IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 2 SEPTEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 32/08/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

JURUTERA

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3   ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

2.

 

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

UNIT BIMBINGAN DAN PERKEMBANGAN BUMIPUTRA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

3.

 

KETUA PEGAWAI MELESEN

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

4.

 

FISIOTERAPI

SEKOLAH SUKAN

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

5.

 

PEGAWAI REKOD PERUBATAN KANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.4 EB.5 ($2,340 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

6.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5  ( $1,990 -  $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

7.

 

PENOLONG PEGAWAI PERKEMBANGAN  UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3 EB.4  ($1,990 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

8.

 

PEGAWAI PENDAFTARAAN KEBANGSAAN KANAN

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

9.

 

FOMEN BENGKIL

JABATAN DAERAH TUTONG

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

10.

 

PENOLONG PEMERIKSA KERETA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2-3 EB.4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

  

 

 

1.

JURUTERA

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3   ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik / Komunikasi / Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik / Kejuruteraan Komputer atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

1.        Bertanggungjawab kepada Jurutera Pengawas dalam satu-satu bidang yang khusus dalam kejuruteraan penyiaran.  Dalam beberapa hal yang tertentu, jurutera bertanggungjawab secara langsung kepada Jurutera Penguasa.

 

2.      Dalam urusan seharian, jurutera dikehendaki mengawasi fungsi-fungsi yang diamanahkan dan bertanggungjawab bagi prestasi unit dan kakitangan yang berkenaan.  Di dalam hal ini, jurutera hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan unitnya dapat menyediakan perkhidmatan dipohonkan oleh kakitangan penerbitan dan rancangan serta membantu bahagian-bahagian lain.

 

3.        Jurutera sering diberikan kuasa menilai prestasi kumpulan bekerja, membantu dalam menentukan keperluan bagi kemajuan mereka dan seterusnya membantu dalam membuat saranan tentang cara untuk memenuhi keperluan tersebut.

 

4.        Jurutera juga akan membantu dalam merangka anggaran belanjawan, bentuk serta pengawasan projek-projek yang berkaitan dengan bahagian masing-masing.

 

5.     Jurutera yang dilantik akan ditempatkan mengikut keperluan bagi tugas-tugas pengurusan yang bertanggunjawab keseluruhan bagi satu kawasan, lokasi atau operasi di bawah sekyen-seksyen seperti berikut:-

 

                                 i.         Unit Siaran Luar

                                 ii.        Satelit dan Pemancaran

                                 iii.       Sekretariat Kejuruteraan

                                 iv.       Studio dan rakaman TV

                                 v.        Audio dan Perkhidmatan-Perkhidamtan

                                 vi.       Group Technology

 

6.         Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

UNIT BIMBINGAN DAN PERKEMBANGAN BUMIPUTRA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3:       

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)       TANGGAGAJI B.2:     

 

i)          BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam  bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Menjalankan tugas yang berkaitan dengan bimbingan dan perkembangan pemborong Rakyat Melayu Brunei.

 

2.         Memberikan khidmat nasihat kepada pemborong Rakyat Melayu Brunei dalam hal-hal teknikal / kejuruteraan, pengurusan projek, kewangan dan kontrak.

 

3.         Membuat Penyelidikan dan kajian dalam hal-hal berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pemborong Rakyat Melayu Brunei.

 

4.         Membantu dalam penyediaan rancangan dan perlaksanaan latihan keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan.

 

5.         Membantu dalam penyediaan rancangan dan perlaksanaan ujian dan latihan kemahiran kerja.

 

6.         Menjalankan tugas yang berkaitan dengan pendaftaran Pemborong dan Pembekal Kementerian Pembangunan.

 

7.         Menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Ketua Unit.

 

 

 << Atas
 

 

3.

KETUA PEGAWAI MELESEN

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 ($2,270- $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengangkutan / Kejuruteraan Automobil / Kejuruteraan / Mekanikal atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)       TANGGAGAJI B.2

 

i)         BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Pegawai Melesen Kanan dalam tanggagaji C.4 EB.5 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Melaksanakan dasar-dasar perlesenan memandu dan kenderaan seperti yang telah ditetapkan oleh Pengarah Pengangkutan Darat.

 

2.         Membantu mentadbir dan mengawas kakitangan di bahagian-bahagian yang ditetapkan.

 

3.         Membantu merancang dan menyelidik keperluan-keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.

 

4.         Menghadiri perbicaraan serta membuat pendakwaan di Mahkamah.

 

5.         Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah, Timbalan Pengarah serta menjadi Ketua Bahagian kepada Pegawai Melesen Kanan, Pegawai Melesen dan Pemeriksa Kereta dalam merancang, menyusun dan memberi tugas-tugas dan tanggungjawab mereka masing-masing atau dalam kumpulan.

 

 

 << Atas
 

 

4.

FISIOTERAPI

SEKOLAH SUKAN

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

                 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemulihan Anggota (Physiotherapy); atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)                 TANGGAGAJI B.2

 

i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pemulihan Anggota (Physiotherapy) serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                   ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlaksanaan dan perkembangan perkhidmatan fisioterapi Sekolah Sukan.

 

2.         Menyediakan dan memberikan perkhidmatan fisioterapi yang lengkap dan menyeluruh.

 

3.         Merancang dan melaksanakan program pendidikan dan perkembangan yang berkaitan dengan fisioterapi termasuk latihan-latihan klinikal.

 

4.         Sebagai pengawal penghubung/penyelaras kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘physiotherapy/podiatry/chiropractic’.

 

5.         Menyediakan rancangan kerja tahunan, anggaran peruntukkan tahunan dan laporan-laporan penggal dan tahunan.

 

6.         Mempastikan semua perkakas dan peralatan dijaga dengan baik dan sentiasa selamat untuk digunakan.

 

7.         Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Pendidikan Kokurikulum dari masa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

5.

PEGAWAI REKOD PERUBATAN KANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.4 EB.5 ($2,340 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Teknologi Maklumat / Perangkaan / Pengurusan / Pentadbiran atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama dan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat sebagai Pegawai Rekod Perubatan dalam tanggagaji C.2 EB.3 atau yang sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Mengurus dan mentadbir semua kakitangan di Bahagian Rekod-Rekod Perubatan.

 

2.         Memastikan dan mengemaskinikan bahawa perjalanan Rekod-Rekod Perubatan berjalan dengan teratur.

 << Atas
 

 

 

6.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.3-4 EB.5  ( $1,990 -  $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)          i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Elektrikal / Ukur Bahan / Artkitektur atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

 ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan yang berkaitan dalam bidang bidang Kejuruteraan Awam / Bangunan / Elektrik / Ukur Bahan / Artkitektur dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

 

1.         Membantu Ketua Unit menyediakan dan memantau projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN)

 

i.            Kerja-kerja tanah dan infrastruktur;

ii.           Pemeliharaan dan pengurusan Tapak dan Kompleks Industri;

iii.          Menyediakan anggaran peruntukan Rancangan Kemajuan Negara.

 

2.         Membantu Ketua Unit membuat pemantauan pelan-pelan dan pembinaan bangunan bagi projek-projek industri yang telah diluluskan oleh kabinet.

 

3.         Membantu Ketua Unit memastikan semua tapak-tapak dan kompleks-kompleks perindustrian di bawah kawalan BINA seluruh negeri bersih dan infrastrukturnya dalam keadaan baik, melalui:

 

i.             Pembantuan Bualanan Tapak dan Kompleks;

ii.            Memperbaiki kerosakan di tapak dan kompleks;

iii.       Menyediakan permohonan peruntukan tahunan untu kerja-kerja pemeliharaan;

iv.         Menyelaras dengan agensi-agensi Kerajaan lain bagi bantuan teknikal.

 

4.         Membantu menyediakan cadangan kertas kerja projek industri termasuk lawatan dan temuduga.

 

5.         Membuat ulasan laporan dan pandangan terhadap permohonan dan kerja-kerja yang mereka proses untuk dihadapkan ke Pengarah BINA.

 

6.         Menajalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah BINA atau pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas
 

 

7.

PENOLONG PEGAWAI PERKEMBANGAN  UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3 EB.4  ($1,990 - $2,620 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)                 i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

                        ATAU

 

        ii)  Berkhidmat di Jabatan Pusat Dakwah Islamiah atau Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                       ATAU

 

        iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)              Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan artikel berunsur Islam.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Menyediakan ayat-ayat al-Quran pilihan dan intisarinya, hadis Nabi Shallallahualaihi Wassalam sama ada untuk kegunaan Pusat Da’wah Islamiah atau bagi kegunaan jabatan-jabatan di kesemua kementerian, persatuan-persatuan, pihak swasta dan orang perseorangan di Negara Brunei Darussalam.

 

2.         Membantu menyediakan artikel yang akan dijadikan buku kecil untuk diagihkan kepada para jemputan secara percuma dalam majlis-majlis sempena hari-hari kebesaran Islam, hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Hari Kebangsaan.

 

3.         Membantu menjalankan kajian hal ehwal semasa mengenai perkara-perkara berbangkit sama ada di dengar melalui radio, televisyen atau didapati dari buku-buku, majalah, risalah, suratkhabar dan lain-lain.

 

4.         Menyediakan bahan untuk sesebuah artikel, rencana kertas kerja dan sebagainya.

 

5.         Membantu orang ramai dalam memberikan pandangan mengenai nama-nama yang baik dalam Islam bagi individu dan syarikat.

 

6.         Menerima arahan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

8.

PEGAWAI PENDAFTARAAN KEBANGSAAN KANAN

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)         BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

          ii)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Pendaftaraan Kebangsaan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Menerima dan memproses permohonan bagi kad pengenalan, kerakyatan dan sijil kelahiran dan kematian.

 

2.         Menyediakan rekod dan laporan berhubung dengan permohonan kerakyatan.

 

3.         Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

4.        Menangani masalah orang ramai mengenai dengan kad pengenalan, kerakyatan dan sijil kelahiran/kematian.

 

5.         Mengadakan lawatan kerja ke Daerah Temburong secara bergilir-gilir setiap bulan.

 

 << Atas
 

 

9.

FOMEN BENGKIL

JABATAN DAERAH TUTONG

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                 i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam Mekanik / Automative Engineering / Vehicle Body Engineering atau dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                                     ATAU

 

        ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang mekanik dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)        Berpengalaman dalam kerja-kerja pengawasan serta pengendalian pembaikan enjin, transmission dan final drive termasuk membuat pesanan barang alat-alat ganti bagi kenderaan dan jentera berat adalah kelebihan.

 

c)        Berpengalaman dalam kerja-kerja menggunakan jentera berat dan berkebolehan di dalam berbagai-bagai jenis enjin petrol dan diesel adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.        Ditugaskan bagi pengawasan pada keseluruhan pada pembaikan kenderaan-kenderaan yang ada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Tutong.

 

2.        Membuat jadual-jadual pemeriksaan pada semua kenderaan dan giliran bertugas kepada mekanik dan pembantu kenderaan.

 

3.        Pengawasan latihan lanjut untuk semua kakitangan yang berkenaan.

 

 

 << Atas
 

 

10.

PENOLONG PEMERIKSA KERETA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2-3 EB.4 ($530 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         4 Kepujian/Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)         Mempunyai sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas 1 atau 3 yang sah. Mempunyai lesen memandu Kelas 4 ke atas yang sah adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Menerima dokuman kenderaan daripada pemeriksa.

 

2.         Memberi arahan kepada pemandu kenderaan bagi ujian gelincir siri (pengajar stereng) pengukur daya membrek, ralat meter laju dan meter Teksi.

 

3.         Pemeriksa lampu puncak.

 

4.         Pemeriksaan keluaran ekzos.

 

5.         Mengesan arah bunyi.

 

6.         Menyerahkan dokumen kepada pegawai bilik kawalan.

 

7.         Tugas-tugas sampingan bersama pemeriksa membuat ujian setiap pagi ke semua lorong-lorong ujian sebelum beroperasi.

 

 

<< Atas
 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 10

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas