IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 2 DISEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 45/11/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI SEKURITI PENERBANGAN KANAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

1 – 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) ATAU

C.2-3 EB.4-5 ($1,450 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

 

4.

KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

44

 

5.

PEMBERITA

JABATAN PENERANGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

 

6.

PEMBANTU TUKANG UBAT

JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

7.

PEMBANTU REKOD PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN) ATAU

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

4

 

8.

PENJILID TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                        

 

 

 

 

1.

PEGAWAI SEKURITI PENERBANGAN KANAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

 1.           a.  i.       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang Penerbangan atau salah satu
                               bidang-bidang utama Penerbangan Awam atau kelulusan sebanding dalam bidang-

                               bidang yang sama. 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama DAN berkebolehan dan mempunyai pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah kelebihan.

  1. Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pegawai Sekuriti Penerbangan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun ATAU berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal Keselamatan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal Keselamatan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU 

  1. Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Pasukan Polis Diraja Brunei dalam jawatan Mejar atau Timbalan Penguasa Polis (DSP) tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Fasih dalam penggunaan Annex 17 ‘SECURITY’ to the Convention on International Civil Aviation.
     

  2. Telah berjaya dalam kursus Keselamatan Penerbangan (Aviation Security) yang bertaraf antarabangsa dari institut yang diiktiraf dalam Aviation Security Auditor / Inspector.
     

  3. Mahir dalam Perundangan Brunei Darussalam yang bersangkutpaut dengan penerbangan awam.
     

  4. Telah menunjukkan kebolehan yang terbukti Berjaya dalam mendraf sama ada Pelan-Pelan Sekuriti, Mencari dan Menyelamat, Kecemasan atau Kemalangan Kapal Terbang dan Penyiasatan yang membabitkan operasi berbilang agensi.
     

  5. Mempunyai pengetahuan dalam bidang keperluan operasi dan teknikal untuk pengguna dan pengendali alat-alat dan mesin yang digunakan dalam Sekuriti Penerbangan Awam.
     

  6. Mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris dan menggunakan komputer.
     

  7. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

 

Bagi pemohon yang belum menduduki atau belum lulus peperiksaan di atas juga boleh dipertimbangkan akan tetapi pemohon yang berjaya adalah dipersyaratkan untuk lulus peperiksaan yang tersebut di atas sebelum ditetapkan dalam jawatannya.

  1. Calon-calon yang terdiri daripada anggota keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan, dan mengemukakan nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun. (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata)

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEKURITI PENERBANGAN KANAN: 

  1. Bertanggungjawab untuk mencapai matlamat Bahagian Sekuriti Penerbangan Awam (CAS) secara efektif dan efisien sepertimana yang terkandung dalam Seksyen 2 Kertas Putih; dan
     

  2. Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Sekuriti Penerbangan.
     

  3. Bertangungjawab terhadap pengurusan rangkaian sekuriti penerbangan di peringkat Lapangan Terbang, Kebangsaan dan Antarabangsa.
     

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.     TANGGAGAJI B.2 EB.3 :      

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b.     TANGGAGAJI B.2 : 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Ekonomi / Perdagangan / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perbekalan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERBEKALAN: 

  1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.
     

  2. Menyediakan dan memastikan semua rekod / akaun / ledger / buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar / peraturan / sistem yang berkuatkuasa masakini.
     

  3. Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.
     

  4. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.
     

  5. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.
     

  6. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN) ATAU

C.2-3 EB.4-5 ($1,450 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. BAGI TANGGAGAJI C.3-4 EB.5:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Penyelidikan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU         

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. BAGI TANGGAGAJI C.2-3 EB.4-5:

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penyelidikan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik dalam tanggagaji D.3/D.4 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK: 

  1. Bertugas terhadap maklumat dan data-data yang telah dimasukkan dalam komputer.
     

  2. Menyediakan laporan dan juga menganalisa mengenai dengan sesuatu isi dalam bentuk yang mudah apabila diperlukan berbuat demikian.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
     

  4. Bertanggungjawab pada memelihara dengan sempurna kerahsiaan sesuatu perkara yang berhubung rapat dengannya.
     

  5. Tugas-tugas dan tanggungjawab yang disebutkan di atas bukanlah merupakan ketetapan yang tertentu mengenai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan ini tetapi ianya adalah merupakan huraian di mana jawatan itu diperlukan.

 

<< Atas
 

 

4.

KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

 a.         i.      Kelulusan Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang diiktiraf.

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal dan lulus trengkas dengan kepantasan sekurang-kurangnya 100 p.s.m dan menaip dengan kepantasan 45 p.s.m

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Kerani Sulit tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun DAN mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 – 100 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 45 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

  1. Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI SULIT:

  1. Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).
     

  2. Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.
     

  3. Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.

 

<< Atas
 

 

5.

PEMBERITA

JABATAN PENERANGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.    i.       BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang kewartawanan, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Lulus ujian bertulis yang akan diadakan oleh Bahagian Berita dan Hal Ehwal semasa.
     

  2. Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERITA: 

  1. Membuat laporan berita di seluruh daerah.
     

  2. Membuat penulisan rencana hal ehwal semasa.

 

<< Atas
 

 

6.

PEMBANTU TUKANG UBAT

JABATAN PERKHIDMATAN FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.3 EB.4 ($570 - $1,175 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. 4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains / Matematik / Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU TUKANG UBAT: 

  1. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di salah satu bahagian di Jabatan Perkhidmatan Farmasi seperti yang disenaraikan di bawah:-

  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi Hospital:-

  1. Unit Dispensari Pesakit Luar

  2. Unit Dispensari Pesakit Dalam

  3. Unit Farmasi Klinikal seperti Farmasi Onkologi

  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi Komuniti

  • Bahagian Ubat Pengeluaran Ubat Farmaseutikal

  • Bahagian Kawalan Mutu Ubat

  • Bahagian Penguatkuasaan Farmasi

  • Bahagian Penerangan Ubat dan Racun

  • Bahagian Pendaftaran Ubat

  • Bahagian Pembelian & Perbekalan Ubat, Stor Perubatan Negara

  1. Bersedia untuk menerima arahan dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan kerja seperti yang diberikan oleh Ahli Kimia Ubat dan Tukang Ubat Terlatih disemua peringkat di bahagian berkenaan.
     

  2. Calon-calon akan bertanggungjawab terus kepada Ahli Kimia Ubat dan Tukang Ubat Terlatih disemua peringkat dalam menjalankan perkhidmatan bahagian / bahagian masing-masing.

<< Atas
 

 

7.

PEMBANTU REKOD PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN) ATAU

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.          i.        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan berpengalaman dalam tugas-tugas Pembantu Rekod.
     

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 8 tahun dan berpengalaman dalam tugas-tugas Pembantu Rekod.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU REKOD PERUBATAN: 

  1. Bersedia bertugas di Bahagian lain (Klinik-Klinik Perubatan) yang ada mempunyai hubungan dengan kerja-kerja Pentadbiran Bahagian Rekod-Rekod Perubatan.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas pemeliharaan dan keselamatan Rekod-Rekod Perubatan yang di bawah jagaannya.
     

  3. Bertugas bila-bila masa dikehendaki di luar masa bekerja secara bergilir-gilir (shift).

 

<< Atas

 

8.

PENJILID TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2-3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a.        i.        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penjilid Tingkat III dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJILID TINGKAT II: 

  1. Bertanggungjawab bagi menyediakan, menerima, menjaga dan memelihara bahan-bahan peralatan yang diperlukan bagi kerja-kerja menjilid.
     

  2. Menyemak, menyusun dan menjilid buku-buku, majalah-majalah dan surat-surat  khabar serta lain-lain bahan cetak yang diperlukan.
     

  3. Membuat kerja pemeliharaan kertas, dokumen-dokumen dan sebagainya.

 

<< Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas