IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 4 NOVEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 41/10/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 PENGARAH

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

SUPERSCALE C ($6,800 - $7,010 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 PENOLONG KETUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

 ARKITEK

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) 

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

 KETUA TUKANG PELAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

4

 

5.

 PEMBANTU PEMELIHARAAN / MAKMAL

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

 PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

10

 

7.

 MEKANIK KENDERAAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

8.

 TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN) ATAU

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN) ATAU

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

16

 

GH9

 JURUTERA

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET, JABATAN PENTADBIRAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

GH9 DAN GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH10

 PEGAWAI PENYELIDIK

JABATAN KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                    

 

 

 

1.

 

PENGARAH

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

SUPERSCALE C ($6,800 - $7,010 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)     Ijazah Sarjana atau kelulusan PhD dalam bidang Sains Komputer / Sistem Teknologi atau bidang bersesuaian yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ii)                 Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak kurang dari 5 tahun.

 

Menjadi ahli badan-badan professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.

 

ATAU

 

b)                 i)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Teknologi Maklumat atau bidang bersesuaian yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan I tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Pengurus Sistem atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan II tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Menjadi ahli badan-badan professional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Selaku Ketua Jabatan di Jabatan Teknologi Maklumat dan Informasi.

 

2.                 Membantu Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap dalam memastikan dasar Kementerian dalam bidang IT dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

 

3.                 Menyelaraskan pendirian Kementerian dengan Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi yang berkenaan termasuk institusi-institusi dan pihak swasta melalui proses perundingan konsultasi bersama bagi tujuan mempertingkatkan sistem dan pengendalian IT.

 

4.                 Mengikuti dan memastikan perkembangan terbaru dalam bidang Teknologi Maklumat dan Informasi untuk diadaptasikan dan digunapakai.

 

5.                 Mengurus perancangan, pembentukan dan perlaksanaan program-program ICT yang inovatif yang menjurus kepada pencapaian matlamat Kementerian.

 

6.                 Bertanggungjawab melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap dari masa ke semasa.


<< Atas

 

 

2.

 

PENOLONG KETUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Public and Social Administration / Community and Youth Studies / Sports Studies / Management atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang berkaitan dengan Pentadbiran Belia, Sukan dan Kemasyarakatan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

 ATAU

 

iii)               Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dengan Pentadbiran Belia, Sukan dan Kemasyarakatan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

b)                 Mempunyai Professional Qualification Youth and Community Work yang diiktiraf oleh Education and Traning Standard Committee of the Qualification in Sports Studies / Management adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:-

 

a)                 Pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

b)                 Mengetuai cawangan Jabatan Belia dan Sukan di Daerah-Daerah jika diperlukan.

c)                  Melaksanakan dasar-dasar dan prosedur berkaitan.

d)                 Menyediakan laporan bulanan dan tahunan bahagian masing-masing.

e)                 Menyediakan, mengumpul dan menyelaras anggaran belanjawan tahunan dan rancangan kemajuan.

f)                   Merancang program mempelbagaikan sumber hasil Jabatan.

g)                 Merancang dan melaksanakan program dan rancangan bulanan dan tahunan belia dan sukan dengan mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan belia dan sukan.

h)                 Mengatur jadual dan mengadakan lawatan kerja ke Persatuan-Persatuan belia dan sukan serta menyediakan laporan.

i)                   Membuat kajian dan perlaksanaan pembaharuan sistem perkhidmatan jabatan.

j)                   Mempromosi dan memberi galakan kepada golongan belia dan pengiat sukan tentang konsep kesukarelawan gotong royong dan sikap pemedulian.

 

2.                 Terlibat sebagai jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

3.                 Menerima arahan dari pegawai atasan.

 

4.                 Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 

<< Atas

 

3.

 

ARKITEK

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Arkitek, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama yang diiktiraf oleh Royal Institute of British Architect.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

Menjadi ahli badan Arkitek berdaftar seperti R.I.B.A Part 1 atau institusi sebanding adalah kelebihan.

 

b)                 Berpengalaman dalam kerja-kerja pengurusan dan pengendalian projek-projek pembangunan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk, pengawasan, pengurusan dan penyelarasan projek-projek.

 

2.                 Membuat penyelarasan ke atas projek yang dikendalikan oleh konsaltan.

 

3.                 Memberikan khidmat nasihat terhadap perkara yang berhubungkait dengan kerja-kerja Arkitek.

 

4.                 Membantu dan menunjuk ajar pegawai dan kakitangan tempatan.


<< Atas

 

 

4.

 

KETUA TUKANG PELAN

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Construction and Built Environment atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Pelan Kanan atau jawatan-jawatan yang sebanding tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Pemohon yang berpengalaman seperti di para a (ii) juga hendaklah:

 

·        Berpengalaman dalam kerja-kerja pengawasan kerja melukis dan kakitangan.

·        Mempunyai kebolehan menyelia kerja dan membuat laporan kepada pegawai atasan.

·        Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam membantu Arkitek dalam pengurusan dan pembinaan projek.

 

b)                 Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja melukis pelan adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA KETUA TUKANG PELAN:

 

1.                   Membantu Arkitek dalam perlaksanaan projek dan membuat pemeriksaan ke tapak bina bila / jika diarahkan oleh Arkitek.

 

2.                 Menyediakan pelan / lukisan dan memastikan semua kerja-kerja penyediaan dan penyelarasan semua lukisan di buat dengan teratur dan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Menyediakan semua jenis lukisan dan pelan dari lakaran yang di beri oleh Arkitek.

 

2.                 Menyediakan rancangan kerja bagi kerja-kerja penyediaan lukisan.

 

3.                 Membantu Arkitek menyediakan lukisan cadangan rekabentuk bangunan dan rekabentuk lanjutan untuk pengesahan klien.

 

4.                 Mengawas, memantau dan menyelaras semua kerja-kerja penyediaan lukisan yang dibuat oleh kakitangan di bawah jagaannya dalam waktu yang ditetapkan.

 

5.                 Menyelaras dan memastikan semua lukisan tawaran diselaraskan dengan teratur dan dalam waktu yang ditetapkan.

 

6.                 Menyemak semua lukisan yang telah siap sebelum di hantar ke Arkitek dan Arkitek Kanan untuk pengesahan (berpandukan kepada senarai semak lukisan)

 

7.                 Mengemaskini laporan bulanan projek bila / jika diperlukan oleh Arkitek / Arkitek Kerja.

 

8.                 Memantau dan mengawas semua kerja dan kakitangan di bawah jagaannya.

 

9.                 Membantu Arkitek mengumpul dan menyelaras semua lukisan untuk pengesahan klien dan Pengarah Perkhidmatan Teknikal.

 

10.              Memantau, menilai dan melaporkan kemajuan perkembangan projek di tapak bina, jika / bila diperlukan dan diarahkan oleh Arkitek.

 

11.                Membantu Arkitek mengadakan mesyuarat bulanan projek di tapak bina, mesyuarat teknikal jika / bila diarahkan oleh Arkitek.

 

12.              Menyediakan minit mensyuarat bila / jika diarahkan oleh Arkitek.

 

13.              Membantu Arkitek mengadakan pemeriksaan siap praktikal setelah projek siap dan pemeriksaan terakhir sebelum tamat tempoh tanggungan kecacatan dan juga penyerahan bangunan.

 

14.              Melakukan audit dalaman ke atas projek dan proses-proses di dalam sistem pengurusan kualiti ISO9001: 2000

 

15.              Melaksanakan apa jua tugas lain seperti yang diarahkan oleh Arkitek.

 

 

<< Atas

 

5.

 

PEMBANTU PEMELIHARAAN / MAKMAL

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)                 i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

                                                          ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)                 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Berkebolehan membaca tulisan Jawi adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Bertanggungjawab kepada Pegawai Pemeliharaan.

 

2.                 Memelihara bahan kajipurba di makmal dan di tapak penggalian dan koleksi bahan budaya di dewan pameran dan di stor.

 

3.                 Memastikan keselamatan koleksi bahan budaya dan kebersihan kawasan  kerja.

 

4.                 Bersedia bertugas di luar waktu kerja dan di luar daerah apabila diperlukan.

 

5.                 Bersedia menerima apa jua tugas dan arahan Pegawai Pemeliharaan dan Ketua Bahagian apabila dikehendaki.

 

 

 

<< Atas

 

6.

 

PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Perpustakaan Tingkat II dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)                  Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan.

 

2.                 Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai.

 

3.                 Mengendalikan penyusunan dan seterusnya penyebaran maklumat secara on-line (dengan menggunakan komputer).

 

4.                 Mengendalikan promosi perpustakaan.

 

 

<< Atas

 

7.

 

MEKANIK KENDERAAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Motor Vehicle Mechanics atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Mekanik atau jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 ATAU

 

iii)               Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan kerja mekanik membaiki kenderaan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)                 Mempunyai lesen memandu kelas 3 yang sah. Mempunyai lesen memandu kelas 5 adalah kelebihan.

 

c)                  Berkebolehan untuk membuat laporan kerosakan dan mendapatkan alat ganti.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

1.                   Ditugaskan memperbaiki kenderaan-kenderaan jenis saloon dan juga kenderaan berat yang ada dalam pentadbiran Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

2.                 Bertanggungjawab bagi membuat rawatan dan pemeriksaan menyeluruh kepada semua kenderaan termasuk kebersihan seperti yang diarahkan oleh Pengawas Mekanik.

 

3.                 Melaporkan dan menentukan semua kerosakan yang ada pada kenderaan yang sedang diperbaiki mengikut keutamaannya kepada Pengawas Mekanik.

 

4.                 Bertanggungjawab menjawab dan memelihara semua peralatan stor dan alat-alat perkakas.

 

 

<< Atas

 

8.

TUKANG MASAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN) ATAU

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN) ATAU

F.1-2-3 EB.4 ($445 - $650 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)       TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4

 

i)        BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)       TANGGAGAJI F.3-4 EB.5

 

i)         BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

c)       TANGGAGAJI F.31-2-3 EB.4

 

i)                   BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Basic Cookery, Basic Food and Beverage Services atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Mempunyai pengalaman dan terbukti dalam kerja-kerja memasak atau sebagai tukang masak tidak kurang dari 3 tahun.

 

2.                 Mempunyai Sijil Kelas Dewasa masakan anjuran Kementerian Pendidikan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

SECARA AMNYA:

 

1.                   Menyediakan sukatan makanan mengikut resepi-resepi tertentu.

 

2.                 Menentukan sukatan makanan dan catatan yang betul sebelum memasak.

 

3.                 Menjaga kebersihan makanan semasa penyediakan.

 

4.                 Mengawasi kebersihan dapur supaya sentiasa dalam keadaan sempurna dan teratur.

 

5.                 Menjaga kebersihan dapur selepas menggunakan perkakas-perkakas dan alat-alat dapur.

 

DI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

 

1.                   Menyediakan sukatan makanan mengikut resepi-resepi tertentu bagi penyediaan berbagai jenis masakan untuk penuntut yang tinggal di asrama-asrama Sekolah-Sekolah Arab.

 

2.                 Menentukan sukatan makanan dan catatan yang betul sebelum memasak.

 

3.                 Menjaga Kebersihan makanan semasa penyediaan.

 

4.                 Mengawasi kebersihan dapur dan dewan makan supaya sentiasa dalam keadaan sempurna dan teratur.

 

5.                 Menjaga kebersihan dapur selepas menggunakan perkakas-perkakas dapur dan peralatan memasak.

 

6.                 Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Ketua Tukang Masak.

 

<< Atas

 

GH9.

 

JURUTERA

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET, JABATAN PENTADBIRAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal / Mekanikal atau bidang bersesuaian atau kelulusan professional yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian ke atas kerja-kerja pemeliharaan dan perkhidmatan kejuruteraan terhadap bangunan-bangunan di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

2.                 Memantau serta menyediakan laporan mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan kepada Ketua Bahagian.

 

3.                 Merancang, mengatur, menyusun, memeriksa, memantau dan mengawas kerja-kerja pemeliharaan, rawatan, baik pulih dan lain-lain aktiviti kerja perkhidmatan kejuruteraan bangunan.

 

4.                 Menyediakan dan menghadapkan kepada Ketua Bahagian laporan mengenai kakitangan, kerja-kerja, perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan dari masa ke semasa  dan apabila dikehendaki oleh Ketua / Pegawai atasan.

 

5.                 Menyediakan rekabentuk, lukisan dan spesifikasi serta mengurus dan mengawas perlaksanaan kerja-kerja baru, tambahan, pengubahsuaian dan sebagainya.

 

6.                 Membantu dalam membuat penilaian dan sokongan tawaran dan sebutharga.

 

7.                 Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengawasan kakitangan bawahan.

 

8.                 Menyelaras dengan Jabatan-Jabatan atau konsultan bagi mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar dan baik.

 

 

<< Atas

 

GH10.

PEGAWAI PENYELIDIK

JABATAN KESELAMATAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Structural Engineering / Building Engineering / Construction Engineering / Architectural Engineering atau bidang bersesuaian, atau kelulusan professional yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

b)                 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Asing adalah kelebihan.

 

c)                  Berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                   Bertanggungjawab kepada Pengarah / Ketua Bahagian ke atas kerja-kerja pemeliharaan dan perkhidmatan kejuruteraan terhadap bangunan-bangunan di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

2.                 Menyediakan Kertas Cadangan dan laporan mengenai projek-projek yang akan / sedang dilaksanakan kepada Pengarah / Ketua Bahagian.

 

3.                 Merancang, mengatur, menyusun, memeriksa, memantau dan mengawas kerja-kerja pemeliharaan, rawatan, baik pulih dan lain-lain aktiviti kerja perkhidmatan keselamatan bangunan.

 

4.                 Menyediakan dan menghadapkan kepada Pengarah / Ketua Bahagian laporan mengenai kakitangan, kerja-kerja, perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan dari masa ke semasa apabila dikehendaki.

 

5.                 Menyediakan susun atur, lukisan dan spesifikasi serta mengurus dan mengawas perlaksanaan kerja-kerja hal ehwal keselamatan bangunan dan sebagainya.

 

6.                 Membantu dalam membuat penilaian dan sokongan tawaran dan sebutharga.

 

7.                 Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengawasan kakitangan bawahan.

 

8.                 Menyelaras dengan Jabatan-Jabatan atau konsultan bagi mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar dan baik.

 

9.                 Hendaklah bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat, berkhidmat di luar negeri apabila dikehendaki serta bersedia bekerja di luar waktu pejabat semasa krisis politik dan keselamatan yang terjadi di negara-negara yang mempunyai kepentingan dengan Negara Brunei Darussalam.

 

10.              Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

 

 

Nota:          Pemohon hendaklah menyertakan satu keping gambar berukuran pasport, salinan-salinan sijil serta dokumen-dokumen yang lain dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH 9 & GH 10

 

PENGARAH PENTADBIRAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

JALAN SUBOK

BANDAR SERI BEGAWAN, BD 2710

<< Atas