IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 1 JULAI 2009)

BILANGAN IKLAN: 23/06/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

ARKITEK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN) /

M.8 EB.9 ($1,485 - $2,315 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PELAUT PELATIH

JABATAN PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

GH.5

PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

GH.5 dan GH.6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH.6

PEGAWAI EKONOMI (POLICY)

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

ARKITEK

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)         i)          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Architecture; atau kelulusan  sebanding dalam bidang yang sama yang diiktiraf dari Royal Institute of British Architect.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)       Keutamaan untuk pemohon-pemohon yang menjadi ahli badan Arkitek berdaftar seperti R.I.B.A Part 1 atau institusi sebanding.

 

ATAU

 

b)       i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Alam Sekitar; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama dan berpengalaman dalam kerja-kerja perancangan perlaksanaan dan penyeliaan-penyeliaan keatas Rancangan Perumahan Awam di negara-negara tropika adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ARKITEK: 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian bagi rekabentuk rumah-rumah Rancangan Perumahan Negara, kemudahan awam sekitarnya, kedai-kedai, taman-taman permainan, dewan kemasyarakatan dalam kawasan Rancangan Perumahan Negara.
     

  2. Membantu dalam kerja-kerja koordinasi dan implementasi projek serta menentukan organisasi ditapak-tapak pembinaan.
     

  3. Membantu Ketua Bahagian Arkitek dalam kerja berikut:

  1. Rekabentuk Perancangan (Planning) perlaksanaan, penyeliaan-penyeliaan ke atas Rancangan Perumahan Negara.
     

  2. Koordinasi dengan jabatan-jabatan dan konsultan yang terlibat dalam rekabentuk perancangan serta perlaksanaan mahupun penyelarasan lain yang kursus membuat projek-projek landskap.

  1. Menyediakan dan membuat kajian serta laporan perancangan bagi Rancangan Perumahan Negara.

 

 

2.

MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN) /

M.8 EB.9 ($1,485 - $2,315 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM :

 

MERINYU UBAT PELATIH M.5 EB.6 ($1,270 - $1,850 SEBULAN)         

 

  a.       i.    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND); atau kelulusan  sebanding dalam bidang Sains. DAN

 

  1. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Matematik atau Sains serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik atau Sains diperingkat ini.
     

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

  1. Calon-calon yang berjaya dilantik dikehendaki berkhidmat diperkhidmatan Farmasi dalam tempoh percubaan selama 2 hingga 8 bulan. Kemudian akan dihantar keluar negeri untuk mengikuti latihan selama 1 hingga 3 tahun bagi memperolehi Sijil Tukang Ubat Terlatih dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Farmasi.
     

  2. Bersedia mengikuti latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan di bidang farmasi dari semasa ke semasa.

 


MERINYU UBAT TERLATIH M.8 EB.9 ($1,485 – $2,315 SEBULAN)
 

  1. Kelulusan Tukang Ubat atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Ubat Terlatih atau jawatan sebanding secara berterusan tidak kurang dari 5 tahun.
     

  2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta Racun, Peraturan Penyalahgunaan Dadah dan Akta-Akta yang berkaitan dengan pengawalan ubat-ubatan adalah kelebihan.
     

  3. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa lain adalah kelebihan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU UBAT PELATIH / TERLATIH 

  1. Calon ini akan ditempatkan bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Farmasi.
     

  2. Calon-calon akan menjalankan tugas di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kegiatan-kegiatan yang dipertanggungjawabkan adalah seperti berikut:-

  • Menjalankan pemeriksaan di Kastam Lapangan Terbang, di Pejabat Pos dan Pelabuhan dalam mempastikan kemasukan ubat-ubatan dan bahan dan bahan kimia ke Negara Brunei Darussalam adalah yang telah disahkan penggunaannya.
     

  • Menjalankan pemeriksaan di kedai-kedai ubat, pemborong/pembekal ubat dan bahan kimia termasuk kimia yang digunakan oleh pihak pertanian, industri dan ubat-ubatan veterinar.
     

  • Memeriksa dan mengambil contoh ubat dari mana-mana pihak yang berkenaan bagi pemeriksaan lanjut.
     

  • Memeriksa tempat penyimpanan ubat di klinik-klinik perubatan swasta dan kerajaan seperti yang diarahkan.
     

  • Menjalankan pemeriksaan ke atas kedai-kedai yang diketahui atau disyaki menjual bahan ubat atau kimia bagi memastikan penjualan racun-racun hanya dibuat oleh pemegang-pemegang lesen racun yang sah sahaja.
     

  • Memastikan bahawa ubat-ubatan yang dijual di negara ini telah disahkan kemasukannya oleh bahagian ini.

  1. Bersedia untuk menerima arahan serta bertanggungjawab terus kepada Ahli Kimia Ubat di semua peringkat di Penguatkuasaan Farmasi.
     

  2. Bersedia bertugas pada bila-bila masa dikehendaki di luar bekerja dan Hari Kelepasan Awam dan di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.

  <<Atas
 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

 

c)                  Mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer adalah kelebihan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA:

 

Bertanggungjawab kepada Penyelia Shif dalam: 

  1. Membantu Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara di dalam memenuhi fungsi kawalan lalulintas udara samada bertugas di menara kawalan, Pusat Radar atau di Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat.
     

  2. Menerima Plan Penerbangan dan memasukkan maklumat berkenaan di ‘Flight Progress Strips’.
     

  3. Memberikan dan menerima data kawalan lalulintas udara kepada/daripada Kawalan Radar atau Unit-Unit Perkhidmatan kawalan lalulintas Udara yang lain termasuk bertindak sebagai penghubung bagi pegawai-pegawai yang menguasai lalulintas udara yang berkenaan.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia Shif dari semasa ke semasa sesuai dengan kebolehan pekerja tersebut.

 <<Atas
 

 

4.

PELAUT PELATIH

JABATAN PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:    

  1. Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB)
     

  2. Kelulusan lebih tinggi dan kebolehan bertutur Bahasa Inggeris dengan baik akan di beri keutamaan.
     

  3. Boleh berenang dengan baik.
     

  4. Khusus untuk pemohon-pemohon lelaki sahaja. 
     

LAIN-LAIN SYARAT: 

  1. Sebelum di tawarkan jawatan sebagai Pelaut Pelatih, calon-calon mestilah lulus ujian kesihatan dan ujian penglihatan.
     

  2. Selepas menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki, Pelaut Pelatih yang layak akan diaturkan untuk mengikuti kursus latihan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAUT PELATIH: 

  1. Calon-calon yang berjaya akan menjalani kursus pengenalan sebelum ditempatkan sama ada di Bahagian Dek atau Bahagian Injin dikapal-kapal Jabatan Pelabuhan.
     

  2. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa dikehendaki diluar waktu kerja biasa atau bekerja bergilir-gilir atau semasa cuti awam atau bertugas dimana-mana sahaja diatrukan.
     

  3. Menjalankan tugas-tugas sebagai kelasi yang diaturkan oleh Serang atau Teknisyen Kapal.

 

<<Atas

 

 

5.

PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik / Ekonomi atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

ATAU

  1. Mempunyai kelayakan iktisas dalam bidang perangkaan misalnya sebagai ahli AMIS (Associate Member of Institute of Statistician).

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERANGKAAN: 

  1. Mengetuai satu Seksyen atau Unit di Jabatan Perangkaan.
     

  2. Melaksanakan pelan kerja Seksyen/Unit mengikut jadual yang dirancangkan.
     

  3. Membuat pembahagian tugas kepada kakitangan bawahan.
     

  4. Mengawasi perlaksanaan tugas/aktiviti dan memastikan kerja yang dirancangkan siap mengikut tarikh sasaran.
     

  5. Menyediakan data, membuat penganalisaan dan menyediakan laporan bagi bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan.
     

  6. Memantau perkembangan terkini dalam bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan diperingkat serantau dan antarabangsa.
     

  7. Menghadiri program latihan yang diaturkan dalam dan luar negeri.
     

  8. Menyediakan laporan perkembangan kerja bagi bidang yang dipertanggungjawabkan dari semasa ke semasa.
     

  9. Memberikan taklimat atau mengadakan jerayawara kepada para pengguna mengenai bidang perangkaan yang dipertanggungjawabkan.
     

  10. Menyelaraskan pertanyaan dan permohonan data mengenai bidang yang dipertanggungjawabkan dari para pengguna.
     

  11. Mengendalikan tugas tertentu secara ‘ad-hoc’ mengikut arahan yang diberikan oleh pegawai atasan.

 

<<Atas

 

 

6.

PEGAWAI EKONOMI (POLICY)

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek / Pentadbiran / Pengurusan Perniagaan / Sain Kemasyarakat; atau kelulusan professional yang sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

    Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan berpengalaman kerja dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek atau Pengurusan Perniagaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI EKONOMI (POLICY):

  1. Menjalankan penyelidikan dengan matlamat untuk memajukan dan mencadangkan strategi perancangan dan dasar-dasar ekonomi yang optima.
     

  2. Membantu dalam hal-hal yang berhubungan dengan persediaan, penyelarasan, perlaksanaan dan pengubahan dasar-dasar ekonomi Negara.
     

  3. Mengikuti perlaksanaan dan perkembangan dasar-dasar social-ekonomi selaras dengan matlamat dan sasaran jangka pendek dan jangka panjang serta menyediakan laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Pegawai Kanan.
     

  4. Membuat penyelidikan-penyelidik yang berkaitan dengan dasar-dasar perancangan dan kemajuan sosial-ekonomi.

<<Atas
 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH.5 dan GH.6

 

  SETIAUSAHA,

JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPKE,

JABATAN PENTADBIRAN & ICT,

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN BA1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas