apabila diarahkan.
     

  4. Membaiki segala kerosakan kaki dan tangan palsu dan lain-lain.
     

  5. Mengubahsuai kasut pesakit-pesakit cacat.
     

  6. Membuat tuap-tuap tangan, kaki jari dan lain-lain.

 << Atas
 

 

5.

PEMERIKSA BANGUNAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.    i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian. 

             Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Hendaklah tahu dan mempunyai kebolehan dalam membaca pelan dan peta bangunan dan rumah serta boleh menyediakan laporan-laporan teknikal bangunan serta spesifikasinya.
     

  2. Berkebolehan melukis pelan bangunan / rumah secara berkomputer serta mempunyai pengetahuan dalam teknologi maklumat.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA BANGUNAN: 

  1. Membantu Pemeriksa Bangunan Kanan dalam melaksanakan tugas-tugas pemeriksa rumah / flat sewa Kerajaan.
     

  2. Bertanggungjawab memantau rumah / flat sewa Kerajaan dengan memastikan kondisi dan struktur bangunan sentiasa selamat dan teratur.
     

  3. Membuat lawatan pemeriksaan dan menyediakan laporan teknikal serta laporan sebarang pelanggaran syarat-syarat dan peraturan perumahan.
     

  4. Meneliti setiap aduan kerosakan teknikal dan struktur bangunan.
     

  5. Mengemaskinikan perangkaan (statistik), data dan maklumat penyewaan secara berkomputer.

 

 << Atas

 

 

6.

PENYELIA LINEN DAN DOBI

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.       BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

  1. Berpengalaman dalam urusan Linen / Dobi dan pengurusan pekerja-pekerja adalah keutamaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA LINEN DAN DOBI: 

  1. Mengawas di bahagian Dobi rumah sakit.
     

  2. Menolong mengaturkan dan mengaturkan dan mengawal kakitangan Dobi.
     

  3. Membuat jadual kerja.
     

  4. Membuat rekod dan mencatit kain-kain keluar masuk, kain-kain yang rosak untuk diperbaiki seterusnya di hantar ke bilik jahitan.
     

  5. Mengawasi mesin-mesin cuci / jahit sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.
     

  6. Menolong membuat laporan kerosakan-kerosakan mesin dan sebagainya.
     

  7. Bersedia untuk berkhidmat di mana saja di Hospital Kerajaan di Negara Brunei Darussalam.

 << Atas
 

 

7.

PENOLONG PERKHIDMATAN PUSAT PEMBASMIAN KUMAN

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.2 ($550 - $930 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.          i.      Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB); atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENOLONG PERKHIDMATAN PUSAT PEMBASMIAN KUMAN: 

  1. Bagi menyediakan, membekalkan dan mengadakan barang-barang atau perkakas untuk kegunaan pesakit-pesakit di Hospital, Klinik-Klinik dan pengguna-pengguna lainnya.
     

  2. Bertugas untuk pembasmian kuman pada alat-alat perkakas pembedahan dan menyediakan keperluan Unit Pembedahan.
     

  3. Mengembalikan dan mengawas mesin-mesin autoklaf dan lain-lain.

<< Atas
 

 

8.

ATENDAN PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

    Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

     

  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  3. Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ATENDAN PERPUSTAKAAN:
 

  1. Memproses buku-buku baru sampai: melekatkan poket, label tarikh pemulangan, cap pemilikan, membubuh cap nombor siri dan membaiki buku.
     

  2. Bertugas di kaunter: penerimaan ahli, meminjamkan buku, membatalkan peminjaman, membuat dan mengeluarkan peringatan.
     

  3. Menyemak dan menyediakan buku-buku yang rosak untuk dibaiki dan dijilid semula.
     

  4. Bertugas dalam aktiviti / pameran Bahagian Perpustakaan.
     

  5. Bertugas di Perpustakaan Bergerak atau Perpustakaan Cawangan.
     

  6. Membersihkan rak buku.
     

  7. Menyusun semula buku-buku yang dikembalikan ke dalam rak.

<< Atas
 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas